Sunday, June 28, 2015

Chicken

Posted by makcik rehan KJB at 10:54 PM

Assalamualaikum WBT

Jumaat dan Sabtu tadi, kami pi bukak posa kat luar. Semua pon orang belanja. Alhamdulillah... Mak ikut sajalah. Anak-anak mak biasalah, terejai satu macam. Orang kampungla katakan... Jadi jakun satu macamla bila sekali-sekala pi makan kat hotel.

Elok sampai kat reception counter, tengah kami nak check reservation... Asyraf yang macam terlebih gula kabung, sakap kuat-kuat :

"Kak! Kak! Syayer nak makan chicken pox! Syayer nak makan chicken pox! Akak nak makan aper?"

(Diulang-ulang berkali-kali selagi Kakak dia tak jawab)

Mak tarik tangan dia ketepi. Suruh bertenang. Orang semua dah pandang. Mak sakap baik-baik kat dia...

"Bang, bukan chicken pox... Bukan chicken pork... (sekali sekala bunyi macam pork pon ada baq hang!). Yang tu nama dia chicken chop!"

Kakak dia tolong perjelaskan lagi.

"Aah... Chicken pox tu yang bintik-bintik ada cecair kat badan tu!"

Begitulah resam anak-anak Mak. Kadang Mak segan juga nak mengenengahkan anak-anak jiwa kampong mak ni. Lagi-lagi Si Aserap nilah. Mulut non-stop punya brok brek brok brek. Rasa macam nak selotep pon ada!

Salam Ramadhan.


4 comments:

gebu's fairy tales on June 29, 2015 at 1:28 PM said...

kenapa mata ai panas kak..rasa nak nangis..

makcik rehan KJB on June 29, 2015 at 1:36 PM said...
This comment has been removed by the author.
makcik rehan KJB on June 29, 2015 at 1:37 PM said...
This comment has been removed by the author.
makcik rehan KJB on June 29, 2015 at 1:37 PM said...
This comment has been removed by the author.

ShareThis