Sunday, July 20, 2014

Ramadhan Kareem :)

Posted by makcik rehan KJB at 11:50 PM
Assalamualaikum WBT


Lama simpan taring. Last entry 10 May. Harini 20 July. Phewww...

2 Jun Anniversary ke-8
26 Jun Birthday PS
4 July Birthday aku

Past is past. Move on...

Ni saja ja tulih entry... karang pi lah 2-3 perenggan, sementara tunggu kerak nasik lekang (aku blom masak nasik utk sahur ni). Tahun ni umo aku dan PS dah 35. Senjakala dah weh... entah berapa hari lagi baki yang tinggal. Anak-anak pon dah makin besar. Dah pandai berhujah dengan Mak Bapak. Mama, ni kenapa... Babah, ni kenapa.... kenapa saya tak boleh... kenapa dia boleh... Huhuhu. Semoga Allah beri kita semua umur yang panjang dalam keberkatan, ketaatan, keimanan, tawadhuk dan keinsafan. Semoga kita cukup matang utk tidak mengulangi kesilapan dan dosa-dosa yang lalu. Semoga kita cukup bersedia mengharungi cabaran sebagai ibu-bapa yg sabo lagi beriman.

Ramadhan ke 23 sudah. Semakin berlalu... Hati sebu juga dengan pelbagai dugaan di bulan yg mulia ini. Namun, aku pegang kepada kata-kata indah yg aku lupa sapa penuturnya...

Walau apa juga yang terjadi... Sentiasalah berbaik sangka kpd Allah.
Kerana Allah itu mengikut persangkaan hamba-hamba ke atasNya.

Ahhh... nice one.

Aku percaya Rahmat dan kasih sayang Allah itu lebih luas dari kemurkaanNya. Kan?


See ya....


0 comments:

ShareThis