Monday, September 23, 2013

Taking Care of Myself. All By Myself :)

Posted by makcik rehan KJB at 10:20 AM
Assalamualaikum WBT

Holla readers!

Akak Mok Mok moncol lagi :))
Tangguh lagi novel beranak Akak. Tadak mood nak bercerita pasal perut yang kena belah hehe. Mari cerita pasal pantang. Isu yang boleh tahan panas, kalau tak kena gaya kekdah perbincangan.


 



Ada yang kata kat akak; Gagahnya kau kakak.... kau pantang sendiri!
Bukan gagah dik... gajah iyerr :p

Faktanya begini... akak sebenornya malas nak packing barang nak balik kampung. Barang baby sebeban. Barang akak lagi. Barang Atiyap lagi. Carseat, bakul musa, toiletries, bedung, pampers bla bla bla... penuh la keta jentolak abang nko kan! :))

Alasan kedua, kalau pantang kat umah sendiri senang kau nak menyelak nak nyusukan anak, nak mengepam sambil tengok cinetron, nak topless ka bottomless ka... senang takde sapa nampak. Kalau kat romah orang paham sajalah kan kekangan dia. Mula kang aku bancuh susu botol je, segan nak menyelak dan menyusu baring segala kannn...

Alasan berikutnya, akak tak rela nak menyusahkan orang tua. Kesian depa... dulu dahla penat menjaga kamiorang masa kecik kan, dah bila kita beranak-pinak... kita pegi hempuk pulak diri sendiri dan anak-pinak kita bagi depa jaga. Kita sedap-sedap bela body dalam pantang. Kononnya kita berehat dan memulihkan badan sepenuhnya selama 2 bulan. Puiiii la sangat.... kau nak rehat-rehat dan bersenang lenang membela badan kalu.... silalah ambik confinement lady atau helper kannn... Keji benarlah kalau kau sedap-sedap bela badan, tapi kau 'babu' kan mak ayah kat kampung. Kasar benar bunyinya... tapi itulah hakikatnya kan :p

Mak Ayah akak dah tua... cukuplah depa jaga akak seminggu masa lepas beranak haritu. Dahla masa mabuk kepayang haritu depa dah hadap akak dgn atiyap lama kat kampung. Biarlah pantang kalini akak buat sendiri apa yang termampu. Membela orang pantang ni bukan kerja senang tau. Tambah lak kalau kitani stok mengada manja mintak penampau. Itu takleh makan, ini takmau makan... nak duduk berlunjur 24 jam pagi sampai malam... semua nak tunggu orang suap dan hulur... kalau akak sendiri yang menjaga, memang boleh hilang sabau jugak ler...

Pantang sendiri di rumah sendiri taklah susah mana. Kata kunci dia... kau larat kau buat. Kau tak larat kau tido jelah! Haha... (akak dgn tido mana bleh pisah :p). Mak akak pesan berkali-kali, hang jangan buat kerja berat. Jangan nak cergas sangat. Ingat sikit jahitan tu belum sembuh lagi tu.

Baik Mak. Saya patuh. Jadi ini jelah yang akak buat selama berpantang di romah sudrik.

Malam sebelum tido, akak longgok kain atas lantai. Pastu akak kuarkan arahan. 
"Bang, sila kaut kain ni... boh dlm mesin"
Dan akak pon tettt... tettt... tekan punat mesin. Siap.

Esok pagi akak kuarkan kain dari mesin, buh dalam bakul. Pastu akak kuarkan arahan lagi.
"Bang, sila angkat bakul tersebut dan letak kat luar"
Pastu akak sidai-sidai manja je kain tu. Janji kering. Sidai manja ni maksud dia takdela akak beria mengkibas kain-kain tu... kan Mak pesan jgn buat kerja berat. Kibas-kibas kain adalah dikira kerja berat. Hahaha... (walhalnya aku nak cepat dan malas wakakaka!)

Pepagi, akak masak nasik. Rebus sayur. Rebus ikan.
Kata kunci masakan org beranak ni senang je. Kukus. Grill. Panggang. Macam iklan tuuuu haha.
Pastu bahan asasi dia simple sangat. Bawang, halia, lada. Senang gila! Kecualilah kalau kau jenis cerewet makan... nak lauk berbagai ragam, ikan berbagai spesis kannn...








Mandi baby. Kalau cuti, Abang nko yang mandikan baby. Kalau dia kerja, akak la mandikan. Alah, bukan payah benar. Buat pelan-pelan, dan ikut SOP. Takyah lah beria sangat kalau tau diri tu tak konpiden atau tak larat. Mandikan kat sinki dapo je... senang. Baby bukan busuk macam kita org tua ni kan... mandi sebesen kecik je pon dah wangi. Kalau tak larat, mandikan sekali sehari sudah. Nanti dah hujung2 pantang, kalau rasa dah sihat dan baby pon dah 'keras' sikit... ha mandikanlah 3-4 kali sehari pon kalau kau rajin. Aku? mimpila 3-4 kali sehari.... nak mandikan diri sendiri pon malas dik... ekekeke...









Petang hari kutip kain. Lipat kain pon manja-manja sudah. Bukan ada sapa nak cekidaut lemari baju kau pon. Tak larat katanya kan... buatlah cara tak larat macam akak. Tak payah kibas-kibas. Tak payah terbalikkan. Janji lipat. Hahaha... nampak tak aku punya strategi cemana? Kita buat dia kan.... hihihihi...

OK, Atiyap pulak. Dia bangun pagi, mintak susu. So buatkan susu. Kalau nak sarapan, tuang coco crunch dalam mangkuk. Lepas tu dia nak mandi, kencing dan berak. Bawaklah pi mandi. Siram dan sabun ala kadar. Selesai bab mandi. Tengahari sikit, dia mintak nasik. Sup sayur kan ada. Gaul dengan ikan... renjis kicap sikit... makanlah dia dengan berseleranya. Cewah. Kalau agak-agak lauk tu terpedas halia atau lada... takde hal. Goreng jelah telo mata. Eleh.... macamlah selamani anak kau tak biasa makan telo mata khennn... (aku lettew... manjang goreng telo je kat anak) :p

Aisyah macamana? Akak sikit pon tak ambik tau pasal dia. Abang kau handle semua. Kejut dia bangun pagi. Monitor dia mandi dan gosok gigi. Pakaikan baju sekolah. Bancuhkan milo dia. Cari stokin dan tudung dia. Pukul 6.30 pagi, 2 beranak idom kembang ni dah off to school dan office. Balik sekolah dia naik van, transit kat rumah Nenet Onah. 6 year old girl tak banyak songeh dah. Balik umah nenet - mandi, makan, tengok tibi sampai panas tibi atuk, main sorang-sorang sampai lebam, kang pukul 7 malam Abang ko balik office, pick-up dia bawak balik Bayuville. Depa dua beranak makan siap-siap kat umah nenet. Kalau nasib baik, siap bawak balik lauk tapau lagi. Hehehe...

Sapu dan kemas romah. Ala kadar je akak buat dik. Kata pantang kan. Kibas batang penyapu 2-3 kali, asal hilang habuk dan sampah kasar sudah. Kalau nampak lantai bercapuk, ambik air spray dan kain buruk. Lap jelah kat tempat bercapuk tu sikit. Darurat uols. Takyah lah nak celup mop bagaiii. 

Toilet? Abang kau kan ada. Masa ni jelah kau nak mintak tolong laki kan. Walaupon kena sakap sampai 18 kali sehari, sakaplah jugak sampai telinga depa kebas pon... "Bang, bilik air kotor. Silalah membasuhinya" Kalau laki kau buat tatau sampai sudah, silalah merajuk dan mensentap dan mengkunci diri dalam bilik. Hehehehe....

Tengok... apa sangatlah kerja yang aku buat masa pantang ni kan. Lagi pulak Amirah sangat baik budaknya. Setakatni keja dia mentidoooo je sepanjang hari. Celik mata sebab berak dan nak nyusu saja. Selebihnya, kerja akak hadap pesbuk dorjana jelah.

Oh BTW, pantang sendiri ni kena utamakan kesihatan tau. Ubat-ubat yang dokter bagi silalah makan dengan patuh. Pati haruan ke, ginseng ke, gamat ke, jamu ke... makanlah kalau perlu. Barulah badan rasa bertenaga gittew. Makanan yang harus kau pantang, silalah pantang. Agak-agak ler kalau nak langgar-lari pon kan. Ais semua tu... tak elok benarlah kalau kau nak langgar. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah adjust di badan sendiri. Kalau takde mudarat and your body seems okay with it, carry on. You should be fine. Cewah... tetiba speaking London!
   






Kesimpulannya, kata kunci akak dikala berpantang sendiri adalah : KAU LARAT KAU BUAT. KAU TAK LARAT KAU TIDO JELAH. Hehehehehe....


17 comments:

izzahazfar on September 23, 2013 at 11:36 AM said...

setuju :p

semoga baik2 sahaja makcik rehan.

Dee on September 23, 2013 at 12:00 PM said...

MR..aku pun pantang sendiri..dari anak pertama smpi anak kedua..dua2 pun belah perut..steady beb..kau mampu pya..kehkehkeh..

Kuazue Mohd on September 23, 2013 at 2:10 PM said...

yuhoo..ko join kelab pantang sendiri mcm kami juga yer...hihihi..dua2...c-sar..lps 3 hari..uar spetal..sila wt sendiri....jamu lps sebulan sila mkn ya..sbb pantang sendiri nih..semua benda wat sendiri...kena jamu lebih..or lepek! ..all the best...larat2 la wat tak nmpk..walau larat nak buat yer...hihihihi...

makcik rehan KJB on September 23, 2013 at 9:46 PM said...

Thanks izzah. Dee. Dan kuazue :)

transformed housewife on September 23, 2013 at 11:10 PM said...

knur dulu masa anak kedua berpantang sensorang jugak di New Zealand nuh. Masa tu anak sulung pun baru umur 2 thn. Mmg buat yg mna larat jelah. Masak pun cincai2 je.

Min Aina Ila Aina on September 24, 2013 at 10:43 AM said...

Saya pun anak sulung berpantang sendiri, bakar tungku, angkat air, masak nasi dapur gas, mandi anak, dah la anakku kalau tak tido nangis je dari pagi sampai ke malam. Sambil dia bergayut kat B mak dia memasak.hehe.

Ni pun sedang persediaan nak berpantang, pantang keguguran. Semangat nih! Sebab dulu tak dapat pantang beria.

Elyn Sani on September 24, 2013 at 11:31 AM said...

Napa la ko x beranak dulu dari aku? Kalau tak bleh aku ikut cara ko. Ni aku smp nk meroyan pantang sendiri. Last2 laki anta blk umah mak sbb luka bwh aku x baik gak lps 30hr asik berjln sakan turun naik tangga. Tabik kat koooo

Me on September 24, 2013 at 2:47 PM said...

setuju sgt dgn kata kunci macit... rezeki mertua dekat pun sama ;)

wardah @ fie shah on September 27, 2013 at 5:24 PM said...

Lama sungguh tak baca entry hakak..tergelak-gelak saya membacanya. Akaklah idola saya nnt dalam pantang..hahahaha..taking care Mokcik Rehan..

Nur Wahida on September 23, 2014 at 11:01 AM said...

Cayalah akak rehan..akak dh bg byk tips kt sy neh..Tq :D

Arinie Ghazali on November 22, 2014 at 11:31 AM said...

Hebat btol akak. Masa pantang byk kerja yg buat sendiri. Kagumsss

mawar yus on December 9, 2014 at 4:40 PM said...

hehe..mengekek gelak bila baca...tq for sharing.nanti nak pantang sendiri nak guna motto akak...kau larat kau buat..

Eniey Sue on April 20, 2015 at 8:51 AM said...

Kelakar entry ni..gelak den membaca..gigih ye kak snap gambo tu...

Eniey Sue on April 20, 2015 at 8:52 AM said...

Kelakar entry ni..gelak den membaca..gigih ye kak snap gambo tu...

Nora Baizura on August 10, 2015 at 12:08 AM said...

Seronok baca entry akak ni..sy skrg tgh berpntg sendiri... Kata kunci akak tu terbaik la...

Syafiera Yamin on November 16, 2015 at 12:13 AM said...

Nasib baik jumpa blog akak ni. Reason nak pantang sendiri sebab tak nak susahkan orang lain. Biar sakit tu tanggung sendiri. Dari kecil di jaga sampai 20 tahun. Sekarang tiba masa jaga diri sendiri pula. Dah praktis ngan hub. Waktu preggy second ni dah minta tolong dia sapu mop lantai basuh kain mesin basuhkan tapi sidai atau angkat biar dia buat. Masak pun mungkin Simple simple je. Kuali semua dia basuh. Anak pertama dia uruskan. Tapi waktu dia keje nanti terpaksa tabahkan diri mandikan Anak pertama lah. Hehe.

Tapi tu la. Emak cakap dia masih ada Nape tak minta tolong rasa cam Anak derhaka pun ada tapi itu pilihan saya tak nak susahkan orang lain ingat lagi masa pantang rumah emak lama lama sampai 4 bulan ayah sendiri cakap nak hantar balik rumah husband.. apa lagi kita pula yang kecil hati terus packing packing cakap kat emak nak balik minggu tu juga tapi emak tak bagi tapi berkeras juga akhirnya balik juga rumah husband.. tapi kali ni memang takkan pantang rumah MIL ATAU rumah emak sendiri memang satu taknak bawa balik barang banyak banyak sebab dah ada pertama nanti terpaksa angkut semua barang macam pindah randah lak nanti.. kedua tak nak susahkan emak sendiri.. nanti kalau kita ada dia pula terpaksa masak untuk kita nanti dia penat terpaksa dengar dia membebel nanti kita pulak kecil hati.. ketiga memang nak menyusu Anak kat rumah orang lain payah.. tak leh nak seksi seksi tak leh nak bottomless tak boleh nak top less... keempat suami senang balik balik keje boleh tengok Anak kalau duduk rumah emak atau mil suami payah nak tengok terpaksa tunggu seminggu baru boleh jenguk... ye happen masa Anak pertama dulu.. yang saya tahu saya ni tanggungjawab suami bukan emak kita atau MIL dah.. biar suami uruskan kita pula alaa dalam sebulan dua bulan je.. saya tak nak lembut2 saya nak berkeras dengan pilihan saya kali ni. Saya tak nak saya yang sakit hati nanti kalau sebok nak jaga hati orang lain.

Syafiera Yamin on November 16, 2015 at 12:15 AM said...

Nasib baik jumpa blog akak ni. Reason nak pantang sendiri sebab tak nak susahkan orang lain. Biar sakit tu tanggung sendiri. Dari kecil di jaga sampai 20 tahun. Sekarang tiba masa jaga diri sendiri pula. Dah praktis ngan hub. Waktu preggy second ni dah minta tolong dia sapu mop lantai basuh kain mesin basuhkan tapi sidai atau angkat biar dia buat. Masak pun mungkin Simple simple je. Kuali semua dia basuh. Anak pertama dia uruskan. Tapi waktu dia keje nanti terpaksa tabahkan diri mandikan Anak pertama lah. Hehe.

Tapi tu la. Emak cakap dia masih ada Nape tak minta tolong rasa cam Anak derhaka pun ada tapi itu pilihan saya tak nak susahkan orang lain ingat lagi masa pantang rumah emak lama lama sampai 4 bulan ayah sendiri cakap nak hantar balik rumah husband.. apa lagi kita pula yang kecil hati terus packing packing cakap kat emak nak balik minggu tu juga tapi emak tak bagi tapi berkeras juga akhirnya balik juga rumah husband.. tapi kali ni memang takkan pantang rumah MIL ATAU rumah emak sendiri memang satu taknak bawa balik barang banyak banyak sebab dah ada pertama nanti terpaksa angkut semua barang macam pindah randah lak nanti.. kedua tak nak susahkan emak sendiri.. nanti kalau kita ada dia pula terpaksa masak untuk kita nanti dia penat terpaksa dengar dia membebel nanti kita pulak kecil hati.. ketiga memang nak menyusu Anak kat rumah orang lain payah.. tak leh nak seksi seksi tak leh nak bottomless tak boleh nak top less... keempat suami senang balik balik keje boleh tengok Anak kalau duduk rumah emak atau mil suami payah nak tengok terpaksa tunggu seminggu baru boleh jenguk... ye happen masa Anak pertama dulu.. yang saya tahu saya ni tanggungjawab suami bukan emak kita atau MIL dah.. biar suami uruskan kita pula alaa dalam sebulan dua bulan je.. saya tak nak lembut2 saya nak berkeras dengan pilihan saya kali ni. Saya tak nak saya yang sakit hati nanti kalau sebok nak jaga hati orang lain.

ShareThis