Wednesday, September 21, 2016

Can't sleep through...

Posted by MR at 5:28 AM
Bismillah.

33 weeks, heavier and fuller. Meah pon belum fully wean-off. Babycot dah tarik kuar dari store, tapi belum kemas dan bersihkan. Baju newborn dah keluarkan, dok dalam basket lagi... belum basuh. Barut baby tak ingat celah mana letak. Barut mak lagilah taktau kat mana entah.

Baring tak kena, duduk tak selesa. Lapar tapi loya. Bertabah sebanyaknya. Jangan mengeluh ya Raihan. Syukur merasa (lagi) nikmat berbadan dua, betapa ramai yang merintih ingin merasa. Kan?

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Limpahi daku dengan rahmat dan kasih sayangMu yang berpanjangan. Juga keatas suami, emak, ayah dan anak-anakku. Sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa mereka ini sangat sabar melalui semua ini bersamaku. Kumpulkan kami semua di Syurga nanti. Aamiin Ya Robb.

5.27 am
Lapar...

0 comments:

ShareThis