Thursday, December 25, 2014

Kari-pop

Posted by makcik rehan KJB at 11:43 AM
Assalamualaikum WBT


Keripop pertama aku buat untuk tahun ini. Faktor penggalak dia adalah #hujan dan #lapar.

Semuani aku buat cepat-cepat. Hantam saja. Janji ada rupa karipap. Memalam #bapakmengah yang kena take over Meah, so aku ada la masa dalam sejam lebih (sebelum dia terjaga dari tido) untuk buat aktiviti mengarut laguni.

Kentang aku overcooked. Sambil masak inti, sambil uli kulit. Kejar masa wei. Mana la tak lembik jadinya inti aku. Pedulik. Aku yang buat dia. Takde benda yang sempurna di dunia ni. Allah je yang Maha Sempurna *ayat backup diri*









































Doh ni nampak saja kecik. Skala sebenar is sangat besaq. Lenguh otot bisep aku menguli. Cari pasai sangat tuang tepung nak dekat sekampit!









Inti dah suam je, aku terus gelek cincai sukati. Kecik besaq, kembung kempis semua ada. Nak cepat woi. Kang Meah bangun memang aku humban je semua masuk tong. Dia punya bekepit mmg buat kau rasa hilang arah tujuan tau.










Tudia. Lambang kegigihan. 4 lapis tau! Satu lapis ada dalam 15 ketui. kau darab 4 tengok berapa ketoi dok ada. Sedap tak sedap belakang kira la. Depa takmau makan, nanti aku dengan Asyraf je makan. Asrap memang hantu kulit karipap. YA, DIA MAKAN KULIT SAJA.










































Inti abis dulu. Tepung ada lebih sikit.


Sama tak? Muahahahahahaha....












Huduh sungguh kejadian dia lepas kena goreng. Salahkan dapo Induction cooker aku lah sebab suhu dia tokleh kecik lagi dah. Minimum is 500. Maybe pasni aku kena alihkan puyuk dr dapo bila minyak dah terlebih panas. 

Berjerawat teruk karipop aku! Haih. Mujurla sundrik masak, sundrik makan.










































 




0 comments:

ShareThis