Monday, January 26, 2015

Street Lesson #4 - Ubah

Posted by makcik rehan KJB at 12:48 AM

Assalamualaikum WBT

Ignore me. Just a random notes to myself.

========================================

Hati dan jiwa makhluk itu dipegang mutlak oleh Allah SWT. Tiada daya upaya utk satu makhluk mengubah sikap satu makhluk yang lain.

Bapa saudara Nabi SAW sendiri tidak menerima Islam sehingga ke akhir hayatnya.
Anak dan isteri Nabi Nuh sendiri tenggelam di dalam bah.

Maka apakah daya ku? Tiada. Kerana itu aku ini dipanggil hamba. Hamba kepada tuan; yakni Tuhan. Tiada daya upaya melainkan atas perkenan Yang Maha Esa. Allah menjanjikan Pahala yang besar utk hambaNya yang bersabar. 

Ubah orang bukan kerja makhluk, itu kerja Tuhan. Nanti kau yang kecewa, murung, stress, patah hati dan silap-silap kau pulak yang kecundang.

Bagaimana mungkin kau mengharapkan orang lain berubah, sedang kau sendiri tidak berubah setara mana pon? Maka cukuplah dgn kau sendiri yang berubah. Untung2, boleh menjadi contoh. Untung2 lembut hatinya.

Inilah namanya dakwah melalui pekerti diri sendiri. Serta jgn lupa utk sabar dan solat (doa).

Let go and let God.

1 comments:

Min Aina Ila Aina on January 27, 2015 at 4:49 PM said...

Thanks kak..pesanan yang baik. Ubah..memang kita tidak berdaya, tapi macam mana nak bertahan agar aura negatif orang tak mengubah aura positif kita. Bukan semua orang kita boleh jauhi.

ShareThis