Thursday, January 16, 2014

#macitreview : BB Plus Collagen

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Assalamualaikum WBT

Lama sgt aku peram entry ni. Was given some samples of BBplus Collagen powder to try. Lepas try kena buat review. Biaser... blogger khenn... gitulah makanan dia. Muahahahha... Aku malas nak meracau panjang lebar. Ini aku bagi jawapan kpd FAQs (aku copy paste je nok!) :

1. RAMUAN/ BAHAN :
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.  

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.

2. CARA PENGAMBILAN :
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.    

3. KEBERKESANAN :
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Aku makan 3 sachets saja (Nuraz, len kali bagi la 30 sachets kat aku... baru la buleh jamboo macam Juliana Evans :p). Rasa dia memang sedap. Macam ribena. Aku sorok dari anak aku Si Mencah. Takut dia nak tumpang sama. Minah tu pantang nampak... kang sibuk dia pon nak. Kamu sana duduklah! Biar Mama je jelita :p



Gini rupa sachets dia. Kaler pink pepel gini... kalo nampak kat Mencah memang kompom kena caras!





Gambo serbuk pon jadi. Aku pon tatau kenapa aku taruk. Agaknya sebab aku tatau nak taruk gambo apa lagi :p






Aku bancuh dengan ayaq sejuk biasa saja. Easily dissolved. Pastu hirup...

Aku tak perasan perubahan yg ketara... yolahhh... makan 3 sachets je pon... lainla kalo Si Nuraz bagi sampel 3 kartun kat aku khenn.... (hinting.... hinting....) Yang paling nyata, lepas minum ni di malam hari, esoknya aku melawas dengan jayanya. Note : Aku ni pensembelit orangnya tau. So, testimoni dari aku lepas 3 sachets adalah : LAWAS. Gambo? Kau sanggup ke tengok gambar aku melawas? :p

Nah.... sekarang sini mari tengok wajah Ahkak Nuraz nko ni sebelum beliau makan BBplus... Nko jgn nak carots.... hujung-hujung nanti kau boleh termimpi-mimpi tengok wajah dia yang terkini Kiah oiii... 




Lepas beranak, Nuraz kata dia alahan kulit teruk. Pastu dia start amalkan BBplus. Gambo tudom oren tu lepas beberapa bulan dia mkn.... dah nampak beza sikit kan.... idokla kusam sgt dah mcm gambo tudom puteh tu (matikla aku carots muka client aku kusam nko... haha...)




Gitu packaging dia...


  


Baca atas sana. Kalau tanampak, kau pergi serang Nuraz sediri. jangan tanya aku, pasal aku pon tak berapa nak boleh baca! Wakakaka...


Hat bawah ni testimoni dari pelanggan-pelanggan Ahkak Nuraz nkorang. Jangan nak carot sini kalo tak pueh hati (ditujukan kpd #gengdiva yang kuat komplen haha) sana contact Nuraz... carot samadia sendiri. Ada berannn? :))







Nahhh kau! Wajah Ahkak Nuraz nko yang terbaru. 
Beza? Memang berbeza!! (pinjam tagline Seng Heng :p)

 


OK sekarang, part yang paling korang tunggu-tuggu....

BERAPA HARGA?
Sekotak ada 20 sachets. Harga sekotak RM180. Kalau jadi ahli, harga sekotak RM150.

BERAPA BAYARAN KEAHLIAN?
Tahun pertama RM50. Tahun kedua dan seterusnya RM35

MACAMANA NAK BELI? (dan nak jadi chantek macam Ahkak Nuraz)
Sana pegi add FB dia : Nurazmiah Azri
Sana pegi LIKE page dia :  Nurazshoppe by Nurazmiah Azri 
Sana pegi follow Instagram dia :  nuraz_azri
Sana pegi whatsapp dia :  +6019-2316982

Kalau korang nak beli, lepas bagi salam kat Nuraz... sila bagi hashtag #macitreview kat dia. Menunjukkan korang tau bendani dari blog aku. Bukan aku nak claim komisen pon... saja aku nak feeling glamer! kaaahkahkah...! OK, tak lawak *malu aku*

Signing off!
MR



 

1 comments:

SYANI on January 16, 2014 at 10:58 AM said...

Aku ingatkan yang gambo tudung pink tu ko an..hahahaha

ShareThis