Saturday, January 10, 2015

Very soon...

Posted by makcik rehan KJB at 3:05 AM
Assalamualaikum WBT

Catatan anak sekolah. Tak kepochi pasal sekolah anak, bukan mak-mak la kan. Dah jadi mak orang ni, ha inilah dia makan dia. Seluruh jiwa raga para mak-mak macam kitani memang tumpu kat anak jelah kan.

Asyraf 6yo :
Full day school. Pagi kindy. Petang KAFA. Balik rumah utk transit je. Enough TV, enough game. Mengaji kena serius. Solat pon dah mula kena ajak dan ajar. Letih ke, bosan ke, belakang kira. Lambat ke, pelat ke, lantak. Selagi terdaya, tetap suruh dan ajar.

Aisyah 8yo :
Rutin yg sama mcm last year. Cuma tahun ni naik van sepenuhnya utk KAFA dan sekolah kebangsaan. Pon sama cam Asyraf, balik tengahari utk transit je. Solat kena penuh. Tahun ni nak start bekalkan telekung kat dia. Dan nak pesan kat guru kelas, mintak benarkan dia pergi surau utk solat Zohor dan Asar kat surau sekolah. Lantaklah cikgu nak kata aku poyo ka apa. Lantak jugaklah kalau org nak kata aku beria sangat, baru derjah dua nak tekan sangat suruh solatlah apelah.  Dan tahun ni jugak, dia kena biasakan solat walau dimana saja berada. Kena bawak telekung kemana-mana. Pegi umah Atuk, pegi Jusco, pegi Tesco, pegi umah Maklom, weekend outing etc. Lantak jugaklah kalau org kata aku nak menunjuk ke apa. Nak tunjuk kat sapa pon? Anak aku, aku yang kena jawab depan Tuhan nanti, jadi sukati aku la kan?

Aku dah draft Daily Checklist utk budak-budak ni. Tak sempat lagi nak print. Esok insyaAllah nak print dan bind elok-elok. Taktaulah sejauh mana checklist ni akan bertahan. Hangat-hangat taik ayam ka... Taik kuda ka... Lantaklah. Yang penting - "begin, the rest will be easier" insyaAllah. Nanti aku tunjuk sini booklet tu. Again, lantaklah kalau org kata aku poyo ka, menunjuk ka apa. Aku beli periuk baru pon tunjuk sini, abih tak kan buku checklist anak (yang ternyata lagi berpekdah daripada periuk haha) tak buleh tunjuk? Yang elok, silalah buat panduan. Yang buruk, buatlah sempadan kan?

Oh aku sendiri pon ada buku checklist. Bukan anak-anak je aku nak pantau. Diri sendiri pon tak betul lagi. So, aku sendiri pon kena ada checklist utk improve hal ehwal ibadat aku. Especially bab solat. Duduk di rumah pon asyik solat lambat, pa citta? Baca Quran pon liat. Zikir yang simple2 pon payah sgt nak buat. Surah-surah lazim pon tak lancar hafazan. Banyak lagilahhhhh *sedih dan risau dgn diri sendiri*

Semua 'kepoyoan' ini adalah bertitik tolak dari keazaman yang aku post di ig haritu : 

==========================================================================




Assalamualaikum WBT.

Pertama kali kot menulis ala-ala penceramah motibasi begini. Saya dok tunggu org lain tulis, kemudian saya nak share saja di wall. Tapi tak jumpa pulak. (atau mungkin saya terlepas pandang, maaf. Maklumlah, asyik bawak popcorn pergi baca keyboard warrior berperang sana-sini). Dulu di Acheh. Kini lagi hampir, bencana itu kita lihat di negara kita sendiri. Depan mata.
Mereka membayar dgn harta dan nyawa utk mendapat iktibar ini. Sedang kita mendapatnya secara percuma. Maka rugilah kita jika masih enggan mengutip pelajaran dari semua ini. Peringatan yang bagaimana lagi agaknya yang dapat membawa kita kembali kepada Nya? Sampai rumah kita sendiri terbelah dua? Nauzubillah.

Cadangan saya utk diri sendiri dan kawan2 yang mahu improvise diri, pasangan dan anak-anak, tapi taktau nak mulakan dari mana :

1. Sempurnakan solat.
2. Pelihara aurat.
3. Perbaiki adab.

Lakukan secara nekad (dan konsisten) selama 44 hari (sepupu saya Kak Jaidah guna teknik ini utk train anak dia solat penuh. Dia buat buku rekod. Kalau terlompang satu waktu pon, anak dia kena ulang semula dari awal. Iaitu balik kepada kiraan hari pertama. Dan begitulah seterusnya) insyaAllah ia akan melekat menjadi tabiat. Tabiat yang baik.

Saya cabar diri saya, suami saya dan anak-anak saya. Tahun 2015 bermula lusa. Saya tiada azam lain, melainkan 3 yang di atas. InsyaAllah, perkara baik lain akan menyusul. Tag lah sesiapa sahaja yang anda nak ajak sama-sama memperbaiki diri. Jangan bertangguh lagi. Hayat kita kian berkurang dari sehari ke sehari.

#mrstrugglingtobeabetterperson
#walkthetalk

=========================================================================

Benarlah kata pujangga yg aku terbaca di pesbuk. Lebih kurang begini bunyinya :

 Perjalanan hidup selepas berumahtangga, tiada lain melainkan memburu syurga.

Dalam sangat maksudnya. Bila dah kawin, tamat sudah masa study, gila-gila, enjoy dan lepak2 sampai tgh malam, bersukaria bercinta-cintun, dating sana-sini. Tanggungjawab mula datang bersilih-ganti. Mula-mula kena jaga isteri, kemudiannya anak-anak mula lahir sorang demi sorang. Semua ini datang bersama peluang dan harapan utk membawa kita ke jalan syurga. 

*selebihnya uols huraikan sendirilah, tak reti aku nk explain panjang lebo. Janji paham konsep sudahlah. Hehe*


 

Ya Allah, permudahkanlah.


 

2 comments:

adianiez AIDA on January 10, 2015 at 2:08 PM said...

sama2 la kita beristiqomah baiki diri dlm hal agama, kan :)
tu pun salah satu azam 2015 aida.

littlehumblelynn on January 11, 2015 at 7:30 AM said...

Tlg share checklist utk anak2-nak tiru jugak-tq in advance!

ShareThis