Tuesday, October 28, 2014

Street Lesson

Posted by makcik rehan KJB at 2:23 AM

Assalamualaikum WBT

Seems like my blogging mojo is back. 'Seems' saja la. Takat mana dia buleh stay taktaula. Mata dok kedip2 tak buleh lena, white cofee punya pasai la ni (tah tak ingat brand apa, tapi ada logo halal JAKIM... jangan panik tak ketahuan hala naaa).

Aku ada satu kisah benar yang aku teringin nk archive dalam blog. Kalau pon bukan utk di ambil iktibar oleh para pembaca, biarlah ia menjadi iktibar kpd aku dan anak-anak aku di kemudian hari (poyonya rasa bila tulis macam ni)

Minggu lepas, hari Jumaat, macam biasa... Aku adalah malas memasak (hari lain pon kadang malas juga, tapi Jumaat memang taktau pasai apa, aku paling malas nak mengkejang betis di dapo). Lagi pulak aku sangat sibuk dengan urusan jual-beli mangkuk hayun yg aku buat secara kolaborasi dengan TTM (yang ni nanti aku cerita dalam entry lain, insyaAllah). So dari pagi, lepas hantar Abang dgn Kakak pi sekolah, aku memang dok bizi hadap henpon dan laptop saja.

Pukul 12.30 tengahari macam tu, aku dgn Mencah dan Meah keluar nak pi ambik Asrap dari tadika (Mencah la ni dah balik dari KAFA naik Van Kak Ju, jiran lorong depan yg memang buat bisnes transport bdk sekolah). Aku bawak duit RM10 ngam-ngam, aku plan nak singgah gerai nasik tomato sedap dan murah kat tepi pagar Masjid Country Homes. Dah 2-3 kali aku singgah beli nasik Kakak ni. Sekali aku beli, memang aku terus terpikat dengan 'style' dia layan pelanggan. Satgi aku cita details. Dgn RM10 tu aku plan nak beli nasik tomato RM4 x 2 bungkuih. Belen lagi RM2 aku nak beli kuih 5 ketui (harga kuih dia 5 ketui RM2) So, kiranya ngam-ngam la duit aku kan...

Aku park keta tepi gerai akakni. Laju-laju pi menebeng kat meja dia... Habaq nak beli itu-ini. Dia pon bungkuih barang mcm biasa... Sambil sembang lite-lite itu ini. Dah nak setel, aku hulur duit RM10, ambik plastik makanan dan bersedia utk balik pi kereta. Tetapiiiii.... Sesuatu yang tak disangka-sangka telah berlaku. Sampai lidah aku kelu, muka pon rasa macam biru...

Apa yang jadi? Esok-esok aku sambung taip. Tetiba rasa mata aku makin melayut. Ayaq hidung dok kluaq laju menderu. Selsema weiii... InsyaAllah nanti aku sambung.

Srotttt....
Srotttt....
Srotttt....

Sound efek aku dok sedut hinguih!

4 comments:

tifa anvar on October 28, 2014 at 7:44 AM said...

buat2 saspen pulak. Cepat smbung balik MR

wida on October 28, 2014 at 9:46 AM said...

Aduh..buat suspen je kak ni,boleh pulak ada sambungan ye

Kak Rose on October 28, 2014 at 12:26 PM said...

saspennya citer! tp saspen jugak apa yg di berkolaborasi dengan TTM tu ya...lama dah tak dengar citer dia...

KhadijahAdibah12 on October 28, 2014 at 3:28 PM said...

wah.story apa ni kak.. suspennnn.
psl nasi tomato tu ke?
psl kuih ke?
psl apa...haha

ShareThis