Monday, May 31, 2010

23 PERKARA TENTANG MAKCIK. PENDEDAHAN EKSKLUSIF. PINGSAN MAKCIK NAK PIKIR!

Posted by makcik rehan KJB at 4:49 PM
Hoh kena lagi. 
TAG ni dari Iman's Umi
Nurul Huda Resad pon ada bagi.
Berzaman tak berjawab. 
Dah kena 2 kali, senang sikit...jawab sekali harung :-p

Makcik korang memang mandom sikit
kalau nak menjawab soklan subjektif yang kena pikir-pikir ni.
Nampak sangat hakuni feremfuan tua yang malas fikir!

23 PERKARA RAWAK TENTANG MAKCIK REHAN
[yang mungkin anda belum tahu] 

1. Tulis entry bukan main pot-pet pot-pet mcm peluru berpandu
Tapi kalau nak sound direct kat orang, jenuh punya tapis sampai 18 kali
hatta kepada suami sendiri. Kalau terlepas cakap, menyesal macam nak gila.
Last-last simpan dalam hati jadi bom jangka.

2. Dalam hati ada taman
Malam tadi tengok ulangan American Idol, 
haku buleh sebak masa si Lee menang! Apa kes ntah.

3.  Pernah makan sotong besar yg mcm pelestik tu SEKALI
Lepastu tatau apa sebab, gatal2 naik satu muka sampai bengkak dan berair
sampai la ni tobat tak penah makan dah.
Buat la sambal sedap lagumana ponnn... sorry naik lorry!

4. Masa tingkatan 4 & 5, sangat tak ngam dgn cikgu Maths
2 tahun memendam rasa... tahlah, haku rasa Cikgu Umi tak suka kat haku
Masa SPM Maths haku dapat 5, mujur tak kandas!
[Syani paham sgt situasi haku kalo time Cikgu Umi masuk kelas]

5. Masa form 4 & 5 pernah pakai spec sebab migrain teruk sangat.
Lepas habis SPM, spec tu pon tatau kemana pegi dah.
Eh, ader tak sapa-sapa budak Taayah yang simpan gambar haku pakai spec?

6. Masa kecik-kecik, Mak Ayah sangat susah. 
Kena duduk dgn nenek (sebelah Mak) 
yang sgt garang dan sgt-sgt pilih kasih macam...
tatau nak tulis macam apa... Al-fatihah sudahlah.
Itulah 15 tahun paling pahit yang tak ingin dikenang sampai bila-bila.

7.  Masa kecik sangat kuat berangan.

8. Separuh dari usia muda dihabiskan di 'luar rumah' mak bapak
Sekolah rendah duduk rumah nenek sampai darjah 6
dari form 1 sampai form 5 duduk boarding school kat Ipoh,
lepas SPM masuk Matrik setahun kat Seremban,
lepastu sambung lagi 4 tahun kat Bangi,
Lepas grad terus start kerja dan duduk rumah sewa,
Lepastu kawin lagila tak duduk rumah mak-bapak dah
Masa sekolah pon, kalau time cuti yang tak wajib balik,
makcik korang tak balik. Sanggup duduk sunyi-sunyi dalam dorm.
[dah mcm psycho lak haku nih weiii...hahaha]

9. Panas baran. Malas fikir benda-benda yg serabut kepala.
Hatni adik-adik haku paham sgt la... hehehe

10. Gemuk dari kecik. 
Lepas habis degree kurus sekejap.
Tatau macam mana buleh jadi rajin jogging dan bersenam dan diet.
mungkin sebab nak tekel boipren kaya, tapi tak berjaya! hahaha

11. Sangat suka dengan nama Julia
Tapi tak dak chance nak bagi nama tu kat Mencah sbb PS nak huruf 'A'

 12. Sangat suka Sofea Jane dari dulu sampai sekarang.
Masa sekolah, potong rambut pendek feeling-feeling mcm Sofea Jane dalam Cinta Kita

13. Lepas SPM, isi borang UPU nak buat Foundation Accounting 
kat New Zealand sebab sangat-sangat teringin nak merasa pegi obersi.
Isi borang senyap-senyap, tak bagitau sapa-sapa.
Bila pakcik-pakcik dapat tahu, kena maki suruh tukar buat dalam Malaysia.
Hang ingat mak hang byk sgt duit nk hantaq hang pi obersi? Hahaha...

14. 1st time naik kapal terbang masa umur 24 tahun, tahun 2005.
Masa tu kerja sebagai consultant kat travel agency, bawak group pegi Beijing
ketaq lutut haku, 1st time naik flight terus kena handle group tour.

15. I will forgive but will never forget. Never!

16. My biggest achievement in academic is... best student masa SPM 96.
Sebab kira aggregat marrr. Padehal Maths aku dapat 5! Hahaha
Lagi pulak, budak-budak pandai semua dah cabut 
pegi MRSM, SBP dan Kolej Islam lepas PMR
tinggallah pelajar average mcm haku ni ha...
Bila dah masuk matrik, masuk Uni toksah tanyala... corot semedang! hahaha
 
Mak aiii... banyak nyer lagi... nak pingsan dah ni...

17. Makcik orang Banjar. 
Sapa kulaan Makcik angkat tangan!

18. 5 beradik, anak nombor 2. 
~middle child syndrome?~ hahaha

19. My 1st menstrual masa darjah 5!

20. Jumpa PS masa umo 24, bertunang masa umo 25,
kawin masa umo 26, beranak masa umo 27
All big things in my life berlaku straight back to back selama 4 tahun.
Hebatkan? [tolongla kata hebat... hahaha]

21. Dapat lesen kereta masa umur 22 tahun
 
22.  Tak pernah pingsan!
Asyik tulis pingsan dan pingsan, 
padehal makcik sendiri tatau apa rasa pingsan! hahaha

23. Masa darjah 4, isi kad laporan pelajar... kena isi ruangan cita-cita
Makcik tulis.... PRAMUGARI!
Tak berkelip mata cikgu pandang kat haku seraya berkata :
Rehan, awak tahu ka PRAMUGARI tu apa?

Mentang-mentang haku gemuk fendek!
Huwaaaaa.....














12 comments:

zealvia on May 31, 2010 at 5:25 PM said...

mr..samalah cita2 kita kan.cayalah!

Nurul Aznil on May 31, 2010 at 5:27 PM said...

Salam,

nombor 23 tu ... dengan pantas mulut me terkluar, "Kurang ajarnya cikgu!".
muahahaha... cikgu jelessss!

Anonymous said...

yang no 17 tuh.. aku angkat tangan!!

zatie_izzati on May 31, 2010 at 5:48 PM said...

hahahaha.... mmg best la entry nihhhh

CikguIna on May 31, 2010 at 8:27 PM said...

kah..kah..kah...lawak la!
arwah abah aku Banjar, aku kira Banjar jugak ka?
No 8 tu aku ingat...sebab aku pun selalu jugak tak balik...(kita kan sekolah yg sama)
No 23 tu...betui ka hang tulis pramugari?
Aku dulu tulis nak jadi cikgu, peguam...satu lagi tak ingat dah...doktor kot...akhirnya tiga2 tu tercapai...
(cikgu kat kelas, peguam bila nak settle budak2 gaduh, doktor bila budak2 sakit...ha..ha..ha..)

mama_iris on May 31, 2010 at 8:41 PM said...

saya org banjar kak.....walopon tak pandai ckp....tp kita taw kulaan tu hapa....hehehhehe....soke...soke...jumpa kulaan gak...

part nak jd pramugari tu ekceli tak mo gelak.....tapi............wakakakakkaka........memang lawak.....ok...ok...tak gelak!

cinta_north2south on May 31, 2010 at 10:02 PM said...

hahaha jawapan untuk soklan yang last tu unik la...tapi kejam tul cikgu tu boleh tanya balik!

halija abd hamid said...

hang ingat dak masa sekolah rendah kita selalu kena selesema dan berhingusan...
yang lain hang sambung lah...

Me on June 1, 2010 at 12:21 AM said...

cita2 kita sama.... tapi part pilih kasih tue sedih le plak eden baca....

IMAN'S UMI on June 1, 2010 at 8:36 AM said...

Tahniah makcik, berjaya gak meneruskan wlupn dh tercungap di no.16...hahaha no.22 tu, sy pn sama x penah pengsan (harap sgt pengsan masa assembly sekolah coz cikgu suka pot pet2, kaki cam nk patah, tp x jugak pengsan). nO.23, cita2 makcik ok gak la jd pramugari, yg sy cita2 ms tadika nk keje kilang cekedis (jajan).

TopsyTurvyMum on June 1, 2010 at 9:30 AM said...

baru chloe lebih mengenalimu wahai MR..

aku pun lom pernah pingsan atau dipingsankan..
Thanks ya..aku pun nak jadi cam hang..takmo serabut2 kepala sgt:)

makcikrehan on June 1, 2010 at 10:35 AM said...

Sakan korang gelakkan haku ekkk... pasal pramugari tu, bukan dgn cikgu jer aku kena gelak. dgn kazen aku pon kena gelak kaw-kaw. menyesal gilak aku cakap kat dia aku nk jadi stewardess. sampai aku jadi malus domestica sgt-sgt!

Bila dh masuk sekolah menengah, cita-cita aku bertukar kepada BUSINESS WOMAN plak. tu yg melanguk jual brooch tu! kah kah kahkah!

Pasal kisah silam 15 tahun tu kan, kalau aku dgn abg aku duduk2, sembang2 flashback...memang buleh mengalir air mata [aku ler]. Kami 2 beradik jer yg betul2 merasa kenangan pahit tu. adik2 yg kat bwh nasib baik sikit sbb duduk dgn mak ayah. Sampai kdg2 aku terfikir, if its not because of my gloomy childhood memory, i MIGHT be a better person! kununnnn... kah kah kah kah!

Halija, masa aku bergusti dgn Arwah Suhaibah ko satu kelas dgn aku ke tak ekk? Memori selsema dan hingus tu memang menggelikan! hahaha... tak sanggup aku nak srot-sret kat sini..kikikiki

Nurul, MAkcikni Banjar Pan Asian! kah kah kah

Chloe, tetiba entry aku jadi segmen hati ke hati! kah kah kah

Pingsan tu tah camana rasanya kan? Tapi aku rasa kalau aku pingsan, orang sekeliling aku pon turut pingsan sekali sebab tak larat nak usung aku! hahahaha

ShareThis