Friday, April 12, 2013

Zebra

Posted by makcik rehan KJB at 1:50 AM

Salam,

Aku nak post gambaq, tapi konfem tak lepas sebab quota data aku dah habih. Skang pon browsing pakai data ihsan. Super sendu beb! Layan jela, dapat taip barang 2-3 baris jadilah. Ini semua salah Asrap dok tengok youtube katun pingu berejam-rejam sehari!

Kisahnya begini, few months back... aku tengah drive balik rumah lepas kutip Mencah balik skolah. Pukul 1 tengahari (or petang) yang panas membahang. Traffic was quite bad, beratur panjang kat traffic light. Akuni sambil berkuntau dengan kids yang tak reti dok diam dalam keta. Aisyah asyik tala muka kat ekon sendu keta, while Asyraf was upside down - kaki kat cermin keta, kepala kat seat. And both of them duduk kat passenger seat sebelah driver. Berebut nak duduk depan. Haihhh.... rasa nak pegi beli BMW X6 macam Wan Intan ler ler tu jugak!

Tersadai kepanasan tunggu lampu hijau. Keta depan aku, Myvi kaler gold dengan 2 bijik bantal hiasan terletak molek kat cermin belakang. Sekali-dua kali aku pandang, lama2 aku mula menjejes saliva bila tengok bantal 2 bijik tu....

Naharom aihhh... kegilaan apakah ini!

Bantal 2 bijik tu corak zebra. Dan minda aku asyik mengintepretasi (tolong check spelling aku plis) imej bantal tu sebagai marble cake!

Dan selama hampir 2 bulan aku asyik terbayang kek kuda belang yang lazat... Marble cake ni sebenarnya kek paling asas je pon, tapi dah memang dasar akuni pemalas yang hamat kan, rela aku tahan teringin tu sampai berbulan-bulan. Selagi roh tak mari, memang aku tak sentuh pon oven tu. Dan malam semalam, akhirnya aku pon buat kek zebra. Walaupon tak berapa nak gebu, rasanya cukup nikmat bila dapat makan panas2 sebaik kuar dari oven. Dan malamni, kek tu dah tinggal suku saja lagi. Ya betullah tu, separuh dari kek tu aku lah yang melahap. Abih, kata teringin sgt kan, bantai semahunya lah!

Ok, itu saja yang aku nak tulih. Satgi aku tekan butang post, harap2 entry ni akan kuar dengan jayanya. Kesian blog aku lama takdak entry. Sampai status Nuffnang aku pon dah tak glitter. Sampai hati Nuffnang, tak kesian kat aku yang mengidam nak Note II macam Kak Mah Gali Pangkal 5 dan Zalia Chaiyok.

Entry akan datang nanti, aku cadang nak tulih pasai keteringinan aku terhadap nasik goreng sardin pulak. Oh sungguh tidak meriak darjah keteringinan aku bukan? Sardin, marble cake...marhaen sangat aih! OK, lepasni aku cuba pupuk teringin benda standard sikit...

Chiow!

2 comments:

Kuazue Mohd on April 12, 2013 at 7:26 AM said...

an..ok pa hang teringin benda2 lagu tu...senang gak nak cari or buat..Good luck for the teringin period ko ya..

tifa anvar on April 12, 2013 at 10:50 PM said...

Lah, ingtkn ade lh gmbr zebra suku tu.

ShareThis