Thursday, May 5, 2011

Jadual Anak

Posted by makcik rehan KJB at 8:22 AM
Jadual mak depa haritu lupakan dulu. Ini ada yang lagi penting.
Jadual harian hanak-hanak aku dah tunggang langgang.
Dah tak rhymes dengan jadual yang Maklom praktikkan kat depa dulu.

DULU
Sampai umah Maklom kol 8.30, hadap nasik lemak.
Kejap lagi dalam kol 9 lebih, Maklom kasi mandi.
Kol 10-11 camtu, Imam Muda masuk boyan, ambik nap dalam sejam.
Kakak dia golek-golek hadap tibi, takpon main puzzle sampai Kakak Farah balik sekolah.

Kakak Farah balik, depa main cikgu-cikgu seround.
Lepas siap masak, kanak-kanak disuap makan (bukan makan suapan yo)
Pukul 2.30 camtu Kakak Farah pegi KAFA.
Maklom dah siap masak, makan, solat.... pegang remote, layan cinetron.
Imam Muda dah gosok-gosok mata, ready untuk nap sessi petang.
Satu botol susu setiap sorang, dua-dua tergolek tido sampai pukul 4 lebih camtu.

Pukul 5 mandi. 5.30 makan malam (early dinner). Kol 6 lebih Babah depa sampai.
Babah depa layan cinetron Cina sampai kol 7, pastu balik Bayuville.
Sampai umah kol 7.30 bih kurang.
Lepas maghrib, hantar kakak dia pi ngaji. Kol 9 balik ngaji.
Imam Muda kol 8.30 dah barai.

Dalam kol 10 hambat Aisyah masuk tido.
Kadang-kadang kena paksa. Kadang-kadang sendiri rela.

SEKARANG
Bangun pagi, sarapan.
Tak yah mandi, pi main dulu sampai lebam. Dah belacan baru masuk mandi.
Paksa kanak-kanak Aisyah baca buku 2 minit. Kadang lebih, kadang tak sampai!

Mama mengantuk, jom Adik kita nap sama-sama.
Kakak takmo tido, tengok tibi.

Kol 12 lunch, sedap tak sedap...sosah jerla.
Lepastu main lagi sampai lebam.
Kol 5 adik mandi dulu. Dah gosok-gosok mata ngantuk, nak mintak nap petang.
Oiii tak boleh nap dah. Too late oredi.
Kang jenuh nak bejaga di malam hari.

Kakak main lagi sampai lebam.
Kanak-kanak Bayuville dah balik sekolah petang kan, lagi sakannn!

Kol 7 Babah hambat suruh masuk mandi, baru masuk.
Muka selomot macam komando pegi perang.
Lepas mandi, baring-baring depan tibi nak tunggu maghrib nak pi ngaji.
Sambil order susu sebotoi.

Mama pekik dari dapo : Aisyahhhh... meh ambik susu!
Senyap. Sunyi. Confirm la ni. Dua-dua terbarai.
Dinner pon belumni. Kejut pon tak bangun dah!

Nak kejut pi ngaji, PS kata tak payah.
Letih sangat tu, tido sampai ternganga.
Angkat masuk bilik, bagi susu.

Pukul 8.30 Aisyah kuar bilik, mata merah. Muka cebek nak nangis.
Mamaaa... saya nak pegi ngajiiiii....
Ha kau! Apo nak jawab?

Ok. Ok. Mama sorry ya.
Esok kita ikut jadual ya.







0 comments:

ShareThis