Wednesday, September 21, 2022

Testing 2022

Posted by MR at 5:47 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Saiyyaaaaaa

Friday, March 2, 2018

BULLY AND PUBLIC SHAMING

Posted by MR at 4:35 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Mencah balik sekolah tengahari tadi aku tengah engage kat phone dengan Ayah kat kampung. As usual, dia bagi salam, masuk bilik dan datang salam cium tangan aku. Tekejut badak aku tengok muka dia merah, mata bengkak. Dia menangis terok wei!

Terus aku singkatkan perbualan dengan Ayah. Babai. Kirim salam semua. Assalamualaikum.

Aku panggil Mencah masuk mengadap. Tanya dia, kenapa Akak nangis ni? Cerita kat Mama. Berdebor aku tau!

Terus dia nangis kuat lagi. Sampai hinggut2 badan. Isk.... suspen aku.

"Tadi masa dah nak dekat balik, saya kuar gi toilet. Bila saya masuk kelas, saya nak duduk... kawan saya tarik kerusi. Saya jatuh tergolek. Sakit giler Ma... " Laju ayaq mata. Tersekat-sekat dia nak bercerita.

Panas hati aku. Menggelegak darah srikandi aku tau!

"Sape nama budak tu? Cikgu tahu tak?"

"Nama dia &$£¥÷@#&€. Cikgu takde masatu..."

"Akak bagitau cikgu tak?"

"Taklah. Cikgu takde. Lagipon dah nak balik masatu"

"Budak tu memang suka cari pasal ke?"

"Dia memang suka bergurau camtu Ma..."

"Ni bergurau kasar ni. Akak marah dia tak? Kawan-kawan gelak tak?"

"Mula-mula kawan tak perasan. Bila saya nangis baru diorang perasan. Saya nangis sebab sakit Ma...!"

Aku paham sangatla jatuh terduduk macam tu. Sebab kita let go berat badan nak landing atas kusi. Memang sakit la. Dah la badan dia kus semangat kan.

"Then budak tu buat apa? Dia say sorry tak?"

"Ye... dah dia nampak saya nangis, dia mintak maaf"

"Sekarang Akak sakit lagi tak?"

"Dah OK Ma"

"OK, nanti Mama shout kat group. Mama cari parents dia. Mama nak tegur. Tapi next time kalau jadi lagi, jerit kuat2 biar semua dengar : Aku tak suka kau buat macam ni! Aku akan report kat cikgu dan bagitau Mak Ayah aku. Siaplah kau!"

Dia angguk. Aku suh pi makan dan siap2 nak pi KAFA. Nampak dia makan abih mee goreng sepinggan tu. OK lah tu. Hahaha.

Back to this issue. Aku capai phone, terus shout for parents kepada  &$£¥÷@#&€, please PM saya segera. Until now, dah pukul 4, takde sapa pon PM aku. Aku tunggu sampai malam nanti. Maybe parents budak tu kerja, tak sempat tengok whatsapp. Atau mungkin mereka takde dalam group tu. Whatever. Damage is done. Past is past. Tapi aku tetap kena remind pasal benda2 ni kat semua. Nak mintak semua parents tegur dan remind anak masing2 supaya tak melawak kasar macam ni. Bukan tak boleh nak bergurau. Tapi agak2 lah wei. Kalau patah pinggang anak aku, sapa nak jawab?

My concern about this incident are :

1. Anak aku perempuan. Dah darjah 5. Dah besar (dan memang badan dia besar). Bila dia jatuh tergolek macam tu, selain prone kepada kecederaan fizikal, self-esteem dia akan jatuh jugak andaikata dia terkangkang, kain terselak, tudung tersingkap etc. Boleh bayang kan betapa malu nya dia bila kawan2 nampak benda yang tak sepatutnya. She has to face the rest of the class sampai hujung tahun tau!

2. Anak aku perempuan. Budak yang melawak kasaq tu lelaki. Aku memang sangat concern perihal pergaulan. Maklomlah, aku org kampung. Aku selalu remind anak-anak, jangan campur dengan budak tak sama jantina. Maksud aku, selain dari hal pelajaran, jangan nak main usik2 dengan budak lelaki. Jangan nak bergurau, jangan bertepuk tampar. Tak boleh, sebab bukan mahram. Jadinya, haram lah. Malah aku juga sangat strict bila dia berkumpul dengan sepupu-sepupu lelaki. Sepupu tak sepupu. Rapat tak rapat. Aku draw the line. Well, aku dulu makan garam kot. So dalam kes di atas tadi, kalau tak kena gaya... benda ni boleh jadi satu bentuk sexual harassment walaupon unintentional pada awalnya.

3. Melawak kasar macamni, kalau dibiarkan, akan jadi kebiasaan. Tak apa... melawak je. Mana boleh! Yang salah tetap salah. Kena tegur dan remind budak2 lain supaya tak buat benda yang sama.

4. Dendam kesumat. Ingat tak kes Tahfiz kena bakar haritu? Bermula dari dendam kan. Ha, kalau lah tadi Si Mencah yang gagah perkasa tu ambik gunting dan tikam perut budak tu... macamana? We never know what people can do when they were threatened or bullied or depressed or humiliated. Mencah yang aku kenal memang sentiasa cool dan AAK. Kena ejek gemok pon dia dah immuned. Dia memang cool. Tadi, kalau tak kerana sakit sangat, aku tak rasa dia akan menangis macam tu. Anyway, don't try her... darah singa aku mengalir dalam tubuh dia okay! Haha.

Aku takde isu nak panjangkan pon pasal benda ni. Budak tu pon dah mintak maaf. Anak aku pon sihat elok nampaknya tu. Tapi aku tetap nak parents budakni tahu apa anak dia dah buat. Kalau nak tegur dan nak didik anak, sekaranglah masanya kan? Sama-sama ambil iktibar, semua pon anak-anak kita jugak. Semua pon kita sayang. Anak kita pon bukanlah tertib elok sangat, sama-sama menegur dan beringatlah. Ye tak?

Srikandi Rabunah beletiaq di petang Jumaat 😅




Tuesday, February 27, 2018

Ukhuwah Dan Persahabatan

Posted by MR at 12:06 AM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Memasuki usia sore, selain nikmat sihat dan berkeluarga; dikelilingi teman-teman yang baik juga adalah satu lagi nikmat yang harus disyukuri. Alhamdulillah.

Teman yang baik akan selalu mendoakan, menyenangkan dan saling mengingatkan agar sahabatnya sentiasa di landasan yang benar. Aku berdoa agar Tuhan selalu mendekatkan aku dengan teman-teman yang baik, supaya kebaikan mereka terpalit juga kepada aku yang banyak dosa ini. Agar dengannya, bolehlah aku sentiasa perbaiki diri.

Terima kasih kawan-kawan semua yang sentiasa menghiburkan. Barangkali, keputusan Mak Ayah aku hantar aku masuk Taayah adalah keputusan terbaik yang mereka buat dalam hidup aku. Cewah.... 5 tahun kita makan nasik kawah kat sana, sampai sekarang ukhuwah tu masih kukuh. Entah jampi serapah apelah yang Makcik Logam tu hembus dalam kawah nasik tu sampai melekat benor kita ni kan. Sampai laki aku pon naik heran, apebenda yang budak-budak Taayah ni tak abis2 gathering lah, makan2 lah, kenduri lah! Setahun tah baper kali reunion korang ni. LOL!

Kalau ada umur, ada rezeki, ada kelapangan, jangan lupa ajak aku memeriahkan majlis lagi tau. Hanya korang je yang memahami perangai berat bontot aku ni. Majlis lain payah aku nak men'Diva', tadak sapa nak layan aku. Hahahaha...

Semoga Allah merahmati ukhuwah ini, dan mengumpulkan kita semua di Syurga nanti. Friendship till Jannah!






Wednesday, February 21, 2018

Britain's Biggest Family

Posted by MR at 10:15 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Dengan mengenepikan andaian yang bukan-bukan, di mata aku, pasangan Sue dan Noel ni sebenarnya memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Aku tengok videoclip depa masa beranak 17 nak masuk 18 orang. Dalam tempoh tu, Sue miscarriaged sampai 2 kali. Masatu umur dia 39 tahun dengan anak sulung dah berumur 19 tahun (dan dah ada anak sorang) dan yang bongsu berumur kurang dari setahun. Tempoh tersebut adalah masa yang paling lama 'perut dia kosong' tanpa kandungan (sejak dia dah kawin). Aku ingatkan mereka dah serik menambah anak.

Didorong oleh rasa ingin tahu, aku cari info lanjut pasal keluarga ni dan barulah aku tahu rupanya mereka tak serik langsung malah telah menambah lagi 3 orang anak sejak last video yang aku tonton tu. MasyaAllah.

Ada orang kata pasangan ni 'ketagih' beranak kecik. Mungkin betul. Tapi aku rasa ketagihan tersebut macam tiada salahnya pon dari segi norma hidup asal saja kau sihat, larat dan mampu dari segi fizikal dan material untuk besarkan budak-budak tu.

Oh kalau nak sembang tentang hal kecukupan dan keseimbangan itu-ini... memang berkajang-kajanglah jadinya. Akan timbullah isu kasih sayang, peluang pendidikan, potensi terpendam anak2, malnutrisi malah mungkin akan ditohmah sbg memanipulasi anak2 utk kemudahan sendiri. Nak cakap lebih2 pon, bukan kita tinggal serumah dengan mereka kan?

Aku sebagai orang luar, sekadar mengutip beberapa Ibrah yang aku rasa berguna utk aku refleksi diri sendiri.

1. Rezeki makan minum, Allah yang aturkan. Asal saja kau ikhtiar, pasti semuanya serba cukup.

2. Serba cukup adalah apa yang kita dan anak2 kita perlukan. Ada makanan. Ada rumah. Ada pakaian. Selebihnya, adalah pengisian rohani dan sahsiah. Hasil dari pengisian jiwa yang bagus, anak-anak akan terpandu untuk menilai aspek hidup macamana yang mereka perlukan - serba cukup vs serba mewah.

3. Diluar rumah mereka, tertulis signboard : Alert. Free range kids. Bermakna kanak2 ni semua lepas bebas tanpa terbeban dengan perkara yang bukan-bukan. Masih pergi sekolah seperti biasa. Masih boleh pergi makan luar sekali-sekala. Tetapi mereka hidup sebagai kanak2 sebenar!

4. Sibling bonding mereka kuat. Abang kakak yang besar akan jaga adik2 yang kecik. Bergaduh berkuntau tu biasalah.

5. Rutin harian mereka sama saja mcm keluarga lain. Pagi2 riuh rendah nk pergi sekolah, ayah nak pergi kerja, mak nak siapkan sarapan dan bekal, nak sidai kain, anak yang kecik melalak. Tapi mereka nampak OK saja. Bertahun-tahun mereka hadap benda yang sama. Lama2 jadi lali kot.

6. Hidup perlu ada perancangan dan jadual yang sistematik. Yang ini mak yang anak 2 atau 3 org pon selalu gagal. Lepas tu stress tak ketahuan. Aku lah tu. Cuba belajar dari Sue dan Noel.

7. Anak-anak di ajar utk fit themselves into the environment. Pandai2 lah adjust diri. Kau masuk kandang kambing, kena belajarlah macamana nak mengembek.

8. Noel is a very good husband. Walaupon penat kerja macam orang lain, dia ringan tulang di rumah.

9. It takes 2 to tango! Mereka berdua serasi dan berkomunikasi. Bab komunikasi tu yang penting kan!

Selepas mendapat anak ke-20 yang diberi nama Archie (yes, its a boy), Sue dan Noel mengambil keputusan untuk berhenti menambah anak. Akhirnya... entah kenapa, aku pulak yang lega. Hahahaha. Gigih sungguh Sue kan. Menggunakan tempoh subur hidupnya dengan sebaik mungkin.

Watch the video, and share your thoughts. Kalau kita mahu berfikir, pasti ada buah yang elok yang boleh kita kutip. Kan?









2018

Posted by MR at 1:53 AM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Some pics from our recent Penang Trip. Going strong (hopefully *lap peluh*) with 4 kids. Alhamdulillah for all the chances and Ni'mah from Allah SWT.

May Allah protect and guide us all. Aamiin.







Saturday, November 26, 2016

Ameena

Posted by MR at 11:40 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT



Friday, September 23, 2016

Missed checkup again

Posted by MR at 12:09 AM 0 comments
Bismillah.

Sepatutnya Isnin tadi ada checkup. Lupa. Haih. Cadang nak pegi esok (kalau berjaya bangun awal dan tak kelesuan). Harap-harap misi tak maki. Nangis mak nanti *hati tisu*

Hidung ketat. Kahak dan hingus banyak. Tak boleh tidur nyenyak. Meah pulak menempek semedang. Kita off aircond, dia bangun menggaru, merengek mintak susu. Lepastu mulalah sambung meragam nak nenen *the struggle is real*

Heart burn pon menjadi-jadi. Makan tak ikut time, pulak tu main bantai je apa yang dan. I have to seriously cut-off my gluten intake. Makan cucur, biskut kering dan roti sekeping pon dah angin menyucuk sampai loya dan muntah. Ni tadi makan sikmok pasar tani. Pedas bukan main sambalnya. Malamni apa lagi... merana kekembongan.

Nak pergi beli stok makanan sihat (fruits and veggies) tak larat nak meredah pasar dan kedai sambil nak control Amirah. Boleh tahan buas budak sorang ni. Dah la tak takut orang, terlebih ramah pulak. Kalau dia buat perangai berguling di lantai nak gula-gula dan mainan, memang aku pakat duduk bersila kat lantai jugakla... join dia meraung. Nak angkat dukung memang tak lah haha.

Husband too busy on weekdays. Nak pesan suruh belikan pon kadang tak sampai hati. Sampai rumah pon dah dihujung maghrib. Kesian. Maybe this weekend boleh ajak pegi stock up some healthy foods for me.

Oh Amirah finally fell asleep. Tiba2 je sunyi. Lega. Jam dah pukul 12 tgh malam. Should get up now and perform my Isya' before she (Meah) wakes up again.

Kroooihhh.... krooooihhh..... sakan partner hujung katil tu tekan pedal minyak motobot! Haha...

Anyway, Alhamdulillah. Thank you Allah for another great day. All is well.

Wednesday, September 21, 2016

Can't sleep through...

Posted by MR at 5:28 AM 0 comments
Bismillah.

33 weeks, heavier and fuller. Meah pon belum fully wean-off. Babycot dah tarik kuar dari store, tapi belum kemas dan bersihkan. Baju newborn dah keluarkan, dok dalam basket lagi... belum basuh. Barut baby tak ingat celah mana letak. Barut mak lagilah taktau kat mana entah.

Baring tak kena, duduk tak selesa. Lapar tapi loya. Bertabah sebanyaknya. Jangan mengeluh ya Raihan. Syukur merasa (lagi) nikmat berbadan dua, betapa ramai yang merintih ingin merasa. Kan?

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Limpahi daku dengan rahmat dan kasih sayangMu yang berpanjangan. Juga keatas suami, emak, ayah dan anak-anakku. Sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa mereka ini sangat sabar melalui semua ini bersamaku. Kumpulkan kami semua di Syurga nanti. Aamiin Ya Robb.

5.27 am
Lapar...

Saturday, September 17, 2016

Feels like writing again

Posted by MR at 2:59 AM 6 comments
Testing new blogger app...

Thursday, July 14, 2016

Aidilfitri 2016

Posted by MR at 7:31 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Raya 2016 di Batu 16.




























Friday, November 13, 2015

BAPAK YANG BIJAK kahkahkah!

Posted by MR at 8:07 AM 0 comments
Assalamualaikum WBT


Saja nak post entry. Lama tak pos kann...










































Jumpa ni melintas kat FB semalam. Allah... mengekek aku laki-bini mengketawa. Kelakar ya hamats. Tambah bila tengok gambo si bayi yang kekagetan. Aku rasa bayi tu diam bukan sebab terpedaya bahawa itu adalah mak dia. Tapi dia terkesima tengok perangai bapak dia! Mahahahahaha....

Siap pakai hanger tu dah kenapa bapaknya ponnnn.... adoilaa LOL!



Thursday, November 5, 2015

The Cousins

Posted by MR at 11:44 PM 1 comments
Assalamualaikum WBT

Gambaq lama, masa raya haritu. Baru transfer masuk laptop. Missing Okie and Rafeq.














Monday, July 6, 2015

36

Posted by MR at 1:35 AM 3 comments

Assalamualaikum WBT

Praying for a healthier, wealthier and wiser me. Husband pulak doakan saya agar dikurniakan kesabaran dan jadi isteri/ibu yang solehah.

4 July 2015. 36 tahun sudah. ya Allah, kekalkan daku dalam Iman dan Rahmat dari Mu. Serta istiqomah dalam perkara baik dan tabah mengharungi ujian.

Amiin. Alhamdulillah.

Thursday, July 2, 2015

Nak jadi Ayah

Posted by MR at 10:50 AM 2 comments

Assalamualaikum WBT

Lost count of Ramadhan keberapa :p

Alhamdulillah pagi tadi kami bersahur. Babah dia miskol non stop kat wasap sampai mak ni celik mata. Tu pon dh pukul 5.15. Meah pulak merengek bila sedo mak bangun dari katil. Pujuk-pujuk masuk buai, mujur mau lena balik.

Goreng telur. 5.30 start makan laju-laju dengan Mencah. Syukur sgt Si Kakak ni tak banyak drama pagi. Nak kejut senang, suruh makan pon senang. Tibai je apa depan mata. Jangan Asyraf! Hoiiii... Penin dgn dia ni. Sebab tu tahun ni tak puasakan dia lagi. Next year lah baru nk ajar puasa insyaAllah.

Semalam lepas buka, nak solat maghrib, Amirah ngekngek merengek. So mak dgn kakak dia kena take turns. Kakak solat dulu, pastu suruh kakak take over enjut buai.

"Haihhhh... Saya dapat rasa susahnya bila jadi perempuan bila besar nanti. Kena jaga anak, masak, kemas... Saya rasa jadi seorang Ayah lagi senang"

Kehkehkeh... Tau pon kamu... Hasil observation dia la ni. Dia nampak ayah dia senang-lenang lettew... Main henpon dan tido je 24 jam kan. Mak dia ni ha terbengkok-bengkok ngurusin kamu semua kan :p

TQ Kakak for helping around. Takde Kakak, Mama laaaagi bengkok!

Monday, June 29, 2015

Burger

Posted by MR at 11:39 PM 3 comments

Assalamualaikum WBT

Husband was away for a week. Out station lagi. So, tinggallah mak merebel sensorang melayan karenah kanak-kanak super 3 org ni. Ahad tadi, bukak puasa terpaksalah mak masak. Sian pulak ke Kakak. Beberapa kali dia tanya, kita bukak puasa makan ape Ma? Maklomlah... Selamani Abah dia yang tapau makanan kat PARAM. Mak takde feel nak masak la bulan posa ni bila mengenang Semeah yang kuat memerap tak ketahuan hala ni. So, tugas mak tetiap petang cuma tuang lauk beli masuk pinggan korel rosmeriam herga clearance seja :p

Mak masak apa yang ada dalam peti seja. Nak keluar sensiang gi beli barang dapo memang tobat la hom (pinjam ayat Ustat Kazim). Panas terik. Lagi nak kedek-kedek heret kekanak ni. Kim salam. Dapatlah masak lemak cilipadi pecah santan dengan sayur campur.

Sahur pagi tadi lebur! Hahaha. Rasa dah kunci jam pukul 4.50 pagi. Harom tak sadar! Pukul 6 punya alarm baru aku sadar. Kecewa sgt Mencah. Tak puasa la dia hari ni. Yang tak menahannya, balik sekolah petang tadi, beria dia tahan tak nak makan. Katanya tunggu azan maghrib. Pooodahh! Hari yang nko posa, kemain lembik tak menyabo nak menyantap sampai merangkak lapo sgt tak larat jalan!

Menambah sketsa hari ini, petang tadi asrap dgn mak dia terlelap while waiting for Muallimah Ha to fetch Asrap. Sambil menenen Semeah, terlelap. Muallimah Pinponpinpon pon harom tak sadar. Wasep dari Muallimah pon aku tak sadar langsung. Rasa mcm terlelap berapa minit je pon. Tengok jam dah 2.30 ptg. Asrap dah siap pakai baju KAFA benornya. Mmg dh ready, tunggu pick-up je lagi. Dia terjaga dan tanya mana Muallimah? Kenapa dia tak datam lagi.

Sudahnya lebur KAFA ptg tadi pulak. Haha... Diam-diam sudah, jgn kasik tau sama dia punya bapak ya :))

Bukak puasa petang tadi, nasik goreng dengan telo dadar saja. Lepas isyak semua dah kelaparan balik. Lalu, dengan penuh kepayahan bercampur kegigihan (mak memang suka exaggerate) berbondong-bondonglah kami 4 beranak, pegi beli burger.

Dalam keta, mcm biasa... Asrap brokbrekbrokbrek non stop. Kakaknya dok merancang menu. Nak burger yang ada telur, tanak sayur, ada mayo dan cheese. Hah dia pon tanak kalah jugak la...

"Syayer nak begebil. Begebil tau Ma. Belikan syayer begebil"

Lantas dicarot oleh Kakaknya...

"Hoiii... Begebil tu burger bibir tau tak!"

Kahkahkahkahkah... Kau orang ni dah kenapa la nak. Terlebih dos Nabil MLM ke apa. Asyraf ni beno nya... Aku rasa dia nak sebut begedil, sebab dia ni suka makan kentang. Gamaknya dia ingat begedil tu sama spesis macam burger kot. LOL!

Sementara tunggu burger siap, pegi Speedmart pulak dulu. Susu Meah abih. Sabun basuh pinggan pon abih. Tapi melarat sampai beli susu kotak, breakfast cereal, shower cream Carrie Junior (kegilaan Si Asrap la ni). Terbang duit mak 60 hengget hanya dalam masa tak sampai 10 minit. Tu kira quick purchase tu. Ambik yg betul2 perlu seja. Kalau banyak masa... Seret trolley... Kaut itu-ini sedor2 penuh trolley.... Baper ratus la kena agaknya kan. Mahalnya barang sekarang!

Terus wasep laki. Bang, aku beli barang sekian binti sekian. Berjumlah sekian binti sekian.

"Ha balik karang claim, Abang bayo balik"

Itu yang aku suka sangat tu. Tak terusiklah dana London aku. Haha. Sampai rumah, wasep pulak gambo anak-anak makan burger kaki lima. Hashtag sedih, mintak simpati gittew.

"Alah siannya... Makan burger je. Abg balik nanti kita makan besar"

Itu laaaaaaaaagi aku suka! Kahkahkahkah... Kurang sikit jaki aku bila mengenangkan dia kesedapan layan nasik padang dan sambal ijo di Jakarta sana.

Till then. Wassalam.

ShareThis