Friday, January 3, 2014

Mengah

Posted by makcik rehan KJB at 10:06 AM

Assalamualaikum WBT

Mintak oksigen kejap.

Tengah malam tadi, pas Meah tido aku nyusup kuar ke dapo. Rebus pasta, prepare sos. Aisyah request nak bawak bekal pagi dan petang. Kawan-kawan sumer bawak bekal Ma... OK fine, Mama mana buleh menkalah. Sini mari... Mama pon boleh kasi awak bekal. Pasta lagi. Very the kokesen kannn...

Pukul 6, PS ketua #gengumpil bangun dulu, mandikan dan siapkan bebudak. Aku bagi Meah nyusu then boh dia dlm boyan. Biar situ dia berenjut sementara aku pulak mandi, solat dan siap-siap.

Zass ke dapo. Reheat pasta, prepare bekal, bancuh susu. Terima kasih kpd pencipta microwave, banyak membantu ibu-ibu tahap pemalas cam ikan paus terapung macam aku.

Masni Asyraf dah start enjin. Teresak-esak nangis takmau pi skolah. Masa utk menabur janji... aku rasuah Kinder Bueno balik sekoah nanti. PS cam biasa... tabur janji pelesu - esok kita pi Jusco :))

6.45 PS start keta pi keja. Aku dah siap2 beg depa. Bekal semua dah ready. Pukul 7 nak hambat semua masuk keta cadangnya. Tiba-tiba...

Asyraf : Mamaaaa... nak beyak!

OK londeh semua. Let him berak 1st. Dah siap semua then...

Aisyah : Ma... saya nk berak boleh?

Takkan aku nak kata tak boleh! So, nahhh... pergi sana berak dulu.

7.25 perambat semua masuk keta. Aku kaut Meah dari boyan, boh kat kasit. Kunci pintu... zass pegi KAFA.

Sampai KAFA baru perasan tudung Aisyah gila-gila punya berdanoq! Too late oredi. Lantak situ, pergi masuk skolah kamu sana. Then zass pegi kindy Asyraf. Cikgu dan kids dari nursery lambat pulak pagini. Mujur sorang lagi cikgu sampai dulu dan bukak pintu pagor. Kalau tak, ada aku merusuh kt situ. Bayo mahal cam tadika branded, walhal brengsek aje pon. Heh...

Tunggu budak lain sampai, dah ramai-ramai... aku pon blah. Asyraf tak benti mensebak melalak. Ahh.. . pandai-pandailah cikgu dia nak handle. Aku ngantuk... nak balik tido! kahkahkah!

Tengah baring pas mandikan Meah, breep breep message whatsapp masuk. Kak Syida Mama Si Nadia (kawan dia masa kindy Smart Soleh dulu) hantar gambar kat whatsapp.

Allah... dah besor anak dara nko Bang! Sian dia terpaksa buat2 indipendent coz Mama is busy with baby and Asyraf. Dapat lelap sejam dengan Meah. Kol 11 zass pecut pegi ambik Kakak. Sampai sana kena bebel pulak dgn Makcik kecik tu... komplen kenapa Mama lambat? Adehhh.... baju dia belemoih lagi kena aiskrim.

Terus shoot pegi tadika Asyraf pulak. Melangut bawah pokok tunggu depa kuar. Pas kuar kindy, dia tuntut janji Kinder Bueno. Zass sana pergi kedai runcit. Pecut balik rumah, cincang bawang, pecah telor... bikin nasik goreng. Kamu dua orang sana pergi mandi. Nyusu Amirah sampai dia lena, zass sana masuk boyan.

Siapkan air dan bekal Kakak while depa mandi. Siap mandi pakai baju, sini mari kamu dua orang makan. Siap makan, perambat semua masuk kereta sana pergi sekolah petang pulak.

MasyaAllah jem hazabedah hazabaijan hazam halakazam kat depan masjid. Pukul 2 sampai depan gate skolah, sana kamu pergi masuk sendiri. Mama is kenot hantar kamu sampai dalam. Parking sukahati, Meah sudah bunyi.

Zass sana rumah balik, TIDO!

Nah gambaq sebeban. Aku update pakai phone, so is tak reti naka buat captions. Sana pergi kamu sendiri paham.

*sigh*

8 comments:

ammi on January 3, 2014 at 3:26 PM said...

ooohhh..aku lansung tak masuk buku cerita bekal bekalan masa hadapan si Pica..bagi 2 hengget pandai pandai la.Tanak mengkalah jugak..minggu depan buat bekal jugakler untuk dia.

SYANI on January 3, 2014 at 4:39 PM said...

An,agak2 kamu bagi bekal kat mencah pakai tapawe eskrem putih tu..sian si mencah..

Rizziela on January 3, 2014 at 5:12 PM said...

penatnya sy nak baca..mcm x cukup nafas

mrsjaddo on January 3, 2014 at 9:32 PM said...
This comment has been removed by the author.
mrsjaddo on January 3, 2014 at 9:34 PM said...

U had done a good job kak..inilah kasih ibu sebenarnya :)

I want to lose weight on January 3, 2014 at 9:50 PM said...

Kagumnya aku pada mak yg bagi bekal nasi lemak pada anak dia

Elyn Sani on January 3, 2014 at 11:14 PM said...

Jadual kelam kelibut ko dh sama dgn zana!! Pendek napas aku baca nye...

tifa anvar on January 8, 2014 at 2:29 PM said...

saya bacapun dh semput dah rehan
camanalah ko ye dngn meah2 skali trkejar kesana sini

ShareThis