Assalamualaikum WBT
Holla readers!
Akak Mok Mok moncol lagi :))
Tangguh lagi novel beranak Akak. Tadak mood nak bercerita pasal perut yang kena belah hehe. Mari cerita pasal pantang. Isu yang boleh tahan panas, kalau tak kena gaya kekdah perbincangan.
Ada yang kata kat akak; Gagahnya kau kakak.... kau pantang sendiri!
Bukan gagah dik... gajah iyerr :p
Faktanya begini... akak sebenornya malas nak packing barang nak balik kampung. Barang baby sebeban. Barang akak lagi. Barang Atiyap lagi. Carseat, bakul musa, toiletries, bedung, pampers bla bla bla... penuh la keta jentolak abang nko kan! :))
Alasan kedua, kalau pantang kat umah sendiri senang kau nak menyelak nak nyusukan anak, nak mengepam sambil tengok cinetron, nak topless ka bottomless ka... senang takde sapa nampak. Kalau kat romah orang paham sajalah kan kekangan dia. Mula kang aku bancuh susu botol je, segan nak menyelak dan menyusu baring segala kannn...
Alasan berikutnya, akak tak rela nak menyusahkan orang tua. Kesian depa... dulu dahla penat menjaga kamiorang masa kecik kan, dah bila kita beranak-pinak... kita pegi hempuk pulak diri sendiri dan anak-pinak kita bagi depa jaga. Kita sedap-sedap bela body dalam pantang. Kononnya kita berehat dan memulihkan badan sepenuhnya selama 2 bulan. Puiiii la sangat.... kau nak rehat-rehat dan bersenang lenang membela badan kalu.... silalah ambik confinement lady atau helper kannn... Keji benarlah kalau kau sedap-sedap bela badan, tapi kau 'babu' kan mak ayah kat kampung. Kasar benar bunyinya... tapi itulah hakikatnya kan :p
Mak Ayah akak dah tua... cukuplah depa jaga akak seminggu masa lepas beranak haritu. Dahla masa mabuk kepayang haritu depa dah hadap akak dgn atiyap lama kat kampung. Biarlah pantang kalini akak buat sendiri apa yang termampu. Membela orang pantang ni bukan kerja senang tau. Tambah lak kalau kitani stok mengada manja mintak penampau. Itu takleh makan, ini takmau makan... nak duduk berlunjur 24 jam pagi sampai malam... semua nak tunggu orang suap dan hulur... kalau akak sendiri yang menjaga, memang boleh hilang sabau jugak ler...
Pantang sendiri di rumah sendiri taklah susah mana. Kata kunci dia... kau larat kau buat. Kau tak larat kau tido jelah! Haha... (akak dgn tido mana bleh pisah :p). Mak akak pesan berkali-kali, hang jangan buat kerja berat. Jangan nak cergas sangat. Ingat sikit jahitan tu belum sembuh lagi tu.
Baik Mak. Saya patuh. Jadi ini jelah yang akak buat selama berpantang di romah sudrik.
Malam sebelum tido, akak longgok kain atas lantai. Pastu akak kuarkan arahan.
"Bang, sila kaut kain ni... boh dlm mesin"
Dan akak pon tettt... tettt... tekan punat mesin. Siap.
Esok pagi akak kuarkan kain dari mesin, buh dalam bakul. Pastu akak kuarkan arahan lagi.
"Bang, sila angkat bakul tersebut dan letak kat luar"
Pastu akak sidai-sidai manja je kain tu. Janji kering. Sidai manja ni maksud dia takdela akak beria mengkibas kain-kain tu... kan Mak pesan jgn buat kerja berat. Kibas-kibas kain adalah dikira kerja berat. Hahaha... (walhalnya aku nak cepat dan malas wakakaka!)
Pepagi, akak masak nasik. Rebus sayur. Rebus ikan.
Kata kunci masakan org beranak ni senang je. Kukus. Grill. Panggang. Macam iklan tuuuu haha.
Pastu bahan asasi dia simple sangat. Bawang, halia, lada. Senang gila! Kecualilah kalau kau jenis cerewet makan... nak lauk berbagai ragam, ikan berbagai spesis kannn...
Mandi baby. Kalau cuti, Abang nko yang mandikan baby. Kalau dia kerja, akak la mandikan. Alah, bukan payah benar. Buat pelan-pelan, dan ikut SOP. Takyah lah beria sangat kalau tau diri tu tak konpiden atau tak larat. Mandikan kat sinki dapo je... senang. Baby bukan busuk macam kita org tua ni kan... mandi sebesen kecik je pon dah wangi. Kalau tak larat, mandikan sekali sehari sudah. Nanti dah hujung2 pantang, kalau rasa dah sihat dan baby pon dah 'keras' sikit... ha mandikanlah 3-4 kali sehari pon kalau kau rajin. Aku? mimpila 3-4 kali sehari.... nak mandikan diri sendiri pon malas dik... ekekeke...
Petang hari kutip kain. Lipat kain pon manja-manja sudah. Bukan ada sapa nak cekidaut lemari baju kau pon. Tak larat katanya kan... buatlah cara tak larat macam akak. Tak payah kibas-kibas. Tak payah terbalikkan. Janji lipat. Hahaha... nampak tak aku punya strategi cemana? Kita buat dia kan.... hihihihi...
OK, Atiyap pulak. Dia bangun pagi, mintak susu. So buatkan susu. Kalau nak sarapan, tuang coco crunch dalam mangkuk. Lepas tu dia nak mandi, kencing dan berak. Bawaklah pi mandi. Siram dan sabun ala kadar. Selesai bab mandi. Tengahari sikit, dia mintak nasik. Sup sayur kan ada. Gaul dengan ikan... renjis kicap sikit... makanlah dia dengan berseleranya. Cewah. Kalau agak-agak lauk tu terpedas halia atau lada... takde hal. Goreng jelah telo mata. Eleh.... macamlah selamani anak kau tak biasa makan telo mata khennn... (aku lettew... manjang goreng telo je kat anak) :p
Aisyah macamana? Akak sikit pon tak ambik tau pasal dia. Abang kau handle semua. Kejut dia bangun pagi. Monitor dia mandi dan gosok gigi. Pakaikan baju sekolah. Bancuhkan milo dia. Cari stokin dan tudung dia. Pukul 6.30 pagi, 2 beranak idom kembang ni dah off to school dan office. Balik sekolah dia naik van, transit kat rumah Nenet Onah. 6 year old girl tak banyak songeh dah. Balik umah nenet - mandi, makan, tengok tibi sampai panas tibi atuk, main sorang-sorang sampai lebam, kang pukul 7 malam Abang ko balik office, pick-up dia bawak balik Bayuville. Depa dua beranak makan siap-siap kat umah nenet. Kalau nasib baik, siap bawak balik lauk tapau lagi. Hehehe...
Sapu dan kemas romah. Ala kadar je akak buat dik. Kata pantang kan. Kibas batang penyapu 2-3 kali, asal hilang habuk dan sampah kasar sudah. Kalau nampak lantai bercapuk, ambik air spray dan kain buruk. Lap jelah kat tempat bercapuk tu sikit. Darurat uols. Takyah lah nak celup mop bagaiii.
Toilet? Abang kau kan ada. Masa ni jelah kau nak mintak tolong laki kan. Walaupon kena sakap sampai 18 kali sehari, sakaplah jugak sampai telinga depa kebas pon... "Bang, bilik air kotor. Silalah membasuhinya" Kalau laki kau buat tatau sampai sudah, silalah merajuk dan mensentap dan mengkunci diri dalam bilik. Hehehehe....
Tengok... apa sangatlah kerja yang aku buat masa pantang ni kan. Lagi pulak Amirah sangat baik budaknya. Setakatni keja dia mentidoooo je sepanjang hari. Celik mata sebab berak dan nak nyusu saja. Selebihnya, kerja akak hadap pesbuk dorjana jelah.
Oh BTW, pantang sendiri ni kena utamakan kesihatan tau. Ubat-ubat yang dokter bagi silalah makan dengan patuh. Pati haruan ke, ginseng ke, gamat ke, jamu ke... makanlah kalau perlu. Barulah badan rasa bertenaga gittew. Makanan yang harus kau pantang, silalah pantang. Agak-agak ler kalau nak langgar-lari pon kan. Ais semua tu... tak elok benarlah kalau kau nak langgar. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah adjust di badan sendiri. Kalau takde mudarat and your body seems okay with it, carry on. You should be fine. Cewah... tetiba speaking London!
Kesimpulannya, kata kunci akak dikala berpantang sendiri adalah : KAU LARAT KAU BUAT. KAU TAK LARAT KAU TIDO JELAH. Hehehehehe....