Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Convo dan wedding

Posted by MR at 12:11 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Bismillah.


Dah tido awal, terjaga bila Meah menguek. Nenenkan dia, then jengah dapo nak minum. Nampak pinggan dan puyuk tersadai tak cuci. So basuhla pinggan pukul 3 pagi. Lepas minum, marilah update blog barang secebis. Harini pakai laptop sebab PS kuarkan lappy ni boh atas meja. So aku ketik suis ON je lagi. Kalau tak, jgn harap nk pegang lappy, aku update kat henfon cabuk je sambil baring dalam gelap.

Cuti sekolah uols. Sendiri mau ingat lah dia punya serabut tu lagumana. Kids are still with us, takde pos kemana-mana pon. Tak gamak nak hempuk anak kat Atuk Nenek. Kesian kat orag tua wei. Bayangkan kalau kita esok-esok dah tua, anak kita mari hempuk cucu yang buas macam terlebih bitamin kat kita. Kot depa tu sihat dan kuat (banyak minum Milo kah ni? haha) takpala jugak. Tapi kalau Atuk Nenek memang suka nak bela cucu masa cuti skolah lain cerita la.... dan-dan tu la aku kemas kampit baju depa pi poslaju ke kampung! Haha.

Tuisyen masa cuti utk Mencah pon belum decide yag mana nak hantar. Last week kita busy setelkan perihal sekolah depa tahun depan. Penin kepala aku dengan Si Asyraf ni ha... TAKMAU SEKOLAH! Sebut sekolah terus melalak sampai selop.

Saya taknak fikir apa-apa pon!
Saya taknak sekolah!
Saya nak Mama je!

Lagumana tu? Haih... ko la pikir pulak Bang. Aku penat dah kepit budak ni bertahun-tahun, sampai gini sudahnya. Melekat benor dengan Mama.

Berikut adalah gambar graduation Mencah kat PRA. Date dia as stated in the photos. Aku tak pegi. Abah dia saja yang pegi. Ada gambo dlm studio bagai (aku dulu tadop buat gini pon masa tadika) tapi aku malas nak snap semula.




Pose trademark!






P/s : Acik Azue... muka acik banyak masuk dlm gambo kiter ni... hehehe












Balik dari Convo budakni, kita shoot pegi Putrajaya. Ada wedding opismate PS. Sesat barat melarat nkoooo... hampeh punya GPS. Tula.... gatai sangat laki aku tu. Nak pi Putarjaya (as said by Atiyap) pon nk mengada pakai GPS. Hambekkk.. Sampai sana lauk pon udah saki-bakian. Redho... rejeki takat tu je kan :)

Nahhh gambo lagi.






Ko tengok Mencah punya kampug style. Siap duduk berlunjur kaki atas kosi macam nenet-nenet sakit lutut! Laki aku tak abih-abih dgn gaya posing tunjuk 'best' ala-ala jutawan MLM dia. Kayanya idok jugek :p






Ha tengok.... tunjuk ibu jari lagi! Mana Mercedes kita Bang oi?




OK tukar... tunjuk Peace. Lepas dapat keta besau baru leh pose ibu jari. Selagi hanya ada 'bini besau' pose tunjuk Peace jelah!





Aku nak nyorok belakang tiang tu mulanya. Barula dapat efek ramping Nora Nedim. Eh silap... Nora Danish. Tapi dicarot oleh tuan potograper... So ini jelah tahap pensembunyian badan yang mampu aku lakukan. Mencah tak hingin bagi kerjasama. Atiyap jela sudi tolong tutup sesuku...








Tuesday, May 14, 2013

Pegi Library Sebab Nak Tala Muka Kat Aircond

Posted by MR at 9:13 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT


Tajuk dah self-explain kan. Skang musim panas, bukan lagi Arab Spring. Dah jadi Arab Summer! Semua salah Anwar la nih (mohon celik isu semasa dan membiasakan diri dengan bahasa sarcasm akak ye). Mampuih la bayo bil weiiii... siang malam aku pasang ekon sendu kat umah ni! So Sabtu lepas kita lari dari rumah dan pergi library kat Rawang Perdana.

Senang cerita, nah alamat library :

No 2, Jalan RP 4/1, Bandar Rawang Perdana
48000 Rawang
Selangor Malaysia
Contact Person: Pn. Juniadah Bt Jamil
Phone: 03-60910751

Sekarang, nah gambar :))




Best tau. Luas, bersih dan baru. Paling best, wifi free dan ekon kuat. Muahahaha!


Ewah Atayap.... dah macam pegi theme park pulak. Bukan sibuk nak kelebek buku, sebok usung keta sorong!




Tu bukan aku. Tu geng2 makcik tengah menjoyah (aku makcik versi muda sikit hehehe). Akak menjoyah isu semasa je. Depa menjoyah isu retis suam2 susu kot. Very the...! :))







Kalau buleh reno rumah buat activity room mcm gini pon best kan. Aku paling bekenan tang flooring tu. Berangan jela....





Mencah jumpa Quran. 
"Mama, tengokni saya pandai baca"
Yelah pandai, pandai baca Al-Fatihah tu jelah :p




Yang sorangni, jumpak je buku mancing, terus pi berkhalwat tepi tingkap. Carik ilham nak ikat mata kail ler tu.... ahh, teknik dah macam2, balik2 ikan belanak jer naik. Apa barangggg..!







Buku pasal human body. Pakat terkesima :))





Gambar semua dalam bilik bacaan kekanak saja. Jangan harap aku nak membuang malu, nak mempoyo tangkap gambar lobby, kaunter, bilik komputer bagaiiii. Dalam bilik kekanak takpela takde org tua, takdela aku malu hehehe....





 

Monday, January 16, 2012

Harijadi

Posted by MR at 12:34 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT

Weekend tadi ada acara potong kek kat rumah Atuk Nenek Batu 16
Birthday celebration yang pertama untuk tahun ni.
This month, Arissa turns 1 and Ijoi turns 10.
Happy birthday kepada kanak-kanak buah :))







































Video Asyraf nyanyi soprano menyusul kemudian.






Tuesday, October 4, 2011

agakhampehdotcomdotmy - sambungan

Posted by MR at 9:30 AM 1 comments
Berpeluh ketiak hakak dikkk... ngusung stroller budak Asrap ni turun naik shuttle bus
demi mu wahai encik laki, haku gagahkan jugak pegi menyendat di hari kejadian
dengan harapan nombor pekerjamu akan bergema di atas pentas utama.... Pakcik menang moto!

Moto lah sangattttt....!

Pegi malam hari pon habih melekit satu badan,
kalau aku pegi siang hari macam Yong cemana gaya la kan?


























Tima kaseh Maklom and co yang tolong abiskan coupons yang tidak berguna ittew :))






























Tima kaseh mak, ayah dan adik yang tolong aku mengawal selia kanak-kanak berdua,
maklomla... suami saya tak dapat datang... sedang berjuang di laut lepasss... prffftttttt!































Besornya perot ko kakak....
sikit hari lagi ko jadi cam Mama tatau!






























Takut tapi mahu.

































Mata merah dan bengkak sebab melalak kaw-kaw
menangis nak naik merry go round berkali-kali-kali... muahahahaha!






































Bangun pagi esoknya Mencah request :
Mama, esokni kita pegi main merry go round lagi nak tak?



Bang, sila jawab. Ai serender singh!





Sunday, September 25, 2011

Ada lagi tak?

Posted by MR at 7:20 PM 0 comments
Every weekend macam nilah...

















Kuar pagi balik lewat petang,
kadang-kadang sampai lewat malam
sampai romah, hanak-hanak dah ketiduran dalam keta.

Gigihhh....(janji aku takyah masak)
Minggu depan ada lagi tak?

Keh keh keh....







Tuesday, August 2, 2011

Angin malam

Posted by makcikrehan KJB at 9:08 AM 2 comments
Malas temberang panjang-panjang,
Bulan posa.... letih...  :))

Dipendekkan cerita,
Lepas pegi melawat Busana Arissa dan Restoran Nasik Ayam Kak Ina masa hari Sabtu lepas
On the way balik, kita bawak hanak-hanak pegi liburan di fun fair tepi Mydin Rawang


Rambut ko kakakkkkk..... serabai huh!





























Enggan duduk carseat kalau emak duduk kat belakang dengan kakak.





































Scan awek...




























Tok Laki macam biasa, setia dengan imej Tabligh - seluar senteng sebelah.




























 
Mahai. Kalau 1 token 5 kupang kan syiok!




























Ko conquer la satu stesen ketapi tu nak!



























 
Penakut. Grrrrrrr!!




























Tema permainan ini adalah : GERENTI DAPAT HADIAH




























Ayuh kita buktikan!





























Betullah. Confirm dapat hadiah :))




























Answers to FAQs :
Aku takde kamera DSLR atau semi DSLR atau suku DSLR sekalipun!
Aku hanya ada kamera Nikon Coolpix biasa-biasa dengan harga mampu milik,
yang sampai skang tak abih explore (sebab malas kelebek manual book)

Gambar kaler kusam macam kena demam kunen ni aku edit kat Photoscape saja
Photoshop? Aku tak geti, belajaq tak abih! :))







ShareThis