Showing posts with label Asyraf. Show all posts
Showing posts with label Asyraf. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Chicken

Posted by MR at 10:54 PM 4 comments

Assalamualaikum WBT

Jumaat dan Sabtu tadi, kami pi bukak posa kat luar. Semua pon orang belanja. Alhamdulillah... Mak ikut sajalah. Anak-anak mak biasalah, terejai satu macam. Orang kampungla katakan... Jadi jakun satu macamla bila sekali-sekala pi makan kat hotel.

Elok sampai kat reception counter, tengah kami nak check reservation... Asyraf yang macam terlebih gula kabung, sakap kuat-kuat :

"Kak! Kak! Syayer nak makan chicken pox! Syayer nak makan chicken pox! Akak nak makan aper?"

(Diulang-ulang berkali-kali selagi Kakak dia tak jawab)

Mak tarik tangan dia ketepi. Suruh bertenang. Orang semua dah pandang. Mak sakap baik-baik kat dia...

"Bang, bukan chicken pox... Bukan chicken pork... (sekali sekala bunyi macam pork pon ada baq hang!). Yang tu nama dia chicken chop!"

Kakak dia tolong perjelaskan lagi.

"Aah... Chicken pox tu yang bintik-bintik ada cecair kat badan tu!"

Begitulah resam anak-anak Mak. Kadang Mak segan juga nak mengenengahkan anak-anak jiwa kampong mak ni. Lagi-lagi Si Aserap nilah. Mulut non-stop punya brok brek brok brek. Rasa macam nak selotep pon ada!

Salam Ramadhan.


Wednesday, December 24, 2014

That Tadika Again :(

Posted by MR at 10:02 AM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Kisah tadika yang aku hamput haritu, sebenarnya ada banyak episod sambungan. Tapi aku dah malas nak layan. Aku mengkeluh 48 jam pon tak akan merubah apa-apa. Damage done. Money spent. A year wasted. Aku nak look forward, dan tebus kesilapan PS! Haha... konpiden je blame laki kan... Harapnya kalini kami tak salah pilih kindy utk Asyraf dah.

BTW, aku ada berbalas mesej dgn owner tadika pasal hal graduation day depa. Depa SMS aku baru-baruni, bagitau aku ESOK ASYRAF WAJIB datang tadika. Mengundang sangatla, tengah cuti sekolah tetiba SMS wajibkan datang. Surat takde, reminder takde, agenda takde... suka-suka je kan suruh dtg mengejut. Taktau ka akuni masa cuti sekolah dok bercuti kat Paris, Switzerland, London 2-3 minggu? *jeling kat Ana Suzana* Kesudahannya kami tak pegi pon Graduation Day depa. Wasted lagi duit... pasal fees utk graduation dah kutip awal tahun haritu.

Mendapat jugaklah hencapan dalam iman dari #makmengah kannn... Sempat jugaklah aku bagi hint2 pasal kekecewaan aku. Tu pon jenuh aku tapis bahasa dan tahan carotan. Aku cepat-cepat tamatkan conversation. Malas la melebih-lebih, kang aku naik syeh lagi payah nak stop. Kalah kes Akak Dasledi nanti. Aku dok beringat takut jatuh Munafik plak karang (Salah satu sifat org munafik adalah berlebih-lebihan dlm pergaduhan) Haihhh... Bergaduh ni dah la mmg fevret aku. Aku pantang kalo aku dok elok-elok tak kacau org, tetiba org bikin onar sama aku. Awas la kan.

Ada juga cerita kurang enak pasal cikgu ganti yang ngajo Asyraf. Agak mengejutkan lah jugak peel nya. Geleng kepala jelah aku. Geram ada, kasihan pon ada. Sudahlah. Biaq kat dialah. Semoga Allah beri bantuan dan petunjuk kepada dia. Dan aku juga. InsyaAllah. Amiin. *sarung abaya Dubai sulam benang perak*

Dan ini yang terbaru. Petang tadi, informer aku bagitau ada sorang mak budak kat kindy lama tu cari aku. (Informer hokehhh... Kau ado? Perangai Kakak Kawasan sgt khenn...) Beria-ia dia cari aku. Sebab katanya dia nak tuko sekolah... tapi anak dia tanak. Sebab anak dia nak satu sekolah dgn Asyraf! Agak tekejut aku di situ. Tak sangka Asyraf yg cengeng 48 jam ni ada follower! Kaaahhh!

Ala.. post ni akan jadi panjang macam haritu. Aku nak kena citer pulak kronologi persahabatan anak aku dgn anak dia. Apa yg menyebabkan depa dua ni byk persamaan sampai buleh jadi kamcing. Dan cemana layanan yg anak aku dan anak dia terima kat sekolah. Haih... Malas panjangkan lagi kisah ni. Tambah dosa aku saja. Cuma satu la nak kabo, rupanya bukan aku sorang je mak yg bermuram durja dan tak puas hati kat management kindy ni. Mak budak ni pon sama. Lagi nekad, awal-awal lagi dia terus daftar kindy lain utk next year. Sedangkan aku ni tak abih2 lagi menyebey!

Entry amukan Tadika Yang Kecewa haritu aku dah saved as draft. Masa tulis tu aku tgh membara dengan roh 'the melaka in me'. Lepas 2-3 hari jiwa aku jadi kacau. Aku rasa tak patut aku buat macam tu. Walaupon aku tak bagitau nama tadika tu, macam kesian dan rasa bersalah jugak. Mulalah 'dalam hati ada kebun bunga' lalu aku simpan balik entry tu. 

Kemaafan Dendam Yang Terindah. Kan!
 *sambil buat gaya kilas-kilas lengan macam Jihan Muse*





Tuesday, April 8, 2014

Putaq Aloq Setaq

Posted by MR at 9:32 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Cuti sekolah baruni, PS ada trip lawatan sambil bekerja ke Aloq Setaq. Kena plak time cuti sekolah, maka berbondong-bondonglah anak-bini dia ikut :))

Singgah tidoq semalam umah Maktok depa. Esoknya pagi2 kita sambung bermusafir ke Kedah. Sampai Aloq Setaq dalam pukul 11 lebih, PS hempuk kami kat umah kawan lama aku masa kat Taayah dulu. Giler lama tak jumpak Etty ni. Last laga pipi masa umoq 17 tahun, dara sunti lagi. La ni aku dah anak 3, dia dah anak 4. Dah buleh berbesan kot ni. Muahahahaha....




Meah ngantuk.




.

Meah lapo. Hahahaha...






.

Asrap feeling koboi. Nak selit pistol lam suar. Adik dia buat muko tokojuek!  :))





.

Sorry Etty. I kenot resis.... aku suka sgt spot ni! Umah lawa kemas. Tak berani nak post semua gambaq umah. Post yg ni jela. Suka sgt aku dgn kusi meja makan gitu :)





.

Anak Etty yg nomot dua. Kacak... :)





.
 Tataula anak sapo nihhh.... bab makan nomot satu!





.

Kau mampoo? Memang. Mampoo pandang je kan. Aku mampoo makan okeh. Sedap baq hangggg... Ni sebahagian je. Ptg2 sikit ada mihun sup, ABC bagai. aku tak amik gambaq dah. sebok bedal makanan dahhh :))






.

Sporting giler anak beranak. Siap pacak khemah dalam rumah. Saka budak2 main. Maka sakanlah aku nyembang dengan Etty :)






.

Masani nak balik dah. Anak Etty yg sulung dengan nomot dua kat ataih masani. Etty, silalah tambah baby segera. Anak2 jantan hang dok berebut nak ngasuh Meah. Senang keja hang nanti. Abang2 dia dah buleh harap ngasuh baby. Manatau kalini dapat babygirl :)



.


Check-in hotel. Grand Alora Aloq Setaq. Hotel baru. Tengah town. Best. Macam biasa, nak tau rate dia sana pigi Google. Aku tak ambik tau. Aku tau tidoq saja. Muahahaha...

Konon pas check-in nak pi merambu kat Pekan Rabulah... carik sikmok royal lah.... haghommm.... panaih lit lit wei... dapat ekon hotel semua takmau kluaq dah! Malam tu ja baru kuaq pi kola kedah. Pi makan ikan bakaq. Tadak gambaq. aku sebok kendong meah sambil bersantap.




.

Check-out dah. Muka kena paksa amik gambaq. Meah je happy. Yg lain jenuh nak kepung!




.





Tunggu dalam keta kat depan kilang tayar, bawah pokok kekabu sementara PS pi setel keja kat kilang tayar kat Tepeng nun. Laki kau mampoo? Laki org lain ader hangkut anak bini pegi meeting? Tinggal anak bini bawah pokok? Wakakakaka!

Ini semua demi janji kat kanak-kanak. Zoo Tepeng!

Lain minggulah aku sambung tempek gambo hewan pulak :p




Monday, November 18, 2013

Convo dan wedding

Posted by MR at 12:11 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Bismillah.


Dah tido awal, terjaga bila Meah menguek. Nenenkan dia, then jengah dapo nak minum. Nampak pinggan dan puyuk tersadai tak cuci. So basuhla pinggan pukul 3 pagi. Lepas minum, marilah update blog barang secebis. Harini pakai laptop sebab PS kuarkan lappy ni boh atas meja. So aku ketik suis ON je lagi. Kalau tak, jgn harap nk pegang lappy, aku update kat henfon cabuk je sambil baring dalam gelap.

Cuti sekolah uols. Sendiri mau ingat lah dia punya serabut tu lagumana. Kids are still with us, takde pos kemana-mana pon. Tak gamak nak hempuk anak kat Atuk Nenek. Kesian kat orag tua wei. Bayangkan kalau kita esok-esok dah tua, anak kita mari hempuk cucu yang buas macam terlebih bitamin kat kita. Kot depa tu sihat dan kuat (banyak minum Milo kah ni? haha) takpala jugak. Tapi kalau Atuk Nenek memang suka nak bela cucu masa cuti skolah lain cerita la.... dan-dan tu la aku kemas kampit baju depa pi poslaju ke kampung! Haha.

Tuisyen masa cuti utk Mencah pon belum decide yag mana nak hantar. Last week kita busy setelkan perihal sekolah depa tahun depan. Penin kepala aku dengan Si Asyraf ni ha... TAKMAU SEKOLAH! Sebut sekolah terus melalak sampai selop.

Saya taknak fikir apa-apa pon!
Saya taknak sekolah!
Saya nak Mama je!

Lagumana tu? Haih... ko la pikir pulak Bang. Aku penat dah kepit budak ni bertahun-tahun, sampai gini sudahnya. Melekat benor dengan Mama.

Berikut adalah gambar graduation Mencah kat PRA. Date dia as stated in the photos. Aku tak pegi. Abah dia saja yang pegi. Ada gambo dlm studio bagai (aku dulu tadop buat gini pon masa tadika) tapi aku malas nak snap semula.




Pose trademark!






P/s : Acik Azue... muka acik banyak masuk dlm gambo kiter ni... hehehe












Balik dari Convo budakni, kita shoot pegi Putrajaya. Ada wedding opismate PS. Sesat barat melarat nkoooo... hampeh punya GPS. Tula.... gatai sangat laki aku tu. Nak pi Putarjaya (as said by Atiyap) pon nk mengada pakai GPS. Hambekkk.. Sampai sana lauk pon udah saki-bakian. Redho... rejeki takat tu je kan :)

Nahhh gambo lagi.






Ko tengok Mencah punya kampug style. Siap duduk berlunjur kaki atas kosi macam nenet-nenet sakit lutut! Laki aku tak abih-abih dgn gaya posing tunjuk 'best' ala-ala jutawan MLM dia. Kayanya idok jugek :p






Ha tengok.... tunjuk ibu jari lagi! Mana Mercedes kita Bang oi?




OK tukar... tunjuk Peace. Lepas dapat keta besau baru leh pose ibu jari. Selagi hanya ada 'bini besau' pose tunjuk Peace jelah!





Aku nak nyorok belakang tiang tu mulanya. Barula dapat efek ramping Nora Nedim. Eh silap... Nora Danish. Tapi dicarot oleh tuan potograper... So ini jelah tahap pensembunyian badan yang mampu aku lakukan. Mencah tak hingin bagi kerjasama. Atiyap jela sudi tolong tutup sesuku...








Friday, May 24, 2013

On Your Mark...

Posted by MR at 8:42 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Get Set... Go!


.
.
.
.
.



Para ahli Persatuan Ibu-Ibu Singa SeMelesya... uols dah sarung costume ke belom?

Akak ni awal-awal pagi dah start mengaum kat budak-budakni. Agenda pertama, tak lain tak bukan adalah berebut tablet masuk air! Grrrrrr....!!!

Awal pulak depa celik mata pagini. Abah depa baru tutup pagar nak pi keja, Akak dah dengar budak Atiyap dok kohok-kohok batuk pastu menangis dalam bilik. Sorang dah celik, maka yang sorang lagi pon, dan-dan le kuar bilik...

Nampak je makanan ataih meja, dan-dan menyengih anak dara bolat aku ni.



Alam Ria lah sangattttt....


"Kenapa pagi-pagi lagi Mama dah siapkan makanan siap-siap atas meja?"

"Sebab senang Kakak nak ulang makan lerrrr... kejap lagi Mama nak jahit, kang Kakak dengan Adik asyik kacau Mama nak milo lah, nak makanlah... skang kan senang, Kakak nak makan ke minum ke, amik sendiri atas meja okay..."

Sengih sampai nampak gigi bongsu member hokayyy....






Kawan baik-baik ye anak-anak... Mama ada banyak benda nak kasi setel sebelum balik kampung nanti.




Saturday, September 22, 2012

Pesta muda-mudi di...

Posted by MR at 9:18 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Tadika. Hehehe....



Asyraf takde uniform sebab aku tak register pon dia masuk kindy.
Dia duduk taska saja. Kecik lagi nak suruh blajo... biorlah dia memerap dulu puas-puas.
Ada 2-3 org budak lain yang duduk nursery, tapi dalam gamboni takde pulak depa.
See, sikit je kan kanak-kanak kat taska cum tadika ni.




Aku okay je dengan cikgu-cikgu dia.
Ada masa tak puashati aku baran la kejap, tapi pastu bila dah cool semua pon back to normal.
Mana buleh simpan dendam lama-lama, Nabi marah orang yang bergaduh secara berlebihan.
Redha dan pasrah adalah kunci kejayaan *tetiba*
Marah sehari dua sudahla, pastu habih cerita.
Minggu depan-depan marahla episod lain pulak. Wakakakaka!





Kakak dialah penyanyi utama gamaknya.
Aku buleh agak dari dalam gambo ni. Habih berayun tangan kiri-kanan. 
Maklomla.... seminggu sebelum event dia dah practise nyanyi :))

Mungkin ada yang tertanya-tanya (feeling fofular), cemana aku buleh amik gambar ni
Nehi, aku tidak berada di tempat kejadian pon... tak kuwaser mak
kalau aku ada, jangan harapla Asrap ni nak behave pakai topi posing depan kek laguni
confirm 24 jam duduk atas riba aku punya...

Aku bagi kamera kat cikgu dia suruh amikkan gambo banyak-banyak
Pastu nak cover kejakunan, aku gunala nama Abah dia :

Nanti cikgu tolong amik gamba banyak-banyak tau
Kesian Abah dia... nak sangat tengok anak dia sambut harijadi kat skolah 

Hehehe...




Happy Birthday (again) my dear son.
Nanti kita tuntut janji Abah nak sambut besday kat umah nenet pulak :)
Kalau jadi, nanti Mama cari sponsor kek beledu merah hehehe...











Friday, September 21, 2012

Asyraf is 3

Posted by MR at 8:57 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT



































Motip sangat kan, edit gambo anak tekepit celah kek
Padehal kek aku taraf naik satu derjat je dari kek premix :))
Bantaila... janji homemade. Tak cam Meryam, balik-balik beli kat kedai king kong.
Entry besday anak pon aku sempat carots ko Meryam, bertabahla ko...

Tepek sikit gambor hensem anak aku dolu-dolu
Gambo sebelum gigi dia luruh hehehe...



 





Selamat ulangtahun ke-3 wahai anak
Semoga hidup kamu diberkati, dirahmati dan dilimpahi kasih sayang dari seluruh isi alam.
Jadilah anak yang soleh, berakhlak mulia dan berjiwa kental (macam mama, cewah)

OK, sekarang cerita pasal kek pulak.
kek yang mendapat pujian 18 bakul dari anak-anak sendiri :))

Sebetulnya aku nak buat kek beledu, tapi malas nak kuar cari stok.
Semalam pulak hujan kemain lebat kan. Kuwaser lah sangat nak redah hujan pegi cari cheese.
So, aku godek apa yang ada dalam lemari.
Dengan kapasiti yang ada, aku pon Google resepi kek coklat :)

Jenuh gakla nak saring resepi, sebabnya aku tamau buat kek kukus
Banyak resepi kek coklat yang orang share sumer main kukus
Pulak tu ada yang guna tepung naik sendiri. Aku takde tepung tu.
Ada pulak yang taruk buttermilk. Lagilah meleceh.

Lalu menjumpa resepi yang ini.
Tima kaseh Cik Embun, akak cilok resepi awak ye.
Memang menepati piawai aku. Sukatan pakai cawan laktu.
Mixer pon tak payah, blender saja.
Lalu aku simpan balik mixer KitchenAid merah aku. Puiiiii, KA lah sangat!

Dah siap adun, masa tenngah gaul-gaul dengan tepung dan coklat
aku pelik kenapa adunan aku likat kemain
bila kelebek balik resepi, rupanya aku terlebih bubuh coklat setengah cawan.
Resepi taruk setengah jer, aku tibai buh secawan terus.

Dengan penuh bijaksana, aku tambah minyak malam adunan tu. Main tuang je.
Dah kacau-kacau, aku tengok adunan masih likat.
Aku tuang air pulak dalam setengah cawan. Hahahaha.
Penderhakaan tak hagak-hagak kan. Gasaklah!


























Mendap sikit kat tengah dia. Lantak. Janji masak hehe.
Sebelum selet topping, aku tarah sikit bagi level... terus cun walla!





























Stok butter aku tak cukup nak buat buttercream frosting.
Yang ada coklat bar putih. Lama dah tersilap beli.
Aku buleh tak perasan dia tulis WHITE. Aku nak beli coklat masak yang biasa yang koko tu.
Sudahnya berkepuk dalam peti ais tatau nak buat apa.
Dah alang-alang tak cukup bahan nak buat frosting kan,
Aku leburla white coklatni, campur butter 2 sudu... pastu selet kat keliling kek :))


























Lepastu taburla butiran penyelamatni... hehehe.
Bagusla sapa yang cipta coklat rice kalerful ni kan
Life saver untuk maknosia tangan kejung tak reti deco kek macam aku dengan zalia.



























































Zasssss... hantar kek pegi skolah!












Monday, August 13, 2012

Nak raya katanya...

Posted by makcikrehan KJB at 10:46 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT


Laptop sendu, gigih jugak taip temberang panjang-panjang.
kau tunggu 27 haribulan ni aku dapat PC baru,
aku karang 15 helai kertas kajang bagi kau! :))

Semalam PS beli henfon baru,
henfon biasa-biasa saja, sesuai la dengan tahap kedesaan kami sekelorga kan,
Tapi bulehla jugak nak feeling-feeling iphone... haha.

Lalu telipon lama dia lanting kat akak la kan. Yess!!
Modus operandi akak berjaya. Tak sia-sia hari-hari racun suruh dia beli telipon baru,
Supaya yang lama tu akak buleh dapat, akak tak kisah barang seken dik...
Dah nama pon tokey kedai besi buruk KJB kannss...
akhirnya berganti jugaklah telipon sendu sony  erection erikson akak ni
akak nak beli sendiri memang tak koser, dari beli henfon baik akak beli donut maker :p
Lalu telipon lamani buleh dahla hantar masuk muzium...
Akak offer kat Mencah pon dia tak hingin tau.

Kelebek-kelebek album gambo dalam telepon ni,
menjumpa gambar Asrap potong rambut kat kampung tahun lepas
mendebab sikit dia masa ni... sekarangni kemain cekeding macam Lin Dan
Wahhh... Lin Dan terus, tanak kalah! hahaha...




































Baru akak tau, laki akak rupanya ada bakat jadi paparazzi jugak
banyak jugak gambo-gambo yang diketik selamani... akak je yang tak tahu
gambo makanan pon ada ko... amboihhh... ko pon nak jadik salad berinti blogger ke bang? :))


Dan ini gambo semalam.
Membawak kanak-kanak pegi Selayang Mall, konon nak carik baju raya.
Nan hado dapat beli baju raya... postpone operasi baju raya kat Parit Buntaq je la nanti
sempat la akak seret budak debab ni pegi trim remos depan yang dah menyucuk mata
akak pujuk suruh potong rambut belakang sama... dia tak mau
nak jadi Rapunzel katanyerrrr... puihhh la sangat kannn...
rambut mengerbang macam kucen marau ada hati nak Rapunzel bagai
malasla akak nak konfrontasi lebih-lebih... bazir tenaga je nak pujuk-pujuk
Mak posa, kena simpan tenaga nak... tanak potom sudeh...







































Sebelum balik akak ronda-ronda la tengok booth kat tengah mall tu
Sekali toleh belakang tengok Mencah dengan Abah dia dah lesap
Then Abah dia call... suruh akak reverse ke belakang balik
Akak tanya la kat mana? Enggan memberitahu ko... hahaha...

Patah balik belakang kejap... meh je la
kat booth depan kedai tajuk Meico ni ha...

Abang kelebek apa?
Ada baju raya Asrap ke?

Takkk... datang jela...

Gigihla akak seret Asrap pegi patah balik belakang tau
Sekali kau tau Pak Incik ni bikin apa?
Bikin kontroversi betul tawww.... :))

































Kanak-kanak kemainla trim rambut, remos bagai nak sambut raya kannss...
Bapak dia pon tanak kalah rupanya.... buat perawatan wajah gittew
Hamboihhhh.... nak caras akak nampakkk!

:))





























ShareThis