Wednesday, October 29, 2014

Street Lesson - 2

Posted by makcik rehan KJB at 1:01 AM

Assalamualaikum WBT.

Sambungan...

Lepas ambik plastik bag berisi nasik dan kuih, aku berpusing la dari meja jualan akak tu. Taktau lah camana boleh jadi mcm ni... Butang/ brooch kat tudung yang aku pakai tu tersangkut dekat tupperware yg berisi kuih jualan akak tu. Aku ni dahla beso cam gajah aprika, sekali aku pusing badan memang gerakan aku tu gegak-gempita la. Bergegar meja jualan dia... Dan tupperware kuih tu terpelanting dan tertangkup ke tanah! Bunyi tupperware terhentak ke tanah tu memang obvious gila, sampai semua org yang ada kat situ memandang tepat kat aku! Dahlah akuni beso, kalau kecik molek boleh gak aku nyuruk-nyuruk belakang org kan. Bukan pelanggan akak tu saja yang nampak tau, pelanggan gerai-gerai lain pon semua abih dok usha kat aku!

Ya Allah Ya Tuhanku... Malu taktau nak habaq. Aku tunduk kutip kuih tu satu-satu masuk dlm bekas. Pelanggan dia sorang siap tolong aku kutip sama kuih tu. Akak tu muka terkejut. Aku malu dan serba salah sampai blur tatau nak cakap aku. Aku asek dok cakap maaf kak... Maaf kak... Maaf kak... Aku hulur balik bekas berisi kuih yg aku kutip kat akak tu. Kuih kacang, ada dalam 10-12 bijik gakla.

Dalam pala otak aku, sebenaqnya aku nak ganti duit... Tapi aku tak terucap kat akak tu. Sebab masa tu aku tadak duit! Wallet semua tak bawak weh. Kan bawak ngam-ngam RM10 je kan. Kat situ aku dh terjerat. Jadi mcm blank, gelap! Haha... Malu gila woii... Aku gegas pegi ke keta, selongkar segala celah dashboard dan bekas syiling nak cari duit sesat. Nan hado sekupang pon! Aku citer kat Mencah, dia plak tambah buat aku serba-salah. "Ya Allah Ma... Kesiannya makcik tu... Ma kena ganti balik duit dia Ma...." Mak nenek sgt ko kan!

Aku pecut kereta pegi ambik Asrap, pedeghaih balik rumah. Masuk rumah ambik duit, pastu patah balik pegi gerai akak tu. Nampak aku kuar dari keta, akak tu dan-dan bangun dtg kat aku... "Nah kak... Saya nak bayar kuih yg jatuh tadi..."

Berubah muka akak tu... "Ya Allah... Sapa suruh ganti ni.... Akak tanak ganti-ganti..." Terus dia peluk aku! Aku nampak air mata dia menitik. Tak pepasal aku pon sebak tau. Dia genggam tgn aku kuat-kuat... "Dengar ni akak cakap, itu namanya bukan rezeki kita. Allah dah tetapkan macamtu. Akak sikit pon tak marah"

Aku berkeras jugak nak bayar, at least nak bayar kos dia kan. Dia tanak jugak. Dia cita kat aku...

"Lepas adik balik tadi, suami akak tanya... Budak tu biasa dtg beli ke? Akak cakap ye... Mmg dia selalu dtg beli. Suami akak sedih la... Dia kata jangan lepasni dia malu taknak dtg beli lagi dahla"

Aku pon cakap kat dia, "memang saya malu dan terkejut sgt tadi kak... Semua org pandang saya... Saya nak bayar terus tadi, tapi ditakdirkan saya bawak duit ngam-ngam je nak beli makanan. Sebabtu saya tak cakap nak ganti duit masa tadi. Saya balik ke kereta, selongkar dashboard cari kot ada duit selit2... Pon takde. Saya gegas balik ambik anak, pastu patah balik sini bawak duit. Saya rasa besalah sgt sbb nampak mcm saya main lepas tgn taknak bayar ganti rugi.

Akak tu marah aku ckp mcm tu. Dia kata berapa sen sgt lah kuih tu. Tak terjejas apa pon. Sambil dok kesat-kesat air mata dia.

Touching tak wei???? Gila touching baq hanggg!!!

Mai aku nak story the mory pasal attitude akak ni yg membuatkan aku suka berurusniaga dgn dia...

Dia sentiasa senyum dgn pelanggan. Dari jauh kalau nampak pelanggan datang, dia akan sambut dgn senyuman. Bila kita dah dekat, dia akan bagi salam. Walaupon masatu dia tengah bungkus makanan org, dia akan toleh kat setiap pelanggan yang baru dtg, senyum dan bagi salam. SETIAP pelanggan okay. Kalau tgh org ramai beratur nak beli, mmg kerja dia dok bagi salam jelah. Dia buat kerja cermat gila dan sgt pembersih, tanya nak campur nasik dgn lauk ke... Nak asing ke... Pastu tanya nak bahagian mana ayam ni... Nak kuah byk mana bla bla bla... Dan lepas urusniaga selesai, sebelum pelanggan beredar, dia akan cakap terima kasih... Saya jual... Dan bagi salam sekali lagi! Sila korang bayangkan, berapa puluh kali dia doakan setiap muslimin dan muslimat yg dtg beli kat gerai dia? Hebat akak ni. Hebat...

Anak dara dia kadang-kadang dtg tolong meniaga time cuti. Anak dia blaja di UPSI. So dekat jelah... Kalau cuti, balik Rawang... Boleh tolong mak-ayah meniaga. Anak dara dia attitude thorbaek baq hang. Aurat memang complete terjaga. Hansock pakai, inner dagu pon pakai. Muka lawa, putih, jernih. Bercakap lembut sama macam mak dia. Pon 'gila' bagi salam kat semorang jugak. Konsep kuah tumpah ke nasik terpakai disini.

Suami dia pulak, muka jernih jugak. Takde nak merenyeh tak ketahuan hala dgn pelanggan pompuan. Steady saja. Ada sekali masa aku lepas beli nasik, elok masuk keta, aku dengar azan Zohor. Bila sampai kat perkarangan masjid nak hantar mencah (sekolah mencah dgn masjid ada connecting gate, so aku hantar dia ikut masjid sbb nak elak jem depan main gate sekolah), aku nampak dia baru sampai masjid. Lagi sekali aku kagum. Mendahulukan seruan solat above other things walaupon masatu waktu puncak. Gerai dia tgh ramai orang.

Cerita dia simple saja. Tapi aku sampai la ni akan teringat tentang attitude depa. Nasik tomato dia sedap, banyak dan murah. Kuih dia pon sedap. Puding roti dia aku suka sgt. Saiz sederhana... Tak besar tak kecik. Sedang-sedang. Kalau dah suka, semua pon nampak elok di mata kita kan?

So aku belajar macam-macam dari pemerhatian di jalanan sehari-hari. Orang-orang yang berperangai soleh/solehah ni aku memang adore sgt. Tiap petang, aku ambik mencah di lobby masjid. Sementara tunggu dia solat asar, macam-macam gelagat manusia aku tengok. (Mencah belum solat penuh, tapi aku suruh dia tunaikan Asar siap-siap sebelum balik rumah sbb dah alang-alang aku jemput dia di masjid. Dia solat dgn baju sekolah je pon) Kadang-kadang aku nampak budak2 muda yang dtg awal ke masjid utk solat maghrib, aku rasa gerun. Dalam hati aku berkata, budakni hebat. Makpak dia lagi hebat. Sebab ustat pernah cakap, antara 10 golongan manusia yang terselamat di akhirat nanti, adalah anak muda yang hatinya terpaut pada masjid. Subhanallah.

Kadang-kadang, aku nampak lelaki berpakaian sedikit comot (mungkin buruh binaan atau mekanik) memberhentikan motor lalu mengeluarkan kain pelikat dari storage box... Lantas segera mengangkat wudhuk di paip tepi tangga masjid. Kagum jugak aku atas kesungguhan dia membawa pakaian bersih demi nak mengadap Tuhan.

Pernah jugak sekali, aku lambat ambik Mencah sebab terperangkap dlm jem akibat banjir kilat. Masatu aku pegi pos brg kat Pekan Rawang, balik dr pos barang ingatkan nak ambik dia terus. Sekali jem tak bergerak sampai nak dekat maghrib. Aku tak perasan henpon aku on silent mode, bila sampai masjid, aku nampak mencah tengah menangis semahu-mahunya. Dia takut, sebab aku lambat sgt sampai kan. Hahaha... Tau pon nko takut kan! Ada 1-2 org Pakcik yg menemankan dia di lobby masjid. Balik rumah, aku check henpon.... Belambak miscall dr nombor tak dikenali. Lepastu ada satu mesej suruh aku dtg ambik anak. Rupanya Imam masjid nko! Berkali-kali dia call nombor aku (Yes, Mencah mmg hafal no phone aku. Tapi no Abah dia tak hafal pulak) Tp aku tak jawab sebab tak dengar. Dahla Asrap membuas dlm keta. Meah pulak menangis meraung nak kuar dari kasit. Jem tak bergerak kann!

Kak Ju drebar van pon ada whatsapp aku, dia kata nampak Mencah menangis kat masjid kenapa? Pon aku lambat reply sebab aku tak tengok phone. Tgh drive masatu. Bila dah sampai rumah, baru aku reply. Dia kata kenapa tak bitau, Kak Ju boleh ambikkan dia kalau Raihan ckp awal2 tadi. Aku dan-dan feeling bertuah bila dikelilingi oleh masyarakat prihatin mcm ni. Syukur sangat kan, di zaman penuh fitnah dan jenayah ni, ada lagi manusia-manusia yang mulia macamni. Aku bukan manusia yang baik mana pon, dengan jiran pon sekadar hai hai bye bye saja, pendosa yg lemah dan selalu lalai, tapi Allah berikan aku nikmat dikelilingi oleh orang2 yang baik-baik. Alhamdulillah.

Lantas aku teringat pesan mak aku masa balik raya haji baruni. Kita ni hidup kena sentiasa buat baik kpd semua orang, tambah lagi kat anak sendiri. Jaga anak tu elok2, walaupon bila kita tua nanti belum tentu anak tu yang akan jaga kita. Berbaik sangka dengan Allah, insyaAllah akan ada org lain yang akan balas kebaikan yang kita dah buat kpd org lain. Tak semestinya org yang kita tolong tu yang akan balas kebaikan kita.

Panjang 18 kilometer aku gebang! Sekali sekala roh blogging merasuk kan, tak kasi can!

So, aku buat kesimpulan sikitlah. Ilmu, pengajaran dan iktibar bukan hanya dari buku, kuliah, ceramah atau kelas. Ia boleh datang dari pelbagai cara. Asalkan kita bukak mata, telinga dan minda seluasnya. Keyword penting dia; berbaik sangka. Husnudzon kata geng-geng ereb.

OK tutup balik blog aku 3 bulan. Karangan panjang gila ni... Cover utk 3 bulan punya :))

Wassalam.

6 comments:

wida on October 30, 2014 at 8:24 AM said...

entry kak buat sy menangis..sedihnya.
tp mmg betul...org yg kita tlg x smestinya akan tlg kita balik. mgkin ada insan lain yg akan menolong kita..kan?

Lynn Hamzah on October 30, 2014 at 9:16 AM said...

sebak rasanya pagi nie...masih ada insan yang berhati mulia di luar sana...tq for sharing...

MamaHakimi on October 30, 2014 at 1:11 PM said...

Very the touching story... Tq for sharing..

ina ariffin on October 30, 2014 at 2:19 PM said...

slm..terbaik, terharu, terkesima dan segala ter ter yg ada. thumbs up!

SueMiezi on October 30, 2014 at 5:44 PM said...

Alaa ann.. Terharu aku baca.

reen Aziz on January 6, 2015 at 9:26 PM said...

Terkesan sgt bl bc..:)

ShareThis