Showing posts with label TV and movies. Show all posts
Showing posts with label TV and movies. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Grand opening

Posted by MR at 9:35 AM 5 comments
Assalamualaikum WBT



Hello Mrs Pekan,
Nah Kakak kau enterprem, as requested.
Tapi bukan gambo akak menjongket atas stepper lerrr... harom :))






Gambo snap pakai iPhone uols...Wahhhh... heboh!
Feeling Instagram macam Lisa Surirumah. 
Bukan iPhone haku ler, Ibah punya.
Macam biasa, teknik sembunyi badan terus dipraktikkan.
Maka hilanglah 30kg dari dalam gambar.
Untuk visual sebenar, sila tambah 30kg dibahagian yang terselindung.

Aisyah tu naper tah, malu kat Syafiq kot?
Sipu-sipu pulak dia... gatai!

Sempena grand opening TGV kat Jusco Rawang
PS baik hati belanja akak dengan aisyah pegi tengok Madagascar 3.
Dia dok rumah jaga asrap. Kalau suruh aku bawak asrap, kim salam remlah ram.
Tak payah tengok pon takper.

Movie start kol 11.30 malam. Aisyah punya takut kena tinggai, sampai takmo tido.
Sekali tertido jugak. Masa Ibah datang pick-up kami, jenuh aku gerak dia suh bangun.
Mamai-mamai pon aku paksa bangun jugak, teket dah beli weii
Enjoy sungguh minahni tengok movie, tapi banyak komplen.
Kira macam tak logik di mata dia. Nama pon katun nakkkk....

Lihat betul-betul, di tangan ku ada 2 lapis popcorn.
Satu bekas aku tibai masa tengok wayang.
Satu bekas lagi Aisyah punya, dia tak habih. Takpe, aku tulung perabih.
Popcorn free uols... 1st day le katakan.
Kampung sangat kan, serbu-serbu kedai on 1st day. Jakun.

Sebelum uols fitnah akak lari dari diet.... meh nak buat pencerahan siap-siap
kejadian ini adalah minggu lepas, masa cuti skolah. Induction belum start hokay. 
Timing dia sama macam siri-siri menjahanamkan diri Kak Zel korang :))





Wednesday, April 4, 2012

Suits

Posted by MR at 8:49 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT


Lama dah akak tak ketagih citer omputeh kan?

Dulu akak ketagih Glee, DPH, sitcom, reality show etc kat Starworld
pastu bila anak nak skolah, bini dompot benti keja dan bil asteruk mula menaik,
Abam Aril pi potong semua hiburan sensasi, tinggal katun dengan sport saja kat asteruk tu
Sejak tu dunia hiburan internesyonel akak terus mandom...

Sejak 2-3 harini, akak dapat ketagihan baru tau
Akak tengah ketagih nonton drama-drama kat DIVA Universal
sangatla sesuwei untuk akak yang very the diva divom ni kanns
malam tadi sampai menangis-nangis la Si Mencah Manhattan tu nak tengok katun dia hahaha


 






































Separuh jiwa akak adalah loyer (lah sangattt) kau tahu?
sebab tu akak memang minat giler tengok citer pasal loyer-loyer nih
loyer buruk? Aku tampo kanggg! :))

Bila ntah drama tibi kat melesya mamfoo berdiri sama kacak macam drama omputeh eh
blaja-blaja la buat sekerip mantop sikit, biar nampak gagah gitu
pelakon berkarisma rasanya dah ramai dah
salah sorangnya pastinya poojaan hati hakak zel korang tulah
Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustapha :))

Zel, lama dah aku tak menyusahkan idop ko kannns...
Bakokan aku season 1 eh :))






Wednesday, November 16, 2011

Not a usual me (konon)

Posted by MR at 1:50 PM 1 comments
Mak tengah layan jiwang u olls
Nak tengok Tin Tin tak dapat-dapat...
dapat tengok Aril dan Zila bekeng seminggu sekali jadik lerrr




Seminggu sekali nak hadap drama pon banyak dugaan
masa tulah Asrap nak menempek atas riba, kalah budak nak menetek
Kakak dia masa tulah punggah buku cerita tah bila zaman punya
suh aku baca kan ulang-ulang kali
masa tulah nak buat keja sekolah, nak kaler gambar
suh aku asah pensel lah, asah kaler lah...
semua nak mamaaaa... mamaaa... mamaaaa...
Abah depa sedap membongkang dalam bilik hadap fesbuk kat mobile

Sekali-sekala pi lah ganggu-gugat ketenteraman Abah korang pullek aihhh!
Bagi chance lah kat mak korang nak feeling-feeling rumaja sket...








Wednesday, November 2, 2011

Tin Tin

Posted by makcikrehan KJB at 11:49 AM 3 comments
Cuba tengok banner ad kat atasni (kadang ada, kadang tadak)
Saaaaaangat teringin nak pi tengok!

Aku dah baca almost semua komik Tin Tin ni masa sekolah
Kalau jumpa kat library, siap sorok sebab had pinjaman adalah 3 bijik buku jer sekali pinjam
tak pon aku pinjam pakai nama kawan :))






Ada sorang dorm mate aku pon gila komik ni. Suhaili Asmavi nama dia.
Dengan dia la aku selalu discuss bila tiap kali abis baca mana-mana siri komikni
Masa kat UKM aku ada pegi lawatan sambil mengorat ke Penang
pastu aku jumpa T-Shirt Tin Tin ni kat atas Bukit Bendera
Aku beli sehelai, dan T-Shirt tu masih ada sampai skang, tapiiiiii dah tak muat le aku pakai!

The Adventures Of Tin Tin start masuk wayang 10 November ni
harus aku cari jalan nak pi tengok (^__^)







Tuesday, January 4, 2011

JUNIOR MASTERCHEF AUSTRALIA

Posted by MR at 1:02 PM 2 comments
Buat mereka dan keluarga mereka yang takdak tibi...
sila tonton di sini.

Bakal bersiaran di 711 pada... pada bila ekk?
Rabuni tak silap haku...
































Dah la lawa, kembar pulak tu...
Kalau hanak-hanak aku pandai masak macamni kan best
hari-hari aku submit order! kakakakaa...

.



Wednesday, November 24, 2010

UNSTOPPABLE

Posted by MR at 9:05 AM 7 comments
Sangat tak menyesal menontonnya.

Tak ramai coloured actor yang haku soka tengok depa berlakon
Denzel Washington, Morgan Freeman, Vanessa Williams adalah antaranya.


Digarap dari true event katanyer.
Tapi aku rasa depa letak 'bahan perisa' banyak-banyak neh.. sebab tu 'sedap' ;-)

Straight forward, hectic, bingit dan mendebarkan dari awal sampai akhir.
takde meleret-leret mcm citer polis yang berjalan-jalan sambil berbual tentang masalah negara ;-)

Chris Pine, conductor ketapi yang baru melapor diri
ditugaskan di hari pertama dengan Denzel Washington untuk bawak ketapi barang ke satu stesen.
Tapi, hari pertama Chris menjadi tragik sebab dalam masa yang sama,
sebuah ketapi berkelajuan maksimum dan membawa gerabak paling panjang dan berat
telah secara tidak sengaja 'terlepas' di atas landasan 
yang bertentangan dengan landasan ketapi yang dia tengah conduct!



Depa 2 orang jadi hero rakyat Amareka Sarekat sebab berjaya 'memberhentikan' 
ketapi yang 'terlepas' tanpa pemandu tu.
 Ketapi punya hal pon depa buleh buat pilem sikit punya best!

Eh, rupa-rupanya kan, stesen ketapi dengan landasan bersimpang-siur
dan landasan bulat yang buleh pusing-pusing macam dalam katun Chuggington tu
betul-betul wujudlah wei! ---> ke aku je yg baru tau?




Bukan tu jer, landasan ketapi depa ada yang tinggi melambung atas flyover wooo [mood jakun]
dah macam roller coaster pon ader tau [masih jakun]


Last but not least,


Chris Pine hensem! ;-)







Tuesday, June 29, 2010

COUGAR TOWN DAN PARENTHOOD

Posted by MR at 2:24 PM 13 comments
Taktau nak mengaruk apa dah dalam belog
sebenaqnya makcik nak terkencing nih, pastu nak pi surau terus
tapi Kak Ina blom bukak jabat pos lagik
dah seksa aku tercepit-cepit tahan kencin <----motip?

Adat org menumpang kannn...
mana berani aku nak honggak-honggak pintu jabat org
tunggu jerla sampai dia bukak grill dan terpacak depan kaunter
tak paham ker? abaikanlah!
sapa keje PID jer paham hal ehwal kencing-berak kami ni :))
so, sementara tunggu kak ina bukak grill, buat entry dulu...

OK, tamat mukaddimah yang takde kena mengena antara satu sama lain,
masuk isi penting...

Makcik suka tengok Cougar Town sama Parenthood skangni
so, bertambah la sudah koleksi-koleksi drama yang makcik hadap saban malam





















Lawak melucas semedang depani.
Tak syesyuwei untuk mereka yang masih menyusu :-p



















Makcik ni kan dalam hati ada kebun bunga
so, banyakla adegan dalam parenthood ni yang menyentuh qolbu

Kengkadang makcik gelak sorang-sorang
kengkadang makcik cover muka dgn bantal
sebab nak cover tangisan tak berlagu keh keh keh

So sekarang, makcik semakin banyak alasan
untuk berebut remote dgn Mencah dan bapak beliau
Muahahahahaha...

Kak Ina dah bukak grill, chiow dulu!

Header baru, perasan nak kurus sampai buleh bergayut camtu,
Comelkan?


ShareThis