Friday, December 27, 2013

Mana-mana pon takpa... janji keluor!

Posted by makcik rehan KJB at 2:17 PM
Assalamualaikum WBT

Mingguni donia fesbuk wanita hari ini merusuh dgn isu beranak di romah. Aku respek kat sapa-sapa yang berani serta gigih mengambil keputusan nak homebirth. Aku yang penakut sakit dan tau nak cepat aje ni... biarlah di hospital saja aku mempasrahkan diri. Usahlah dikeji mereka yang nak homebirth tu... ingat uols, mak-mak kita dulu pon menyabung nyawa memberanakkan kita di romah jua. Mak aku, masa nak salin adik bongsu dulu siap berdegil seboleh-boleh nak beranak kat umah jugak. Tapi dipujuk rayu oleh para misi dan bidan, suruh bersalin di hospital sebab faktor umur dan SOP baru (masatu dah tak buleh suka-suka bersalin kat rumah). Maka ke hospitallah jua. Betullah macam yang diorang dok kata, beranak kat rumah lebih relaks tanpa campurtangan misi dan dokter nak cocok, nak seluk, nak gunting bla bla bla...

Aku takmau komen kes ibu yang meninggal sebab bersalin kat rumah tu. Allah Maha Mengetahui. Al-fatihah untuk Arwah. Dia dah berjuang hingga ke nafas terakhir untuk beri yang terbaik kepada zuriat dia. Allah jua lah yang telah menggerakkan hati dia untuk pilih homebirth kan. Sudah tersurat perjanjian dia dengan Pencipta untuk bertemu pada waktu dan ketika itu dalam situasi sebegitu.

Tapiiii....

Akak mintak hampunla nak banak kat romah dik nonnn... Dalam kolam bagai. Pecah kolam tu aku berkuak menahan sakit woi. Alangkan ataih katil spital pon aku dok beradoi mintak ubat bius, epidural bagai. Haihhh... lemah mental betoi la kan. Tula... orang suruh pi kelas gentlebirth, hypnobirth bagai aku malas. Maka pasrahlah kena zapp! zass! zuss! zigzag! Ouchhhh *terus kepit*

Satu jelah aku nak pin point... buatlah sesuatu itu dengan ilmu dan persediaan. Jangan kerana orang buat, kita pon nak buat. Orang tu sekali hembus, baby meluncur keluar. Yang kitani semput menguak sampai 14 kali kepala pon tak lepas kuar... cemana kan? Kekuatan mental dan fizikal kita lain-lain, maka fikirlah betui-betui sebelum buat keputusan. Selebihnya, berdoa dan tawakkal kepada Allah. Supaya apa saja komplikasi kemudian hari, kita terima dengan redha. Sama jugaklah kes tamau jab anak tu kan. OK jer kalau tamau jab, anak kita kan... mesti kita nok wak yg terbaik utk demo kan. Nak buat sesuatu, maka buat betul-betul. Standby backup plan kalau jadi gini, gini, gini. Yang pasti kena rajin la kan.

Kalau kau spesis ikan paus pemalas macam ahkakkkkk.... tak payahlah berangannnnn.... Bak kata laki aku : Nak basuh kasut skolah anak seminggu sekali pon malassss, tak payah berangan la nak natural birth, antivax, homeschool bagaiii!!!

Sadisss.... tak hagak-hagak kan laki aku mencaroti daku? Huh!! Takpola.... carot-carot pon, budak kecitni dah nak masuk 4 bulan tau! *tatau apa kaitan*



Isap penumbuk sampai kecup kecap bunyi. Kalau mengamuk, sampai keras-keras badan dia melonjak. Menerap sudah. Makan nasik je belum.

Eh sebut nasik, dan-dan aku lapo. Dasar ikan paus. Bye!





6 comments:

littlehumblelynn on December 27, 2013 at 11:17 PM said...

Terbaik!!
Aku suker baca entry nih,serius terbaik!
Bab homebirth kena ada ilmu,vax pun kena ada ilmu.
Bak kata omputih well informed decision!!

NorFaizah Manaf on December 28, 2013 at 11:02 PM said...

Wahaha terbaik. sokong juta2 lemon peratus. kami pun spesis ikan pawus jgk. kalau dah ngadap mesin jayet sampai lupa nak bg anak mkn. cemana anak xkurus keding. bestla makcik. eh eh baby kita sama 4 bulan. nak jd pren buleh?

NorFaizah Manaf on December 28, 2013 at 11:03 PM said...

Wahaha terbaik. sokong juta2 lemon peratus. kami pun spesis ikan pawus jgk. kalau dah ngadap mesin jayet sampai lupa nak bg anak mkn. cemana anak xkurus keding. bestla makcik. eh eh baby kita sama 4 bulan. nak jd pren buleh?

makcik rehan KJB on January 2, 2014 at 1:44 PM said...

Hahahaha.... senaseb! Ikan laus biru ekekekek. Lets fren :)

makcik rehan KJB on January 2, 2014 at 1:45 PM said...

Org mcm aku mmg tak bulehlaaaa... pemalas serba serbi

Qider on January 7, 2014 at 5:35 PM said...

assalamualaikum kak,serius lawak..kipidup (keep it up)..

ShareThis