Saturday, July 28, 2012

Tutorial Telekung Kanak-kanak

Posted by makcik rehan KJB at 9:04 PM
Assalamualaikum WBT



 





Akak beli kain cotton biru pastel polkadot ni kat Kamdar Langkawi haritu.
Padehal kain sedia ada dok menggunung kat romah,
Nakkkk jugak beli kain lagi dan lagi. Kenot resis la tengok kain wei. Sungguh meroyan.
Macam Rosmah kata adik aku. Hampeh!  :))

Misaki Japanese Natural Cotton bidang 45
Harga RM12 semeter (kalau tak salah), tapi ada less berapa percent tak ingat,
Lepas less jadi 9 ringgit lebih...



























Memula lagi dah imejin, mesti kain akuni duduk bertapuk bersama kain lain kat rak tu
Sebab akak dah lamaaaa sangat dah tak menjahit.
Mesin gegar ni sampai berdebu kat bawah meja nun.
Sampailah satu hari... masa 1 Ramadhan baru-baruni
Akak terbaca tweet dari Neeza Jenjarom ni...











Baca twit tu, tetiba datang seru nak buat jugak projek telekung untuk Si Mencah
Telekung lama dia dah berbulu dan berbintil
Abah dia beli hat murah-murah punya, masa dia umo 4 tahun, baru start KAFA dulu.
Bila selalu basuh jadi makin jarang dan berbintil
No argue on that, padan dengan harganya kan. Lagipon dah cukup banyak jasa telekung tu.

Masa beli kain ni memang dah terdetik nak buat telekung
Cuma ralat sikit sebab tak jumpa yang kaler pink
Kalau kaler pink, silap-silap solat terawikh 20 rakaat pon budakni sanggup hehehe...

Meh nak share tutorial. Senang sangat-sangat nak buat telekung ni tau.
Lagi senang dari nak buat skirt atau baju kurung atau nursing cover
Nak buat telekungni, telekung dan kain dia yang penting cukup labuh,
bahagian muka yang penting jangan terketat sangat
Kalau longgar sikit tak apa, buleh pakai inner atau anak tudung atau anak telekung

Sediakan sehelai telekung sedia ada sebagai panduan dan rujukan.
Tak kisahla telekung budak ke telekung dewasa
Kalau tetiba rasa blur atau lost (akak lettew), boleh kelebek telekung yang dok ada :))































Untuk buat telekung size Aisyah (fit for 4 - 7yo girls), akak pakai 3.5 meter kain bidang 45.
Kalau uols nak buat untuk size dewasa, sila pakai kain bidang 60 supaya cukup labuh dan lebar


1. Untuk buat Kain Telekung

























Bentang kain, lipat secara melebar. Pakai keseluruhan panjang kain tu untuk buat kain.
Tak payah nak buang sikit, nak singkatkan ke apa. Kain telekung memang kena labuh kan?
Kain bidang 45 ni memang dah ngam untuk kain telekung budak below 7 yo
Ukur lebar dalam 135-140 cm (terpulang, ikut lebar yang anak uols selesa)
Lipat dua, potong dan jahit tepi. Lepastu cantumkan.
Bahagian atas tu nak masukkan getah kan, so lipat sikit agak-agak muat getah,
pastu jahit lurus, tinggalkan bahagian tak berjahit untuk nak masukkan getah.

Tips nak masukkan getah, gunakan diaper pin untuk memudahkan.
Agak-agaklah size pinggang anak uols kan,
pastu cantumkan (jahit) getah mula dengan getah hujung tadi.
Akak jahit tangan je nak cantumkan getah pinggangni.
Jelujur kat bahagian yang tak berjahit yang kita tinggalkan tadi supaya kemas.
Lepas tu jahit tindih bahagian getah tu dengan mesin.
Sambil jahit tindih, sambil tarik getah tu biar meregang ya.

Dah siap, jadi macam ni.
Ha macamni jugaklah nak buat skirt budak pon.
Lepasni takyah order skirt dengan akak dah, buleh try jahit sendiri pulak. Kacang jer :)





























2. Untuk buat Telekung

Jangan risau, nampak je macam seram. Padehal senang sangat-sangat tau.
Sama macam nak buat kain tadi, bentang kain dan lipat secara melebar.
Lebar lipatan akan menentukan labuh telekung kita.

Dalam kes Aisyah, lebar/ labuh telekung dia dari muka sampai ke bawah adalah 90cm.
Ini dah termasuk basi untuk jahit tepi dan nak jahit ropol.
Kalau uols rasa nak labuhkan lagi, lajaklah sampai 95-100cm. Tarak hal.
Cuma pastikan uols beli kain pon kena lebih sikit ya.
























Akak ni tangan kekadang parkinson sikit bila nak menggunting,
jadi akak lipat 2 kali bahagian telekung yang nak dibentuk tu,
so that dia jadi kecik... so senang la sikit nak potong
takdela bentuk separa bulat akak tu nanti bengkang bengkok kan...


























Dah lipat bagi kecik camni kan senang nak potong bentuk melengkung kan....
Bila kita bukak balik lipatan tu.... saspennnnn saspennnn....





























Jadi kan? kan? kan?
Kan senang jer tu.... :))


OK sekarang, jom buat bahagian kepala dulu.
Tandakan bahagian tengah kepala (bahagian atas) - bulatan.
Kemudian tandakan tempat kita nak jahit tali pengikat - bintang.
Jarak antara tali pengikat kiri dan kanan tu kita nak bubuh getah supaya telekung sedap di pakai.





























Teknik dia lebih kurang sama macam nak buat getah pinggang tadi.
Tapi yangni tricky sikit sebab getah dia kecik dan kita nak masukkan separuh je kan.
Takpa, buat pelan-pelan. Tetas lah 80 kali jika perlu (akak lettew).

Lepas dah siap masukkan getah kat kepala,
barulah kita cantumkan telekung di bahagian depan tadi. Jahit lurus je.
Jangan lupa tandakan luas bukaan muka.
Bahagian muka jangan jahit tau, kang cemana nak kuarkan muka :))

Dah siap jadi macam ni.
Kat gambo bawahni akak tandakan kedudukan bulat dan bintang untuk uols imejin situasi sebenar :))




























3. Pelapik bawah dagu

Hatni senang jer. potong kain 4 segi.
Size 4 inchi x 4 inchi. Jahit tepi supaya kemas dan tak berbulu. Lipat bagi jadi segitiga.
Lepastu cantumkan bentuk 3 segi tu kat bawah dagu.

Dah siap nanti jadi camni.
Akak saja gatai taruk butang kat kiri - kanan tali pengikat tu sebagai hiasan.
Takde fungsi pape pon, saja beli jiwa anak :))





























4. Tali pengikat.

Yangni pon senang je kan.
Potong kain secara memanjang, lipat dan jahit bagi jadi tali.
Lepastu jahit kat tempat yang kita tanda bintang tadi.
Kalau rajin, masukkan getah. Dan jadilah getah cerut macam yang Akak buat untuk Mencah ni.


5. Ropol (kalau merajin :p)

Lebar ropol yang akak buat tu dalam 4 inci (termasuk basi utk jahit tepi dan jahit kelim)
Bahagian tepi ropol tu, satu kena jahit tepi. Satu bahagian lagi kena jahit kelim supaya cantek.
Kalau dua-dua bahagian kita jahit tepi tak comey akak rasa.
Kalau uols ada mesin canggih macam Kak Timah Melben, senang sikit nak jahit kelim tepi ropol tu.
Kalau mesin korang sendu dan gegar macam mesin Akak...
Silalah bertabah menjahit 2,3 kali lalu nak bagi kelim nampak cantik dan kemas.

Lepas dah siap kelim dan jahit tepi,
Buat satu jahitan lurus kat ropol. Pastu tarik benang jahitan tadi bagi ropol tu berkedut
Agak-agaklah jarak kekedutan (apekah?) yang uols nak...
Pastu cantumkan je kat keliling telekung.


Dah siap....











































Tips and tricks :
1. Kalau kena gaya, fabric combo pon boleh hasilkan telekung yang cantik.
2. Elakkan fabric yang terlalu fancy dan ada motif binatang. Butang pon jangan bentuk binatang.
3. Kalau rajin, boleh buat applique motif bunga atau love atau star kat telekung.
4. Sebolehnya, gunakan kain cotton yang berkualiti agar tak panas dan tak jarang.
5. Kalau budak dah membeso, boleh extend labuh telekung dengan ropol atau kain bercorak kontra.
6. Bahagian kepala tu, kalau tanak letak getah, boleh jugak buat jahitan kedut (macam buat ropol tu)
7. Kalau nak guna telekung utk travel (Haji atau Umrah) boleh buat hidden pocket kat dalam telekung.
8. Kalau rajin, boleh buat beg simple utk isi telekung :))


Credit to Kak Azura Jaafar. Tolong guide saya via phone masa nak beli kain :)








15 comments:

ibh_sue on July 28, 2012 at 9:45 PM said...

Terbaik lah rehan. Bila roh menjarum ko dah mari. Lepas ni ble jual telekung budak2 pulak weh. .

makcik rehan KJB on July 28, 2012 at 9:59 PM said...

ahahahaha... roh aku dtg pagi pulang petang. pastu bulan depan baru mari pulak. bisnes cemana tu.... ngamuk customer hahaha

littlehumblelynn on July 28, 2012 at 10:02 PM said...

Betul2 cantik:))
Kena gaya,jln biz ok gak nih.

safina on July 28, 2012 at 10:09 PM said...

Cantik MR,buat la utk org besar

makcik rehan KJB on July 28, 2012 at 10:48 PM said...

Hahaha... dah bagi tuto dah tu. sila semua worang coba buat tau :)

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L on July 30, 2012 at 10:02 AM said...

MR,tantek la...luvly n simple...

bole tolong buat tak untuk anak saye? :)

makcik rehan KJB on July 30, 2012 at 10:05 AM said...

TQ mak miqhael... unfortunately, tidak berdaya untuk buat utk org buat masa ini. jahitan acik sempang siur lagi. huduh... huhu

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L on July 31, 2012 at 4:20 PM said...

tak hape MR...kite sgt suke tgk telekung tu...MR buatkan la MR...kite merayu ni...kite bayau bape MR nak :))

Nur Ashila on August 3, 2012 at 8:46 PM said...

Time kasih makcik. Nak buat gak la tuk anak2 dara yg berderet kat rh ni :-D

mfadhlan.com on September 3, 2012 at 5:14 PM said...

bagusnya ada tutorial ni..walaupun tak reti nak menjahit ni, tapi semoga perjuangan akak sentiasa mantop. Bukan senang utk orang share ilmu free ni...

terima kasih.

Izyani MZ on November 19, 2012 at 10:38 AM said...

Salam. Saya dah lama cari tutorial nak buat telekung budak2. So, tq.

Mohon share dekat blog.
http://gitarboney.blogspot.com.au/2012/11/how-to-make-telekung.html

makcik rehan KJB on November 19, 2012 at 12:46 PM said...

Salam izyani, silakan share. my pleasure :)

me on July 15, 2014 at 12:36 AM said...
This comment has been removed by the author.
hannah hani on April 15, 2015 at 1:12 PM said...

subhanallah. alhamdulillah jumpa juga blog yg bagi tutorial telekung kanak2 ni. terimankaseh puan atas perkongsian .. saya nak buat utk anak dara saya umur 4 tahun ni. terima kaseh puan .. :)

kay hussin on February 20, 2016 at 2:00 PM said...

Potong kain melebar? Saya kurang arif pasal Ira kain.ada beli kain putih bidang 45. Macam mana nak potong secara melebar.Cuba terangkan lebih lanjut.Terima kasih

ShareThis