Tuesday, November 25, 2014

This is Kota Bharu

Posted by makcik rehan KJB at 11:59 PM

Assalamualaikum WBT

#makmengah
#bapakmengah
#anakanakmengah
#mengahfamilykelatetrip
#roadtrip
#jalanjalancarimakan
#sawanbatik
#makansedap
#schoolholidays
#firsttime
#habibhotelkotabharu

OK, tu kata kunci dia.

Bertolak pagi Sabtu, pukul 8.30 pg. Ikut PLUS heading north. Tubik kat Kuala Kangsar, tuju Grik. Cuaca cantik. Sekali sekala hujan manja. Most of the time, bright and cloudy. Best!

Perjalanan sgt smooth. Syukur Alhamdulillah. Bawak bekal cukup-cukup. Lapo je makan, makan, makan. Takyah benti cari kedai makan, benti cari kedai kencing je. Hehe...

Meredah Banjaran Titiwangsa, hutan belantara je kiri-kanan. Hutan Belum, tasik, empangan - sgt mengundang 'the fisherman in him' huh!

Kenderaan tak banyak. Sesekali jumpa papan tanda, Awas kawasan lintasan gajah. Awas kawasan lintasan tapir. Mujur tapir. Kalau langsuir? Tobat tak lalu jalan ni kalo malam!

Benti kat tengah-tengah banjaran. Ada restoran yg nampak agak selesa. Toilet dan surau pon OK. Ayaq dia sejukkkk... Fuh best! Tak makan pon, abiskan bekal je. Sementara cuaca nyaman, kita gerak terus.

Bila dah masuk Jajahan Jeli, terus teringat kat Tok Pa. Tokpa dan Jeli berpisah teda dalam fikiran aku. Memang betul, Jeli yg hulu tu rupanya tak kurang hebat pembangunannya. Ada MRSM. Ada Politeknik. Kalau tengok hutan belantara dia tadi, mcm tak sangka akan jumpa pekan yang agak meriah mcm tu. Rilekslah. Tak kisahlah parti apa, sekurang-kurangnya beliau berbakti. Yang baik kita puji, yang buruk kita hencap, kan? Muahahaha....

Lebih kurang pukul 4 ptg, sampai KB - bandaraya yang sangat humble, kaya dengan nilai Islam. Menjakun baca papan tanda, semua Jawi. Hebat tarbiyah Tok Guru!

Nanti sambung. Ngantuk...

Zzzzzz.....

*taip mlm tadi, pagini baru post

3 comments:

Emi Ariyani Aris on November 26, 2014 at 8:12 AM said...

Nak gambar di puncak Banjaran Titiwangsa...hihihihi

Ania on December 3, 2014 at 6:35 PM said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

makcik rehan KJB on December 8, 2014 at 7:37 PM said...

Tak amik gambo pon emi... Hujan. Sejuk. X singgah mkn pon. Take turns dgn husband je singgah solat

ShareThis