Showing posts with label Sewing. Show all posts
Showing posts with label Sewing. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Remnants

Posted by MR at 1:00 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT


Quick project sempena anak nak masuk sekolah. Buat satu nanti sorang lagi bergaduh nak jugak. Buat la tiga teruih... Terpaksa mangkit menjahit tengah malam, biasala aku... last minute baru thrill! Hehe...





Simple sangat kekdah pembuatan dia. Pakai pelapik pengeras (dia ada gam, iron je kat kain nanti dia melekat). Kain merah tu gila cantik... DC Michael Miller; belen buat sleeping bag customer aritu. Madagascar tu pulak beli dari Sopan Muslimah - Si pakar penjahit beg.

Huwarghhh.... ikan paus dah ngantuk ah!

Sapa pi party new year malam nanti jgn lupa post kat IG na. Aku nk layan IG malam ni sambil makan popcorn. Mesti ramai ostad ostadjah bagi ceramah kat IG para retis tersohor hehehe...

Monday, May 13, 2013

Tutorial : Carseat Recover

Posted by MR at 11:34 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Dasarrrr Penjimatan Nasional (lagi)


Carseat asal dari jaman Mencah. Beli hat morah2 kat warehouse sale My Dear. Kaler cover asal is coklat taik hanjin. Pastu makin menipih. Akak beli la carseat cover Dora ni. Skang Dora ni pon dah kepam, koyak dan berabuk (reput). Gambar cover coklat nanti ada kat gambar bawah. Yang ni akak malas nk bukak sarung ni sebab terlampau berabuk. Eiiiii.... nyaris aku nak putus asa melihatkan betapa uzur sgt dah carseat ni tau.









Tudia.... nampak tak habuk ke hama yang berdebu tu. Bersin sampai tercungap akak tau!







Kasi bukak semua cover dia, sumbat masuk washing machine. Pastu akak sental frame plastik ni. Keringkan. Dahtu baru buleh mula buat.







Bila cover dah kering baru buleh start membungkus. Alaskan seat dengan fiber. Akak guna fiber duvet Ikea yang rega 20 hengget tu, pastu lapiskan 2. Alas kat bahagian tengah ni jer. Bahagian tepi payah nak alas sebab dia berlekuk.






Lepastu sarungkan cover asal yang dah dibasuh dan di vacuum (yang kaler ceklat). Dalam gambar ni, fiber tadi ada kat bawah cover coklat tau. Lepastu buleh start potong kain ikut shape, pin kan dengan peniti. Gelembung ke bonjol ke... kira halal la. Kau ingat senang nak buat tegang-tegang? Handmade katanya kan... haruslah herot2! Kalau perfect, made in China le uols....









Bungkuih sampai habih!






Ni pandangan sisi. Bahagian tepi tu, kau kelim ke bawah. Nanti dah siap jahit semua ni, kita lapis bahagian bawah tu dengan kain lain. Tengok gambar kemudian nanti.






Lepas tu barulah datang part paling hazabedah, hazabaijan, hazam halakazam... yakni nak menyembat! Sembat pakai tangan je uols, pakai mesin is leceh. Takut pin tercabut, alignnment lari atau tak lut sebab tebal sangat. Macam nak kematu jejari dompot aku menyembat nko!







Dah siap sembat semua, then ambik satu kain lain dan jahit sebagai cover bahagian bawah. so takde la nampak segala benang, fiber, span yang berserabut kat belakang tu kannn... Yag ni pon aku sembat tangan jugak. Hazabbbb....






Bila dah siap semua, attach kan la balik klip hitam plastik tu kat tempat dia. Klip tu fungsi dia untuk 'hold' cover ni kat frame carseat. Takdela kang ko break kereta, cover carseat anak ko tersingkup tutup kepala anak pulak kan...





Akak jahit sempoi2 saja. Tak kemas mana pon, janji guna benang kuat (2 lapis) dan sembat rapat-rapat supaya tak mudah koyak atau putus benang.






Ni belum siap sepenuhnya. Strap tak pasang lagi. Lubang pon belum tebuk. Yang tu nantilah pelan2 akak kelebek. Cemuih dah aku hadap projek ni haha...





Abam Atayap :))







So, tadak sapa nak try balut carseat cam akak ke? Kerrrr... aku je yg semekin dok gigih recycle barang anak2 ni wei? Ekekekekeke....




Friday, September 14, 2012

Telekung ADRA

Posted by MR at 5:29 PM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Using the same pattern yang akak buat untuk Mencah haritu.

Telekung ni dah ada nama. Let's name it ADRA.
Sempena Little Adra jadi orang pertama yang order telekungni :)





Aisyah takde. Pegi skolah.
So takde buruh paksaan nak dijadikan model.
Maka Lacey Si Mannequin la yang jadi mangsa :))







Belum decide harga. Sedang mencari supplier kain yang murah dengan kain yang best.
But this one so sweet kan? English cotton, lembut, tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis.
Kalau Aisyah nampak, habislaaaa. Pink kaler kannnsss... :))

Want to sew your own telekung?
Tutorial available here. Or click at below pic.





Have fun sewing :)








Friday, September 7, 2012

Update version : Tutorial Multipurpose Bag

Posted by MR at 11:59 AM 1 comments

Assalamualaikum WBT

Sudah tambah gambar-gambar baru.
Khas untuk yang bertanya cemana nak pasang getah kiri-kanan.



Pendekkan cerita (pakai wifi Digi yang hazab ehsan PS)
Maka inilah dia tutorial ringkas cara nak jahit beg suka-suki
Sebelum mula, mari ingat kembali cogankata kita :
Kalau MR yang tangan kejung buleh jahit, inikan pulak korang yang lemah gemalai!






Cari (beli) fabric yang tebal. Biasa orang sebut heavy cotton.
Kalau tak pakai fabric tebal, meleceh nak kena lining nak bagi beg jadi tebal sikit.
Lagi pulak, kain heavy cotton ni tahan lasak.
*Susah-susah beli dgn akak jela... 1 meter RM12 je akak jual. Hehehe.






Beg yang akak buat ikut size tupperware ni (lebih kurang)
Uols boleh ikut size yang uols suka.
Lipat dua (right side di dalam) dan jahit di kiri dan kanan. Tak payah jahit tepi.
Prosesni kena ulang 2 kali sebab kita kena buat 2 lapisan
Satu untuk bahagian dalam dan satu untuk bahagian luar.
Terpulang sama ada nak guna kain yang sama corak atau lain corak untuk bahagian luar dan dalam.









Bila dibentang bahagian yang dah dijahit poket, macan inilah kelihatannya...



Bila dah siap cantumkan poket, terbalikkan kain dan jahit kiri kanan
(sama macam proses yg mula-mula kita buat untuk lapisan yang takde poket tadi)




Kembangkan tapak beg dan jahitkan bahagian bucu.
Rujuk gambo je lah. Mesti paham punya.
Ulang proses ni untuk kedua-dua lapisan badan beg.













Berikut adalah cara nak pasang getah pada bukaan beg.
Tengok gambarni sure boleh paham kan?




Bila dah pasang getah kiri kanan,
macam ginilah rupa dia.




Sekarang mari pasangkan tali beg pulak.






Pasangkan jugak getah pencangkuk butang.
Akak dah jahit bukaan beg tu baru teringat cangkuk belum pasang
So gigihla tetas balik... sebabtu uols akan nampak dalam gambarni bukaan beg tu dah berjahit





Sekarang bolehla kita jahit bukaan beg
(proses mencantumkan lapisan luar dan dalam beg)




gegangkan = regangkan *typo*



Kemudian buat jahitan kedua pulak.





Untuk kemasan bahagian yang bergetah, kita buat jahitan tindih.
(bukan pada keseluruhan bukaan tau, bahagian yg ada getah aje)









Kalau tanak bubuh butang biasa, bubuh butang ketip pon boleh.
Atau nak letak velcro tape pon boleh.




Kedutan akak tak sekata. Benang pon bersanggul.
Pedulikla kan, janji handmade. Wahhh... eksyen! :))






Yang bestnya begni reversible tau.






Dah siap...
Boleh guna sebagai diaper bag, shopping bag, bento bag, picnic bag
atau sekadar nak syiok-syiok sendiri tayang kat orang kampung (aku lettew!)







ShareThis