Monday, January 6, 2014

Day 3, Week 2 : Hoping for a 'less mengah' week

Posted by makcik rehan KJB at 12:29 AM

Assalamualaikum WBT

Esok hari ketiga. Minggu baru. 2 hari haritu Asyraf mentangis tak hingat punya. Dolu-dolu aku cair gak tengok anak melalak kena tinggal. Skang ni aku dah makin gagah kot. Sana duduklah kamu sampai pukul doblas. Harap esok tiada tangisan lagi :)

Jumaat ptg haritu kami kehujanan masa nak pick-up Aisyah balik sekolah sessi petang. Sambil kendong baby, heret Asyraf dan pegang payung tembus sana-sini... aku meredah hujan lebat. Kalo tunggu hujan seriyat baru pi amik, aku takut anak aku hilang ikut ntah sapa-sapa. Aisyah nko jangan main-main, dia punya berani dan selamba tu memang ala-ala Kaklong kawasan. Opismate wPS kami terserempak kat Tesco, buleh selamba dia tarik tangan ajak masuk kedai, bodek suh belikan mainan! Malu aku tau. Aku marah suruh keluar, kawan PS tu insist jugak nak belikan mainan merapu yang budak tu mintak. Bikin malu betoila...

Sekarang satu rumah kebersinan bahana kena hujan hari Jumaat lepas. Nampak gaya macam musim hujan petang skangni kan, so kami tak nak take risk menghujankan Si Baby dan Asyraf ni selalu. Takmau la demam, batuk, bersin sokmo kan...So kita decide untuk bagi Aisyah naik bas untuk balik sekolah sessi petang. Pegi sekolah tetap aku yang hantar sebab timing bas sekolah pick-up budak utk pegi skolah petang, clash dengan waktu Asyraf keluar kindy. Perghh... baru anak dua dah mcm complicated gila schedule aku kan... puiii!

So esok bermula la balik jadual #gengmengah aku. Hantaq dan kutip anak-anak pi mengaji cari ilmu dunia dan akhirat. Semoga dengan ini terlepaslah kami di akhirat nanti, jangan nak ungkit kata Mama dengan Babah tak hantaq hangpa pi mengaji naaa... Jadilah ummat berguna wahai anak-anak ku. Ostagajah lak tetiba. Puiiii!

7.10 am
Hantar Aisyah KAFA dan Asyraf kindy. Might have to stay longer kat kindy, bagi Asyraf breakfast sebab dia takmau sarapan kat rumah. Awal sangat kannn... Lagipon kindy start pukul 8. Dan la aku suruh dia brekkie dulu. Kat kindy pulak depa bagi makanan ringan-ringan je masa break pukul 10. Last week donut dengan kuih apetah on the other day. Asyraf tak reti makan kuih. Donut tu boleh tahanla. Tu pon kalau salah teknik, dia boleh termuntah. Kesian la anak aku kelaparan sepagi kalau food yg depa prepare dia taknak makan *yes, dia memang picky eater tahap dewa!

Pecut balik rumah, mandikan Amirah, masak nasik dan lauk simplysiti. Pedas-pedas memang NO NO NO la. Asyraf tak makan pedas langsung. Aisyah pon takat kari je tahan. Tu pon bersulam ayaq. Malas aku nak masak asing-asing pedas dgn tak aihh... abih kuat pon 2 lauk saja. Janji aku masak. Hahaha...

10.50 am
Pegi pickup Aisyah from KAFA. Balik rumah, kejan dia suruh mandi, besiap dan lunch dlm masa sejam! Hari jumaat ja buleh santai sikit sebab kelas petang start at 2.30 pm on Fridays.

12.00 pm
Pegi pickup Asyraf kat kindy dan kemudian terus hantar Aisyah untuk sekolah sessi petang.

Lepastu LEGA. Boleh dah nak tido baring sambil main wasap ka... nak baca gossip kat Butipool Nangnak ka... nak jahit merapu-rapu ka... :p

Lepasni InsyaAllah mengah belah pagi je. Petang dah relax sikit. Bolehla aku bergiat dalam arena usahasawan semula. Kannn....

Macam biasa, gambaq semua tak berapa nak synchronize dengan entry. Bantaila kan :p


Tengok gambaq ni nampak macam Asyraf baby sangat pulak. Dia rajin gak tolong aku agah adik dia time aku buat keja.


2 comments:

Elyn Sani on January 6, 2014 at 11:59 PM said...

Aminnn moga berkurang la kemengahan ibuk2 sekalian mesia terchenta!!!

transformed housewife on January 7, 2014 at 12:38 AM said...

anak nangis kejap je kat kindy tu. kdg2 diaorg ni propa je lebih. Knur dah 3 hr ni dok deal dgn budak2 baru dtg kindy dok meraung bila kena tinggal. Lps kita ajak main ke buat colouring ke, ok dah.

ShareThis