Thursday, December 19, 2013

Being parents

Posted by makcik rehan KJB at 1:05 AM

Assalamualaikum WBT

Bismillah.

Aku sebolehnya tak suka tulis benda-benda yang sedih. Walaupun hakikatnya belambak benda sedih dan syahdu yang singgah dalam kalendar kehidupan aku. Aku pilih untuk selalu bercerita tentang kebahagiaan. Kerana yang indah adalah untuk dikenang sepanjang hayat. Yang sedih kalau boleh aku nak delete atau undo atau pause atau reformat supaya ia tidak pernah berlaku. Entry ni pada dasarnya bukan entry sedih. Tapi, sebab subject yang nak dibicarakan ni terlampau special, makanya aku touching siap2 la sebelum sambung menaip. Hehehe. Layannnn.

Sigh...

Tadi lepas Meah tido, aku menyusup keluar ke ruang tamu. Aku nak menjahit cadangnya. Ada sehelai lagi sleeping bag aku kena siapkan sebelum tuan empunya berhijrah ke UK hujung bulan ni. Kena siapkan jugak by this week.

Aku keluar dari bilik, gelap gelita satu rumah sebab PS tutup semua lampu. Kata jimat karan kannn... Masa tulah tiba2 perasaan sayu dan pilu singgah dalam hati aku.

Aku macam nampak-nampak anak-anak aku berteriakan atas sofa kepam depan tibi. Macam nampak-nampak Asyraf dok tolak keretapi, dok terbangkan Superman dan Spiderman dia. Macam nampak-nampak Aisyah duduk menonggeng atas sofa sambil conquer remote astro. Macam nampak-nampak Aisyah dok melukis atas buku nota jahitan aku. Macam nampak-nampak Amirah dok menyeringai tersengih-sengih atas bouncer tengok abang dan kakak dia main pondok-pondok.

Mana ada budak bertiga tu kat hall. Depa semua tengah dok mentido dalam bilik. Yang ada cuma bouncer kosong dan toys yang berhamburan serata rumah. Tapi sekurang-kurangnya, aku boleh kuak pintu bilik dan nampak mereka 3 ketul dok tido bersimpang siur atas katil.

Aku terbayang. Saban malam Ayah aku terjaga dari tidur pukul 3-4 pagi untuk rutin qiam dia... Kejut mak aku... Then depa dua orang terpisat-pisat keluar dari bilik dalam kegelapan nak pegi bilik air...

Depa pandang ruang tamu yang gelap dan sunyi sepi. TV yang bisu. Sofa buruk yang kosong. Sepi sesepi sepinya.

20-30 tahun dulu, kalau depa terjaga malam, akan nampak kelambu kami di tengah ruang rumah. Malah abang atau adik lelaki aku barangkali dok ada berdengkur kat atas sofa buruk depan tv. Walaupon hidup dalam serba kurang, hati senang, anak-anak ada depan mata.

Tapi sekarang?

Aku sebak bila terkenang kesepian mak ayah aku saban hari. Menempuh hari tua tanpa anak-anak depan mata. Tambah bila aku teringat, ayah aku selalu sebak bila kami semua dah nak balik KL. Ayah tak malu mengaku... Hangpa semua dah balik, nanti Ayah sunyi. Nanti baliklah lagi.... Kalau dalam telefon pon macamtu jugak. Ayah yang dulu akan cakap, Ayah rindunya kat hangpa semua...

Demi Allah, saat ini aku rindu sangat dekat mak dan ayah! Siang tadi aku telefon Ayah. Ayah dah beransur sihat, dah boleh solat di surau. Tapi Ayah kata tak lalu makan nasik. Ayah lagi selera makan bubur dengan ikan sup haruan. Dan macam selalu, Ayah aku akan sentiasa cakap betapa dia sentiasa ingat dan doakan anak-anak dia biar jadi anak yang soleh dan solehah. Ayah pesan suruh jaga solat. Jaga anak-anak. Tadi ayah aku tambah satu pesanan yang aku tak suka dengar... Sebab aku sedih!

Selalu-selalu doakan ayah dgn mak bila ayah dgn mak dah takdak nanti...

Aku terus potong cakap ayah. Aku tak suka dengar ayah cakap benda-benda sedih. Aku lagi suka dengar ayah melawak, mengusik dan menyakat mak. Sebaknya aku, Tuhan yang tahu. Rasa nak pujuk laki aku balik duduk Parit Buntaq, pacak pondok kecik sebelah rumah mak ayah. Hari-hari Ayah boleh hayun rotan perambat kami suruh tutup tibi dan pergi solat.

Ya Allah Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, kau perkenankanlah doa dan harapan kedua ibu bapaku. Jadikanlah kami, anak dan menantu serta cucu-cucu yang soleh dan solehah. Kau permudahkanlah urusan kedua ibu bapaku di dunia dan di akhirat. Ampunilah mereka. Kasihanilah mereka. Berilah kesihatan yang baik kepada mereka. Berilah kami kelapangan untuk terus berbakti kepada mereka. Aamiin.

Sigh...

Cukup dulu pasal mak dan ayah. Bengkak dah mata aku menangih dalam gelap sambil menaip entry pepagi buta. Huhu...

Amirah dah sambung tido. Aku kena keluar dari bilik semula, habiskan potong kain. Sekurang-kurangnya esok tinggal nak jahit saja. Bila anak dok tido diam-diam macamni, rasa sayang sangat nak tinggal depa. Rasa takmau menjauh. Tapi bila depa celik mata,mula menguek mula membuas... dan-dan rasa nak hantaq semua pi neseri. Bila stress aku datang, bertubi-tubi aku lepas geram mengadu kat whatsapp laki. Apa punya mak la kan... Nasib baikla PS rileks saja. Aku tembak 80 das dia balas setengah das saja...

"Sabaq. Besaq pahala jaga anak..."

Wah, ni Ustat Azhar Idrus ke yang tolong jawab whatsapp laki aku ni?  Ustat, mung tunggu aku datang! Hahaha...

Begitulah pompuan bernama Raihan. Sukar ditafsirkan. Seminit sayang, seminit lagi rasa nak lempang. Abang, kau layan jelah wasap meroyan aku saban hari bila jiwa tak keruan. Menjadi pasangan kepada Makcik Rehan yang penuh emosi bukan senang. Pukul 1-2 pagi pon boleh meleleh ayaq mata bila datang mood angin lintang!

Awak hensemla Bang, jom balik kampung nak? Muahahaha...

*Harap PS baca entry ni, dia bukan suka baca karangan panjang lebaq nak kena scroll 18 kali. Dia baca takat 2 kali scroll saja.

12 comments:

ejaMaria on December 19, 2013 at 8:10 AM said...

kann... bila dah jadi mak bapak, hati semakin jadi hati tisu kan... rapuh sungguh... airmata senang je nak menetes... padahal masa zaman kanak-kanak riang - jiwa kental tak hengat... ;)

makcik rehan KJB on December 19, 2013 at 10:45 AM said...

Memang pon.... Pantang terusik terus meleleh ayaq mata

cikbedahlaser on December 19, 2013 at 2:28 PM said...

ayyoooo.. akak kali ni buat sy nk teriak kali lak...
smoga allah melindungi n merahmati mak ayah akak...
tu la.... kesian kan kat mak abah kite.. aduhhh.. tp bile dh kawin.. semua pon kena fikir suami dulu.. n mak ayah die... huhuhhuhu

kinna on December 19, 2013 at 4:44 PM said...

sob..sob..saya tersentuh gak..teringin nak berbakti pada mak ayah tp kita ada laki..kalau laki boleh ikut ckp bini blk keja kat kampung alangkah heavennya :)

tifa anvar on December 20, 2013 at 1:22 PM said...

entry sblm nie ketawa trburai bila baca. Yg nie pulak sob, sob, sob... Nothing to say

Elyn Sani on December 21, 2013 at 8:28 PM said...

Sebak aku! Dan2 nak ajak laki balik umah mak mlm ni gak.... Huwaaa

Yanti Isa on December 21, 2013 at 9:08 PM said...

sama la akak pun , tambah pulak mak akak sekarang ni tgh sakit ... terbaring je atas katil tapi akak lega sikit sebab mak sudi duduk rumah akak dan beri peluang untuk akak jaga dia , walaupun tiap2 hari dia dok sebut " bila la nak boleh balik kampung ". apakan daya tempat kami mencari rezeki di sini , selagi mak tak boleh berjalan , berat rasanya nak lepaskan mak balik ke kampung . Moga ibubapa sentiasa dalam lindunganNYA ya MR.

Hanis on December 21, 2013 at 11:19 PM said...

speechless rehan oiii...tgh2x mlm ni meleleh air mata aku pasai entry hang nih...

gitulah kekdahnya bila dah berkahwin ni kan......

cuma kita doalah selalu semoga Allah rezkikan kita utk menjaga parent kita sampai habis usia....

arghhhhh nak balik kampunggggggg!

Alin Marlini on December 24, 2013 at 12:31 PM said...

samalah kita rehan bab mak bapak ni memang sadis skit...sib baik kita still tinggal berdekatan ngan mak abah...hari2 boleh tgk....

hrp2 abah dan mak kita sihat sentiasa

Me on December 27, 2013 at 10:37 AM said...

uwaa...!!!!!! isk .. isk..

Qider on January 7, 2014 at 5:53 PM said...

Baru je semalam tepon mak dia tanya bila nak balik..baca entry ni ish,saya nak pi teriak belakang pintu ni,sebab takleh balik..*kesat hingus

Qider on January 7, 2014 at 5:54 PM said...

Baru je semalam tepon mak dia tanya bila nak balik..baca entry ni ish,saya nak pi teriak belakang pintu ni,sebab takleh balik..*kesat hingus

ShareThis