Friday, March 2, 2018

BULLY AND PUBLIC SHAMING

Posted by makcik rehan KJB at 4:35 PM
Assalamualaikum WBT

Mencah balik sekolah tengahari tadi aku tengah engage kat phone dengan Ayah kat kampung. As usual, dia bagi salam, masuk bilik dan datang salam cium tangan aku. Tekejut badak aku tengok muka dia merah, mata bengkak. Dia menangis terok wei!

Terus aku singkatkan perbualan dengan Ayah. Babai. Kirim salam semua. Assalamualaikum.

Aku panggil Mencah masuk mengadap. Tanya dia, kenapa Akak nangis ni? Cerita kat Mama. Berdebor aku tau!

Terus dia nangis kuat lagi. Sampai hinggut2 badan. Isk.... suspen aku.

"Tadi masa dah nak dekat balik, saya kuar gi toilet. Bila saya masuk kelas, saya nak duduk... kawan saya tarik kerusi. Saya jatuh tergolek. Sakit giler Ma... " Laju ayaq mata. Tersekat-sekat dia nak bercerita.

Panas hati aku. Menggelegak darah srikandi aku tau!

"Sape nama budak tu? Cikgu tahu tak?"

"Nama dia &$£¥÷@#&€. Cikgu takde masatu..."

"Akak bagitau cikgu tak?"

"Taklah. Cikgu takde. Lagipon dah nak balik masatu"

"Budak tu memang suka cari pasal ke?"

"Dia memang suka bergurau camtu Ma..."

"Ni bergurau kasar ni. Akak marah dia tak? Kawan-kawan gelak tak?"

"Mula-mula kawan tak perasan. Bila saya nangis baru diorang perasan. Saya nangis sebab sakit Ma...!"

Aku paham sangatla jatuh terduduk macam tu. Sebab kita let go berat badan nak landing atas kusi. Memang sakit la. Dah la badan dia kus semangat kan.

"Then budak tu buat apa? Dia say sorry tak?"

"Ye... dah dia nampak saya nangis, dia mintak maaf"

"Sekarang Akak sakit lagi tak?"

"Dah OK Ma"

"OK, nanti Mama shout kat group. Mama cari parents dia. Mama nak tegur. Tapi next time kalau jadi lagi, jerit kuat2 biar semua dengar : Aku tak suka kau buat macam ni! Aku akan report kat cikgu dan bagitau Mak Ayah aku. Siaplah kau!"

Dia angguk. Aku suh pi makan dan siap2 nak pi KAFA. Nampak dia makan abih mee goreng sepinggan tu. OK lah tu. Hahaha.

Back to this issue. Aku capai phone, terus shout for parents kepada  &$£¥÷@#&€, please PM saya segera. Until now, dah pukul 4, takde sapa pon PM aku. Aku tunggu sampai malam nanti. Maybe parents budak tu kerja, tak sempat tengok whatsapp. Atau mungkin mereka takde dalam group tu. Whatever. Damage is done. Past is past. Tapi aku tetap kena remind pasal benda2 ni kat semua. Nak mintak semua parents tegur dan remind anak masing2 supaya tak melawak kasar macam ni. Bukan tak boleh nak bergurau. Tapi agak2 lah wei. Kalau patah pinggang anak aku, sapa nak jawab?

My concern about this incident are :

1. Anak aku perempuan. Dah darjah 5. Dah besar (dan memang badan dia besar). Bila dia jatuh tergolek macam tu, selain prone kepada kecederaan fizikal, self-esteem dia akan jatuh jugak andaikata dia terkangkang, kain terselak, tudung tersingkap etc. Boleh bayang kan betapa malu nya dia bila kawan2 nampak benda yang tak sepatutnya. She has to face the rest of the class sampai hujung tahun tau!

2. Anak aku perempuan. Budak yang melawak kasaq tu lelaki. Aku memang sangat concern perihal pergaulan. Maklomlah, aku org kampung. Aku selalu remind anak-anak, jangan campur dengan budak tak sama jantina. Maksud aku, selain dari hal pelajaran, jangan nak main usik2 dengan budak lelaki. Jangan nak bergurau, jangan bertepuk tampar. Tak boleh, sebab bukan mahram. Jadinya, haram lah. Malah aku juga sangat strict bila dia berkumpul dengan sepupu-sepupu lelaki. Sepupu tak sepupu. Rapat tak rapat. Aku draw the line. Well, aku dulu makan garam kot. So dalam kes di atas tadi, kalau tak kena gaya... benda ni boleh jadi satu bentuk sexual harassment walaupon unintentional pada awalnya.

3. Melawak kasar macamni, kalau dibiarkan, akan jadi kebiasaan. Tak apa... melawak je. Mana boleh! Yang salah tetap salah. Kena tegur dan remind budak2 lain supaya tak buat benda yang sama.

4. Dendam kesumat. Ingat tak kes Tahfiz kena bakar haritu? Bermula dari dendam kan. Ha, kalau lah tadi Si Mencah yang gagah perkasa tu ambik gunting dan tikam perut budak tu... macamana? We never know what people can do when they were threatened or bullied or depressed or humiliated. Mencah yang aku kenal memang sentiasa cool dan AAK. Kena ejek gemok pon dia dah immuned. Dia memang cool. Tadi, kalau tak kerana sakit sangat, aku tak rasa dia akan menangis macam tu. Anyway, don't try her... darah singa aku mengalir dalam tubuh dia okay! Haha.

Aku takde isu nak panjangkan pon pasal benda ni. Budak tu pon dah mintak maaf. Anak aku pon sihat elok nampaknya tu. Tapi aku tetap nak parents budakni tahu apa anak dia dah buat. Kalau nak tegur dan nak didik anak, sekaranglah masanya kan? Sama-sama ambil iktibar, semua pon anak-anak kita jugak. Semua pon kita sayang. Anak kita pon bukanlah tertib elok sangat, sama-sama menegur dan beringatlah. Ye tak?

Srikandi Rabunah beletiaq di petang Jumaat 😅




ShareThis