Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, March 23, 2015

Primaland PD #throwback

Posted by MR at 9:00 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT

OK. Lagi gambar lama. Semeah baby sangat lagi. Belum jalan. Rambut qenteng dia pon belum kuar masani. Tapi mak dia menten belon. Kaaaahhh! Gambar akak ada sekepiang saja. Tu pon jenuh edit dan crop. Ewww... muka mak sememeh sangat. Lagi sememeh dari Wan Maimunah yang kena ragut sokmo tu... Hahahaha....



SIL with her favourite bratah! Masa kekecik, PS tido celah tiak Kakak dia nilah. Skang anak-anak weols pulak yang melekat kat Maklom depa ni :)



Seben iols ni memang suka nau dgn trademark ibu jari naik ni. MLM tak jadi la katakannn... LOL!




Semua ada kecuali Asyraf hahaha...




 


Anak bapak sangat...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.


Mana Asyraf???
Asyraf kat mana? Asyraf kat mana? Asyraf kat mana? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dok diam-diam sini yer. Jaga barang... hahahahaha.... Asyraf tak suka air, tak suka melekit, basah, rimas bila kaki dan kasut yang basah terkena pasir. Dia tak berapa enjoy water activities. Tak menurun gen Abah dia yg gila kolam pancing nampaknya. Makanya moody beginilah dia :))

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


MR kat mana? MR kat mana? MR kat mana?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Salahkan tudung. Makanya pipi mak macam ada simpan bijik rembutan di kiri-kanan kan!




Nota kaki :

Aku tak suka sgt pon Primaland ni. Bebudak je yang enjoy main air. Bab lain semua tak best. Beli pakej masa MATTA Fair tahun lepas. Tahun ni punya MATTA Fair pakcik kau pegi beli lagi pakej kat sini. Haihhh la.... mak tak gemor. Tapi sebab bukan aku yang bayo, maka lantakkan jelah. Layannn...





Tuesday, January 6, 2015

Genting 2015 (rasa mcm selalu sangat pegi Genting sejak dah kawin ni)

Posted by MR at 9:19 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT




 photo genting066.jpg
Genting tahun 2009 (Anak sorang, rambut #bapakmengah ada lagi. #makmengah pon muat lagi pakai baju Jusco size XL-XXL)





Genting 2010 (Anak dua. Asyraf baru2 habis pantang masani. Rambut #bapakmengah dah kurang. Dan #makmengah tak muat dah pakai baju cap Jusco. Dah start cari baju size XXXL! Muahahaha....)






Genting 2013 (Pregnant Semeah masani. Mabuk teruk, so nampak je #makmengah mcm kurus. Walhal time ni baju XXXL pon sendat sangat dah. Kena pakai size 4L keatas. Kalau 5L atau 6L baru selesa. Kahkahkah!)




























Genting 2015. Tak payah cerita la. Tengok gambo sudahla. Pipi #makmengah pon dah kembung sgt. #bapakmengah punya rambut??? Muahahaahahaha....

Owh baru perasan, lupa ambik gambaq satu family utk tahun 2015 punya trip. Kanak-kanak ni ramai geng, cousins depa ramai. So semua takmau bekepit dgn mak bapak dah ler :))

=========================================================================


Lagi saki-baki gambar di Genting 2015.

Dah bgtau kan, outdoor park closed for major reno. Indoor park pon byk section yg closed. So, sesiapa yg berhajat nak kesana, sila tak payah beli tiket utk main kat park. SANGAT TIDAK BERBALOI. Sebab setakat yg aku ingat dan perasan, ada lebih kurang 5 games/ menan yang tutup. Kesian rakyat2 kecik berderet ni... naik muak sebab dok asik naik gondola rusa kutub yg bergerak selow terenjut-enjut. Cuma dia bagi free admission to Ripley's Believe It Or Not sajala sebagai ganti. Still tak berbaloi aku rasa.

(Anyway, personally aku kurang berkenan berkunjung ke tempat-tempat gini. Banyak sangat lagho nya. Setan pon banyak... kota keriangan katanya kan... Tapi dah #bapakmengah insist... selaku #binisolehah, aku polo jelah. Lagipon tak usik duit aku hatta sekupang pon khennn.... hehehe...)





Dulu takde entrance Casino sebeso alam kat tengah ruang legar ni tau. Tetiba skang tercongok kat situ. Kalau orang tak perasan, main terjah ajer... memang terkejut badak la kena sound dgn Polis bantuan yg jaga pintuni. Muslims (or shall i say Malays) are not allowed to go in. Tapi tourist Pak Arab lepas kot. Hehehe...



























Asyraf macam biasa.... spoiler gambo! Eh, itu Nyonya baju merah kiri sekali bukan cucu Atuk Nenet tau... Elok pulak sheols enterprem khennn...









Bukti kemengahan seorang emak. Gambo kembang abih. Jenuh tau nak mengawal selia kekanak ni ajak bergambo.



"Kedutan di wajah, uban di kepala, gigi yang melonggar dan meluruh serta rambut yg menggugur adalah satu bentuk peringatan dari Allah. Daku semakin tua, semakin dimamah usia. Muda dan sihat, adalah nikmat yang yang tiada galang ganti. Act your age. Perjalanan sebagai Khalifah yang mencari redha dan syurga Nya masih terbentang luas. Selagi hayat dikandung badan. Selagi nafas masih dihela. Aku barangkali telah rugi berpuluh tahun terkebelakang, namun ia bukan alasan utk terus merugi diri di sisa masa yang terkedepan. Takut dan harap, adalah jalan menuju redha Allah."



Wednesday, December 17, 2014

Penang. Again.

Posted by MR at 9:23 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT

Anak 3 weh. Tak dan dah galas kamera. Makanya snap apa yg dan pakai henpon cina Guangzhou beso penampo seja!

Ni semua gambo #mengahfamilypenangtrip2. Gambo #mengahfamilypenangtrip1 semua abih aku delete dah. Memory phone tak beso weh. Harap badan je lebau macam buku merah. Both trip adalah menumpang toklaki yang pegi outstation utara sana. Cuti sekolah kan. Lagi pulak kat Penang sana, dah dekat sgt dgn kampung halaman asmara aku. Berani tak bawak aku? Khennn...

Gambo tonggang-langgang. Import dari phone. Jadi laguni. Lantaklah. Koser mak nak ejas-ejas. Aku post masuk blog pon dah kira mujur kan.







Asyraf ni lagunilah. Payah sangat nak ajak bergambo feeling2 kelorga bahgia. Laki aku dengan Mencah jelah belakon depan kamera. Harmoni sangat la konon kan. Walhal mengah gila kau tahu! Depa sangatlah buas macam terlebih bitamin. Jenuh kena pekik suruh behave. Suruh ketepi. Suruh cepat. Suruh perlahan. Suruh duduk. Suruh bangun. Suruh diam. Suruh kencing. Grrrr... semuapon kena suruhlah! Si kecik kenteng tu pon sama naik. Nampak orang lalu-lalang makan lolipop, makan eskrem, dia selamba jer hulur tangan... jerit kuat-kuat : NAKKKKK!!! Suara dia sangat nyaring wei. Tak tipu... mmg bingit telinga dengar. Bak kata laki aku, sebijik suara mak hang bila memekik! Well.... anak aku khennn.... kahkahkah!







Nak terkeluar anak tekak aku jerit kat Si Asyraf ni, suruh pandang kamera. Dia buleh buat stone gini. 4-5 keping gamba aku snap tau. Semua muka blur gini. Cemana la nak pegi casting model GAP nih? Ehh... hahahaha... Mujurla budak kenteng ni sudi layan aku kan. Menggedik je pandang kamera :))




Kakak lejen kata, Ma... saya rasa penah nampak kunci macamni dalam cita stoberi dan karipap kat Paris tu. Ya la... sama la tu. Tapi kita tak mampu nak pi Paris macam Acik Ana Suzana. Pi Bukit Bendera jadilahhh!










 


Mak Mengah! Beginilah payahnya nak ajak anak bergambo. Kena kepit kiri-kanan.






 Gambaq ngada-ngada. Buat stok muntah jingga!





 

Asyraf oh Asyraf... Huhu...



Satu ni jela gambaq satu kelorga. Ni pon pasai ada photo booth sebelum naik Bukit Bendera. Bayaq RM35, print la sekeping habuan kenangan. Nak suruh dia emel soft copy kat aku kang melampau sangat pulak kan. Hehehe...


Abih dah duit tabung ayam tahun ni. Tahun depan pulak kita pi bejalan. Tunggu tabung Abah depa penuh balik. Tabung aku sila jangan usik. Mencah megrib tadi dah terpecahkan puyuk vision aku sebijik. Tak lena tido la aku pikir nak beli puyuk ganti. Cepatlah tabung tukun aku penuh hendaknya.






(gambaq kat ataih ni saja buh bagi kecik. Supaya aku nampak kecik! kaaaahhh!!)  


Wednesday, May 2, 2012

Cukuplah sekali. Janji dah penah pegi :))

Posted by makcikrehan KJB at 9:04 AM 11 comments
Assalamualaikum WBT

Cameron Highlands.

Kalau tau jauh macamni,
jalan melengkar tajam-tajam laguni... tak datang pon takpa. Serik!
Itu kata Abam Aril kau :))

Akak tarak hal, dari kampung sampai ke Simpang Pulai sedap buat taik mata saja.
Nak naik bukit tu tak dapat dahla buat taik mata,
pasai kecut perut tengok Abam kau bawak keta macam tengah berlumba
Dah tau selekoh tajam, lagi bawak laju-laju fefeeling bawak Subaru. Choiiii!

Jauhnya wei. Aku ingatkan dekat. Huahuahua.
Pulaktu, aku ingatkan best. Sekalinyer hampeh dot com dot au!
Dari Simpang Pulai nak naik ke atas tu 180km, tobat la Kak Senah tak pegi dah. Haha.

Abam Aril kau tak abih-abih dok mengomel,
Tah apala yang best sangat kat sini yang Mak hangpa nak mai sangat ni
Dahla jalan sempit, bangunan buruk-buruk, takdak pon taman bunga ka apa
Ingatkan syiok macam Genting, ada taman menan ka apa
Tak abih-abih jumpak ladang stoberi dengan sayoq saja
Orang hanimun syiokla mai sini, buleh perap dok dalam bilik 24 jam :))

Akak diam jer u olls. Diam kan tanda bijaksana.
Walhal aku dah takde hujah, memang betoi apa yang laki aku kata tu.
Takdak apa kejadah yang best pon kat ataih tu. Padan muka aku.
Dari tahun lepas dok menyanyi nak ajak pi Cameron kan. Hambik kau! :))





















Nak begambaq dengan anak-anak sendiri pon payah! Depa takmau kat Pak depa.
Ha lepasni selalu-selalula tinggai anak-bini tau Bang.
Kami bermalam kat hotel yang tersebut di atas tu ler.
Satu lagi satu hampeh dot com dot jp! Sila semua orang sila pangkah ye.
Abam Aril kau sampai mimpi meracau tau. Ngeri di situ.
Tataula kalau meracau dibuat-buat sebab nak bangun tengok bola Man U lawan Man City :p






















Selepas Mak depa campur tangan.
Pujuk-pujuk, baru mau ambik gambaq dengan Abah depa.
Makin lapang kepala awak Bang. Lapang macam KLIA. Muahahaha.
Seluar Aisyah tu very the Tabligh looks kan? Baru beli masa balik kampung itu hari.
Dasar emak-emak kan, beli baju anak mesti nak up 1 tahun.
Sudahnya jadi gitulah. Menggelobos.
Berkira sangat, macamlah aku yang beratur pi bayar kat cashier! Hahaha






















Bila suruh bergambaq dengan mak depa sikit punya steady.
Kau tengok kaki Mencah. Siap bersilang-silang gitu
Cam ginilah rupa ibuk mitholi. Tahu? kehkeh.




































Kesian ini budak. Nakkkk sangat petik stoberi.
Dia dah blajar cara nak petik stoberi dari Special Agent Oso sejak tahun lepas lagi.
Sekali pegi tanya, setengah kilo 30 hengget. Itu minimum tu.
Abah depa terus cakap tak payahhhh. Pegi posing dengan pokok dalam pasu tu saja.
Ada signboard Don't Touch. Akak cakap kat dia, Kakak jangan touch. Kakak tunjuk saja.
Bagitau satu donia, itu pokok stoberi. Muahahahaha.
























Dekat pintu masuk Time Tunnel Cafe.
Aku jumpak cafe dia saja. Muzium dia yang bayar sploh hengget tu tak jumpak pon.
Mencah manjang buat spoil gambar.
Pedulikla, janji gambar akak cun.
Maklumla, awal-awal lagikan. Bedak dengan pondesen belum cair :))
Yerrr... yerr.... akak sedar. Balik-balik dok pakai tudom tu je kan?
Abih nak wat camana... akak pakai tudom tu nampak extra cun.
Tu pasai asek serlom tudom tu jer selalu :))






















Muka benyek sebab nak belon Angry Birds macam Adik.
Yang adik dia takdak keja lain. Melalakkkkk satu bukit pasai nak belon.
Stress akak. Pakcik kedai makan dah jeling-jeling.
Apek juai buah kat depan tu dah baper kali ketap bibir.
Duit sekupang pon akak tak pegang. Semua kat Abah depa.
Abah depa tawaf 80 kali cari parking tak dapat-dapat.
Kat atas bukit pon akak stress tau. Benci sangat tawww...


 



















Binatang ular, Mencah beria-ia hendak. Abahnya turutkan saja.
Akak tak campur tangan (simpan wallet ketat-ketat dalam bonet keta :p)






















Akak jumpak satu papan tanda tu tulis SELF PICKING.
Bila dia tulis versi BM jadi MEMETIK DIRI.
Wah hebat. Akak speku pekerja Nepal dia yang tolong buat papan tanda sebesor alam tu :))
Gambar sebenar akak tak snap, masatu keta tengah bergerak pantas.
Gambar di atas ni sebagai pedoman je.













































Kalau akakni pengusaha kek beledu merah, harus akak borong satu bakul buah stoberi ni.
Apek yang juai ni dok jerit : Offer! Offer! Satu pack rm13, 2 pack rm25.
Kami melepak makan nasik lemak belakang stall dia dari pagi.
Dari pagi jugakla dia dok temberang Offer dia tu. Berduyon maknosia membeli! 
Tapi memang stoberi dia paling cun banding yang orang lain juai.
Orang lain juai satu pack rm10 saja.
























Puas hati.
Dua-dua dapat belon Angry Birds!























Ni laki sapa tahni. Degil sangat.
Aku kata jangan beli buah stoberi tu Bang, haritu Ibah bagi pon aku jenuh paksa nak makan,
kang ko beli sapa nak makan? Takpa, kita bagi jenjiran.
Barula jenjiran tau kita dah sampai Cameron.
Laki sapa nih! Haddoiii....







Buah, sayor, stoberi. Itu jerla yang Akak asek jumpa.
Sekali-sekala adala jumpak orang juai bunga.
Geleng kepala Abam kau, beli sayo dengan buah sampai 50 hengget.
Seumo hidop tak penah pegi pasar beli sayur sampai 50 hengget tahu!























Masa akak snap gambarni, Abam Aril kau gelak kat akak. Peghak dia kata.
Akak bagi tendangan jurus kuda belang black belt kat dia :))
Tapi lepastu akak terus simpan camera. Betul jugak kata dia.
Peghaknya hakooo!

On the way balik, akak lowered seat keta, tala ekon betul-betul tang lubang hidung,
peluk Asrap ketat-ketat, sendal dengan bantal....
Sampai Bukit Beruntung baru akak celik mata :))

Terima kasih tuan driver merangkap penaja keseluruhan percutian.
Walaupon hotel kita duduk haritu tersangat hampeh dot com dot uk,
kami anak bini sangat happy dengan percutian singkat ini.

Mari akhiri entry ini dengan serangkap pantun 1 melesya:

Pagi-pagi petik stoberi,
Petik stoberi bersama Kumari,
Kalau ada rejeki lebih lagi,
Silalah bawak kami pegi naik bukit lagi (bukit lain la pulak)







ShareThis