Wednesday, November 26, 2014

The humble stall near Habib Hotel

Posted by makcik rehan KJB at 10:46 PM

Assalamualaikum WBT

Sambung lagi.

Lepas check-in, terus lepak kat gerai depan Habib Hotel. Sampai sudah taktau nama gerai. Rasanya takde papan tanda pon. Nasik berlauk ada belen. Tapi dah pukul 4.30 ptg, malaslah nak makan nasik berlauk bagai. Goreng2 semua malam nnt baru ada. Yang ada sekarangni laksa. Pantas PS nko ngoder.

Bui laksa so!
Tey O es lima so!

Ambo plop nok Tey es so! <--- MR

*setelah dialih-bahasa ke dialek klate. Baru sapa masa nih. Aku baru dok mencari-cari tune, nak mengasah 'the kelate in me'... muahahaha!*

Laksa sampai. Bersinar mata aku. Aku ingat Laksa Penang! Rupanya laksa yg kuah lemak laksam tu. Manala aku tau... Pestime mari kelate weh!

Dan-dan aku pommm...

Eh, nok etek lah! Tapi tak mboh cili deyh! (Nak share dgn Mencah kan)

Teh ais mari. Laksa aku pon mari.

Gila baq hang. Sedap sengoti laksa dia!

Sedut teh ais dia pulak. Mak datuk, kembang serebelum sereberum aku. Sedap sengoti kuasa 8!

Mencah siap cakap, sedapnya teh ni Ma! Lagi sedap dari teh ais Nenek!!!

Hahahaha... Sorry Nenet. Kalini je OK. Lepasni Nenet nombor satu balik.

Laksa aku tu, sudahnya Mencah yang perabis. Sedap sangat kata dia.

Pastu atas meja ada kek pisang size kecik2. Aku makan sebutir. Pon sedap sengoti!

Pah guano ni... Belum pegi restoran hok tubik kat dinding pesbuk segala bagai... Dah mcm kena candu. Kalo gi Kedai Pak Mat Kampung Pisang, ada aku histeria kat sana. Sedap sangat woi!

Ralatla tak ambik gambo gerai tu. Gila humble weh. Buruk2 je pon. Lokasi dia betui-betui depan Habib Hotel. Makanan hotel (breakfast) pon kalah dgn dia. Oppsss.... Hehe.

Hari last tu kami makan kat Pasar Siti Khadijah. PS makan laksam, tetap takleh lawan laksam gerai depan hotel ni. Teh ais dia pon kalah. 

Betullah kata Blogger terfemes di benua kelantam yakni Mek KV (aku tokleh link blog dia, pakai henpon. Aku bodo nak wi link pakai henpon) : Kat Kelate ni, terjah je mana-mana gerai buruk ke gapo... Kalau kena gaya, semua pon sedap!

3 kali kami melonggok makan kat geraini. Kalau tak kerana kami tubik gi jale gi soping... Kompom pagi, ptg, male kami make sini jah! Hahahaha....

Esok-esok sambung.

3 comments:

Nur Inani on November 27, 2014 at 1:27 PM said...

sedapnyaa laksa kuah lemak :)

makcik rehan KJB on December 8, 2014 at 7:35 PM said...

Sangatttt.
Sedap sengoti!

lia ummiirfan on December 8, 2014 at 9:38 PM said...

whoaa... laksa besttt... feveret saya ni! :))

ShareThis