Monday, June 29, 2015

Mid Year Exam 2015

Posted by makcik rehan KJB at 12:00 PM
Assalamualaikum WBT

Jumaat lepas, hari yg sibuk. Muallimah Ha balik kampung, jadinya Mak terpaksa hantar dan jemput Asyraf pegi-balik sekolah pagi dan petang. Hari tu jugak kena pegi sain report card Kakak dia. Both session jugak, KAFA dan sek kebangsaan. Terbakor kulit mak tahu... Panas lit lit sgt wilayah Rawang ni lately.

Boleh tahan teruk result nko Kakak wehh... Hafazan ranap sungguh hoi! Terus Mak wasap bapaknya, menuding jari. Tulah, main henpon lagi... Tengok sini keputusan anak! Gitulah kununnya... Senang je aku kan, tang tak elok aku bahan ke laki. Tang elok, aku kaut dulu le kreditnya. Padehal sama naik je mak-pak dia, dok ralit klebek henpon! Muahahahaha...

Cikgu Zarina (sekolah kebangsaan) kata Aisyah ni suka berangan, berkhayal... Lambat buat kerja. Especially kalau menyalin dari whiteboard. Dia tak berapa bercampur dgn budak lain. Susah nak memulakan perbualan. Memang aku perasan, she's lonely type. Duduk diam2 kat tempat dia... Tak berapa havoc mcm budak pompuan lain. Eh tetiba aku sedih tengok anak aku camtu tau. Aku tanakla zaman kanak-kanak dia murung cam gitu. Shes wayyyy better than me when i was at her age. Dulu mak dia semekin, gemok dan menumpang kasih dgn maktok yang tak berapa nak kasih kat cucu. Mak nak kena cari jalan utk bina keyakinan dia. Biar jangan selalu dibuli, dan keras rebel.macam mak dia. Hahahaha...!

Bila tanya dia, kenapa tak campur sangat dgn kawan2 lain? Dia kata diorang semua tu kejam. Saya taknak kawan dgn orang macamtu. Diorang buli saya. Wahhh... Drama tau anak mak. Dulu dia pernah cerita (jenuh nak korek ceritani), ada sorang budak pompuan hari-hari pow duit dia singgit. Budak tu kata, kalau tak bagi... Tanak kawan. Kalau sakap kat cikgu... Tanak kawan. Kalau sakap kat mak pon, tanak kawan. Aku tau hal ni pon sebab dia tersasul sakap. Korek punya korek, dekat sepuluh ringgit dah total dia kena pow dgn budak ni. Mak suruh dia stand for her right lah. Aku ajar Aisyah utk beri kata dua kat budak tu, ganti balik sikit-sikit... Atau mak sakap kat cikgu dan mak dia. Dan lepasni jangan suka-suka mintak duit kawan... Kecuali terpaksa sebab duit hilang atau tertinggal. Budak tu ganti tau. 2-3 hari jugaklah... Singgit demi singgit. Pastu aku suruh Aisyah cakap tak payah ganti dah. Sakap kamu halalkan. Lain kali jgn buat lagi. Saja nak bagi dia keras sikit je. Takde hal lah dua-tiga hengget kan. Aku sakap kat dia, kalau dia tanak kawan... Kamu cari kawan lain. Ramai lagi budak lain. Aisyah kata, nnt budakni ajak kawan-kawan lain supaya jangan kawan dengan dia. Kesian. I feel u anak. Feeling clumsy, when peoples were avoiding you. Takpelah nak, janji hati kau baik. Dan kau cantik. Boleh gitu? Aku pon tatau nak kata apa dah la wei! Hahaha... Takkan aku nak pegi sound budak-budak tu sorang-sorang kan :p Anggaplah semua ni asam-garam hidup.

Aisyah seorang yang observer. Mendengar kata. Terlalu rileks dan sangat empathy. Dia mewarisi hati tisu dan kecenderungan dalam craft dari mak dia. She hates Math, just like me. She's good in Bahasa, also like me. Cool and steady pulak dari Babah dia. Dia sangat bersabar dgn adik-adik. Mulut marah, tapi tangan tak naik. Very helpful when it comes to her siblings. Tolong lukis utk Asyraf. Cebuk berak Asyraf. Bukakan pintu kereta Muallimah utk Asyraf. Tuangkan air, senduk nasik, sharpen kan pensel, pinjamkan color pencil etc. Dengan Amirah lagilah rajin. Sebab dia kata kami sama-sama perempuan. Kami akan jadi geng. So, shes willing to mandikan adik, pakaikan baju adik, enjut buai adik etc. She sangat tak sabo tunggu adiknya beso, so they both can be roommates :p

Enjoy your childhood Kakak. Try again next exam ya :)






4 comments:

SYANI on June 29, 2015 at 12:55 PM said...

So sweet Mencah... Takpe lah kaka.. you have longggggg way to go

mama lynn on June 29, 2015 at 10:30 PM said...

Selalu suka baca pasal Mencah ni since awal2 kenal blog MR.

all d best mencah..still ada masa lagi..

Sapa2 buli..kasi back hand sekali ok!

cikguAnum on July 2, 2015 at 11:57 PM said...

Takutnya menanti anak iols membesar. Kena siap siagakn diri mak ni cukup2

Nor Sarida on July 4, 2015 at 6:35 PM said...

Ecah sangattt baikkk ngan adik2...
Anak dara aku plakkk..mcm langit ngan bumi..

ShareThis