Showing posts with label KJB. Show all posts
Showing posts with label KJB. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Rawak hujung minggu

Posted by MR at 9:06 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Rawak. Bukan lawak.
Akak tak salah eja tau.
Maksudnya cerita dan gambar rawak sepanjang hujung minggu.
Allah, beria explain. Ada aku kesah? Kata mereka dan kelorga mereka. Cheisss!

Akak penat tau weekend tadi. Abam Aril kau pegi mancing lagi.
Laki pi mancing je dan-dan aku penat. Apa kaitan ntah.
Akakni ada sebeban skirt nak kena siapkan,
mesin jahit tepi tukun tiruan Akak tu tetiba getah engsel dia putus pulak.
Padehal baru hantar repair 2-3 hari lepas.
Naik kebas jejari dompot akak mengkelim ulang-alik pakai mesin gegar ni tau.
Kanak-kanak berdua ni plak sibuk merayap kat celah kaki.
Tambah-tambah Si Asrap, suka benor duduk bawah meja mesin jahit.
Nak tekan pedal, tersepak budak kecit ni dulu.
Asyiklah salah alignment. 2 jam tak siap-siap.
Keja dok jahit - tetas - jahit 88 kali. Adoi stress!

Anyway, siap jugaklah 4 pasang skirt untuk customer Akak ni.
Delay seminggu. Sian Yati. Sorry tau Yati. Akak harap awak suka.
Eh, silap. Harap anak awak dan sepupu dia suka. Hehehe.



































Yang ini bukan hasil BM akak.
Ini hasil voucher Jusco yang baru jumpa setelah dekat 2 tahun misplaced!
























Dan ini kelakuan mintak penampor. Kalau aku menjahit, hah inilah keja depa.
Conteng habih segala benda. Selagi buleh capai, selagi tak kena pekik.
Kalau buleh panjat macam Spiderman tu, aku agak siling romah pon depa nak conteng!
























Kakak conteng betis. Adik conteng cadar.
Ha conteng selagi boleh. Jangan korang conteng arang ke muka mak bapak sudah.

Petang Sabtu tu kami pi melawat adik akak yang baru dapat baby.
Twins baby girl kau. Best kan. Makin dekat nampaknya genetik kembor dalam family akak.
Ada chance kot lepasni Akak pulak mengembo. Hihihihi.
Tapi aku buleh lupa pulak nak snap gambo.
Sibuk dok dengar pengalaman meneran punya pasal lah ni.
Maklomlah, lama tak beranak. Ingat-ingat lupa dah kaedah nak beraksi dalam labour room :))

Anyway, akak cilok gambo dari FB bapak depa.
Nak jugak mentayang gambo anak buah kembo. Comey macam Mak Ngah depa.
Toksah dok buat blur-blur plak. Aku ler Mak Ngah tu.

























Yangni hat Kakak. Dah kuar wad sekali dengan mak dia.
Berat masa lahir 2.1 kg kalo tak silap akak.
Kira ngam-ngam lepas hadlaju la tu.

















Yangni hat Adik. Kena dok dalam incubator sampai berat cukup.
Kuar haritu dalam 1.3 kg jer. By now dah almost 1.5 kg rasanya.
Alhamdulillah takde komplikasi apa-apa. Sihat walafiat. Cuma berat je tak sukup.
Korang doakanlah Si Adik ni cepat kuar tau.
Sian adik akak dengan wife dia kena ulang-alik HUKM pi hantar susu.


OK last sekali, sebelum akak tutup laptop pi masak nasik utk Abam kau
(asyik nak bawak bekal semedang sekarang)
Akak nak tempek barang dagangan KJB. Hehehe... wajib tayang ni tau.
Kalau tak, lambatla tabung Dana D akak nak penuh :))






























Barang-barang di atas, kalau sapa bekenan sila cekidaut kat page KJB yer.


Ai lebyu.
Wassalam :)























Monday, May 7, 2012

Antara kerjaya dan rumahtangga

Posted by MR at 9:01 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Harus ramai terkejut baca tajuk entry Akak harini
Kerjaya apalah sangat yang Akak nak gebang kat korang kanns
Akakni cuma ada kerja yang tak berapa nak jaya jelah sejak 2 tahun ni
Walaupon Akakni sebenarnya pemegang ijazah sarjanamudabelia kelas pertama kedoktoran falsepah
Puiiiii....!! ---> aku dengar sorang demi sorang seantero malaya dok carotss aku. Awas kau!

Kalau moncol tajuk sedemikian rupa seperti di atas nun,
Makanya tak lain tak bukan, Abam kau dah mula mensound aku ler tu...

Bilakah kau nak kerja balik wahai bini?
Hari-hari menyanyi mintak pinggan korel, kamera moncong pajang, henbeg jurulatih etc kat aku
Sedangkan nak bagi korang makan pon aku dah kempis poket (dah la kuat makan)
Kanak-kanak kau dah hantar masuk skolah pagi petang
Maka eloklah kau pegi memakan gaji seperti dulu balik...

Ha kecut perut aku tau bila Abam kau dah mula halau suh aku pi kerja balik
Dan-dan aku pi potong kain, hantar mesin jahit tepi aku kasik repair
Nak menunjukkan konon akuni ada kerjaya di rumah (kerjaya lah sangattt)

Marilah tolong Akak feeling-feeling ada kerjaya looomayan dari rumah wei
Nursing cover ada selori Akak dah siapkan ni tau
Apalah guna akak bersengkang mata pagi petang siang malam mengadap mesin gegar tu
Kalau NC macam gini punya murah lagi cantik lagi stylo tidak dibeli orang?
Rasa nak lempang diri baca ayat persis MLM Akak kan :))






























Harga cam dulu jugak ler... RM35 sahaja.
Tapi untuk code yang ini Akak jual RM30 sahaja - NCM01 dan NCM06
Saja kasi murah sikit yangni pasai takde combination
Sapa minat, zass emel ke kamijualbeli@gmail.com
Gambar full NC ni buleh tengok kat blog KJB

Done with NC. Mingguni akak bersengkang mata jahit skirt pulak.
Para pengoder sekalian, diharap bersabar tau
Akak tengah tunggu mesin jahit tepi akak dibaikpulih
Buleh sawan tarik akak dibuatnya kalau menjahit tanpa mesin jahit tepi





Wednesday, April 25, 2012

Dana D

Posted by MR at 8:49 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Updated :
Moonlight : Booked for Nur
Starlet : Booked for Nur
Sunshine : Available

Ke arah merealisasikan impian memiliki DSLR
maka haruslah Akak mengumpul dana mulai sekarang
caras habih masa tido, masa fesbuk, masa mandi lulur...

Lepasni jangan cari Akak di fesbuk lagi, carilah Akak dalam studio. Puiiii!
Sikit hari lagi akak dah buleh bukak butik
sampai kebas jejari dompot Akak dok kelebek ropol kain kau tahu
tu pon ada jugak yang speku akak dok bercengkerama dgn Tok Laki yang baru balik OS
Choiiiiiii lah sangattt!!

Semalam, dari pagi sampai tengah malam buta Akak hadap mesin jahit gegar tu
maka akhirnya dapatlah 3 helai skirt ropol 2 lapis ini
Sob... sob... sob... (skrip sedih - strategi pemasaran) silalah membeli...
Kalau kamuorang tak beli, abihla kucar-kacir kelorga Akak dikkk....
Laki Akak, Asrap dengan Mencah kena pakai skirt ni sorang satu!
(Akak tak buleh pakai, tak muat nok!)






Skirtni cukup lebar untuk budak umo 5 - 9 tawon
Kalau budak yang dah besar sikit, sila gayakan bersama legging agar kelihatan manis dan sopan
Kalau depa twirl macam Juhi Chawla menari tu, skirtni akan kembang molek macam payung gittew
(Aci lagi yang menjadi contoh, apekah!)

Material : 100% high quality bellaboo cotton (insyaAllah tidak luntur)
Measurement : Waist 60cm, Length 43cm, Width 230cm
Age : 5 - 9 years old
Price :  RM35 sahaja





































Kalau you olls ada gathering kanns,
sila mempakaikan anak-anak you olls skirt begini bersama sepupu-sepapatnya
Lepastu saksikan mereka berpusing-pusing macam Angelina Ballerina di tengah padang
Harus setiap Makcik kat padang datang tanya mana you olls beli skirt tersangat chantek ni
Muahahahaha....

Email me if you want a skirt like this
I have a pile of fabric combo for you to choose from :)




Monday, April 23, 2012

Now what?

Posted by makcikrehan KJB at 9:00 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT


So the man of the house is now back... with loads of dirty clothes
Kids were happy upon seeing their father again after a month
(especially with all those cheap presents from kedai 100 Yen haha)
Me too, glad to have him 'messing around' the house again
So now I can pretend sleeping when the kids berak, like dulu-dulu. Kehkehkeh!
Butttttt... I hate the fact that he loses some weight! (sedangkan the bini is gaining weight)

OK takat tu saja modal speaking akak.
Akak buleh bertahan buat essay BI setakat perenggan pertama saja.
Perenggan seterusnya akak sendiri tak paham apa akak tulih.
Saja ja buat-buat genius mengarang dalam BI,
demi nak meraikan pembaca bertaraf internasyonel kaanns
Kepada yang berkenaan, sila bergossip tentang jadual cuci berak kamiorang masa dinner nanti ya.
Selamat menjamu selera.

Akak dapat hadiah apa? Sila pergi mimpi wahai adik-kakak sekalian.
Abam Aril kau siap bawak beras, rice cooker dengan sambal bilis buat bekalan di perantauan,
giler punya musafir kan, mesti kena gelak dengan staff house keeping hotel kan :))
lagi kau tanya aku dapat hadiah apa? Hazobbbb.

Pergi berkerja dengan tiket marhaen you olls... bukan pergi dengan tiket bangsawan,
jadinya tak payahla berangan nak mintak tea set Noritake ke apa
Dapat beli patung otromen sekenhen untuk Asrap pon dah cukup bagus tau.

Macam biasa....
Nah gambar perdagangan. Tak suka pon sila bagi suka. Akak memang tebal muka.
Ini hanya sebahagian, sila pergi melawat fesbuk KJB untuk mentengok koleksi lain.






Kain cotton kat KJB hand-picked tau you olls
tak mainla order tengok-tengok gambar kat katalog supplier
Akak pegi tengok dengan mata kapla, gosok-gosok, raba-raba, tarik-tarik sikit kain tu
Kalau menepati KPI baru akak ambik untuk jualan
Sila memberi sepenuh keyakinan kepada mata kerow akak,
cantik di mata akak, makanya mesti cantiklah di mata suami awak-awak semua. Eh, suami?

Tempahan untuk baju kurung kanak-kanak pon akak terima
Upahnya hanya RM15 sahaja, dengan syarat pakai cotton KJB ler
Tapi akak terima dari umo 3 tahun sampai 7 tahun saja
lebih dari 7 tahun dah masuk kategori mumayyiz, dah lain harga. Kehkehkeh!
(padehalnya pattern baju kurung yang aku ada takat umo 7 tahun saja)


Now what?

Beli lerrr, apa lagik! Muahahaha....



Sunday, April 15, 2012

This... have to go, so i can work on my next project

Posted by MR at 1:31 PM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Updated :
KN01 - reserved for Eden
KN02 - reserved for Mak Luqman
KN03 - reserved for Mag (pembaca senyap :p)

TQ gals. Lebyu muah-muah :))


Selling cheap @RM35 only (others might sell this @rm50!)
Made of good quality mix n match English Cotton, with peek-a-boo window,
adjustable strap and useful pocket to keep baby's rattle,
pacifier, breast pad and/ or pumping accessories.

Don't worry, it's BIG and roomy enough for big momma like me :))
Perfect gift for expecting mommies!

Oh BTW, in case anyone interested with the fabric,
Its from Cinta Cotton.
Follow them now, their fabric is awesome!





































Help me spreading this to your friends and families... can? (kedip-kedip mata)
You can do so by 'Liking' or 'Clicking' at any of social network button down there (>__<)

TQ for sharing this :)

Friday, March 30, 2012

Model yang terpaling ibuk mitholi

Posted by MR at 8:25 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Kalau shooting macam dolu-dolu yang pakai pilem gulung tu kan
mau habih 8 gulung pilem baru dapat snap gambo 3 helai baju kannns...
Maka tak pasal-pasal, rega baju 50 hengget akak kena up jadi 170 hengget! 


Take 1
























Take 2



 Take 3



Bertabah jerla akak dengan hanak-hanak ni tau,
terpaksala memitholikan diri... padehal kalau ikut hati
toinggg dah melanting akak jentik depa ni :))


Lalu kesudahannya.... Lacey si patum tadak kepala jugak yang glamer!
























Ini adalah entry serampang dua mata.
tak kan tak paham lagi... akak nak suruh hangpa beli baju KJB weii! :))

Abam Aril tengok gambo bini menggedik nak jadi model, terus bagi sedas kat bini :
Patutla tak pernah nak kuruih, dok jaga badan nak jadi model baju besaq rupanya!

Sabauuuuu  je hakak!!



Wednesday, March 14, 2012

Will this be pretty? And will you wear this?

Posted by MR at 8:13 PM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Lovely readers, appreciate your honest opinion.

Will you wear a blouse in cotton polkadot like this?
The blouse will be exactly the same like the checkered one,
imagine them in polkadot print - Small polka, Medium polka and Large polka.

Oh by the way, it is for plus size market :p
What do you think?



























Beginilah daku dikala kena sampuk sawan dagangan :))






Monday, March 12, 2012

Bikin panas!

Posted by MR at 8:44 AM 5 comments
Assalamualaikum WBT

Tudung kat KJB dah restocked, tapi aku takdak model.
Model antarabangsat aku jauh sangat di Sepang nun
Anak menakan Abam Aril kau plak bizi tusyen, tahun ni nak SPM kanns...

Yang ada budak bertuah sorang ni saja
Tapi budakni bikin aku hangat hati
Bila gaya aku nak ketik kamera je kannnnnn

Ini hasil dia....
@&$%$&#+%& !!!



































Nak tak nak, ahkaaaaak jugak kena catwalk tawwww.....

























Tudung takdak awning tu wei. Giler cantik aku pakai kan?
Muntah darah? Pedulikkk.... pergi order sekarang :))




Saturday, February 4, 2012

Kontena nak balik Melesya

Posted by MR at 1:19 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT


Straight to the point.
Ada kawan nak balik Mesia for good (from UK)
Kontena dia ada space extra, so KJB telah berkerjasama dengan beliau untuk membawa masuk (upon full-payment) below items for those yg berminat.

RM480










 RM75





.
 RM195










 RM370








 RM120









RM340









RM400





Details of the items kat sini. TQ






Friday, December 30, 2011

Salam Ombak Rindu

Posted by MR at 11:04 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Your Makcik Dompok is now back by fofuler demand
Agagagaga... kau mampoo mengaku fofuler dik?
Ahkak mampoo, pasai akak ni penebat kat kulit sangat tebai kanns...

Lama tak hapdet blog kan, rendu ai tak? *kedip-kedip mata tak pakai maskara*
sian orang-ramai (read peminat *pitam*) dok lalu-lalang singgah
tapi takde cerpen temberang baru... mesti u oll frust kan? *pitam lagi*

Haritu bila muvi OR ni habih tayam kat wayam,
aku ingat dah habih la demam Heron Hajis dan Maya Kemban ni kan
sekali muvi ni dah kuar pulak kat asteruk... habihla wall fesbuk aku dilandai badai balikkkk...
2-3 hari lepas Abam Aril ko kan takde kat romah,
aku ada hati la jugak nak terai godek-godek remote asteruk tu
aku nak 'beli' teket la kununnya... nak tengok wayam OR kat romah
tapi harammm sampai ke sudah takde slot kosong wei
kanak-kanak berdua ni dah pajak tengok katun pagi sampai malam sampai pagi balik!
kalau Abam Aril ko ader lagi ler jangan harap... aku baru sakap, dia dah buat muka pelik
Toksah dok merepeklah! ... kata beliau sambil menjeling tajam, lantas merampas remote
tu belum ajak pi tengok kat wayam tu...
abih camana aku nak sapot pilem melesya kanns?

Aku bukan nak tengok sgt muvi tu sebenaqnya
Nobel dia pon hagham aku tak pernah sentuh
Heron dgn Maya tu pon tak pernah aku minat pon
tapi aku gegham dok baca review macem-macem pasai muvi nih
aku kalau bab bagi-bagi review ni mana buleh kalahhhh...
aku pon nakk jugak bagi review!

Frust punya pasai, aku bagi review game Angry Birds dah la kot ekk...
Aku dengan Mencah dah complete bukak semua kotak untuk Angry Birds Rio
Sekarangni Mencah dok pulun main Angry Birds Season pulak
Angry Birds Classic tu langsung tak sentuh dah ko... Harus kena dilit tak lama lagi
Eksaited kemain dia... background salji, pokok X-mas, pumpkin halloween and such

Music background dia pon best,
Mencah kalo main mesti bukak loud speaker... lahabang telinga aku tau!
Sapa belum download silalah berbuat demikian :))

Kak Moon, Adik Rehan (gatai fefeelim muda belia) tak pasti lagumana nak download game ni kat lappy
pasai Adik Rehan (ni aku la, bukan adik aku) download pakai Android kat tablet Abam Aril
dia moncol kat skrin kata free download kan, lantas Adik Rehan pon laju-laju la tenyeh download
Kalau kat PC or lappy nanti kita tunggu pakar IT Tg Malim aka Pirate of the Kg Gumut respond ekk...
Dia memang pakar bab muat-turun dan yang sewaktu dengannya... :))

Eh, dah panjang pulak entry ni kan
ingat tadi nak tempek gambaq kanak-kanak kat kampung
tapi ceghita pasal OR dan Angry Bird dah penuh 2 mokasorat pulak
lain tahunlah kot aku bukak ceghita kampung ekk...
kang abis modal Makcik Dompok nak temberang :))

Nah aku selit sikit Promosi New Year kedai KJB aku
Teset muslimah ni biasa aku juai rm39 sehelai
untuk new year ni, aku nak offer sehelai ni rm25 saja (size M)
sapa cepat dia dapat....










































.... tapi pastikan size anda bukan dompok macam makcik Dompok kau! :))





Tuesday, December 20, 2011

No longer ulu banat

Posted by makcikrehan KJB at 8:49 AM 0 comments
Jusco depan Bayuville dah bukak semalam
Lepas Aisyah abis ngaji, konon-konon kami nak pi melawat kawasan
Hazab jemmm... patah balik pi isi perut kat Mamak BCH je
Aisyah menangis sedu-sedan frust tak dapat pi Jusco ekekeke

Anyway,
Aritu korang kata mesin pintal karipap ada yang rega 29 hengget
Gigih aku merayau cari dalam Tesco, jumpa...
























Tapi harga dia 53 hengget la pulok
korek-korek duit celah bedah... tak berapa nak cukup huhu...
Sian aku tau. Duit dah habih pi kirai baju hanak kat Hytex weekend lepas
Makanya terpaksa la gigih jual blouse nak kompol duit beli mesin karipap :-D
Kenala buat iklan di belog sendiri... kahkahkah...!






















Melambak lagilah wei... macam-macam pesen ada...
Pi lah usha kat KJB!







Tuesday, December 13, 2011

Sopan, Stylo, Stylish

Posted by MR at 12:34 PM 1 comments
Mood usahaSAWAN sedang menyelubungi diri ini
bertabahlah membaca entry-entry spam di belog makcik kau :))






































Tunggu Si Mencah besor nak suh jadi model lambat sangat...

Sini Bestselling (limited stocks)
Sini masih banyak stock




Monday, December 12, 2011

Mari menutup orat (^__^)

Posted by MR at 2:00 AM 0 comments
Ehem ehem... beri laluan, beri laluan....

 Klik pada gambar untuk LIKE fan page KJB.


Wednesday, November 23, 2011

Another 6

Posted by MR at 5:52 PM 3 comments
Up for grab

Kerul mahu?



































2 available...



























Ada dua. Sapa tah yang nak haritu?






































Reserved for Layla Farid



































Penat weiiii....



Thursday, November 3, 2011

Bersedia menerima pujian tempahan

Posted by MR at 9:06 AM 10 comments
Cabaran berbunyi begini,
Rehan, hang berani jahitni?

























Pitam tengok ropol-ropol lagutu...
tapi demi nak merealisasikan ropol idaman beliau,
aku bubuh ropol kat poket jela
sebenaqnya tak plan pon nak bubuh poket kecik depan tu
tapi aku bingung mana nak tempek label syok sendiri akuni
susah-susah aku print label kan, tak tempek rugi la hahaha
lalu menggigih la jugak bikin poket beropol cenggitu :))



Lubang untuk main peek-a-boo dengan bapak    baby

Poket kecik habuan nak simpan puting ke, sapu tangan ke, breast pad ke...

Adjustable strap









































































































Kain yang aku buat body ni dah nak abih...sedihhhh
Hahahaha... kain abis pon nak sedih kan?
Sedihla wei kain ni best tau. Aku beli kat Betnam aritu
Tebal tapi tekstur dia lembut sejuk. Aku suka sejuta kali kain ni...

Harga?
Nanti aku survey orang lain juai berapa hengget hehehe




ShareThis