Friday, September 27, 2013

Harini akak kau garang! (sila menggerun)

Posted by makcik rehan KJB at 2:08 PM
Assalamualaikum WBT


Holla readers!

Jumaat doh. Happy la korang kan. Sok lusa cuti. Kemain la korang dengan agenda memasing kan. Dahla dah gaji... Aku je tak happy... bengkek je nih... Ada org nak tinggai anak bini dalam pantang pi mancing. Berbulu jer aku tau! Tu pasal status aku kat pesbuk semua garang-garang macam askar tertelan peluru berpandu :p. Takpa... takpa... ada ubi ada fun fries, lepas pantang akan ku balas! Ezeyyyy.... bookingkan aku tiket ke Bandung!



Gambar Me'ah idom kembang seround, kasi aku cool down.


 



Eh korang, ada yang kata aku rajin sangat basuh lampin taik baby... meh nak clarify... cewahhh.... aku bukan mithali sangat nak men CD kan budak Me'ah ni tau... aku tak larat tengok dispo bertong-tong diberakkan budak ni. Alang-alang aku ada CD zaman aku mempoyo dgn Asrap aritu, aku punggah la gunapakai setakat yang terlarat. Abang nko yang kena prewash sisa buangan Me'ah. Aku humban masuk mesin basuh, then sidai-sidai manja kat ampaian jer. See... idokla rajin tara mana sangat pon kannn... Save bajet la sikit weh... anak dah tigo, minyak dah naik 20 sen, tahun depan Atiyap plak nak skolah... Nasik lemak pon dah naik rega *tetiba*





Ni sebahagian jer. Aku ada more than 20 pcs of CD Coolababy ni tau. Punyalah meroyan akuni suatu masa dulu khennn.... Hantam jela pakaikan Si Me'ah sementara dia dok rajin mengkincit ni kan...


Nah Me'ah lagi seround! Hahahaha.... bakul musa sekenhen Me'ah dah nak reban dikerjakan Abam Atiyap dia. Sapa nak bakul musa cenggini, boleh roger Juaimurah Preloved kat pesbuk. Setakatni bakul ni memang sgt berguna utk aku. Senang nak transfer budak kecit ni dari bilik ke bilik ke ruang tamu ke rumah nenet dan hatta ke depan jamban sekalipon! Maklomla... anak-anak aku semua bangsa tak buleh kelibat aku hilang khennn.... 




.
.
.
.
.
.
.
.

Esok kalau aku meroyan kat pesbuk lagi, paham-paham jelah.... Tu maknanya aku tengah stress dengan 3 orang kanak-kanak ribena! LOL




1 comments:

Me on September 27, 2013 at 5:11 PM said...

wow macit... tega ps gitu ye... bertabah lah.. n bersabar jugaa.. btw lika czer dah ok?

ShareThis