Tuesday, December 17, 2013

Tido hotel, mandi kolam

Posted by makcik rehan KJB at 3:59 PM

Assalamualaikum WBT

Hari-hari kena gadai janji. Kalau tidak, jangan harap nak pegang buku. Pulak tu dia letak syarat - 2 helai je, tak boleh lebih. Nanti letih! Sabaqqqq ja aku.

Ayat standard dia bila suruh buat revision - harini hari ape dah Ma? Hari Sabtu kita nak pegi tido hotelkan Ma? Harapnya pihak berwajib yang kuar subuh balik malam tu ambik tindakan sewajarnya. Asyik sangat buat janji pelesu kat budak-budakni. Last-last aku yang stress kena hadap soklan tekan tubi depa.

2 hari lepas tak pasal-pasal aku kena sampuk roh keripop, maka mengkeripoplah aku seadanya. Budak Mencah excited nk menolong. Lalu aku bagi roller pin suh dia gelek tepung. Baru dapat 2 bijik keripop senget-benget...

Ma, boleh tak saya nak berehat dulu? Tangan saya macam dah letihhh....

Ini semua perangai ngelat turun dari bapak nko la niiiii....

0 comments:

ShareThis