Wednesday, November 13, 2013

Midnight shift almost no-more

Posted by makcik rehan KJB at 2:47 AM

Assalamualaikum WBT

Bismillah.

Surprise! surprise! Another entry in a week...!!! Maaannn... This is one huge achievement! Real HUGE punya ni :))

OK fine. Sebenaqnya yours truly is tak boleh tidoq lagi *sigh*. Pusing kiri nampak #meahmiddleton dalam boyan. Pusing kanan nampak #mencahmanhattan tidoq terkangkang dan #atiyap tidoq menonggeng. OK, baik kita angkat #meahmiddleton letak ataih katil sebelah kanan jugak. So tak payah pusing kiri-kanan dah nak check #anaksyurga. Pusing kanan sekali harung terus nampak depa bertiga. Woiiii... Anak aku dah tiga org wei! Gila tak sangka!! *OK mula dah nak meroyan*

Eh mana laki hang makcit? Kompom kau kau kau dan engkau orang sumer tertanya-tanya bukan? *like people care...prfffffttt* laki aku dah kena kicked out of the bed sejak sekian lama hahahaha.... Sejak kemunculan #atiyap into this world, katil berkeriut ni aku dgn #anaksyurga yang conquer (did i spelled it right?) hehehe. PS tido tilam bujang kat bawah siap kena pakai penutup mata tahan silau (apetah nama saintifik dia) sebab #meahmiddleton is penakut gelap! Haha... Kalau dia dalam boyan, jgn la gatai pi tutup lampu. Nanti dan-dan dia melalak. So, ahli kelorga lain terpaksa berkorban tido dlm terang benderang sampailah dia dah betui2 lena dan dipindahkan dari boyan ke katil.

BTW, merujuk kpd tajuk entry... Ya benar lah tu. #meahmiddleton sudah semakin jarang berjaga malam. Memangla dah jarang, pasai tangki minyak dia dok standby kat sebelah kan? Dulu tu dia nak kena melalak sampai segar bijik mata baru dapat 'isi minyak' pasai aku dok kat luaq bilik dok sakan tekan enjin mesin jait. Dengaq dia menguek dan-dan aku pon jadi stress pasai nak kena off switch dan pi attend dia. Kadang melalut sampai setengah jam. Itu yang kesudahannya dia terus masuk shift sampai pagi tu! Haihh...

Betoila mak aku kata aritu. Budak kecik ni dia memang saja... Time hang tadak nak buat apa, dia boleh bantai tidoq dari pagi sampai malam. Nak bg susu dan tukaq pampers pon sampai kita kena gerak dia. Cuba kalau hang nak buat gheja apa-apa... Dan-dan tu la dia menguek! Sungguh betoi kan wei?

Seminggu sejak aku tak pegang mesin ni, si #meahmiddleton ni memang pentido sungguh. Baik siang, baik malam. Agaknya selamani dia pon stress bila aku asyik stress paksa diri menjahit kan. Kaaaa... Dia saja dengki kat aku? Abihla aku kalau tak menjahit langsung.... Macamana nak shopping barang merapu kat instagram!

Weh, betul tau. Aku skang ni kemaruk shopping kat instashop. Aku rasa cam convenient gila shopping kat instagram. Kalo rasa nak beli je, terus shout kat whattapp, book and pay! Sesapa yang biz online tu, silalah jangan mengabaikan medium instagram dalam rangka pemasaran korang. Zaman shopping online kat facebook semakin berlalu kot. FB dok semak dgn org juai bitamin ja aku tengok. Wahhh.... Selamba charot! Berani kau Rehan :))

Esok #mencahmanhattan ada lawatan sambil blaja dengan geng PRA skolah dia. Pi aquaria dan kilang coklat kat Serdang. Dia punya excited nak pi lawatan mengalahkan nak pi makan angin obersi baq hang! Aku berat ati jugak mulanya nak lepas dia pi trip ni. Risau la wei... Anak aku ni terlebih berani dan ramah dengan orang. Ni pon jenuh aku pesan macam2 kat dia. Jangan itu jangan ini. Rasa macam nak bagi walkie talkie kat dia, senang nak polo up dia pi memana. Kerja gila la kan. Gila tak gila weiii... Anak niiii... Aku bukan gagah nak beranak deret2 mcm team #makbanyakanak tu... Aku ada 3 ketoi ni saja... Ni pon jenuh melepek siang malam 9 bulan tahan sengsara *OK mula dah nak meroyan lagi*

Pray for our children's safety wherever they are. Pray for good people to be with them. Semoga Allah menjauhkan manusia berhati syaitan dari anak-anak kita. OK sekarangni sapa yang nerveous lebih ni? Sapa yang nak pi lawatan sebenaqnya? Prrrfffftttt!!!

Good nite peeps!
(errr.... I mean good morning)

Astaghfirullah.

0 comments:

ShareThis