Wednesday, December 11, 2013

Lucky Lucky Spiderman!

Posted by makcik rehan KJB at 11:22 PM

Assalamualaikum WBT

Asyraf dan kegilaan terbaru. SPIDERMAN!

Sabtu lepas pegi Tesco, kan Tesco tgh ada promo Marvel Universe kan, kumpul sticker dan boleh redeem patung tu... Anak jantan aku punyalah heboh nak patung Spiderman kepala beso tu!

Aku siap tanya kat staff Tesco nak mintak beli sekor patung tu. Bayo pon bayola... Hari2 dia memekak tuntut Sipderman. Tapi tak boleh beli kata beliau. Special promo... Kena jugak kumpul sticker baru dapat. Aku pon sakap kat anak jantan aku... tak boleh beli, kena kompol sticker bagai... Apolah yg budak kecik gigi rongak ni paham bila aku explain prong pang prong pang kannnn.... Eeeiiii stress!

So tak beli la patung tu kat Tesco. Dia punya melalakkkkk adoyaiii... Bikin naik darah gue! Bapak dia benti kat Sakan dgn kedai menan apek tepi jalan suruh dia pilih apa2 menan lain... Tak hingin nko!

Pendekkan cerita, aku nak terberak ni... Tadi balik dr umah Nenet, aku singgah Speedmart nak beli roti. Heretla budak berdua ni (Meah aku sub kat bapak dia). Pandai pulak si kakak ni tuju bahagian menan... Buleh pulak depa jumpak patung 3 serangkai Superman, Spiderman, Batman. Ya Allah berseri-seri muka anak jantan aku tau... Punyalah happy kemain... siap ditayang-tayang kat bebudak lain dlm kedai. Kakak dia sampai sound dia "adik tak baikla menunjuk-nunjuk kat orang!"

So, ini mlm ada budak tido sambil sengih sampai nampak gigi susu bongsu. Walopun gigi dia semua dah mcm tunggul kayu buruk! LOL.

OK. Tu je. Motip sgt kan... Beli patung pelestik pelesu lagi morahan pon nak masuk belog? Tunggu aku beli patung ori mahal melenit kaluuuu alamat kim salam laaa...

Til then. Keep calm and keep your son happy :)

3 comments:

Lynn Hamzah on December 12, 2013 at 9:07 AM said...

hihihihi...budak2 kalau suka dengan sesuatu memang kalau boleh nak berkepit jer dgn yg dia suka...

Mila@Rimbun on December 18, 2013 at 8:34 AM said...

hihi... terhibur baca entry makcik rehan niii

cikbedahlaser on December 18, 2013 at 10:08 AM said...

1 hepi litel boi....
pandai kakak asuh adik.. keep it up mencah...

ShareThis