Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Genting 2015 (rasa mcm selalu sangat pegi Genting sejak dah kawin ni)

Posted by MR at 9:19 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT




 photo genting066.jpg
Genting tahun 2009 (Anak sorang, rambut #bapakmengah ada lagi. #makmengah pon muat lagi pakai baju Jusco size XL-XXL)





Genting 2010 (Anak dua. Asyraf baru2 habis pantang masani. Rambut #bapakmengah dah kurang. Dan #makmengah tak muat dah pakai baju cap Jusco. Dah start cari baju size XXXL! Muahahaha....)






Genting 2013 (Pregnant Semeah masani. Mabuk teruk, so nampak je #makmengah mcm kurus. Walhal time ni baju XXXL pon sendat sangat dah. Kena pakai size 4L keatas. Kalau 5L atau 6L baru selesa. Kahkahkah!)




























Genting 2015. Tak payah cerita la. Tengok gambo sudahla. Pipi #makmengah pon dah kembung sgt. #bapakmengah punya rambut??? Muahahaahahaha....

Owh baru perasan, lupa ambik gambaq satu family utk tahun 2015 punya trip. Kanak-kanak ni ramai geng, cousins depa ramai. So semua takmau bekepit dgn mak bapak dah ler :))

=========================================================================


Lagi saki-baki gambar di Genting 2015.

Dah bgtau kan, outdoor park closed for major reno. Indoor park pon byk section yg closed. So, sesiapa yg berhajat nak kesana, sila tak payah beli tiket utk main kat park. SANGAT TIDAK BERBALOI. Sebab setakat yg aku ingat dan perasan, ada lebih kurang 5 games/ menan yang tutup. Kesian rakyat2 kecik berderet ni... naik muak sebab dok asik naik gondola rusa kutub yg bergerak selow terenjut-enjut. Cuma dia bagi free admission to Ripley's Believe It Or Not sajala sebagai ganti. Still tak berbaloi aku rasa.

(Anyway, personally aku kurang berkenan berkunjung ke tempat-tempat gini. Banyak sangat lagho nya. Setan pon banyak... kota keriangan katanya kan... Tapi dah #bapakmengah insist... selaku #binisolehah, aku polo jelah. Lagipon tak usik duit aku hatta sekupang pon khennn.... hehehe...)





Dulu takde entrance Casino sebeso alam kat tengah ruang legar ni tau. Tetiba skang tercongok kat situ. Kalau orang tak perasan, main terjah ajer... memang terkejut badak la kena sound dgn Polis bantuan yg jaga pintuni. Muslims (or shall i say Malays) are not allowed to go in. Tapi tourist Pak Arab lepas kot. Hehehe...



























Asyraf macam biasa.... spoiler gambo! Eh, itu Nyonya baju merah kiri sekali bukan cucu Atuk Nenet tau... Elok pulak sheols enterprem khennn...









Bukti kemengahan seorang emak. Gambo kembang abih. Jenuh tau nak mengawal selia kekanak ni ajak bergambo.



"Kedutan di wajah, uban di kepala, gigi yang melonggar dan meluruh serta rambut yg menggugur adalah satu bentuk peringatan dari Allah. Daku semakin tua, semakin dimamah usia. Muda dan sihat, adalah nikmat yang yang tiada galang ganti. Act your age. Perjalanan sebagai Khalifah yang mencari redha dan syurga Nya masih terbentang luas. Selagi hayat dikandung badan. Selagi nafas masih dihela. Aku barangkali telah rugi berpuluh tahun terkebelakang, namun ia bukan alasan utk terus merugi diri di sisa masa yang terkedepan. Takut dan harap, adalah jalan menuju redha Allah."



Wednesday, February 16, 2011

BANDOENG

Posted by MR at 2:46 PM 10 comments
Percutian bajet ala Makcik Rehan - as requested by many of you :-)

Tiket flight AA beli masa promo : RM138 (pergi-balik via Jakarta, with extra 15kg luggage masa balik)
*aku pegi via Jakarta sbb masatu tiket Bandung mahai la pulok*
Accomodation : RM120 per nite (3 star hotel)
Transportation Jakarta - Bandung : RM50 (pergi-balik via bas ekspres)
Airport Tax ex-Jakarta : RM55

Tak payahlah aku nak tempek-tempek resit bagai kannn ;-)
benda morah-morah saja... korang google nama hotel nanti,
rate hotel, transpoort semua terpacul depan skrin

Nama hotel, kontek person, nama kedai bagai
nanti-nanti plak aku story the morning glory ekk
aku tulih yg ni jer dulu, sementara blom lupa
maklomla... akuni cepat 'hilang ingatan'
dah tua la katakannn... hihihihihi

Nak pi mana-mana naik angkutan kota saja.
Kosnya dalam 3K-5K (RM1-RM2) bergantung jarak.
Kalau dekat-dekat, kami bantai jalan kaki saja.
Punya nak save, sampai kejang betis aku bejalan kaki weii!

Most of the times, kami makan kat food court dalam mall.
Sedap jugaklah utk tekak aku yg tak cerewet nih.
Ada sekalitu makan kat Seafood Restoran.
Perghhhh.... mesti coba untuk sesiapa yang pergi Jakarta atau Bandung - De Cost Resto
Makan 5 bintang, bayar kaki 5!
Ambik order pakai PDA beb... canggih!

Aku bawak duit RM900 saja. Tak tipu.
Laki aku pon sama. Dia bawak RM1000 saja.
Adik aku bawak banyak sikit, sebab dia nak ambik barang untuk meniaga.
Dia bawak RM2000.

Dengan ongkos tahap pendatang haram tersebut,
ianya adalah memadai untuk bayar accomodation, transportation, food dan shopping kami laki-bini.
Shopping kami biasa-biasa saja, sebab aku sekarang dalam mode berjimat
sebab ghimau aku dah masuk 2 bulan tak mengaum!
gam*ang gila ba*i punya hangin aku weeiii!
[apsal macam baik pulak aku mencarut dalam bahasa bintam-bintam kan! hahaha]

With combination of RM2000 (lebih kurang),
kami laki-bini dapat apa yang kami nak. Sort of....

2 pasang telekung
3-2 pairs of clothes for kiddos
2 pasang kain cotton nak buat baju raya for me and aisyah
1 wallet for me (happy giler dpt wallet baru weiii)
1 pasang jeans, shirts and jacket for PS
Swimming suit (muslimah) and swimming trunk for my kiddos
2 pasang plus size blouse for me (susahnya nak cari saiz aku kat sana weiii)
10 pcs kain batik and 5 pcs kain pelikat
6 ketui kek Kartika Sari - sedap nak mampuih!
Kerepek pisang versi Indon - tah penama tah. PS korang dok gila sgt beli!
And some miscellaneous souvenirs items like key chains, songkok, bags etc.
[maybe ada brg yg aku lupa sebutkan, tapi roughly tu jerla yg kami beli]

Pasal harga kannn...
ada sesetengahnya memang murah dan payah nak dapat kat melesya
tapi kena 'kering hati' tawar menawar dengan seller... especially kat Pasar Baru tu
aku ni malas nak tawar-menawar beria sgt sebab bukan aku nak beli byk pon kan
tawar setakat yang dia bagi jerla... pastu malas aku nak menebeng kat kedai dia lama-lama
Pasar Baru tu orang punya ramai Ya Rabbi weii... serabut aku!

Harga baju-bajan kat FO pulak,
murah sikit jer dari kat melesya
sesetengah baju tu, kalo pandai cari bolehla jimat sikit
kalau tak pandai cari (read as malas cari) mcm aku ni...
sama jer rega dia macam kat FOS kat KL ni kekekeke

Tapi PS kata, jeans and jacket yang dia beli tu murah banyak compared to melesya
entahlah... aku tatau berapa harga Levis kat melesya...huhuhu
baju kekanak kat sana... kebanyakannya belambak org jual online kat melesya hihihihi
harga pon lebih kurang sama ajer...

Toys, baby gears yang branded tak banyak sgt aku jumpa
ada jumpa stroller Chicco dan Fisher Price - harganya aku tataula murah ke tak
sebab aku kurang maklom rega pasaran semasa mender-mender ni sumer
botol Avent ada gak jumpa, tapi semua stok lama
tak jumpa pulak stok yang kaler honey tu (BPA free)
harga pon mahal... aku beli online lagik murah rasanya

Baju perempuan pulak,
kalau korang adalah maknosia dengan berat 60kg ke bawah... korang sgt beruntung
sebab cewek-cewek di Bandung adalah genit-genit!
So, baju untuk pompuan kebanyakannya bersaiz genit..
tak banyak yang saiz godang... sian kat aku tau!
Harga, mcm aku cakap tadi... taklah jauh beza sgt dengan FOS kat mesia
kalau nasib baik, dapat beli yang dok dalam 'mark down corner'
dapatlah jimat banyak...

Bagi kebanyakan orang, Bandung maybe syorga belanja,
Tapi kami laki-bini dah set dalam pala otak awai-awai
vacation ni bukan nak shopping beria sangat
shopping tetap shopping la kannn... dah kalau tak shopping nak buat apa lagi kann hahahah
dan bukan jugak nak sightseeing... sebab sightseeing kena naik transport sewa (mahai!)
tempat yang 'indah' agak jauh dari kota bandung,
kalo tak sewa supir, mau pitam turun naik angkutan sampai 5-6 kali kan

So, basically me and PS quite happy dengan percutian backpackers kamini
at least we enjoy good and reasonably cheap food and accomodations,
we've met nice and beautiful peoples there (cewek bandung cun-cun siot!),
melihat banyak ragam dan cara hidup manusia yang serumpun dan seagama
bermesra dengan masyarakat setempat yang rata-ratanya sangat menghormati tetamu
kami belajar menghargai hidup dan bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah
dan kami merasa menjadi foreigner atau pendatang di negeri orang!

Aku taip takatni dulu... gambo2 nanti2lah haku hapdet ekk
tak dan ni weii... kain-baju aku dok tunggu turn nak sidai, nak lipat tu
maklomla... romah kicik... tak cukup ampaian gitu...hehehe

Daaa!










Monday, February 14, 2011

PARIS VAN JAVA

Posted by MR at 9:36 PM 3 comments
Bandung ibarat Kota Paris di Jawa.

























Bukan aku kata.
Depa-depa yang kata.
Souvenir depa banyak yang tulis Paris Van Java.

Alah, perasan je lebih tau depani...
mana ada serupa Paris ponnn.... ekekekekeke <---- siaplah aku kena taji karang!

Nantilah aku citer apa-apa yang patut ekk
tu PS baru sampai ambik hanak-hanak kat romah Maklom
kangen banget aku sama kanak-kanak berdua itu

Anyway, i love Bandung weather the most!


.




ShareThis