Wednesday, February 21, 2018

Britain's Biggest Family

Posted by makcik rehan KJB at 10:15 PM
Assalamualaikum WBT

Dengan mengenepikan andaian yang bukan-bukan, di mata aku, pasangan Sue dan Noel ni sebenarnya memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Aku tengok videoclip depa masa beranak 17 nak masuk 18 orang. Dalam tempoh tu, Sue miscarriaged sampai 2 kali. Masatu umur dia 39 tahun dengan anak sulung dah berumur 19 tahun (dan dah ada anak sorang) dan yang bongsu berumur kurang dari setahun. Tempoh tersebut adalah masa yang paling lama 'perut dia kosong' tanpa kandungan (sejak dia dah kawin). Aku ingatkan mereka dah serik menambah anak.

Didorong oleh rasa ingin tahu, aku cari info lanjut pasal keluarga ni dan barulah aku tahu rupanya mereka tak serik langsung malah telah menambah lagi 3 orang anak sejak last video yang aku tonton tu. MasyaAllah.

Ada orang kata pasangan ni 'ketagih' beranak kecik. Mungkin betul. Tapi aku rasa ketagihan tersebut macam tiada salahnya pon dari segi norma hidup asal saja kau sihat, larat dan mampu dari segi fizikal dan material untuk besarkan budak-budak tu.

Oh kalau nak sembang tentang hal kecukupan dan keseimbangan itu-ini... memang berkajang-kajanglah jadinya. Akan timbullah isu kasih sayang, peluang pendidikan, potensi terpendam anak2, malnutrisi malah mungkin akan ditohmah sbg memanipulasi anak2 utk kemudahan sendiri. Nak cakap lebih2 pon, bukan kita tinggal serumah dengan mereka kan?

Aku sebagai orang luar, sekadar mengutip beberapa Ibrah yang aku rasa berguna utk aku refleksi diri sendiri.

1. Rezeki makan minum, Allah yang aturkan. Asal saja kau ikhtiar, pasti semuanya serba cukup.

2. Serba cukup adalah apa yang kita dan anak2 kita perlukan. Ada makanan. Ada rumah. Ada pakaian. Selebihnya, adalah pengisian rohani dan sahsiah. Hasil dari pengisian jiwa yang bagus, anak-anak akan terpandu untuk menilai aspek hidup macamana yang mereka perlukan - serba cukup vs serba mewah.

3. Diluar rumah mereka, tertulis signboard : Alert. Free range kids. Bermakna kanak2 ni semua lepas bebas tanpa terbeban dengan perkara yang bukan-bukan. Masih pergi sekolah seperti biasa. Masih boleh pergi makan luar sekali-sekala. Tetapi mereka hidup sebagai kanak2 sebenar!

4. Sibling bonding mereka kuat. Abang kakak yang besar akan jaga adik2 yang kecik. Bergaduh berkuntau tu biasalah.

5. Rutin harian mereka sama saja mcm keluarga lain. Pagi2 riuh rendah nk pergi sekolah, ayah nak pergi kerja, mak nak siapkan sarapan dan bekal, nak sidai kain, anak yang kecik melalak. Tapi mereka nampak OK saja. Bertahun-tahun mereka hadap benda yang sama. Lama2 jadi lali kot.

6. Hidup perlu ada perancangan dan jadual yang sistematik. Yang ini mak yang anak 2 atau 3 org pon selalu gagal. Lepas tu stress tak ketahuan. Aku lah tu. Cuba belajar dari Sue dan Noel.

7. Anak-anak di ajar utk fit themselves into the environment. Pandai2 lah adjust diri. Kau masuk kandang kambing, kena belajarlah macamana nak mengembek.

8. Noel is a very good husband. Walaupon penat kerja macam orang lain, dia ringan tulang di rumah.

9. It takes 2 to tango! Mereka berdua serasi dan berkomunikasi. Bab komunikasi tu yang penting kan!

Selepas mendapat anak ke-20 yang diberi nama Archie (yes, its a boy), Sue dan Noel mengambil keputusan untuk berhenti menambah anak. Akhirnya... entah kenapa, aku pulak yang lega. Hahahaha. Gigih sungguh Sue kan. Menggunakan tempoh subur hidupnya dengan sebaik mungkin.

Watch the video, and share your thoughts. Kalau kita mahu berfikir, pasti ada buah yang elok yang boleh kita kutip. Kan?









2 comments:

eltamaz elmithaly on April 8, 2018 at 5:49 AM said...


افضل الخدمات المنزلية المقدمة بمدينة الخبر من شركة تاج 0551844053 فخدمات شركتنا عديده ومتعددة ومنها شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف بيوت بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تنظيف شقق بالخبر


شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة تنظيف بالقطيف
شركة طيوب لتسليك المجارى بالخبر

eltamaz elmithaly on April 8, 2018 at 5:49 AM said...



تقدم شركة تاج 0551844053 افضل خدمات التنظيف للمنازل والبيوت وكذلك ايضا تنظيف السجاد والموكيت والمجالس وبيوت الشعر
بالدمام والخبر تنظيف فلل وشقق ومطاعم نقدم عمليات التنظيف الشاملة بمفهموها العصرى والحديث
شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام

شركة الصفرات للتنظيف والنظافه العامه بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام


شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط ورخام وسيراميك بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام

ShareThis