Tuesday, May 21, 2013

Bobbin Dan Sekoci

Posted by makcik rehan KJB at 10:59 AM
Assalamualaikum WBT


Kisah dia lebih kurang sama macam masa nak tukar tapak kedut mesin high-speed haritu. Aku merampuih berpeluh-peluh, putar screw driver sampai nak ramping jejari dompot. Tak berganjak sekelumit pon screw tu. Mulut sama naik... pot pet pot pet maki, carots, komplen bla bla bla...

Aku masuk bilik, bertenang (konon).

PS jerit panggil dari luar.
"Woiii... dah boleh ni hah!"

Aku keluar, tengok PS buat muka kerek. Hunus screw driver bapak besar depan mata aku. 
"Lain kali pakai screw driver besar, barulah power!"

Eksyennn!!



.
.
.
.
.
.
.
.

Itu kisah hujung tahun lepas. Ini kisah terbaru...

Dah 2 hari 2 malam aku merana dengan masalah benang melantun tanak lekat. Benang bawah cun, tapi benang atas melonggar macam getah spenda dah pakai 5 tahun! Jenuh aku godek, Google gambar cara pasang benang (kotla aku salah pasang, pasal sebelum tu Si Mencah pergi cantas benang sedia ada yang terpasang kat mesin tu). Telek habih gambarajah, adjust tension, cabut dan tukar bobbin, tukar jarum, tukar posisi jarum... habih segala la aku try. Tinggal lagi aku tak pusing screw tanggalkan semua parts mesin tu je tau!

Betapalahhhhh!!!

Sekejap tadi, lepas bertenang, lepas Isyak, lepas kanak-kanak mentido... aku bancuh milo satu koleh beso. Pasang kipas tala bawah ketiak, bukak manual book, kelebek SEKOCI.

Ya SEKOCI. Responden kat fesbuk kata, sifir pengendalian mesin jahit adalah :
- Kalau benang bawah problem, kena modify kedudukan benang atas.
- Kalau benang atas problem, kena modify benang bawah yakni SEKOCI dia.

Depa kata ada satu screw kena kasi ketat kat sekoci tu. Baik. Kata kunci dia adalah KETAT.

OK, aku pon apa lagi kan. Kuarkan screw driver kecik, terus aku tonyoh segala screw yang ada kat sekoci tu aku kasi ketat. Ketat seketat-ketatnya hokay.

Then aku test balik. Makin melantun jahitan aku wei! Tak buleh mengaku kalah ni, sebelum laki aku campur tangan dan berjaya solve masalah aku ni lalu membuat muka kerek lagi... aku mesti berusaha. Chayok! chayok! kata orang kpop kan.

Aku bukak sekoci portable machine. Nak buat comparison la konon. Spesis depa sama, sekoci la jugak. Cuma atuk depa lain-lain. Sekoci yang berfungsi baik, sepatutnya bila masukkan bobbin dalam dia, dan kita tarik benang melalui dia - dia sepatutnya sedikit memberat atau kesat. Maknanya ada beban yang sendal aliran benang tu supaya tak berpusing laju macam kipas angin. 

Dan aku dapati (setelah membuat perbandingan) sekoci high-speed machine aku melondeh lalu lalang bila benang bobbin ditarik melaluinya. Maknanya tension kat sekoci tu ada yang tak kena. Itu sebab bila jarum bawak benang dari atas untuk sulam dengan benang bawah, dia jadi macam melantun dan tak berkait. Sebab tension benang bawah adalah longgar. Takde grip lah kalau kita guna bahasa jamu serapat kan :p

Rupa-rupanya, tadi bila aku buta-buta pegi pulas screw sekoci tu bagi ketat, aku telah melonggarkan lagi tension benang! Pandai sangat kannn... orang kata putar bagi ketat, aku pon apa lagi... bantai seketat-ketatnya! 

So, aku unscrew balik screw kecik tu... test masukkan benang throuh lubang sekoci tu semula, adjust bagi dia grip elok kat benang tu... dan baru aku screw balik bagi tension tu maintain. ON suis, tekan enjin, test-drive.... Wallaweyyy... perfecto!!





Selesai masalah. Alhamdulillah.....

Dah selesai masalah bukan aku ambik kain sambung jahit ponnnn... aku tutup suis mesin, tutup kipas, tutup lampu, masuk bilik, hadap lappy.... Kahkahkah! Esok-esok la sambung menjarum. Malam ni aku nak baca gossip hehehe...

TQ korang-korang yang bagi solution kat ahkak petang tadi. Ai lebyu all very seterong!









4 comments:

Mila@Rimbun on May 21, 2013 at 11:39 AM said...

hahahaha.. selalu jugak adjust2 screw bobbin case ni kalau jahitan tak ok..

tunteja on May 21, 2013 at 12:32 PM said...

hahaha.. gigih akak mengadjust sekoci tu ek.. klu saye anto kat kedai jahit je senang.. sambil mencarut kat tokey kedai..xkuase nak membelek bagai.. tp bagus jugak kan mane tahu takyah anto kat kedai tu da.. jimat 30 hengget..

makcik rehan KJB on May 21, 2013 at 3:15 PM said...

uols... takdenya kena rm30. skangni caj minimum repair mesin hatta dia kuis screw 2 saat pon dah 50 hengget tawww.... tu yg seboleh2 akak malas nak hantar kedai tu. laki bini jadi mc gyver gittew :))

Diyana Zainal on February 23, 2015 at 3:54 AM said...

Kak, u r my savier.. sy nyaris2 nk jual mesin jait sy, nyaris give up.. n nyaris nk main kutu mesin.. hahah.. blog akak penyelamat di kala waktu mlm sy tgh merempit.. semoga Allah swt limpahkan rezeki berlipat ganda pd akak krn telah berkongsi ilmu pd semua.. terima kasih skali lg kak..

ShareThis