Friday, January 10, 2014

Lagi kisah di jabat pos

Posted by makcik rehan KJB at 2:47 PM

Assalamualaikum WBT

Pendekkan cerita.

Pagi tadi pi pos brg kat jabat pos. Ambik nomot, sana pergi duduk. Nombor aku dalam 20+ ke belakang. Entah sempat entah tidak. Jam dah 11.20 pg. Pukul 12.15 nk kena pi kutip Asyraf kat kindy. Takpalah. Tunggu sajalah. Kalau tak dan, kita blah la. 1 parcel je pon harini.

Pukul 12.40 mcm tu, masuk sorang pompuan bersama gegirl umo dalam 3 tahun. Muka mandom, mata meliar pandang orang ramai yg tgh tunggu turn. Pegang buku biru ASB, aku syak dia nk draw dividen la kot. Dia tekan no giliran. Dia isi borang. Sana depan dia duduk.

Lagi 2 nombor nak sampai turn aku, tiba2 ini pompuan bangun pegi kaunter. Mamat kaunter senyum kelat, geleng kepala, tepuk-tepuk dahi... then attend jugakla dia....

Aku hampir nak merusuh tau. Aku bwk baby 4 bulan. Lagi heret budak umo 7 tawon yang tak reti diam. Parcel aku nak pos pon satu saja. Aku pujuk diri... must have pride... aku bkn warga emas yg kena papah. Bukan OKU yg bertongkat. Kerusi ada... org lain boleh duduk tunggu... kenapa aku nak potong Q gunakan alasan anak kecik kan? Nak cepat? apsal aku tak mari awal kan? Orang lain pon nak cepat jugak. Tapi pompuan sorang ni apa ceghita? Obviously, she cut Q! Begging at the counter for whatever reason i dont knowlah! Bikin hati singa aku mendidih!

Then, the next counter panggil numbor aku. Peluang baek ni. Aku dah lama tak carik gadoh. I stood there, next to her. Usha tajam-tajam sama dia. Pusing2 Amirah bagi dia nampak... as though am telling her : Hello, im carrying a baby and a very playful toddler and only have 1 small parcel to post that prolly takes less than a minute to settle but i choose to respect other peoples and i waited patiently for my number to be called! And you???

Dia tak berani pandang aku. Aku memang tak alih mata dari dia. Serious aku usha dia tajam giler! Ko bayangkan, kaunter sebelah-menyebelah.... jarak baper cm je kan. Giler kau tak seram kena tenung dengan paus biru? Kebetulan pulak aku pakai baju biru tadi. Kahkahkah!

OK. Komplen tanpa solution memang mentaliti PPRT la kan. Meh kita tiru #teamrafiziramli - complaint sampai semput and come up with fact and figures and solutions! (or at least suggestion).

If you really have something up (emergency or what so ever) and cannot wait for ur turn... Here's my suggestion ke arah keharmonian hidup bermasyarakat :

Berdiri kat tepi kaunter dengan muka manis, dan mintak izin kepada customer yang nombornya dipanggil. Bagitau dia kau nak mintak izin nak menyelit kat giliran dia sebab kau ada hal emergency ke apa... Sama macam kau masuk toilet dalam keadaan nak terberak sangat dah... lalu kau mintak izin kat org yg tgh Q tu utk potong barisan. Bukannya kau tunggu kastemer tu selesai urusan, pastu sebelum mamat kaunter tu sempat tekan next nombor, kau pegi merayu meroyan kat dia nak potong Q! Sangat koangjaq kata oghang Kedah. Mamat kaunter tu tak terkesan pon, sapa pon yang moncol kat kaunter tu dia akan attend punya... tuuuuu.... yang dok berjanggut tunggu turn tu yang kau kena kisahkan perasaan depa hokay!

Mentaliti orang Melesya... haihhh...... Anyway, aku harap pompuan tadi tu benar-benar ada valid reason atas apa yang dia buat tadi. Sebab aku ada penyakit suka menyumpah dalam hati kat spesis-spesis macam ni. Demi menjaga imej diva solehah aku ni *libas remos* ada baiknya aku tak dedahkan sumpahan aku tu....

Bukan aku sorang ja kot yang ada kuasa sumpahan mcm ni... mana-mana pompuan hati singa mesti ada 'spare' sumpahan keramat utk waktu mendesak cam tadi. Muahahahahaha....

5 comments:

By....Keisha Kaisara on January 10, 2014 at 4:40 PM said...

Kalu k.ida....mmg dah kene sound dah makcik tu....org x pakai otak ni kene mmg kene ditegur skt. Kalu tak...dia akan buat lagi dan lagi.

cikbedahlaser on January 10, 2014 at 9:20 PM said...

Spesis parasit paling bahaya dlm donia... klu nek kereta dh kena talu hon mcm org gile dh ni...

Kuazue Mohd on January 12, 2014 at 7:42 AM said...

bersabar lah kita.. dan semoga kita terpelihara dari mempunyai akhlak sedemikian rupa...

Qider on January 16, 2014 at 6:14 PM said...

kak, saya memahami.Kita punya nak respect orang lain, sekali ada makhluk saja nak gugat resolusi macam tu, memangla berapi..

takleh bayang akak jeling2 dia kat kaunter sebelah,mesti rasa aura panas hati akak tu..kalau dia tak rasa, sensor dia failed la tu..

mama maman aka yana on January 25, 2014 at 9:00 PM said...

pernah kena.. malah bukan perem.. lelaki pun sama.. yg lg panas bangsa mata sepet.. mmg kurang ajar.. kita nih dah 2 jam melepek.. menunggu.. anak merengek2 lapar. jap lg dia nak gi sek ptg lak... jiwa sgt

ShareThis