Showing posts with label House chores. Show all posts
Showing posts with label House chores. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Homeschool?

Posted by MR at 2:02 PM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Harini skolah depa cuti.
Aku dah sampai depan pagor skolah baru cikgu kabo harini cuti.
Cikgu nyer kata dah pesan kat kids last friday, tapi Si Mencah hagham tak bagitau aku pon.
Lupa gamaknya. Makanya, terpaksala hangkut depa balik ghumah.

Lalu ghumah aku pulak jadi skolah! Homeschool lah sangat kannns...
Asyraf dengan perangai suka baling barang. Dentum dentam satu ghumah.
Masa aku sibuk kat dapo tadi, tah bapa kali kakak dia jerit bagi laporan kat aku

Mama, Baby dah buat sesuatu! Mama datang sini tengok!

Aku pi depan tengok budak Asrap tengah cepuk air oren atas lantai.
Pastu bising mengadu kat aku,
Ma! Ma! Ma! Bajahhhh! Ma! Bajahhh!
*Basah!

Aku lap air oren, kembali ke dapo.
Kang kejap lagi Aisyah jerit lagi,

Mama, cuba Mama tengok Baby tengah buat apa ni!

Aku pegi depan tengok dia tengah gigih nak sumbat teddy bear dalam tong sampah!
Tong sampah kosong tu dia heret dari dapo.
Tadi kat depan tu berselerak dengan mainan dan pinggan mangkuk plastik depa buat main,
sekali aku tengok lantai dah lapang.
Aku check dalam tong, penuh dengan mainan, pinggan mangkuk, remote tibi
bekas cupcake silikon aku pon duduk dalam tu!

Aku ambik tong sampah, letak balik kat dapo
kejap lagi nak kena basuh balik barang-barang dapo yang dia sumbat dalam tong tu
Kotor la kan, tong tu walaupon kosong tapi selalu dok guna
kosong tu pasal pagi tadi aku dah buang plastik sampah dia
lupa nak terus ganti plastik baru, tu yang budakni sakan buat main tu.

Aku sambung balik kerja kat dapo.
Aku dengar depa dok ketung-ketang baling mangkuk besi
gasaklah, jangan melalak, jangan muntah sudah.
Korang nak buas, nak punggah aku buleh tahan lagi.
Tapi tolong jangan muntah! Terus api sambar kepala hahaha...

Dah siap masak, aku offer depa lunch.
Dua-dua takmo makan. Adik mintak biskut tiger.
Tibai sampai 6-7 keping.

Kakak dia apa pon takmau. Jenuh pujuk suruh makan.
Agaknya kat skolah, depa memang tak makan tengahari
Sebab tu bila petang balik skolah, masing-masing macam kebulur
Si Asrap masuk rumah terus tuju dapo, tunjuk kat puyuk nasik
Ma! Ma! Mam Ma! Mam Ma!

Aku tanya Aisyah, apsal takmo makan. Siap nak offer telo air pon dia takmo.
*telo goreng yang kuning dia cair

SAYA TAKNAK MAKAN, SAYA NAK BIAR PERUT SAYA KOSONG
SEBAB SAYA NAK KURUS SENIKIT

Gataiiiiii sangat kan!






Friday, April 20, 2012

Lacey tidak hamil

Posted by makcikrehan KJB at 11:59 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT

Saja gatai update 2 kali harini
Hari Jemahat rehat lama kanns,
kang sian feminat-feminat akak kuar-masuk blog akak takde citer baru khennns... harktuihh!

Saja nak bubuh gambaq kanak-kanak riang nak pegi sekolah pagi tadi
mahapla dik non, ginilah prestasi semasa kamera akak
kembang-kembung gambornyer...
dahla tangkap sambil mengkalut nak hambat depa suh masuk keta kan
kamera plak jenuh tenyeh nak buleh menangkap, ntah apa yang di zoomnya haku pon tataulah
pasrohhh.... kata marhaen kanns...




























Sejak dah tak melalak ni kan, Asrap ni lagi senang nak ajak mandi pagi tau
Kakak dia ni, aku terpaksa memekik sampai kuar sora Romli Sorip baru dia nak capai towel
Pastu senyap-sunyi duduk tongkat dagu atas toilet
Kang sekali lagi aku memekik baru dengar dia curah air
Tetiba tak dan 2 minit dah kuar. Konon dah siap mandi... Padehal muka pon tak basah!
Hakaaaaakkk jugak nak kena jirus, syampu, sabun badan dia segala tau

Asyraf ni akak belum belikan unipom
Tapi akak selalu pakaikan baju dan sluor merah kat dia
saja nak bagi sama dengan budak-budak lain
Biasalah... nak beli unipom kemain mengkemutz,
tapi tetappp tanak kalah, baju kau merah ek, ha anak aku pon kena merah jugek! :))

Buku pon tak beli lagi. Tengoklah sebulan dua lagi kalau dia dah buleh becakap elok sikit kita beli lah.
Akak nak suruh dia campur dengan budak-budak jer dulu
Lantak pilah dia nak main ke, berguling ke kat skolah
Bak kata cikgu dia, bior jer dia nak buat apa... janji tak menangis sudehhh
Janganla sampai umo 6 tawon awok biorkan anak akak ni berguling jer cikgu yer
Kang ada pulak mak budak yang mengamuk berguling kat skolah... hehehe


Nah selit gambar perdagangan. Kata International Business khennnsss :))

















Kawan akak belikan kat UK
dia kata kalau muat kau hambik, kalau tak muat kau letgo
memang sungguhla aku tak muat weiii...
size 46 Dikkk.. akak koman-koman size 54 baru buleh bernapas!

Kalau you olls pregnant, comei sangatla pakai tunic/dress ni
tapi kalau you olls bangsa plus size macam hakak ni kan, tak payah tunggu bunting pon buleh pakai
Ni gambo sebenar baju, Si Lacey tulong gayakan
Lacey tak pregnant hokay, tapi cantek jer dia pakai kannns??





































Email to kamijualbeli@gmail.com to buy




Tuesday, April 17, 2012

18 Ringgit

Posted by makcikrehan KJB at 11:24 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT


Asyraf tak skolah harini yu olls. Kan ada Incik Nazir nak datang melawat skolah katanya kannns
Kemain happy la konker tibi sensorang dari pagi.
Tu tengah dok syok sendiri terjerit-jerit main sorang-sorang  :))
Tengahari semalam masa ambik Asyraf, beria cikgu tu berkias-kias nak ngingatkan Akak
Gigih konon-konon becakap dengan Asyraf, pastu cakap kuat-kuat nak suruh aku dengar
"Besok Asyraf tak datang kannnnn... besok Asyraf cutikan.... Kan besok dia tak datang kan...."
terbalik-balik dia ulang-ulang ayat yang sama, tampor jugak kang! ehh... hehehe

Lepas hantar Aisyah, tetiba teringin nak masak lemak ciliapi
(bahana Akak tengok Si Del masak lemak semalam la ni)
Akak terus pecut pegi BCH, terjah kedai runcit yang selalu pi

Dah sampai, matikan enjin... baru teringat dompet tak bawak
kelebek dalam wrislet Jurulatih Petaling Street, jumpa la 18 hengget
bulehla kot habuan beli santan dengan ikan 2-3 ekor

Ambik ikan, cilipadi, serai, santan = 5.90 sen
Gegas nak balik, tetiba teringat beras plak habis kat rumah!
Ahhh sudahhh... tak kan nak makan masak lemak dengan nasik pulut kot?
duit adala belen dalam 12 hinggit. Mana cukup nak beli beras sekampit...
nampak seguni beras timbang kat tepi tu
tanya la budak cashier tu, beras ni sekilo berapa? 3 hengget katanya.
merasala beli beras aci timbang... kekeke

Tetiba terasa semekin sangat. Insaf!
Macamnilah gamaknya orang-orang susah berbelanja kan
kais pagi, makan pagi. Beli setakat apa yang ada.
Nak beli pon takut-takut, takut terlebih bajet kan.
























Gambar hiasan. Hahahaha....







Monday, April 16, 2012

There goes my allowance!

Posted by MR at 12:40 PM 1 comments
Assalamualaikum WBT


Soklan wajib tiap kali Skype adalah :
"Pokok dah siram?"
Off record : Jawapannya adalah TAK.
(errr... tak pernah siram!)




























Berdebarrrrr akak tengok pokok bonsai beliau dah kering kontang sampai macamtu
terus terngiang-ngiang ayat seram beliau minggu lepas :

Kalau pokok tu mati siap,
Abang potong allowance!!

Wyra, monthly installment kena kasi turun lagi ler nampaknya!
Huwaaaaaa....!!


Tuesday, April 10, 2012

Sorat untuk Abam dan Asyraf

Posted by makcikrehan KJB at 8:42 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT



Asyraf,
Sorry tau, Mama asek naik angin dengan awak
Mama bukan nak marah awak sangat,
tapi Mama hangin kat Abah awak je (tataula apa salah Abah awak haha)
Entah bila rebel Mama ni nak hilang
Mama janji untuk tidak menaiki angin lagi untuk 2 minggu seterusnya :)


 



























Abam,
Tima kaseh kerana melayan kemeroyanan saya di tengah malam
Saya kan PMS mengalahkan anak dara sunti umo 12 tawon  :))
*walaupon akhirnya saya cuma dengar sora awak berdengkur dekat sekaip!
Saya kan tiada talian hayat lain untuk melampiaskan seteress
*now i know that Allah loves me, and He wants me to turn to Him

Seminggu pertama saya okay lagi.
Masuk minggu kedua, kanak-kanak mula tidak memberikan kerjasama
*padan muka, gatai sangat hantaq anak pi skolah :(
Semoga 2 minggu ini cepat berlalu
Dan berlalu bersama episod yang manis-manis

Comeback soon dear husband.
And we can get back to our domestic routine... take turns cebok berak anak! :))




 
Apa yang akak hangin sangat kat Abah depa?

.
..
...
....
.....
......

Akak hangin laaa... pasai pi sana tak bawak akak
sia-sia akak ada BUKU MERAH tawww :))



Friday, April 6, 2012

4 jam sahaja

Posted by makcikrehan KJB at 9:32 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT

Harini hari ke-3 Asyraf duduk kat nursery.
Pukul 8-12 tengahari saja. Feelim-feelim playskul gituk.
Orang kampung pon teringin nak merasa playskul macam orang Kinrara :p

Hari pertama - melalakkk.
Hari kedua - melalakkk.
Hari ketiga (pagini) - melalakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Muahahahaha.... Melalak jerla budakni tak abis-abis. Pening akak.
Darjah kelangsingan bunyi tangisan bisa diukur melalui bilangan huruf  "K" yang tertera :))

Berbanding zaman Aisyah duduk nursery dulu,
kalau dia melalak macamni, akak dah berjurai ayaq mata dah tengok
terus rasa tak sampai hati nak tinggalkan dia.
Tapi dengan budak Asrapni, hati akak kebal lain macam tau
Lagi dia nangis, lagi akak nak berambus cepat-cepat! hahaha...
Pandai-pandailah cikgu dia nak pujuk... alah, 4 jam je cikgu
kasi chance lah akak nak 'enjoy my sweet little time' bak kata Diva Meryam

Pagini paling super saiya la dia melalak.
Kami sampai awal, pukul 7.45 pagi.
Tujuan murni akak konon bulehla spend masa dengan dia sat main-main kat laman nursery tu
harap-harap takde la dia melalak kaw-kaw sangat kannnss...
sekali salah strategi la pulak....
Budakni dah datang trauma takut sekolah macam masa 3 days career woman haritu
Nak masuk keta pon dia dah merengek, benti je depan pagar skolah terus bantai melalak

Ahhhh... alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak!
(padehal pekasan skang simpan dalam tapawe cantek, letak dalam fridge, tak payah seluk pon)
Akak seret jugak masuk sekolah, pujuk-pujuk 2 minit tak jalan jugak
Last-last panggil cikgu dia tolong dokong,
akak pon melangkah penuh bergaya keluar dari pagar skolah :))

Sian anak akak. Bertahanlah ye dik.
Bagi chance lah mama nak mandi dan be*rak dengan aman di waktu pagi.
Juga mungkin sempat menjahit 2-3 guni kain perca :p
Umur kamu pon dah nak masuk 3 tahun,
belajar-belajarlah berkawan dan berenggang dengan mama kejap.
kalau kat rumahni, akak hilang 1 minit pi tuang Softlan dalam mesin basuh pon
dia dah panik meraung sambil tumbuk-tumbuk pintu macam nak roboh
Bikin kepala akak migrain sampai ke malam tau!

Kenapa tak hantar kat Maklom?
Maklom duduk jauh la weii. Tol pi-balik dah 5-6 hengget. Petrol lagi kan
Dah la Ron 97 dah naik lagi sploh sen (padehal aku tak pakai Ron 97 pon)
Tak relevanlah nak hantar hari-hari ke sana kanns
Kecualilah kalau Abam Aril tetiba terrrbeli banglo lelong kat Bukit Beruntom tu kannss

Anyway, semalam Aisyah mintak nak bawak bekal.
Makan kat sekolah tak sedap kot haha,  tak pon dia teringin tengok kawan-kawan lain bawak bekal.
Pagi semalam akak tak sempat masak,
tapi tengahari pukul 12 masa nak ambik Asyraf tu akak hantarkan sekali bekal untuk dia.
Sekarangni dia stay kat skolah sampai petang.
Senang akak takyah hantar dia lagi sekali pukul 2.30 karang.
Pukul 5.30 ambik dia, dah siap mandi wangi-wangi. Senang keja akak hahaha...
Kalau tidak, pukul 7-8 malam tu sibuk bergaduh dengan dia nak suruh mandi.
Balik rumah buleh terus buat keja skolah, makan malam, tengok katun kejap, pastu buleh tido awal.
(saja nak portray good image, nak convince kan Tuan besor nunnnn kahkahkah)

Bihun goreng tak pedas tapi bukan singapore nama diberi :))
























Petangtu akak tanya, "Habis tak kakak makan bihun?"
Dia jawab, "Tak habis, tapi Ila dengan Ica tolong habiskan. Diorang memang suka makanan"
Hahaha... jangan marah Mak Ila dan Mak Ica kalau baca ni ekk...
budak-budak biasala... lagipun akak memang memang terel masak bihun gorem
signature dish la katakannnssss.... mestilah sendappp.... kahkahkah!


Untuk harini pulak, akak dah siap masak nasik daging menggunakan paste seperti dibawah

























Anak-anak akak adalah penggemar nasik berperisa - Nasik ayam, tomato, lemak, goreng, beryani etc.
Nak beli hari-hari, kopak lah akak kannns. Sekali beli busuk-busuk dah 5-6 hengget kannns
So akak beli paste macamni, rega kalau tak silap RM3.50 sepeket
Buleh buat 2 kali masak. Sekali masak dalam 2 pot kecik.
Depa suka makan nasiknya saja, lauk-lauk semua tak payah.
Si kakak ni kadang makan gakla ayam sesikit. Tapi takdak lauk pon takpa, telo 'air' pon jadi.
Haritu dah try paste nasik tomato dia, sedap tau. Anak suka, ibu percaya gittew.
Ni try nasik daging dia pulak. Nanti kalau sedap akak canang kat sini.
Kalau akak diammmm jer, maknanya tak sedap le tu ekk...  :))

Signing off, sidai kain. Lepas tu duduk berteleku tunggu roh menjarum datang!
kehkehkeh....




Monday, March 26, 2012

Seni pertahanan diri

Posted by MR at 12:59 PM 3 comments
Assalamualaikum WBT


Kena try ni... bulann ni mental dan fizikal akak bakal di uji!





Nah zoom sikit.
Akak snap kat sotkaba utusan meloya kat umah Nenek Onah minggu lepas-lepas-lepas :))









Pesanan akak kepada ibuk-ibuk dan istri-istri yang berminat nak try kaedah ini :
Pekerjaan lain lantak kaulah nak tukar tangan ka, tukar kaki ka, tukar dagu ka...
tapi janganlah sekali-kali kau tuka tangan kanan buat cuci berak pulak. Yucksss sangat kan!


Live telecast :
Tengah akak taip entryni,  kanak-kanak di belakang tengah main lompat-lompat atas tilam spring
tetiba akak dengar bunyi prakkkk!!
haruslah ada palang kayu katil ni yang patah kan.
Aisyahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Pap! pap! dush! dush! kelepekkk!
Akak tibai cukup-cukup sampai jejari dompot akak kebas.

Akak tak pakai tangan kiri pon,
tangan kiri tak kuat, mana sedap mentibai pakai tangan kiri kan
belasah dengan tangan kanan baru pedih sampai urat keting!

Sakit tapak tangan akak tibai kaki dia pon tak hilang lagi
dia dah sambung main smackdown guling-guling dengan adik dia kat belakang!


Wednesday, March 21, 2012

Retiz pon ader perasaan tau

Posted by MR at 7:58 AM 10 comments
Assalamualaikum WBT

Hati akak yang selembut sajlu telah mensentap dan mengguris lagi
dan macam biasa... akak kalau sekali sentap, memang sampai ke tulang hitam
yakni lubuk nurani yang paling dalam gitu. Puiiiii!!

Orang lain kalau menyentap langsung tak usik blog ke FB ke apa kan
tapi akak kau kemain menggila pulak mengarang entry
escapism la kiranya blogging ni kan

Petang semalam lepas hantar Mencah Manhattan pi KAFA
akak melencong pegi pejabat pos nak pos barang dagangan
mujurla masarekat BCH tak ramai sangat nak membayo bill macam selalu
sekejap jer dah selesai urusan akak kat Pej Pos,
Asrap pon tak sempat nak buat drama stunt mengguling macam selalu.

Bila dah selesai urusan, mulala kepala akak berpusing-pusing mencari pasal
tetiba teringat akak dah lama tak trim rambut yang dah mula bersepah-sepah kat dahi
lalu akak pun terus tuju kat satu salun rambut (salun tu, kau ada?) kat hujung corner
haritu pernah sekali potong rambut Mencah kat situ. Kena 7 hengget sahaja.
Kalini tengok kat cermin dia tulis, dewasa potom rambut 20 hengget.
Ishh... mahai ler pulak. Biasa akak bajet 10 atau 15 hengget saja.
Bukak dompet, nampak duit macam ada belen banyak lagi (kater usahasawan kanns)
Lalu masuklah akak dan Asrap ke dalam salun ittew

Pendekkan cerekarama... dari nak mempotong rambut, akak terjebak cuci rambut sekali
First time in my entire life u olls... akak mencuci rambut di salun

Very the peghak ko tau, nak terlentok-lentok tido masa amoi tu mengerjakan kepala akak
rupanya cuci rambut kat kedai ni siap ada pakej urut-urut kepala, leher sampai ke lengan!
masa dia cepuk-cepuk lengan balak akak kan, akak punyalah tahan taknak mengketawa
mujurlah Asrap kecik lagi, tak paham pemender kan
kalau akak pegi salun dengan kawan akak Si Ezey tu, mau roboh kerusi tu kami pakat mengketawa
kau bayangkanlah dik, akak yang besor jumbo ni... diurut oleh amoi kenit....
mau lenguh tangan dia lepas urut akak kan...

Lebih kurang sejam jugakla akak membuang masa kat salun tu
kiranya akak berpuas hati lah dengan servis depa
rambut akak pon depa potom cantek macam retiz antarabangsat. Puiiii....
hilangla jugak lenguh-lenguh kat leher tu kan
peghak pon peghak la kannn.... janji bayo 30 hengget saja :))

Dan start dari petang semalam lepas balik salun tu sampai tengah malam buta
Asrap punyalah melalak macam kena sawan tangis gitu
Bapak kau macam biasala... buat perangai srupa orang lain la kan
mentido tak pedulik rumah nak terbalik ker apa
Yang akuni dah mencuak anak tanak terletak
mata pejam tapi menangis teresak-esak, siap tangan mengkawai-kawai, mulut meracau gitu
sampai lenguh la tangan akak pangku baby besor ni sampai terlena
tu pon asek terjaga-jaga sambil meracau menangis

Akak syak, ada yang tak kena masa kat salun tu kot
maklumla... salun kan, kemain banyak patung, gambor-gambor model betepek kat dinding kedai
lagi ada patung tokong besor dalam kedai...
akak suspect ajer ler.... akak bukan racist tau...
budakni pulak main sorang-sorang jer masa mak dia membatak cuci rambut

Siang ni kalau dia sambung lagi melalak sambil meracau macam malam tadi
memang akak hambat Abah dia suruh balik bawak anak pi klinik ke apa
jangan nak perasan jadi boss besau pikir masalah sarekat, anak kau melalak ni sila balik tengok

Mencah dah bangun. Mau siap-siap pegi sekolah.
Asrap masih mentido. Harap-harap dia okay bila bangun nanti.

Babai u olls *sambil tarik remos, tayang rambut retiz*









Tuesday, March 20, 2012

Mendikari III

Posted by makcikrehan KJB at 4:50 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT 


Last week kan cuti sekolah.
So, anak dara harus mentolong emak.






 Homework tak ada tau anak akak ni masa cuti skolah baruni.
Akak sayang Teacher Min. Terima kasih kerana meringankan beban tangan kiri saya.
Walopun Aisyah tak suka cikgu tu sebab dia kata cikguni gemuk.




 Bila homework tak ada, kerjanya 24 jam adalah art attack!
(lah sangatttt... puiii!)





My GAKA, my WAWA. Aeroplane penuh kat blakang tu nampak?





Kat rumah kazen dia @Gombak. Sedang membuli kucing!


****



  Last but not least.... your beloved makcik dompot :))

Cukup untuk hari ini,
jumpa lagi di lembaran akan datang. Kellas ayat kan.
Very the perpustakaan negara mesia punya ayat saiko kan?






Mendikari II

Posted by makcikrehan KJB at 12:15 PM 4 comments
Assalamualaikum WBT


Harini sawan separa sedar. 
Tetiba menggila nak update belog.
Petang kang jangan lupa, ada lagi satu entry tau.
Wakakakaka... very de retiz kan, siap pesan suh datang lagi LOL.

****

 Antara rangkuman hidangan last week. Kami kan mendikari 3 beranak.
Pak depa makan sedap takpa,
Anak-bini kena makan srupa orang lain.
Eh, ada ka orang lain makan laguni?

(ada belen carotans dalam hati kuikuikui)



 Masak sadin laguni pon Aisyah puji aku pagi sampai malam kau tahu.




Sup daging ehsan ibu mertua. 
Mak mertua akak sangat baik tak srupa mak mertua orang :p




Masak nasik, gorem telo dadar.
Sila imejin 3 beranak tengah hadap lauk di atas. Mengkesian tak?





Sup ikan di atas pon mak mertua akak bagi.
Nampak sangat akak hari-hari menebeng umah mak mertua kan?
Demi nak menjadi menantu srupa orang kannn.... hehehe.





Pastu esoknya, akak pulak try masak sup ayam.
Membencikan. Akak masak lauk tak pernah sedap!



Sunday, March 11, 2012

Self-esteem

Posted by MR at 3:11 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Sat tadi chat dengan sorang kawan baik kat fesbuk durjana.
Tanya dia, tau sapa-sapa buleh jahit tudung tak?
And she recommend someone - kawan sekampung dia.

She gave her friend's FB link.
Laju-laju aku click tengok gambaq.

Cilaka. Hensemnya laki dia. Dia pon punyala lawa.
Dah laki-bini muka jambu, anak-anak kompomlah jambu air.
Dan-dan terasa diri ini serupa bibik tua!

Aiii... mid life crisis dah ka?
Dak kot... di bawah pengaruh dadah kot ni...
Aku biasanya punya yakin diri yang tinggi dan kental. Puiiiii...!!























Salahkan ubatan sebeban ini sehingga minda berada di bawah sedar.
Gila patuh makan ubat sehari 3 kali. Antibiotik bagi perabih.
Celik mata 10 minit, pejam balik 3 jam.
Tido-bangkit-tido. Antihistamine buat aku lalok.

Kanak-kanak lalu terbiar.
Mak sedap tido atas tilam, anak mengkerekot ataih tikaq buruk.
Saja takmau kepit celah ketiak, takmau transfer selsema kat depa.

Sedang paksa diri memperkuatkan stamina.
Mingguni cuti sekolah. Kanak-kanak bergabung tenaga membikin onar.
Esok laki plak terbang out station seminggu.

Maka takdak sapa aku nak pass baton suruh cebuk berak dan lap muntah.
Siang malam aku kena hadap kanak-kanak secara solo.
Kalau demam aku tak kebah-kebah sampai esok, apa cerita?
Aku jerit pon kuar angin saja ni. Suara dah takdak.
Bila tadak suara nak bertempik, takut nanti penampor puteri banjar yang take over!
























Kids, please behave. Please...








Friday, March 9, 2012

Usahasawan berjaya memang macamni :p

Posted by makcikrehan KJB at 10:21 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Hari Isnin tadi kanak-kanak bertuah ni terpaksa duduk taska whole day
Aku ada hal penting, pegi submit tender 12 juta. Kau ada?
Hal koperat keparat mana buleh bawak anak :))

Aisyah takde hal, memang excited sangat.
Imam kecik aku ni la... menangis kompom punya.
Aisyah citer kat aku malam tu, lepas Mama pegi kan... baby nangis kuat.
Lepastu baby kencing sampai kena tudung dengan baju Muallimah Wani.
Muallimah Wani kena balik rumah dia tukar baju baru.

Kesian Cikgu depa....
Bertalu-talulah aku sembah ratu mohon maaf kat Muallimah Wani esoknya.
Rumah Muallimah Wani tu dah la jauh kat Kundang nun!

Takpelah kak.... biasa dah tu.
Agaknya dia main slide pagi tu, pampers dia tersenget ke cemana
tu yang bocor kencing tu kot. Takde hal la kak
-kata beliau sambil tersenyum manis-

Tak baik buruk sangka. Aku yakin Muallimah Wani adalah ikhlas.
Wahhhh... kena kat orang pandaila kau suruh ikhlas kan?
Kau dulu kat PID keje bertempik jer kat budak-budak :p























Aisyah excited tengok aku siapkan bekal susu macamni
Agaknya dia teringat zaman aku 3 Days Career Woman dulu
Pagi-pagi buta seret beg masuk keta pegi duduk taska
Malangnya mak dia hanya bertahan 3 hari saja hahaha...


























Asyraf pulak teruja bila tengok beg merah tu.
Dia kan selalu suruh pakaikan beg tu, berangan pi sekolah
pagi-pagi aku kejut, tunjuk beg merah cakap harini baby duduk sekolah tau
meloncat la dia nak bukak baju ajak mandi hihihihi...

Petangtu aku hantar tender 12 juta sampai ke Sepang,
Siap buat photoshoot projek terbaru dengan model antarabangsat haha
Pastu ada meeting projek juta-juta dengan Diva Sepang
Sudahnya aku terlajak masa.... pukul 6 aku masih kat Sepang lagi

Gelabah babun hokay,
call Abam Aril ko tak hangkat-hangkat... meeting ka dating ni Incik?
Pukul 6 lebih baru dapat cakap dengan dia,
Aku pon tune suara habih manja...

Bang, saya kat Sepang lagini... macam tak sempat nak ambik budak-budak
Abang tolong pick-up depa eh harini?

Abam Aril ko terpaksarela pasrah balik awal kutip anak
kensel la plan kesukanan beliau pada petang tu.

Aku pon riang-ria berdangdut dengan Diva Sepang sampai kena halau dengan tokey kedai
Dah nak maghrib tak reti-reti pulang! :))

Baru aku start keta nak balik, tetiba Abam Aril ko telipon
Dengar suara garang pitching tinggi di hujung talian, aku dah cuak...

Weiii... kat mana dah ni? Bila nak sampai?
Kami tak buleh masuk romah, kunci takdak!

Haruuuuuuuuuu.....!

Highway sangat jem hokay,
lagi kehujanan... seteressss mak!

Tapi kanak-kanak sangat happy tawww....
sebab Babah depa bawak depa lepak kat indoor playground Jusco sampai lebam!
Hahahahaha....

Sekian, sketsa sebabak aku untuk minggu ini.
Jumpa lagi di sketsa akan datang.





Thursday, March 8, 2012

Domestic goddess

Posted by makcikrehan KJB at 9:33 PM 3 comments
Assalamualaikum WBT

Sabda Rasulullah :
"Wanita adalah penjaga,
penanggungjawab rumah suaminya
dan dia harus bertanggungjawab atas pengaturannya"

Tweeted by @infosihat2u

======================================================================


Pendapat saya, insan yang jahil dan lemah:

Buatlah bagaimanacara sekalipun kan,
selagi tidak membebankan, keterlaluan dan melanggar syari'at,
demi kenyamanan mata memandang, dan keselesaan seisi romahtangga....

Tak apalah kan sekali sekala hantar baju kat kedai dobi bila cuaca tidak mengizinkan,
Sekali sekala terpaksa letak anak kat Taska bila ada urusan penting
Sekali sekala panggil part-time maid bersihkan sawang dan debu dalam romah
Sekali sekala (ke selalu!) tapau lauk kat kedai makan...

Saya belum mampu menjadi domestic goddess macam suriromahtangga lain
Kadang-kadang saya on-track, tapi most of the time saya off-track!
InsyaAllah harta benda somi saya jaga baik-baik,
cuma segmen cuci-cuci tu kadang-kadang saya kena sub kat orang lain

Bini Pidaus la punya pasal... haritu dok kecoh pasal domestic goddess,
kan aku dah tersentap!  :))




*
*
*
*
*
*

Errrmmmm.... saya sebenarnya nak bagitau,
saya kepingin orang gaji!





Tuesday, February 28, 2012

Photo blog (when you are busy)

Posted by MR at 9:15 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT


Yes I am busy.
Packing, sorting, arranging, listing, planning, thinking, worrying bla bla bla...
Photo blog will do ya :)

Pics taken last year.




Started by Kakak. Kepimpinan melalui teladan kan...
ai foloooo! (kata adik)










Berdua kan lebih baik?
Macam Phinneas and Ferb gitu kan :p


 



 Mama dah start kuyak-kuyak baju, bertukar jadi makhluk hijau.
Mari Baby, selamatkan diri...!





Peace Mama...
Kita main bola pulak yuk!


Gonna miss them much.
Pray for our safe journey ya friends :)






Monday, February 27, 2012

Galang ganti

Posted by makcikrehan KJB at 11:19 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT

2-3 hari membising nak carik part-time maid
habih jenjiran Bayuville aku roger federer, nan hado!
last-last, tulang selangka banyak isi ni jugeklah yang terpaksa mengerjakan romahtangga.

Sebagai galang ganti, 2 bungkus besor ni kita hantar laundry
kehkehkehkeh...




























Membebel la mak aku kat kampung kalau dia tau
duduk rumah melepap pon nak suh bibik cucikan rumah
lagi baju-bajan hantar ke dobi

Apakan daya, daku maknosia biasa
walaupon gagah perkasa, kelemahan tetap ada...
aku lemah bila situasi terlampau diluar kawalan
kain baju kotor bertapuk-tapuk, kanak-kanak asek muntah siang malam
lantai lekit-lekit, aku mop sini... depa muntah sana or vice versa
lagi tikus cencorot dok pret tahi celah sana sini. Eiiiii... menggeli!

Kain dalam mesin belum sidai, kain yang tengah jemur plak melembab tak kering
yang dalam bakul lagikan sedang menggunung
Abam Aril kau balik OS tambah lagi sebuntil besor baju busuk
oh seteresssss!

OK la tu, dah lama aku tak buat perangai hantar kain baju pegi dobi
sebulan sekali, pejam mata jelah kannnn :p










Friday, February 24, 2012

Kepalaku dihempuk

Posted by makcikrehan KJB at 8:50 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Kejadian adalah last week
aku golek-golek atas katil di pagi Sabtu
PS gatai pi opis, ada keja nak kena setel (konon)
berbulu la aku tersadai kat rumah di hari minggu kan...
aku bukan buleh, weekdays aku dah penat jadi bibik, jadi supir
weekend aku mesti mau kuar kandang... kalau tak dapat mula la aku moody sampai petang!

Asrap bukan buleh tengok aku golek-golek, satgi dia mai cungkil mata aku tak bagi tido
Bilik usahasawan akuni memang dah macam kapal meletup, masyaAllah punya bersepah
Jadinya aku malas layan depa main kat hall, satgi kat sana pon berkecah jugak
aku bagi depa layan youtube kat tablet masuk air
streamyx kat umah ni pulak kuasa sendu ngalahkan siput sedut
so, kau tengok video kat youtube memang tak pernah smooth punyalah kan

Kakak dia dah paham, kalau video asek sangkut-sangkut memang dia takde bising-bising
baik dia pi layan colouring tak pon dia layan games angry birds
ini masalah antarabangsanya si budak kecik tak reti sakap nilah
dahla dia sakap aku tak paham, aku sakap pon dia buat-buat tak paham. Grrrrr....

Youtube asek lagging dan lagging.... Asrap yanng mewarisi 90% gen baran aku apa lagi...
naik berangla... kejap-kejap dia melalak bila video sangkut-sangkut
sekali dua kali aku layankanla... refresh tak pon tuko video lain
tapi bila dah banyak kali sangat aku pon fedap weiii,
kau sakap pon dia bukan paham, nakkk jugak melalak kan
last-last aku buat tak layan... aku pejam mata... konon-konon tido

Tiba-tiba gedebuk!
Budak Asrap tujal kepala aku dengan bucu tablet kau
sekuat-kuat hati lak tu di hempuknya!
melantun aku bangun terus terduduk, punya sakit aku cakap kau
sepantas kilat pelempang puteri banjar melayang cari mangsa
mujur kena sipi-sipi saja kat dia, kalau kena tepattttt... kompom berbirat!

Berdengung kepala aku tau takkkk... tu yang sampai naik penampor refleks tu
Eeeiiii.... mujurla anak sendiri, kalau anak orang memang dah kena lepuk
Terus aku bangun tak jadi tido, bukak laptop... hadap pesbuk
saja aku buat tak peduli kat dia... lantakkan je dia layan rengek kat belakang
5 minit kemudian, aku toleh belakang... tengok budak angry birds ni dah barai























Wahailah anak... len kali kalau nak tido, tido jelah
tak payah la nak menderam-deram sampai mak kau naik sawan eh

Yer, akuni tak penyabor orangnya...
tu pasal dalam pala hotak akuni dok pikir nak masukkan anak kat skolah jer
bila rumah menserabut dan kanak-kanak pulak merenyut...
siaplah, dan-dan kepala aku mendenyut!







Friday, February 17, 2012

Deco-deco

Posted by makcikrehan KJB at 10:45 AM 9 comments
Assalamualaikum WBT

Eiii... cam nenek kebayan aku skang
Siang mengantuk, malam berjaga!
Habihla muka aku mengkedut sebelum waktunya... (skang blom kedut meh?)
Takpa, nanti buleh cocok kolagen cam hakak jena jin #tetiba

Aku takde modal temberang tapi aku nak jugak update blog, boleh?
Nasib baik ada modal bergambar. Rumah aku dah macam hutan!























Bilik kerja usahasawan memang camni. Kau diam!



























Senak perut aku tau. Hari-hari camni. Hari Jumaat lebih-lebih lagi.



























Boleh buat contest cari barang mensembunyi, kan?









... dan mengira duwet syiling!




Wei sapa baik dengan Rizalman?
Pi telipon dia sat, suh datang makeober romahtangga aku yang mengkelibut takde konsep nih
senak perut tengok romah aku dalam gambo-gambo di atas
Kot-kot pasni romah aku pulak boleh kluor dalam majelah...

Nak bibikkk... nak bibikkkk... nak bibikkkk
(mari meratib bersamaku)





Thursday, February 16, 2012

Lost count

Posted by MR at 10:15 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT

Ingat nak buat Wordless Wednesday.
Mujur aku cek dulu date kat laptop ni tadi.
Kalau tidak, makan kejian serata ceruk Ostolia sampai ke Sepang la aku :p
So, tak jadi buat WW. Silalah membaca aku meleter di pagi hari.

Serious, harini dah Khamis?
Aku ingat baru hari Rabu tahu!
Lihatlah dunia, inilah bukti betapa sibuknya hidop seorang soriromah Malaya!























Habuan Makcik Dobi petang semalam.
Lantas tidak memasak dinner - Mak kau dapat rejeki terlipat
Mari pegi beli Nasik Lemak Che Mah Country Homes!


























Last night we (aku, Mencah dan Babah dia) had an argument over this thing!
Mencah nak buat homework, lepas tu asek datang kat aku berkali-kali,

"Mama, tolong sharpen kaler ni"

Sekali OK lagi. Pas 5 saat datang lagi bawak kaler lain plak.
2 minit kendian datang lagi. 3 minit kendian bawak lagi 2,3 batang.

Eh, Mama ko ni nak bungkus barang dagangan ni.
Hilangla momentum aku kejap-kejap kena benti asah pensel kaler dia.
Sharpener dah bapa ploh kali beli asek hilang.
Last-last aku bagi pisau kat dia...

"Ask Babah to sharpen for you. Mama bizi"

Pastu aku dengar Babah dia ngomel-ngomel kat dia.
Komplen tulisan dia comot. Kaler buku asek terkeluar-terkeluar.
Pastu aku dengar Babah dia pi dapo, menggigih asah kaler secekak.

"Wei mak hang, sharpener takde ke?" - Beliau mensound aku.

"Dah lapan ploh kali beli. Sorok dalam laci kat dapo pon hilang" - Aku mana buleh mengkalah :))

Malam tadi balik keja PS kau beli mesin sharpener di atas.
Siap beli pensel kaler baru. Yang aku beli 3 kotak 5 hengget tu rapuh sangat mata dia.
Asek patah. Dahla Si Mencah ni kalau tenyeh kaler kat buku sampai buleh tembus 2 mukasurat buku.
Kau bayangkan kuat tak kuat dia menenyeh. Mana la pensel tak patah semedang.

Pasang lekap terus sharpener ni kat kabinet dapo.
Dengan harapan tidak akan kehilangan lagi.

"Kakak jangan bukak tau. Jangan sharpen sendiri. Suruh Mama buatkan" - pesan beliau kat Mencah.

Eh, aku pulak kena.
Tambah satu lagi tugas, Makcik Sharpener :p

























Last sekali. Ini Zafaaran.
Kawan aku suggest, katanya bagus untuk orang sawan resdung tahap langit ke sembilan macam aku.
Aku gugel merata, semua mahai... ada yang juai sampai seratus lebih.
Sekali tu kawan aku Liza post bendani kat wall FB.
Mak dia beli kat Mekah, bawak balik banyak stok.
Aku pon beli sekotak. Murah banyak Liza jual.
Aku tak buleh bagi feedback lagi, baru makan sekali malam tadi.
Ikhtiar... mana tau resdong hilang, badan pun langsing?

Agagagagaga.... pangggg!








Sunday, February 5, 2012

Overdose of daily dose

Posted by makcikrehan KJB at 2:52 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Salam Maulidurrasul.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW.
Moga kita semua beroleh syafaat di akhirat nanti.

Kanak-kanak dah tidur. Malamni depa ada extra geng. Farah, cousin depa.
Farah ikut kami balik dari rumah Nenek Onah petang tadi. Saja aku ajak buat teman.
PS takde. Where else kan, fishing trip ler. Kalini pegi Kedah pulak. Esok baru balik, InsyaAllah.

Harini cam blues sikit. Jadi aku nak mengarang panjanggg-panjangggg.

Pagi-pagi terbaca kat FB, ayah Kak Ed meninggal.
Baru last week berkira-kira nak pi jengah arwah kat hospital.
Sebab kalau tak silap, arwah warded kat Selayang. Dekat dah tu.
Tambah lak terbaca kat FB, Kak Ed kata dia nak pindah Kelantan.
Nak sangat jumpa dia sebelum depa pindah sana.
Apapun, takziah ya Kakak. Tabahkan hati. Al-fatihah.

Harini jugak adik Zel kawin. Kat Tangjung Malim.
Selamani, aku mana pernah tak pegi apa-apa majlis yang dia buat.
Selagi buleh aku mesti nak pegi.
Yelah, sapa je lagi kawan yang aku ada, yang duduk dekat-dekat Hulu Banat ni kan.

Semalam, aku remind PS pasal kenduri, walaupon aku tau dia tak dapat pegi.
Aku remind dia suruh pesan lagi sekali kat atuk, nenek, maklom, makngah, endak... sumer lah.
Pasal Zel jemput satu koloni Atuk Asan lah kiranya.
Sekali aku terkejut bila PS cakap dia pegi trip kalini naik keta dia.
Frust lah aku. Si kontot aku tengah barai. Ekon rosak dah satu hal.
Bocor tangki apa tah lagi satu hal.
Tak berani aku nak travel sampai Tg Malim dengan kanak-kanak berdua ni.

Aku tanya Maklom - tak dapat pegi. Paklom keja.
Tanya Nenek Onah, pon tak dapat pegi.
Bangun pagi terus sakit lutut yang teramat sampai jalan pon terhencot.
Angah dengan Alang tak balik Rawang.
Endak pulak ada kenduri keluarga mertua dia kat Tg Malim.
Takde sorang pon wakil family aku pegi kenduri Zel.
Sorry Zel :(

Lepas PS bertolak tengahari tadi, kanak-kanak mula kebosanan.
Si Kakak asyik request nak pegi rumah Nenek.
Adik pon dah berapa kali merengek serba tak kena.
Aku pon call Nennek Onah, tanya sapa ada.
Rupanya Maklom dan anak-anak ada sana.
Bergegas aku heret kanak-kanak pegi rumah mak mertua :))

Budak-budakni kalau jumpa cousin depa, terus hilang ragam.
Main sampai lebam. Sudahnya, aku bawak balik Farah ajak temankan budak berduani.
Masa kat rumah Nenek Onah tadi, ex-schoolmate aku call bagitau depa ada kat Jusco Rawang.
Jusco depan rumah aku tulah. Frust betul tak dapat jumpa :(
Asyik mengadap fesbuk durjana... sesekali dapat jumpa kawan face to face, syok tau.
Kawan sekolah plak tu, lagila best kalau dapat sembang.
























Minggu lepas kawan aku suruh repair pelapik jumperoo seat anak dia.
Siap dah beli kain, kesian pulak aku nak tolak.
Padehal kalau ikut hati, aku nak pegang jarum pon dah tak lalu.
Roh menjarum aku betul-betul dah terbang jauh.
Gigihla aku kuarkan mesin dari bawah meja.
Sekali jahitan punyalah buruk - meloncat-loncat. Malas dah aku nak kelebek benang bawah.
Aku simpan balik mesin, aku jahit tangan saja. Rasanya jahit tangan lagi laju dan kemas.
Stress betul nak siapkan bendani. Haha.
Bukan salah benda ni actually, tapi hormon aku membingung sikit dari last week.
Biasalah. It's that time again kan.
























Ini dinner yang tak ingat hari apa. Ada tarikh kat situ, malaslah nak kelebek. Haha.
Bosan asek makan nasik (bosan konon), so aku gorem bihun singapore.
Lama tak makan bihun, macam sedap pulak. Eh? #syoksendiri.

























Ini pulak lunch hari Khamis.
Siap beli santan fresh sebab nak buat masak lemak cilipadi.
Sangat membencikan, tak sedap.
Aku tak puas hati tau - kenapa ikan aku tak meresap dengan kuah?
PS langsung tak sentuh. Dia kata ikan tu macam tak masak, keras camtu kenapa?
Ikan tu tak keras, well-cooked sebenarnya.
Tapi tulah aku kata, kenapa rupa dia mengkejung macam tu?
Ko tengok ekor dia tu. Posing keras kan? Benci dan sedih.
Dah tua, tapi masih tak reti masak!
Sudahnya malam tu kami pi dinner kat Jusco depan rumah.
Dan lagi satu malang - aku lupa nak panaskan lauk tu sebelum pi Jusco.
(teori aku, lauk bergulai ni kalau simpan satu malam, biasanya buleh jadi sedap)
Kalau tak re-heat, tapi aku simpan dalam fridge tak perlah jugak kan?
Ni aku biar jer atas kabinet. Menahas betul.
Balik Jusco, lepas loading barang kat dapo... aku bukak tudung periuk nak check.
Masak lemak cilipadi yang aku baru makan sikit masa tengahari tadi dah berbuih.
Sedih. Sentap. Stress. Down. Semua ada.


























Ini pulak untuk minum petang hari Jumaat.
PS balik keja, tanya masak apa untuk dinner?
Aku cakap tak masak. Sentap dengan masak lemak semalam tak abis lagi.
Buat cucur kucai jerla. Untuk budak-budak aku beli lauk kat kedai je tengahari tadi.
PS kata takyah masaklah. Kita pi Sg Buluh makan nasik beriani. Dia nak belanja mak abah dia.
Kids were happy. Aku melega ler pasai tak payah masak.
Lepas maghrib tetiba Nenek Onah call kata takmo pegi sebab hujan. So kensel plan nak dine out.
Budak-budak melapar, nasik takde ni. Aku dah malas nak masuk dapo - dah dekat pukul 9 kan.
PS ended-up start keta, pi beli nasik goreng kat Country Homes.
Budak-budak (esp. Asyraf) kemain pulun makan nasik goreng cina. Lapar le tu.
Sian anak-anak aku kelaparan. Sebab mak depa tak masak.
Tak masak sebab merajuk dengan masakan sendiri yang tak sedap.
Lepastu ada hati nak kumpul kuali tepal! Hahaha bunguks :))

Eeiii... panjangnya aku tulis. Bencinya nak baca balik.
Aku bukan suka baca karangan panjang-panjang laguni.
Satgi aku meloya baca karangan sendiri berjela-jela.

Sudahlah tu. Dah pukul 2.48 pagi.
Sekali lagi, salam maulidurrasul buat semua.
Kalau ada kelapangan, silalah pergi meramaikan majlis ilmu sempena maulud nabi ya.


Thursday, January 19, 2012

Diari ibu dan anak-anak cemerlang (lah sangatttt)

Posted by MR at 8:16 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT

Lagi update versi komik.

Aku rasa bulan ni (dan mungkin bulan2 seterusnya) kau orang tak payah beli komik dah
baca komik aku je hari-hari, buleh?
kehkehkeh!





















































































Semalam Aisyah tak sihat, selsema dan mild fever
sebab tu dia barai start dari pukul 6 petang sampai 9 malam - aku bagi makan ubat kanns
Babah dia balik kerja pukul 9 baru dia terbangun,
tu pon sebab adik dok smackdown dia ajak melawak, tadak geng la tu...
Makanya malam tadi dia tak pi ngaji
Takpalah, kesian aku tengok.
Aku dah bagitau Muallimah dia suruh ajar Iqra' lepas kelas
so that, malam kalau dia penat sangat tak yah pi ngaji rumah dia dah

Tengah tido malam tadi Asrap kebatukan
bila dah batuk, apa lagi kannn.... muntah sudah semestinya :((
cadar aku karam lagi sekali...
tukar baju Asrap, sapu vicks bagai... baru tidokan balik

Bukan Aisyah saja yang penat dengan rutin baru dia
Haku pon penat hokayyy...
Dulu aku buleh bertahan tak tido siang tau,
tapi sekarangni pantang lepa,
tengah reply komen kat fesbuk pon aku buleh tersengguk
jadinya, bila Asrap menampakkan tanda-tanda kesangapan di petang hari
aku pon lekas-lekas cepung dia bawak masuk bilik, kunci pintu, tutup lampu...
dia belum belayar, aku yang barai dulu :))

Bila depa bertiga (ya, termasuk Abam Aril kau) dah belayar di malam hari
barulah aku bukak belog nak karang temberang untuk entry esok
sekarang entry suda siap taip, esok pagi baru kuar
aku nak pi cepuk muka dengan ayaq tapai sat nak bagi muka cantek macam Pojiah Latip
pastu aku pon nak kebabom ikut kanak-kanakni pegi Cozyland

:))



ShareThis