Wednesday, April 3, 2013

Special Agent

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Assalamualaikum WBT

Channel free Asteruk berakhir pukul 5.30 ptg Isnin lepas.
Kanak-kanak nama Atayap terpaksa beralih semula ke channel 613 setelah sakan mempaku mata ke channel free 618. Bila dia tanya kenapa channel BabyTV tetiba hilang, aku cakap Babah dah potong!
Keh keh keh, balik-balik Abah jugak yang kena jadi kambeng hitam :))

Dan kanak-kanak feeling remaja Barbie bernama Mencah terpaksa patuh kepada hashtag #demi-adik-jantan-ku-yang-kuat-melalak. Pasrahhhh join budak kecik Atayap mentengok kartun maha bosan di Disney Junior.

Situasinya...

Special Agent Oso datang rumah satu budak itam ni, nak ngaja cara basuh pinggan.
Kata Co-pilot, langkah satu : Sental kotoran pada pinggan!

Lalu Oso kaut pinggan nak bawak masuk bilik air (dengan mimik muka mintak penampo)
Budak itam ni tegur dia, apsal nak bawak pi bilik air pulak?
(BTW, aku lupa nama budak tak geti cuci pinggan tu. Yang aku ingat budaknya itam. Bantailah. Jangan la tuduh aku racist ka, Apartheid ka. Nak bancuh susu anak pon aku kadang lupa nak cedok bapa scoop susu. Inikan pulak nama watak katun sengal di tibi)

Lalu Oso buat muka bangang, tanya kat penonton :
Betulkan, kita kena sental pinggan kotor dalam tub mandi?

Mana tak bangang, sinki penuh ayaq sabun dok ada depan mata.
Lagi nak hangkut pinggan pi bilik air?


.
.
.
.
.
.
.
.
.



Mujurla anak aku bukan dari kalangan penonton yang lurus dan jurus!
Mencah menjawab dengan nada rebel sambil mulut herot-herot kunyah nasik lemak petang :


Bukan dalam bilik air lah Oso yang lembabbbb!


















Yeahhhh... that's my girl!




1 comments:

ibh_sue on April 3, 2013 at 1:16 PM said...

Ruginya tak tahu..Ada free ya..Huhhuu

ShareThis