Wednesday, December 24, 2014

That Tadika Again :(

Posted by makcik rehan KJB at 10:02 AM
Assalamualaikum WBT

Kisah tadika yang aku hamput haritu, sebenarnya ada banyak episod sambungan. Tapi aku dah malas nak layan. Aku mengkeluh 48 jam pon tak akan merubah apa-apa. Damage done. Money spent. A year wasted. Aku nak look forward, dan tebus kesilapan PS! Haha... konpiden je blame laki kan... Harapnya kalini kami tak salah pilih kindy utk Asyraf dah.

BTW, aku ada berbalas mesej dgn owner tadika pasal hal graduation day depa. Depa SMS aku baru-baruni, bagitau aku ESOK ASYRAF WAJIB datang tadika. Mengundang sangatla, tengah cuti sekolah tetiba SMS wajibkan datang. Surat takde, reminder takde, agenda takde... suka-suka je kan suruh dtg mengejut. Taktau ka akuni masa cuti sekolah dok bercuti kat Paris, Switzerland, London 2-3 minggu? *jeling kat Ana Suzana* Kesudahannya kami tak pegi pon Graduation Day depa. Wasted lagi duit... pasal fees utk graduation dah kutip awal tahun haritu.

Mendapat jugaklah hencapan dalam iman dari #makmengah kannn... Sempat jugaklah aku bagi hint2 pasal kekecewaan aku. Tu pon jenuh aku tapis bahasa dan tahan carotan. Aku cepat-cepat tamatkan conversation. Malas la melebih-lebih, kang aku naik syeh lagi payah nak stop. Kalah kes Akak Dasledi nanti. Aku dok beringat takut jatuh Munafik plak karang (Salah satu sifat org munafik adalah berlebih-lebihan dlm pergaduhan) Haihhh... Bergaduh ni dah la mmg fevret aku. Aku pantang kalo aku dok elok-elok tak kacau org, tetiba org bikin onar sama aku. Awas la kan.

Ada juga cerita kurang enak pasal cikgu ganti yang ngajo Asyraf. Agak mengejutkan lah jugak peel nya. Geleng kepala jelah aku. Geram ada, kasihan pon ada. Sudahlah. Biaq kat dialah. Semoga Allah beri bantuan dan petunjuk kepada dia. Dan aku juga. InsyaAllah. Amiin. *sarung abaya Dubai sulam benang perak*

Dan ini yang terbaru. Petang tadi, informer aku bagitau ada sorang mak budak kat kindy lama tu cari aku. (Informer hokehhh... Kau ado? Perangai Kakak Kawasan sgt khenn...) Beria-ia dia cari aku. Sebab katanya dia nak tuko sekolah... tapi anak dia tanak. Sebab anak dia nak satu sekolah dgn Asyraf! Agak tekejut aku di situ. Tak sangka Asyraf yg cengeng 48 jam ni ada follower! Kaaahhh!

Ala.. post ni akan jadi panjang macam haritu. Aku nak kena citer pulak kronologi persahabatan anak aku dgn anak dia. Apa yg menyebabkan depa dua ni byk persamaan sampai buleh jadi kamcing. Dan cemana layanan yg anak aku dan anak dia terima kat sekolah. Haih... Malas panjangkan lagi kisah ni. Tambah dosa aku saja. Cuma satu la nak kabo, rupanya bukan aku sorang je mak yg bermuram durja dan tak puas hati kat management kindy ni. Mak budak ni pon sama. Lagi nekad, awal-awal lagi dia terus daftar kindy lain utk next year. Sedangkan aku ni tak abih2 lagi menyebey!

Entry amukan Tadika Yang Kecewa haritu aku dah saved as draft. Masa tulis tu aku tgh membara dengan roh 'the melaka in me'. Lepas 2-3 hari jiwa aku jadi kacau. Aku rasa tak patut aku buat macam tu. Walaupon aku tak bagitau nama tadika tu, macam kesian dan rasa bersalah jugak. Mulalah 'dalam hati ada kebun bunga' lalu aku simpan balik entry tu. 

Kemaafan Dendam Yang Terindah. Kan!
 *sambil buat gaya kilas-kilas lengan macam Jihan Muse*





0 comments:

ShareThis