Showing posts with label Makcik Rehan. Show all posts
Showing posts with label Makcik Rehan. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Camwhoring in the car

Posted by MR at 1:51 PM 1 comments
Assalamualaikum WBT

On the way nak pi kenduri mempertunangkan sepupu
benti isi minyak kejap, kanak-kanak aku membuas kedepan kebelakang
aku bawak kuar camera konon-konon nak mentenangkan situasi :))

Last-last aku dengan Mencah yang over!






























Soklan trivia, berapakah diameter pipi aku?






























Depa 2 beranak tak kuasa layan aku camwhoring dengan Mencah
tengok, dua-dua takmoh pandang kamera
Ellehhh... eksyen!





Tuesday, January 24, 2012

Shawl dan Ipoh

Posted by MR at 9:00 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT




























Kisah shawl nya begini, hari apetah haritu
Aku pegi Jalan TAR meneman Bini Daud mensoping
maklomla, orang nak naik keja setelah 2 tawon mensurikan diri di rumah kan
dia membeli baju dan tudom macam esok tu Jalan TAR nak bengkerap ko tau
dah tak pepasal aku pon terjebak beli shawl seperti dipakai oleh Esah di atas
balik romah, baru try letak atas kepala, Abam Aril ko dah tertoleh 2 kali sambil beliak-beliak mata
sebelum jadi bahan jenaka untuk seminggu, dan-dan aku buat ayat coverina :
Selendang ni ai beli untuk Esahhhhhh!

Kalau adik-adik nak imejin ahkak pakai shawl
sila bayangkan bola yang bulat yang dipakaikan shawl, ya begitu.
ai rest my case.






























Kisah Ipoh pulak begini...
Ahad tadi kawan sekolah Taayah nama Anis kawin kat Ipoh
Berdoyonlah para bekas pengganas sekolah datang makan nasik minyak
punya bersembang sampai tak ambik hal ke pengantin
sedar-sedar pengantin dah ada atas pelamin, melampau tak?

Orang lain semua datang dengan status 'sebenar'
aku sorang jer datang secara membujang, kau mampoo? kehkehkeh...
Makanya, sukacita dengan ini saya memberikan sekalung credit kepada somi terchenta
kerana dengan begitu sepotingnya telah melepaskan saya dari kandang pada hari Ahad lepas :))



Wednesday, October 5, 2011

... of getting back to work

Posted by MR at 10:13 AM 6 comments
Anggaplah konon-konon kamu masuk playschool 2-3 jam macam hanak Mat Saleh ye Adik
walopun hakikatnya kamu kena hadap ruang segi empat tu 10 jam sehari, 5 hari seminggu :((




























Semalam dah lepas ujian hari pertama
Tiada acara banjir, cuma angin bertiup agak kencang. Hehehe...

Agak sayu masa aku jemput depa pukul 6 petang semalam
Si Adik terus terpa mintak dokong, peluk rapat-rapat...
peluk leher melekap takmo lepas, takmo angkat kepala tengok orang lain dah :))
hari pertama dah ada bruises here and there, badan dah mula panas pijar
kalini aku dah lebih bersedia berbanding masa kakak dia 2 tahun lepas (bersedia konon)
letak anak kat babysitter, taska, nursery whatsoever... kena banyak redha dan pasrah
(apa, ingat geng diet jer pandai pasrah? hehehe)

Kau sendiri jaga anak sorang pon buleh terhantuk berdarah kepala...
inikan pulak 2,3 orang jaga budak-budak satu kelas, kan?
minor bruises jer... nothing to shout about,
bagi je jelingan tajam sambil usap tempat lebam depan mata penjaga depa dah cukup... hehehe

Aisyah doing well. As usual, never failed to impress peoples around her.
Gedik bertanya itu-ini, showing off segala macam bakat terendam,
jadi reporter tak bergaji bila ada budak lain buat messy, misbehave (konon) atau membuli (konon)
Biarlah, sekurang-kurangnya kurang sikit beban di fikiran,
tinggal nak risau dan concern pasal adik dia je lagi.

Petang tadi masa jemput, Aisyah was wearing a gown (instead of pyjama)
and her hair was neatly done with 2 'coconut tree' tied in pink rubber band
gown tu aku bekalkan as baju spare jer... mesti dia yang request nak pakai
hantamla anak... pakai gown memalam pon takpa
asalkan kamu membesar, sihat dan pintar sudahhh
(eh, tertiru tagline taska pulak! haha)

Tak menyempat-nyempat nak bagitau aku (as though aku tanampak kepala dia)
Mama, mama... tengokni kepala saya ni
Kakak tu ikatkan rambut saya macamni (sambil pegang pokok kelapa atas kepala)
cantik tak mama?
cantik kan mama....

Tak payah mama jawab.... sendiri tanya, sendiri jawab
kemana tumpahnya kuah kalau tak ke atas laksa kannn hahaha...

*sigh*

Yes peoples. I'm officially back to work.
Kembali kepada rutin kehidupan pejabat yang stone + cold = setongkol
Tadah telinga dengar boss mengarah, jegil mata tenung skrin komputer,
ketang-ketung ketuk keyboard,  toleh jam kat dinding 88 kali sehari...

*sigh*

Baru lepas tidokan Aisyah lepas suap ubat demam.
She catch a cold. So did Asyraf.

*sigh*

Next week husband going abroad for 5 days.
Belum apa-apa aku dah runsing!
(takde sapa nak take turns tuko diaper anak, buang sampah, cebok berak etc)

*sigh*






















Wahai anak-anak, bertahan ye.
This is life.

Wahai Makcik Rehan, ko pon kena sabo tahu?
This is REAL life.
Pray hard.












Saturday, July 30, 2011

Ubat batuk cap ibu dan anak :))

Posted by makcikrehan KJB at 11:16 PM 0 comments
Ehem-ehem. Beri laluan.

Alone here.



































Flying without wings :-)



































Moving on.





































I'm coming!





































1st trial.



































2nd...


































Perfectly fit  ^_____^









































Saturday, January 29, 2011

DALAM HATI ADA DURI

Posted by makcikrehan KJB at 12:42 AM 3 comments
Aku dah taip separuh jalan,
tetiba tak dak kekuatan nak habiskan karangan.

So aku padam balik semua,
dan tulis entry takde pucuk-pangkal laguni.

Memang aku rebel,
tapi bila sentap, aku makan dalam.
sampai ke tulang itam.

Seluruh isi dunia tiba-tiba pandang aku semacam.
Seluruh! itu yang paling aku terkesan.
Ingatkan ada pengecualian.





.





Thursday, January 27, 2011

BELUM

Posted by makcikrehan KJB at 5:47 PM 4 comments
Belum kencing
Belum pi klinik (demam, hidung ketat)
Belum lipat kain
Belum cabut aircond PID
Belum pack barang kat PID
Belum kira duit PID
Belum pi melawat baby baru (anak buah)
Belum buat passport
Belum tukar duit (ada duit ker?)
Belum book hotel
Belum plan itenerary
Belum register Aisyah masuk full kindy
Belum cari kerja lain
Belum sampai hati mintak duit laki
Belum cukup duit nak renew road-tax
Belum bagi duit kat mak-ayah
Belum bayar duit keta
Belum bayar duit rumah
Belum bayar kad gores dan menang
Belum!
Belum!
Belum!

.
.
.
.
.
.
.
.

Belum dapat gaji!


.







KUT YA NAK CILOK ENTRY AKU, BAGILAH KREDIT....

Posted by MR at 9:58 AM 29 comments
Updated :

Ok.. Ok... Bertenang yer khawan-khawannn....
tak payah tanya blog mana, forum mana... fenin aku feninnn nak menjawab... kekekeke...
Sila Google kata konci ini : Rumitnya Memahami Hati Nurani Seorang Wanita
Sila explore sendiri... ekekekeke....


---------------------------------------------------------------------------------------------


Ataupon, kot ya tanak mention nama aku, tulih la kat situ...
dicilok dari belog orang yang dah tak ingat sapa tuan punya

Sentap hakak dikkk... penat-penat hakak mengarang taww...
ni yang rasa nak terbitkan buku nehh!
*hahahaha... merajuk tak hagak-hagak*

Makcik kau jumpa 2,3 belog yang cedok entry aku yang ini,
copy paste kat belog sendiri...
ada jugak yang copy paste letak kat mailing list...
ada ka sapa-sapa pernah dapat email entry aku yang itu?

Huwaaaaa... paling aku sentap adalah bila membaca komen masing-masing.
labi-bini bingailah, bengaplah.... huwaaa....
Merajuk terjun longkang aku tawww....

Spoil mood aku nak post entry untuk pagini tawww....

p/s : Tengkiu SitiSifir tolong bagitau :)


.




Wednesday, January 5, 2011

DARI SEBERANG

Posted by MR at 3:05 AM 8 comments
Semalam lunch kat tempat biasa. Duduk kat meja biasa.
Ambik lauk biasa dan order air biasa.
Borak-borak macam biasa dengan bini tokey, mak tokey, abang tokey dan anak tokey umo 2 bulan.
OK tipu... anak tokey umo 2 bulan tau nganga saja. Mana buleh borak!

Topik perbualan agak luar biasa.
Bertitik tolak dari keratan akhbar ini.
Pic credit to reporter tersohor, Akak Wyra Rambut Ketak.
























Semalam asal Acik tutup kedai?
Budak-budakni banyak hal semalam,
Si Ira bawak anak pegi enjek,
Si Abang pegi imigresen nak buat permit bini ke apah tah...
Eh, imigresen KKB buleh buat passport dah kan?
Bulehhh... tapi nak buat baru sahaja. Nak renew, nak sambung tak buleh.
Owhhh... kalau passport dah expired kira nak renew, tak buleh la ekk
Tak bulehhh....!

Tiba-tiba bini tokey bisik-bisik kat aku
Akak orang seberang ker?

Berkerut muka aku!
Abih tu akak nak renew permit Bibik akak ekk?

Tambah berkerut muka aku!
Aku manada Bibik Ira oii... aku ni ha bibik kat rumah aku tuh!
Abih akak nak pi imigresen buat apa?

Laaaaa... yang depa dok kata tak buleh renew, tak buleh sambung semua tu..
rupa-rupanya depa merujuk kepada PERMIT KAK IPAQ DEPA...!
Hampeh dot com betoila depa ni tau!


*

*

*


Kak ipaq depa Indon mari!

Sikit punya ramai gadis melayu di donia ni,
gadis Indon jugak yang dirangkulnya... 
padanla ramai kawan-kawan aku yang masih bujangan.

Yang paling aku bengkek tu kan,
mohtep ko tuduh aku dari seberang????

Choiiiiii!!!


.



Tuesday, December 14, 2010

CEMPEDAK DAN AYAM KAMPUNG

Posted by Raihan at 9:02 AM 3 comments
Aku jumpa lagi 3 keping gambaq kat kampung yang belom dibelogkan.
Mai aku nak merapu semberono lagi :))




























Adik aku kata buah nangka/ cempedak ni tak sedap, buah dia tak manis.
bukan benih terpilih kotni... campak bijik ja kot, tu pasai tak manis [teori aku jah!]

                                                   






























Tapak lawatan sambil belajar si Mencah.
Kat sinilah ayam Tok Ayah tido tau Mamaaa...
Awak nak tido sini tak Mama? <--- Kak Ed tolong jawabkan pulak!









Dalam banyak-banyak gambaq kat kampung,
sekepiang ni ja gambaq pipi tembun aku rupanya.

Oleh sebab aku tak pakai cream sapik raniak,
maka permokaan muka haku adalah sangat horror huhu...
sangat tak sesuai untuk tontonan umum dalam skala dekat
lalu kita olah sopaya nampak ala-ala mulus domestikus! kekekekeke...

Tima kaseh kepada kepada tukang tangkap gambaq
di atas gambar-gambar yang berkualiti parkinson.



.





Monday, December 6, 2010

IDENTITY

Posted by MR at 2:36 PM 3 comments
Orang melesya mudah disosialisasikan.

Itu dakwa seorang teman seuni dulu.
maknanya, mudah 'menerima' benda baru.

I have few blogs that i love to read,
dengan gaya penulisan dan lenggok bahasa yang menangkap.
but none of that blogs was listed in here.

Reason?
I dont want to keep looking at those blogs.
because i dont want to be influenced by them.
tak best pulak rasanya kalau terikut style depa.

Lagi tak best, bila orang yang baca di sini terdetik dalam hati
Eh, apsal rasa macam tengah baca belog si polan eh?
Eh, rasanya perkataan ni si polanah tu yang selalu guna... minah ni tiru eh?
Eh, ayat-ayat mcm ni macam style si polanah plak...

Tak cool kan?
Thats why, kalo haku mau meminjam istilah tertentu yang menjadi identiti seseorang blogger lain,
haku biasanya akan creditkan kepada beliau.
ala-ala mintak ijin gittew...

Kamuorang ada berperasaan seperti haku tak?
Sometimes, i chose to be someone who is not easily socialized.








Thursday, December 2, 2010

IM NOT GADGET-FREAK PERSON, BUT...

Posted by MR at 10:51 AM 9 comments
I really need new handphone!
with basic, minimal funtions as below :
  • Making/ receiving calls,
  • Texting,
  • Camwhoring!

My old-pesen red Sony Ericson sudah kiok sejak seminggu yang lalu
walo dipecet-pecet dan ditujal-tujal... enggak mahu nyala lagi!

Lalu dikasi penjam sama laki
akan talipon buruk yang udah enggak dipakei!






























Si lebor yang sebelah kanan itu susah banget mau gunapakei!
kalo mau naipin sms, enggak biasa dipecet-pecet kayak talipon yang biasa
pakai touchskrin katanya... mampuih aku naik baran dibuatnya
sebab jari aku montok-montoks,
aku nak pecet satu hurup, tapi 3 hurup sekali yang kuar
Eeeeeiiii... barannnn!!

Ya emang ada pensel... bisa jugak makei penselnya
tapi... eeeeiiiii kowserlah sangat aku nak menulis-nulis pakei pensel
roper hindun jakun aja kayaknya!

Bajet untuk henpon tak pernah diperuntukkan
so, rasa-rasa macam tak payah pakei henpon lah kot kan?

[konon-konon mintak simpati laki la tu... kot-kot malamni laki aku skodeng blog aku]




Saturday, November 27, 2010

WHEN THE SMOKE IS GOING DOWN

Posted by MR at 7:56 AM
Haku dok peda... peda... dah 2,3 hari
mengumpul seribu kekuatan untuk tidak meletuskan lahar
dalam tak bercakap pon dah berasap,
kalau aku bercakap apa jadi?
































Tengok tagline dah la...
Rebel tak abis-abis!

The rest is misery!






Friday, November 5, 2010

MESIN LOCK-LOCK HAKU TAK MABUK LAUT WEIII...

Posted by MR at 10:38 PM 4 comments
Tapi dia mabuk angin... penin naik van Kangaroo dari Setiawan tak abih lagi :-p

Niat dihati ingin berbudi kepada tanah... eh, silap.. aku mana ada tanah
nak berbudi kepada mesin jahit...
kepada yang belum tahu, mai sini nak bagitau
makcik boyak korangni kan sudah ada 2 jenis mesin jahit
kunun-kununnya sudah fedap nak buat french seam... kununnnn :-p

Sebelum aku dimalukan lagi sekali di seantero donia oleh musuh aku di benua sinun
[sebagaimana yang telah terjadi kepada BM haku yang tengah bertapa di *tepi katil* tu....]
ada baiknya haku kuarkan mesin jahit lock-lock tu dari kotak,
dan mula merekayasa apa-apa saja projek menjahit syiok sendiri...

Tapi malangnya.... [start dah nak mereka alasan demi alasannnn... kah kah kah kah!]

  • Laki haku takmau tulong ngasuh hanak-hanak
  • Asyraf asyik bergayut kat kaki sluor haku
  • Meja nak letak mesin jahit tu pengkor sebelah, tercoet-coet jadinya
  • Bilik nak menjahit tu panas, masyam ketiak aku jadinya
  • Ruler oren aku tah mana hilang, Mencah buat props main perang-perang
  • Kapur nak trace kain hilang pulak... mana ekk?
  • Pola baju kurung guni haku haritu... lupa letak kat mana!
  • Pola baju Mencah pon hilang gak... nak lukih lain berchenta weiii...
  • SUKATI HAKU LAAAAA.... AKU MEMANG SUKA BELA GAJAH PUTIH!!
Muahahahahaha....
penat-penat aku reka alasan kan,
padehalnya... senang citer... tulih jer point yang last tu awal-awal sekali... ekekeke

Actually, pagi tadi haku dah ambik feel dahhh
dah bentang-bentang kain, nak kenalpasti angle mana nak potong dulu kununnya
sedang elok aku tengah berkira-kira nak potong,
anak dara terdiva haku mai terjah masuk bilik
langsung dia pulak sibuk-sibuk tulong aku ngukur-ngukur
jenuh perambat suh kuar.... tak makan hambat weii!

Tak lama kendian, si kenit macho haku pulak terkedek-kedek merayap kuak pintu bilik
sambil sengih-sengih tayang gigi senget dia
terus diranduk kain yang aku tengah bentang atas lantai

Haku senyum kelat jelahhhh....
Sementelah mata haku pon ada sikit ngantuk sebab penat buat muffin premix semalam khennn...
Lipat balik kain-kain tu semua... simpan elok-elok dalam lemari...
kelek si Asrap naik atas katil... sumbat botol full tank...
tutup lampu... kasi on aircond...

Belayarlah kami dua beranak dengan nyaman sampai tak sedor donia kakakakaka!
sedor-sedor dah pukul 12 tengahari.. tu pon sebab perut lapo
jengah depan tibi sunyi sepi... mana pi makhluk 2 orang tu?
rupa-rupanya PS dgn anak dara diva dia dah cabut pi balik lunch umah nenek onah!
Huwaaaa... zolim tau banggggg, pi makan tak ajak saya!

Ha begitulah tamatnya riwayat cobaan haku nak menjahit
nampak tak? nampak tak? bukan salah haku kannn....
salah depa-depa ni kan? kan? kan?

Anyway, ini ada sedikit pesanan dari hanak haku si Asyraf
sila ambik perhatian sewajarnya untuk mereka-mereka yang tersebut namanya :-p


























Makcik Timah ker Timly ker TTM ker nama jawi kerrrr
Jangan berani-berani lagi nak kutuk-kutuk khazanah mak saya
yang berada di atas katil, bawah katil, tepi katil dan bucu katil
[maklomla.... katil mak saya cukup beso nak sembunyikan gajah sekalipon]


Nampak ni muka bengis ni??
ni belum saya tunjuk gigi lagi nihhhh.... kalau saya kokakkk
berbekas jugaklah!

OK, kalini saya tak nak tayang gambo gigi,
ni amaran pertama... so, saya kasi gambo bengis versi ringan dulu
saya tayang gambo lobang lava gunung berapi dulu....



























Ingatttt... anda bikin onar dengan mak saya,
maknanya anda carik pasal dengan saya!









Monday, November 1, 2010

MACAMANA BULEH SAMA??? BENCIIII

Posted by MR at 4:08 PM 16 comments
Lihattt...
Lihatttt...
Lihat baek-baek...

*Ini gambar arkib weii... jangan pitnah kata aku bunting lagi!









































Baru-baruni haku pi Mydin nak beli barang dapo,
elok jer parking si kontot, nak kuar dari keta....
nampak suku-sakat Kiptiyah yang jual waffle tak sendap depan Mydin























Sikit punya banyak corak baju dalam donia nan fana ini
apsal ko gegeh jugak beli kain sama curak dgn baju aku ha?

Lagi malang, sewaktu kejadian...
AKU ADALAH SEDANG MEMAKAI BAJU YANG DI ATAS!

Terus tak jadi kuar dari keta,
hunus kunci... blah dari situ!



Wednesday, October 20, 2010

AMARAN : GELI MELIHATNYA

Posted by MR at 11:22 AM 14 comments
Part ni yang seksa...
mengawal gelembung beso ni tanak kasi pecah
pastu gatal-gatal pon dah start dah...

Mahaplah sapa yang meloya melihatnya...
ini jerlah peluang hangpa nak tengok kaki berkerak makcik... ekekek
eeeiii... keji betoi.. bini sappalah ni!









Aisyah asek dok tala kamera kat gelembungni
nak tangkap gambar kaki kembung mama!








Monday, October 11, 2010

ASYRAF DAN JERAWAT

Posted by MR at 8:33 PM 3 comments
Bersedia.....
Mula-mula tengok gambor budakni dulu...






























Lepastu... ini dia... mak dia enterprem!





























Yong, betul kata hang...
Kemana perginya kejelitaanku selama ini?
ekekekkekekeke... uweekkkk... jelitalah sangat! :))

Sapa yang kata haku nampak shantek dalam gambo dengan TTM tu
haaa.. sila tengok sini gambo sebenar dari jarak dekat
sekarang sila percaya, bahawasanya...
gambor dgn TTM tu haku dah touch-up habis-habisan
supaya kehuduhan ku tidak terlalu ketara disampaing beliau
ekekekkeke ... gelak mengekek lagi...








Wednesday, August 11, 2010

ANJAKAN PARADIGMA RAMADHAN 1431

Posted by MR at 9:18 AM 5 comments
Selalu ingin sentiasa konsisten dalam melakukan amal ibadat yang tak banyak mana
sama ada diwaktu lapang atau di waktu kurang lapang
[bizi tak mungkin, aku mana penah bizi]

Selalu ingin sentiasa ikhlas dan tulus dalam hubungan sesama insan
sama ada dengan orang yang nyata atau tak nyata
[ko kawan ngan bunian ke Rehan]

Selalu juga ingin sentiasa menjaga molot, nak cakap yang baik-baik saja
sama ada di dalam belog mahupun diluar belog,
sama ada tengah good mood mahupun bad mood,
sama ada dengan orang seagama mahupun tak seagama [i lap u Auntie Mary]

Selalu ingin nak kontrol pernapasan dan mengawal amarah
terutama sekali bila hanak-hanak dan laki bersatu padu bikin onar bagai nak pecah rumah

Selalu ingin jadi anak dan menantu yang baek kepada orang tua
baik di depan mata, mahupun di blakam mata...

Selalu ingin jadi bini yang baek kepada laki dan emak yang cool kepada hanak-hanak
tak kira masa kaya atau semekin, masa kurus atau masa montok


+
+
+
+
+
+
+


Apo makcik kau merepek nih?
Penat tau aku mengarang pepagi buto nih...
Abih dah korang semua buat catatan Ramadhan?
Sana-sini belog aku masuk semua citer pasal bulan poser... so aku pon karangla...
puisi tak berapa sendap nihhh...

Motifnya di sini,
Makcik harap bulan Ramadhan kali ini bakal menjadi pemangkin
untuk makcik menjadi seorang makcik yang lebih baik di masa akan datang
atau dalam bahasa canggih bagi zaman makcik masa tingkatan 5 tahun 1996

Semoga Ramadhan kali ini menjadi satu ANJAKAN PARADIGMA
kepada Makcik Rehan dalam melakukan perubahan secara HOLISTIK.
[Fuhh... kalo dapat tajuk karangan mcm ni, mau buntu kepala utak kan?]

Tiara, siap sedia ko dik... jap lagi aku tayang DDMR! hahahaha....


Monday, August 9, 2010

EMAK SAYA KATA SAYA BERAT, TAPI BABAH KATA MAK HANG YANG BERAT!

Posted by MR at 11:21 AM 8 comments
Assalamualaikum makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian
Terimalah senyuman ikhlas saya bersama rambut gonjeng untuk hari ini
sebelum saya melanjutkan bicara ....























Pagi tadi mak saya lambat masuk opis [lagi... hehe]
tapi kalini bukan sebab dia bangun lambat [lagi], tapi sebab ini....





















Tayar si kontot meletup dan koyak rabak!
Tayar blakam, sebelah kiri... tempat dimana saya duduk tiap-tiap pagi
Mujur masa tu kami dah nak sampai kat umah maklom
Kesian Babah saya, terpaksa gigil-gigil cabut dari opis datang tukarkan tayar untuk mak saya

Masa Babah saya tukarkan tayar,
Mak saya dan saya dan adik saya sedap-sedap makan nasik lemak kat umah Maklom hahaha...
Lepas dah siap tukarkan tayar, Babah pon naik umah maklom dan geleng-geleng kepala....
Ha eloklah tu... anak beranak dok makan nasik lemak hari-hari...
esok-esok meletup lagi 3 bijik tayar keta mama korang
Babah yang pingsan nak tukar tayar hari-hari....

Cepat-cepat mak saya menafikan dakwaan babah saya,
Aisyah yang berat... sebab tayar tu kat bawah bontot Aisyah.. hahaha...

Babah pulak membela saya seraya berkata,
Mama yang berat... sebab mama duduk kat situ tiap kali kita kuor....

Mama tak puas hati lagik,
Eh apsal lak... baper kali sangat jer mama dok blakam situ....

Babah nak balas lagi, tapi adik kecik saya cepat-cepat masuk campur dengan meniup wisel,
Prrrrffffffff !! <----- wisel dia bocor... rosak!

Semua pon diam dan meneruskan agenda masing-masing.
Babah pegi opis.
Mama pegi opis.
Saya dan adik saya duduk diam-diam kat umah Maklom.























 
Mama terpaksa redho pakai tayar tak lawa ni untuk seminggu ni
sampai babah berjaya pow vendor tayar Continental hahahaha....



Monday, July 12, 2010

PEREMPUAN BERANAK DUA, YANG MUKANYA BINTAT-BINTAT

Posted by MR at 8:25 AM 5 comments
Tak lain tak bukan, makcik lah perempuan itu! Muahahaha... <--- sengal!
Nah... sapa kata aku kurang keyakinan diri ha? ha? ha?
Tengokni... berani tau tempek gambar muka tak siap mcm jalan tak berturap!
Tapi makcik cropped la sikit, kang nampak aurat, laki aku murka...
sapa buleh bilang, berapa batam gigi kunen yang kelihatan?

























Muker makcik kemain berbintat-bintat mcm bintam-bintam di langit
maklomlah... makcik kan tak pakai Safi Rania cam u olls... :-p
Gambaqni Mencah yang tangkap,
Ada kemajuan nak... pasni ko boleh polo mama kemana-mana,
ko jadik tukang kelik-kelik ekk...



Seterusnya, hanak-hanak la plak...

























Jangan tertifu, beliau bukan mengantuk atau merajuk atau kesedihan
beliau sedang belakon!
Suruh buat muka kesian, haa... ginilah hasilnya.
Kalau suruh nangis pon kan,
beliau tak ragu-ragu tau mengeluarkan air mata pelesu
Drama Queen sungguh!























Inilah peel yang paling mak dia tak suka.
suka sangat main kain, selimut, bedsheet, comforter etc.
mula-mula main peek-a-boo dgn adik,
lepastu kompom adik dia melalak tak hengat
sebab adik dia pulak yang kena bungkus
Lemas adik ko tau!


Sudah.. sudah.... asek main jer hangpa neh...
mai baca buku pulak! camana nak jadik best student cam mama ko nanti.. kekeke
ko ajar adik kak... ajar bebaikkk... jangan ko kelepet adik plak
mama nak bongkam tido! wahahahaha...



















Bacalah sangattttt!























Budak rambut sikit ni kannn... punyalah meragam masa kat Pandan Indah haritu
Masuk jer umah, nampak muka Maktok dgn Tok Ayah dia
terus melalak selop sampai terhinggut-hinggut satu badan
Hadoi la ko dik.... tensen mama ko tau tak!




























Hat sorangni tak yah tanyalah...
dia kan pandai mengembik bila masuk kandam kambem!
sampai tunggang langgang umah orang dia punggah menan
bukan lipas kudung lagi dahh.. lipas OKU dah jadinya!

Tuesday, July 6, 2010

OLEH SEBAB BLOGGER.COM ADA SIKIT MERENG INI HARI...

Posted by MR at 2:08 PM 1 comments
So, mak hencek pon malas nak beria-ia mengarang...






















ini gambo TAG kat FB,
kontot nyer lah hai haku dlm gambo ni kan
lagi buat muka inesen - suci murni gittew...

Nasib baik, sebelah badan tersembunyi kat belakang orang...
kalau tak, nampak jelas dan nyatalah ukur lilit dan diameter tubuh montoks ku

Ini gambo tahun bila kala ekk zalwa?
rasanya tahun 2003 kot! Giler mak datuk punya lama dah kan...

Sengal lah aku.. apsal aku buat entry ni ntah!

ShareThis