Thursday, June 27, 2013

I'm not keeping a secret. I just don't wanna make fuss over it...

Posted by makcik rehan KJB at 3:00 PM
Assalamualaikum WBT

Betul ke Grammar akak kat atas nun? Lama tak pi London, dah ingat-ingat lupa bahasa ibunda akak... puiii!

Mingguni akak belum merempan kan? OK, mari layan akak menceceh. Harini akak terbukak pintu hati nak bercerita panjang lebar. Dari pagi dok mentonyoh hidung dan menahan senak perut akibat bersin yang tak sudah. Padahnya, Mencah kena stay kat umah Nenet, pasal aku tak larat nak pi jemput dia lepas balik PRA dan hantar pi KAFA. Raya la dia harini... pasai tak payah pi KAFA. Sakanla konker tibi kat umah Nenet nunnn....

=========================================================================

Dari awal minggu aku tadak mood. Ketidakselesaan bersambung-sambung. Cuaca berjerubu pon penambah punca. Bukak pintu sekejap nak sidai kain pon, aku sakan menggonyoh hidung yang konon puteh-puteh melati ni sampai jadi merah-merah delima. Isnin Aisyah tak pi skolah. Selasa Abah dia suruh pi skolah jugak, walaupon aku sebagai ibu biologi kepada kanak-kanak tersebut tidak membenarkan. Apa nak buat, Abam kau pon Abah biologi kepada budak tu jugak. Syaratnya, ko hantar dia.... ko sila ambik dia eh Bang. Aku is tak mampu nak meredah habuk dan asap sambil mengheret kanak-kanak sorang lagi ni.

Petang Selasa tu aku mengalami kemuncak ketidakselesaan. Sekali bersin, rasa macam nak berguling di lantai. Menahan kesakitan, pressure point di tepi pusat sebelah kiri. Menangis aku! Antihistamine dah lama sangat aku tak sentuh, atas nasihat doktor. Nasal spray tidak membawa aku kemana. Lagi menjejes air hidung ada lah!

Lalu pukul 3 ptg aku talipon PMC Sg Buloh, meraban nak cari Dr Ratna. Malangnya Dr Ratna dah habis duty. Petang hari kalu, sila tadah perut kat Si Kacak Dr Zarul. Mulanya aku berat hati, malulah... bagi dokter kacak kelebek perut boyak aku kan? Tapi, kalau tidak harini (harini Abam kau cuti) mampukah aku menahan kesakitan ketidaktahuan punca sampai hujung mingguni?

Abam kau suruh siap, kita pegi jugaklah. Berangkutlah aku anak-beranak, laki-binik ke PMC Sg Buloh. Ambik no giliran, alamak macam nak pitam tengok nombor. Nombor sekarang 2005. Nombor giliran aku 2023! Purata consultation time utk setiap patient (yang ni Abam kau yg buat analisa, aku bizi tengok orang lalu lalang saja) adalah 15-20 minit. 

Kami sampai sana dalam pukul 4 petang dan hanya melangkah keluar dari sana pada pukul 9 malam! Dahsyat tak? Macam orang stranded takleh naik kapalterbang sebab salji tebal gitu. Alhamdulillah prasarana di sana sangat bagus, dengan surau dan toilet yang sangat mesra perdana untuk ibu-ibu boyak dan berlangkah kengkang macam aku. Ada play area jugak habuan anak-anak syorga akuni nak melampiaskan lebihan tenaga mereka. Aku tak sangka pulak akan 'stranded' lama cam gini. Makanya, takdela bawak bekal susu budak Atiyap ni. Ada jugakla beberapa episod drama Teduhan Kasih mintak susu, mintak makan. Abah dia gigihla pergi beli snack kat kedai sebelah nyebelah tu. Jadilah, buat alas perut. Bila ada patient yang datang bersama kanak-kanak ribena, aku akan merasa lega yang teramat. Buleh la jadi kawan anak-anak aku yang mesra perdana ni kan. Maka riuhlah spital itu dek pekikan dan hilai tawa anak-anak aku.

Dalam setengah jam lepas habis drama Teduhan Kasih (aku duduk depan sekali, mengadap tibi spital nko!) barulah nombor aku naik. Mengengkanglah aku laki-bini mengadap dokter hensem ittew. Fuhhh.... masih hensem macam 4 tahun yang lepas. Putihnya dokter Zarul ni (itu komen Abam kau). Tulah Bang, sapa suh ko tak jadi dokter. Eh!


 

Sorry readers, friends and families... aku bukannya nak berahsia dan kemudiannya konon-konon buat surprise. Tadaaaa!!! tiba-tiba beranak gitu kan. Oh tidak berniat sama sekali. Seriously, pregnant kali ini aku lebih banyak berdiam diri melawan ketidakselesaan yang hanya laki aku dan Allah yang tahu. Betapa aku punya melepek macam kain buruk, siang dan malam peluk besen, pagi-petang asyik nak menangis dan mengamuk tak ketahuan punca. Jiran sebelah menyebelah mesti tah bapa kali tersedak-sedak time makan dengar aku bertempik tak kira masa. Sekolah anak aku haru-biru. Sukati aku dah nak hantar pi skolah tetiba tanak jemput. Kau boleh? Aisyah sampai kena balik naik van, balik transit kat rumah Nenet. Kadang Atuk yang terpaksa jemput dan hantar dia. Makan-minum aku anak beranak ditaja sepenuhnya oleh Nenet Onah. Dari sebutir nasik, sampailah kepada telo goreng mata kobau... semua Nenet yang sediakan. 

Aku tak ambik peduli LANGSUNG hal ehwal rumahtangga (rumah aku tadak tangga BTW). Semua kain-baju aku hantar dobi, kecuali spender dan coli aku sendiri. Sebab aku malu, spender aku beso-beso... pastu ada yang buleh kirai cam roti sorai kan. Yang lain-lain semua aku post and pay! Pinggan mangkuk penuh sinki jangan harap aku nak sentuh. Atiyap mintak susu, aku mengamuk dulu baru bancuhkan. Abam kau salah cakap sikit, aku merajuk menangis kemas kain baju macam nak lari dari rumah. Yang aku tau, bergulung tido dalam selimut, letak besen pink sebelah tilam. Silalah imejin cemana bau rumah aku masa tu kan. Sabo sungguh Abam kau melayan penyakit buatan diri sendiri nih! Bila aku sendiri dah tak larat nak sedut bau busuk rumah, aku talipon part-time cleaner suruh cuci rumah. Lega la barang seminggu. Lepas tu busuk balik. Aku talipon lagi suruh cuci lagi. Perasan kaya sungguh aku time tu. Kesian laki aku terbongkok-bongkok cari rejeki. Aku sedap-sedap tabur bagi kat cleaner!

Masa tempoh mabuk sawan teruk aku tu jugak, satu hapah kain aku tak sentuh. Kain baju pon aku tak lipat, inikan pulak kain jahitan kan. Order melambak-lambak terbengkalai. Kain cotton menggunung depan ruang tamu aku ni. Lantak situ. Aku hari-hari merayu suruh Abam kau poslaju aku ke kampung halaman. Mak aku suruh balik kampung, tukar angin. Biar mak yang hadap muntah monggek hang tuh! Tapi Abam kau bertangguh dulu, suruh aku sabo sampai cuti skolah haritu. Akhirnya, sempena cuti skolah bulan 3 haritu... berambuslah aku ke kampung halaman. Hari pertama kat kampung kemain sihat aku. Makan bertambah nko.... nikmatnya! Rasa macam dah 2 tahun tak makan nasik. Masuk hari kedua... datang balik penyakit melugai aku. Terjelepuk 24 jam la aku kat kosi romah mak aku pulak. Dekat 3 minggu jugakla aku dengan Atiyap melepek di pangkuan Mak kat kampung. Abam kau dengan Mencah tak stay sama. Depa kena pi kerja, pi skolah kan. Atuk Asan dgn Nenet Onah la yang mengurus Si Mencah sepanjang tempoh aku kat kampung haritu.

Tiap-tiap pagi, Ayah aku akan tanya nak makan apa? Ayah nak pi beli. Dan Mak aku akan sedia untuk memasak apa saja yang aku rasa nak makan. Aku sebenaqnya tak selera nak makan apa pon. Aku tau nak pejam mata sampai beranak saja, buleh? Ada sekalitu aku rasa macam nak minum ayaq stoberi F&N yang ada gas tu. Carbonated drink la kiranya. Aku bagi duit, Ayah aku tamau ambik. Kalau hang balik rumah Ayah, hang jangan gaduh nak bagi duit. Hang nak apa, habaq mai... Ayah pi cari. Ayah aku pi cari serata kedai kat pekan kecik Tanjong Piandang, tak jumpa. Yang ada hanya ayaq oren saja. Ayah kata, hang minum yang ni dulu. Nanti esok-esok Ayah pi cari kat kedai lain pulak. Tersentuh hati aku. Begitu sekali Ayah aku melayan tekak mintak penampo aku ni. 

Malam-malam, aku tunggu mak bentang tilam dan gantung kelambu... aku pon merangkak masuk kelambu. Sekali aku, dengan Atiyap tido satu kelambu dengan Mak dan Ayah. Comel tak? Malas naik atas tido dalam bilik aku sebab payah nak turun pi toilet. Kang tengah malam aku dok bergulung menahan angin, Ayah kejut Mak suruh lumur minyak panas kat belakang aku. Begitulah rutin dia setiap malam. OK, menaip part ni buat aku bergenang ayaq mata. Umoq 34 tahun, dah berlaki dan beranak pinak, pon Ayah dan Mak aku tak pernah jelik nak menjaga anak biologi mereka ini. Oh Allah, rahmatilah, kasihanilah dan limpahkanlah kasih sayang dan keampunanmu kepada kedua orang tuaku dan kedua ibubapa mertuaku. Aamiin.

OK, sekarang nampak tak kenapa aku malas nak membising dan mencanang akan kandungan ke-3 aku ni? Cuba bayangkan, aku update status kat fesbuk sejam sekali bagitau aku mabuk, muntah, mengamuk bla bla bla. Rasa macam nak bagi penampo kemudian unfriend aku tak? 

Bila sorang demi sorang konco-konco aku terlepas sakap kat fesbuk, aku mula dihujani dengan pertanyaan demi pertanyaan KAKAK BUNTINGKAH? SUDAH BERAPA BULAN KAKAK? TAHNIAH KAKAK. kalah Lisa Surirumah kata Kak Rose JM. Aku mula rasa bersalah. Aku bukan nak menyembunyikan kandungan. Cuma aku malas nak melayan, sebab 3-4 bulan yang pertama haritu aku memang tak terlayan hal ehwal kandungan aku ni. Aku memang pikir tidoooooo saja! Sekarang ni jelah baru aku ada feel sikit nak bercerita. Tu pon mengah.... bawak badan berat kannns....

Betapalah aku malas nak pikir hal kandungan akuni (malas nak pikir, bukan bermakna aku tidak bersyukur dan tidak gembira hokay), aku hanya pegi check-up ikut suka hati aku bila nak pegi. Aku hanya bukak buku merah di klinik ibu mengkandom buruk-buruk kat Rawang ni saja. Scanner pon macam nak roboh, kena tepuk-tepuk dulu baru kuar gambar. Nak ambik BP aku pon sampai 5-6 kali tekan baru dapat, sebab asek terburai dari lengan balak aku. Velcro tape dia dah tak lut nko! Kalau aku naik penimbang, dapat je angka, dan-dan suruh aku turun cepat. Takut rosak mesin penimbang dia, maklumlah... aku kan besor macam peti ais. Nak suruh aku pi serah naseb kat klinik gomen memang jangan harapla. Dengan nak menunggu lama, pastu nanti kena tadah telinga kena petir dengan misi sebab gemok bagai, lagi nak mengheret budak Atiyap ni... oh tidak! 

Abam kau suruh layan klinik buruk je dulu, kang dah nak beranak baru kita pegi jumpa Dr Ratna. Dibuatnya Dr Ratna reject aku Bang, mana aku nak tojah perut aku ni kang? Ko jangan nak suh aku beranak dalam kolam macam video yang Kak Mah Gali tag aku tu. Terangkat bumbung rumah ni kang dengar aku memekik meneran!

Maka akhirnya, selasa lepas kami pergi jugak ke PMC. Sebelumni pressure point aku kat sebelah kanan perut. Pegi check kat klinik panel, katanya sebab kaki baby kat situ. Dia tujah perut aku dari dalam. Sakit hokeh. Dan semingguni sakit senak aku tu beralih ke sebelah kiri pulak. Dan lagi sakit dari dulu. Itu yang buat kami kepelikan. Anak ko berenang 360 derjah ke kat dalam ni Bang? Sakit berguling-guling tau!

Dato Dr Zarul (aku baru tau Dr Zarul dah jadi Dato, bila nampak nama dia kat luar pintu bilik) kata baby aku beso! Tempat yang aku sakit tu, adalah kepala dia yang dah keras. Tiap kali bersin, kepala dia menujah dari dalam kat tempat sakit tu. Berat dia dah 1.5 kilo sedangkan dia kena duduk kat dalam lagi 2 bulan setengah! Berapa kilo lagi dia nak pulun kat dalam tu tataula... huwaaaa! Padan muka aku, tulah... asek tidooo jer kan. Sampai anak aku membeso bagai johan kat dalam nih. Tak pasal-pasal dokter nak buat details scan kat aku bulan depan. Due date scanner dgn kiraan kalendar jauh gila tau. Beza dekat 3 minggu tu! Yang paling buat aku kecut perut, bila dokter sakap... saya takut kalau baby beso sangat, nanti puan tak boleh beranak normal. Huwaaaaa.... ini serius menakutkan! Rasa macam nak buat Atkin Diet terus, boleh? Atiyap 3.6 kilo, 4 tahun lepas... pon dah kena vacuum tau. Yang ini apatah lagi... dahla umo dah makin tua kan? Hala...... tamau la potong-potong perut weiii... makin boyak la aku pasni :((

Korang doakan aku selamat dan sabar nak menghadapi baki 2 bulan setengah lagi ni ek... Doakan baby aku sihat dan sempurna, dan aku boleh bersalin normal dan kembali ramping seperti sediakala. Puiiiiii.... ramai-ramai la korang muntah cair di kibod kannnn... pernah ke ko ramping macittt???

Aku mohon ampun maaf kalau ada yang terasa nak muntah monggek membaca entry ini. Yerlah... macam aku sorang je yang mengkandom kannnn... dulu dok dendiam, tetiba sebok nak buat entry bagai. Feeling retis sangat konon. Orang lain pon bunting jugak, takde kecoh macam aku pon. Aku dah cuba untuk tidak mengkecoh, yerlah... dah tua-tua ni macam buruk laku je aku nak merempan pasal bunting-membunting ni kan. Kasi chance lah kat orang muda-muda plak pasni. Entry ni kira nak menjawab soalan kawan-kawan yang banyak (banyak kerrrr) bertanya nak kan kepastian, betul ke aku mengkandom... Nahhh... yer korammm... aku is mengkandom. Sudah hampir memasuki 30 minggu. 

Untuk kawan-kawan aku yang belum dikurniakan zuriat, bersabar dan teruslah berdoa. Perancangan Allah itu lebih hebat, diluar pengetahuan kita. Enjoy your sweet time with your spouse. Hujung-hujung aku dah macam Dr Harlina Siraj pulak dahhh *pintal-pintal tudom labuh beropol*

Last but not least, semalam adalah birthday Tuan Penyebab Penyakit akak ni... kalau awak skodeng entry ni Bang, Selamat Harijadi saya ucapkan. Sudah 34 tahun umo kita Bang oiii. Semakin tua dan berkedut. Semoga dengan pertambahan usia ini, awak dan saya akan bertambah matang dan bertambah keimanan. Kalau bertambah harta pon lagi bagus, boleh kita pegi Mekah cepat-cepat. Wish sekali untuk diri sendiri lah, pasal umo kita ni beza seminggu saja. Besday saya minggu depan jangan lupa bawak saya pi makan nasik padang dengan jus alpukat naa.... 








Til then, ai lebyu readers!

















10 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH on June 27, 2013 at 3:36 PM said...

rasa nak pregnen plk bc n3 nie..tp bla baca part loya meloya morning sickness yg menderita tu..pikir 10kali..tp sedih nya baca part makbapak kta yg perihatin n pnyayang tu kan..tp n3 ni lucu bangat dehhh..1st tym bc blog awak..suka!!!!

Mila@Rimbun on June 27, 2013 at 4:30 PM said...

geli hati baca entry mokcik rehan ni.. apa pun.. moga sihat sejahtera keduanya, ibu n anak yerr

Dee on June 27, 2013 at 5:15 PM said...

wah..tahniah MR...tak sangka..makan diam2..dah besor tjuk kat orang..hahaha..

moga kau sihatlah sampai bersalin sok..tapi kalau kau c-zer jgnlah takut..insyaallah takde apa2..aku c-zer gak..2x..cuba kau suruh aku normal..wajib aku kecut2 perut..kehkehkeh..eh..yang benornya tak kisahlah cara apa pun..asalkan kau dan baby selamat ok..

akhir ucapan...selamat meneran!!

makcik rehan KJB on June 27, 2013 at 5:48 PM said...

TQ Qaseeh, TQ Mila. Pray for my safe delivery ya :)

Dee, akuni kuat bersin. Takut terburai jahitan je kalo aku c-zer haha. Anyway, thanks. Alhamdulillah. Ekau bilo lagi? ekekekeke

littlehumblelynn on June 27, 2013 at 10:48 PM said...

Rehan

Waaaahh!!
Tahniah babe

Aku doakan ko smg selamat bersalin normal

Sedih baca bab ayah ko-sbb aku xde ayah dah :(

Apapun jg dr,buat xnmpk aje umah selerak-x pyh peduli.yg ptg ko ok!!

ibh_sue on June 28, 2013 at 2:05 PM said...

Kesian pun ada.. Tp senyum aku baca n3 ko.. Semoga diberikan kesihatan yg baik weh.. Lepas ni mencah dan atayap tak kan seglemer lg lah ya..Ada adik baru up tahta..Heee. Weh Rehan..Take care. Tak lama ja tu lagi. bertabahlah :)

Cikgu Murne on June 28, 2013 at 8:10 PM said...

Assalam kak...
Dah lama baca blog tp tak penah komen...
Sedih dan tersentuh hati saya baca entry kali...
Saya doakan ibu dan baby sihat dan selamat...

makcik rehan KJB on June 28, 2013 at 10:43 PM said...

TQ Sue, TQ Cikgu Murne :)

Eliss Mie on July 2, 2013 at 12:21 PM said...

tu la dugaan ibu nak bawak sorang khalifah kecik kemuka bumi. tak lama dah tu. bertahan la.hehehe.

Elyn Sani on July 23, 2013 at 5:55 AM said...

Tahniah mr! Phiew terasa lai mabuk penin time preg aritu. Sungguh la aku x thn. Baik sakit beranak, koman2 pun 5 jam bkn 5 bln huhu

ShareThis