Monday, November 11, 2013

Morning post

Posted by makcik rehan KJB at 2:32 AM

Assalamualaikum WBT

Bismillah (read from SK's FB post - start ur post or entry with Bismillah and end it with Astaghfirullah. InsyaAllah posting itu tak jadi lagha)

OK. Dah macam nak jadi ustagajah lah pulak. Mamai pagi buta pukul 1.48 am tetiba buat entry.

Sebenaqnya akak x boleh tidoq. Tak mengantuk. Dah jadi tabiat la pulak, pukul 2-3 pagi baru mengantuk. Maybe sebab selamani dok paksa diri jadi #midnitetailor. Tabiat yang tak elok sungguh. Esok pagi lalok, kerja nak megheluh sajala... Nak qada' tidoq katanya. Pastu esok malamnya jegey mata lagi. Jadi rutin sampai tua. Abihla bekedut sana sini. Makan kolagen sekandaq pon tak guna. Telan rumpai laut satu pulau pon takkan jadi Nora Danish punya. Eh!

Dah almost 2 weeks tak menjahit. Tiba2 hilang rentak. Tu sebab akak malas nak ambik order. Ya, ada few friends yang pm bagitau nak sleeping bag. Being #tailorsawan kan, akak tak janji bila buleh buat. Just wait for my readymade items la kunun. Ready la sangat. Seketui pon takdak yang ready. Puiiii sama #jollycotton haha. Eh tapi ada 2 lai sleeping bag yang die-die have to jahit by end of this month. Special custom order using minky fabric. Kalau ada rejeki, sleeping bag akak will fly to UK uols! Kembang pankreas akak diknunnnn....

Kids are too demanding la akak rasa. Mencah dgn cara budak pompuan tengah nak up. Atiyap dengan ragam mommy's boy yg very attached to his mama (walhal mama dia punyalah cengey macam serigala jadian :p) dan Meah pulak macam tak buleh bau kopek. Asal celik mata je nak menguek mintak kopek. 3 org ahli syurga ni (insyaAllah, Amiin) saja dah cukup buat operasi mesin jahit akak terbantut tau. I can never create something while busy attending to their needs.

Mama... Saya nak milo (they dont like plain water. Sampai tahap kena paksa. Kena saiko. Kena make up stories to scare them!)

Mama... Syayer nak syusyu... (Asyraf ler ni. Sehari berbotol botol!)

Mama... Tab ni tak berfungshiii (started to cry coz tab not functioning. Mana tak hang... Kakak dia download game berkoyan koyan dan bukak window melambak lambak)

Mama... Utiub ni asyik loadingg jer! (started to cry lagi. Wahai anak, kita tadak unipai tau. Kita cuma ada syreamyx 1GB yg kadang2 mensendu macam siput khinzir panjat pokok)

Mama... Kakak buat syayer (meraung)

Mama... Adik (Asyraf) pijak perut saya (merintih macam cedera parah sangat)

Mama... Lapa! Nak nasyik dgn kicap dgn telo air (selagi tak dapat, dia haruk kita sampai ke jamban. Stress tak?)

Selagi tak bagi makan nasik, kicap, telo... Soalan di bawah akan diulang suara berkali-kali sampai cair taik telinga!

Mama... Telo ada tak? Babah dah beli telo? (bila kehabisan bekalan telo dan akak malas nak heret depa pi beli kt kedai Acheh. So akak cakap, nanti mama tipon Abah suh Abah beli on his way back home from office)

Mama, gas ada tak? (coz ada one time, we ran out of gas so i said mama takleh goreng telo sbb gas abis haha)

Mama, kicap ada tak? (once, i told him kicap abis. Babah tak sempat pegi beli. Kedai dah tutup. So kamu kena makan nasik without kicap kehkehkeh)

Haihhh... Itu baru sebahagian. Bontot tak sempat panas kat kusi jahit tau. Ada je benda nak kena attend. Belum masuk adegan air tumpah. Terkencing dlm seluar sebab tahan kencing sebab sayang nak tinggal tibi. Basuhkan berak. Tukarkan channel. Kuatkan tibi. Tolong patahkan biskut chipsmore. Tolong lukis basikal. Lebah madu. Rama-rama isap bunga. Princess Mariposa. Tolong eja Finn And Jake kat youtube. Tolong baca kat Astro info, lepasni cerita apa. Blablabla...

This week akak lupakan terus mesin jahit sebab akak fikir selamani hasil jahitan tak seberapa, stress yang lebih. I push myself too hard sampai anak-anak jadi taruhan *sedih ok*

Demi nak hadap kain dan mesin, akak bior depa hadap tibi dan main tab sampai lebam! Meah pon asyik berenjut dlm boyan karan supaya tido lena dan lama (para cendekiawan pls dont lecture me pasal tak elok bagi anak tido boyan blablabla.... Kang aku hempuk anak-anak aku bagi ko jaga 24jam padan muka). Bab makan minum mujurlah semuanya provided by Nenet. Syukur Alhamdulillah sgt. Kalo tak, sian la anak dgn laki aku hari2 kena hadap nasik goreng 3 kali sehari 7 hari tanpa henti. Dah macam tagline AirAsia pulak.

Bila dah seminggu lebih tak menjahit, mulalah hilang rentak. Jenuh nak pickup balik nih.

Apabenda aku membebel nih. Dahla taip pakai henpon. Tataula dah berapa kajang jadinya entry aku ni. Eh kejap aku. Kejap akak. Kau memang!

Dah pukul 2.57 am. Kalau kau Tahajjud seround lagi bagus Rehan! (kata haters - wahhh feeling retis sgt aih! Nak jugak ada haters. Puiii!)

I want to spend more time with my kids lah rasanya. So takmo dah korban emosi anak anak demi jahitan. Aku jeles, Mencah lagi manja dgn Abah dia lately. Sebab Abah treat her better. Abah never scold (or yelled) at her whenever she misbehave. Mama asek naik hantu je. Asyraf je yang die-die nak mama je semedang. Amirah dah memang aku yg menangla, pasal Abah takde kopek. Gomol cemana pon kena bg balik kat aku untuk 'isi minyak'. Aku penjeles dan pentamak. I want them all. Aku kendong depa 9 bulan dalam perut. So, walaupon aku pekik kat depa 18 kali sehari, i want them to turn to me first for anything!

Tapi lepastu aku pass kat Abah depa jugakla - pi suruh Abah buatkan susu. Mama bizi (main wasap dengan antiyam dan antimah)

Tadi aku terlepas henpon ni. Nyaris nak hempuk kepala Meah. Kakakakakaka... Dongga sgt aih. Gagah menaip dlm gelap.

Dah menguap wei. Dah boleh tidoq la ni. Cukupla merapu takat ni. Bulan depan la pulak buat entry lagi. Eh btw, entry beranak dah karang separuh aritu. Dok terperuk dlm draft folder. Tadak napsu nk post lah. Let it be lah. Life goes on, kan?

Astaghfirullah.






2 comments:

Kuazue Mohd on November 11, 2013 at 2:02 PM said...

assalammualaikum...

heheheh.. itu la anak2 kita kans.. tu cara mak duk depan depa hari2..ni mak wujud time malam n hujung minggu lagi la depa duk membuat pasai.. dulu memang naik angin.. semua mak nak setel sebelum p kerja esok... so smpai satu masa tu.. mak pun slow talk to them... n lastly.. ada yg ok.. ada yg tak ok.. but mak ni.. masih lagi belajar agar boleh jadi mak yg alwys senyum wat ever they do...

gebu's fairy tales on November 12, 2013 at 8:22 AM said...

akakkk windu dgn entry akak tauuu

ShareThis