Showing posts with label DDMR. Show all posts
Showing posts with label DDMR. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Asam pedas asal boleh

Posted by MR at 12:08 AM 0 comments
Assalamualaikum WBT

Harini (siang tadi) bermula dengan baik. Sebab berjaya tongkat mata, tak join Amirah mentido pagi. Hehehe. Selalu tu, kalau menyusu dia, sambil baring pulak tu... dia belum lelap, aku dah lelap dulu. Sedor-sedor kang dah pukul 10 pagi!

Mulalah kalut nak masak nasik untuk Asyraf si pemakan nasik tegar tu :))





































Malam semalam, lepas #bapakmengah balik kerja, aku suruh dia jagakan kekanak kejap. Aku pegi NSK beli hewan dan tumbuhan serba sikit. Makanya harini gigihla memasak asam pedas rebus yang mana resepinya aku ingat-ingat lupa sambil campur aduk dengan resepi Google. Pon bolehhh...

Tak sedap pon. Tapi bolehla makan. Konsep sundrik masak, sundrik makan, terpakai setiap waktu di romahku ini. Hehehe. #bapakmengah pon makan takat kuis-kuis manja. Takperlah Bang, dah tua-tua ni kita makan lite-lite sudahla. Nak makan sedap, kita balik umah Nenet la weekend nanti. Hehe...


 

Pukul 9 lebih dah siap masak. Asyraf makan ikan goreng tu je. Gaulkan dengan kicap, jalan je. Asal nasik. Amirah pon sekali jalan lauk ikan goreng ni. Sayur tak masak pon, bubuh timun dgn daun kesum dalam asam pedas ni, kira boleh la kan. Sayur le tu kan? :))

Petang tadi pegi daftar kindy Asyraf. Alhamdulillah semua okay saja. Asyraf pon nampak happy, dia sakap skolah ni besh la Ma. Syayer buat landasan (lego) besyar tadi! (dia main lego sementara aku deal dgn cikgu)

Semoga Allah permudahkan urusan pengajian anak-anakku. Anak-anak kita semua. Tugas kita beri yang terbaik selagi termampu. Bukan akademik semata-mata, agama jangan ambik ringan. Ingatan buat semua, di akhirat nanti semua ini bakal ditanya. Di hari pembalasan yang penuh huru-hara di mana semua manusia saling berlepas diri. Tidak kenal ibu atau ayah, suami atau isteri. Saling melepas tengkuk sendiri. Sang isteri akan mensabit Sang suami. Dan Sang anak akan mensabit Ibu dan Ayah mereka.

Jalankan tugas (Amanah) kita sehabis baik di dunia ini. Maka nanti di hadapan Rabb, kita boleh berlepas tangan tatkala anak-anak mensabitkan kita - Saya tidak solat dan tidak mengaji kerana Mak dan Ayah tak pernah ajar, tak pernah suruh. Naya kan?

Jadi, kalau ada upaya dan masa - ajarlah sendiri. Jika tiada kesempatan, maka hantarlah ke kelas agama. Bayar pon bayarlah. Di dunia ni masih boleh bayar walau semahal mana pon. Di akhirat nanti nak bayar dengan apa kan?

Ya Allah permudahkanlah.




Thursday, December 25, 2014

Kari-pop

Posted by MR at 11:43 AM 0 comments
Assalamualaikum WBT


Keripop pertama aku buat untuk tahun ini. Faktor penggalak dia adalah #hujan dan #lapar.

Semuani aku buat cepat-cepat. Hantam saja. Janji ada rupa karipap. Memalam #bapakmengah yang kena take over Meah, so aku ada la masa dalam sejam lebih (sebelum dia terjaga dari tido) untuk buat aktiviti mengarut laguni.

Kentang aku overcooked. Sambil masak inti, sambil uli kulit. Kejar masa wei. Mana la tak lembik jadinya inti aku. Pedulik. Aku yang buat dia. Takde benda yang sempurna di dunia ni. Allah je yang Maha Sempurna *ayat backup diri*









































Doh ni nampak saja kecik. Skala sebenar is sangat besaq. Lenguh otot bisep aku menguli. Cari pasai sangat tuang tepung nak dekat sekampit!









Inti dah suam je, aku terus gelek cincai sukati. Kecik besaq, kembung kempis semua ada. Nak cepat woi. Kang Meah bangun memang aku humban je semua masuk tong. Dia punya bekepit mmg buat kau rasa hilang arah tujuan tau.










Tudia. Lambang kegigihan. 4 lapis tau! Satu lapis ada dalam 15 ketui. kau darab 4 tengok berapa ketoi dok ada. Sedap tak sedap belakang kira la. Depa takmau makan, nanti aku dengan Asyraf je makan. Asrap memang hantu kulit karipap. YA, DIA MAKAN KULIT SAJA.










































Inti abis dulu. Tepung ada lebih sikit.


Sama tak? Muahahahahahaha....












Huduh sungguh kejadian dia lepas kena goreng. Salahkan dapo Induction cooker aku lah sebab suhu dia tokleh kecik lagi dah. Minimum is 500. Maybe pasni aku kena alihkan puyuk dr dapo bila minyak dah terlebih panas. 

Berjerawat teruk karipop aku! Haih. Mujurla sundrik masak, sundrik makan.










































 




Tuesday, December 23, 2014

Year End Clearance

Posted by MR at 9:30 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Bukan kedai saja ada penghabisan stok ye. Umah aku pon ada jugak. Ni ha, habihkan bahan baking di hujung tahun. Cheese bunjut ni dari raya posa itu hari. Tepung, coklat semua ni pon sama. Lama-lama kang expired gitu je. Harini hujan seharian. Mana pon takleh pi, mengeram di romah seja. Lalu melapar... Hujan dgn lapar kan berpisah teda :p
Google resepi, sukat dan timbang lebih kurang.

Kek coklat lapis cheese pon tercipta. 







Loyangku kecik, adunan ada lebih. So bakinya aku kukus dalam silicone cups yang bertukun lamaaaaa dalam kabinet. Seee.... sekali-sekala tukun aku beraksi jugek tau :))






Orang lain buat sedap kot. Aku buat biasa-biasa seja. Pakai apa yang ada seja. Esen vanila pon takdak, takla wangi beraroma kek aku kan. Lepasla tekak #makmengah dan #anakanakmengah. #bapakmengah as usual la... Hencap aku tara ampun punya. Tak sedap kata heols. Tapi makan jela sebab terpaksa. Terpaksa sebab apa? SEBAB LAPO!

Tudia laki aku punya perangai. Hahaha. Laki kau orang ada telus cam gini? So Ba Ro jelah kan :p



Monday, May 27, 2013

Cara gittew....

Posted by MR at 4:22 PM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Masakan lunch akak tadi tersangat hampeh! (sampai tak sudi nak snap gambar pon)

Pukul 3.30 ptg, Mencah mula kelaparan. Akak nak makan lauk masakan sendiri pon tak selera. Lalu tak gamak jugak nak paksa kanak-kanak ni makan lauk akak huhu. Tadi kol 12 tgh depa dah makan nasik lemak (beli) pagi tadi. Tu yang bertahan kenyang sampai petang.

Lalu, akak tanya kat depa... nak makan kuih tak?

Nakkkk! (jawab Mencah)

Akak pon kuarkan radas. Dan sekejap tadi, siaplah kuih tak semenggah ni.






Toksah la mengada mintak resepi, akak godam je tepung sama santan dalam blender!







Friday, May 24, 2013

On Your Mark...

Posted by MR at 8:42 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Get Set... Go!


.
.
.
.
.



Para ahli Persatuan Ibu-Ibu Singa SeMelesya... uols dah sarung costume ke belom?

Akak ni awal-awal pagi dah start mengaum kat budak-budakni. Agenda pertama, tak lain tak bukan adalah berebut tablet masuk air! Grrrrrr....!!!

Awal pulak depa celik mata pagini. Abah depa baru tutup pagar nak pi keja, Akak dah dengar budak Atiyap dok kohok-kohok batuk pastu menangis dalam bilik. Sorang dah celik, maka yang sorang lagi pon, dan-dan le kuar bilik...

Nampak je makanan ataih meja, dan-dan menyengih anak dara bolat aku ni.



Alam Ria lah sangattttt....


"Kenapa pagi-pagi lagi Mama dah siapkan makanan siap-siap atas meja?"

"Sebab senang Kakak nak ulang makan lerrrr... kejap lagi Mama nak jahit, kang Kakak dengan Adik asyik kacau Mama nak milo lah, nak makanlah... skang kan senang, Kakak nak makan ke minum ke, amik sendiri atas meja okay..."

Sengih sampai nampak gigi bongsu member hokayyy....






Kawan baik-baik ye anak-anak... Mama ada banyak benda nak kasi setel sebelum balik kampung nanti.




Thursday, October 4, 2012

Spell it right

Posted by MR at 9:00 AM 6 comments
Assalamualaikum WBT


Teka apa ni?
Ada 2 perkataan/ ayat untuk dikenalpasti.
Sapa boleh teka salah satu, akak kasi hadiah. Serius ni. Hehe.
Satu pemenang yang kita cari, jadilah yang terpantas.
Bukan pemanggil ke-5 dengan kata laluan yang betul yerrr...
itu kau kena pi telipon radio panas fm hehe














Ini clue.
Ditulis berdasarkan pronunciation Si Adik :))

































Dan ini tukang tulis :p
Sapa nak talian hayat, pi jumpa dia kat tadika - tanya direct.
Wahhh gigih bebenor la nak mari Rawang semata-mata nak menang pencongkel gigi 5 batang kan :))
































Akak busy tak abih-abih uols.
Esok malam PS nak pi mancing kat teganu 2 hari.
Dia balik malam Isnin tu, dah aku pulak InsyaAllah fly tu HCM.
So, akak cuba menghabiskan sebanyak masa with the kids,
sedey la wei nak tinggal anak 3 hari...

Dan demi Si Kakak, semalam akak buat lagi sekali RVC.
1st time buat haritu, akak tak tuang soda bicarbonate campur cuka sebelom bako.
Semalam buat, akak ikut la step akhir tu. Tak sedaplah.
Lagi sedap kalau buat tanpa tuang soda campur cuka tu. Tengiklah buh soda banyak-banyak.

Biasa akak bako suhu 160 darjah dalam 50 minit.
Semalam akak try ikut style sifu kek cawangan Melaka hehe... bako suhu 180.
Dan memang betul hipotesis akak, oven akak tu tak sesuai bako kek suhu 180,
kek akak crack, dah rupa macam baguetta roti Perancis
(ye ke baguetta tu spesis roti perancis? aku tibai saja)
Takpa... belajar dari kesilapan dan pengalaman

Kamini ni OK jer kek retak menanti belah pon
Dari semalam dah 2-3 potong Aisyah bedal kek belacan akak ni
(masih kaler belacan sebab akak tak kuasa pi beli colouring baru)
Akak cakap nanti Mama bubuh cream la baru sedap Kakak makan...

Tak payah icing pon takpe Mama, makan macam tu pon sedap je...

Oh anak-anak syurga kuuuuu, Mama sayang korang ketat-ketat!






























Oh ada lagi gambo hehehe...
Semalam PS balik lambat, ada meeting cum jamuan ape kemenda ntah dgn boss dan colleague dia
So, akak goreng mee malas kuasa 8 jer... makan depan tibi dengan kanak-kanak sambil tengok katun.




























Til then.




Friday, September 21, 2012

Asyraf is 3

Posted by MR at 8:57 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT



































Motip sangat kan, edit gambo anak tekepit celah kek
Padehal kek aku taraf naik satu derjat je dari kek premix :))
Bantaila... janji homemade. Tak cam Meryam, balik-balik beli kat kedai king kong.
Entry besday anak pon aku sempat carots ko Meryam, bertabahla ko...

Tepek sikit gambor hensem anak aku dolu-dolu
Gambo sebelum gigi dia luruh hehehe...



 





Selamat ulangtahun ke-3 wahai anak
Semoga hidup kamu diberkati, dirahmati dan dilimpahi kasih sayang dari seluruh isi alam.
Jadilah anak yang soleh, berakhlak mulia dan berjiwa kental (macam mama, cewah)

OK, sekarang cerita pasal kek pulak.
kek yang mendapat pujian 18 bakul dari anak-anak sendiri :))

Sebetulnya aku nak buat kek beledu, tapi malas nak kuar cari stok.
Semalam pulak hujan kemain lebat kan. Kuwaser lah sangat nak redah hujan pegi cari cheese.
So, aku godek apa yang ada dalam lemari.
Dengan kapasiti yang ada, aku pon Google resepi kek coklat :)

Jenuh gakla nak saring resepi, sebabnya aku tamau buat kek kukus
Banyak resepi kek coklat yang orang share sumer main kukus
Pulak tu ada yang guna tepung naik sendiri. Aku takde tepung tu.
Ada pulak yang taruk buttermilk. Lagilah meleceh.

Lalu menjumpa resepi yang ini.
Tima kaseh Cik Embun, akak cilok resepi awak ye.
Memang menepati piawai aku. Sukatan pakai cawan laktu.
Mixer pon tak payah, blender saja.
Lalu aku simpan balik mixer KitchenAid merah aku. Puiiiii, KA lah sangat!

Dah siap adun, masa tenngah gaul-gaul dengan tepung dan coklat
aku pelik kenapa adunan aku likat kemain
bila kelebek balik resepi, rupanya aku terlebih bubuh coklat setengah cawan.
Resepi taruk setengah jer, aku tibai buh secawan terus.

Dengan penuh bijaksana, aku tambah minyak malam adunan tu. Main tuang je.
Dah kacau-kacau, aku tengok adunan masih likat.
Aku tuang air pulak dalam setengah cawan. Hahahaha.
Penderhakaan tak hagak-hagak kan. Gasaklah!


























Mendap sikit kat tengah dia. Lantak. Janji masak hehe.
Sebelum selet topping, aku tarah sikit bagi level... terus cun walla!





























Stok butter aku tak cukup nak buat buttercream frosting.
Yang ada coklat bar putih. Lama dah tersilap beli.
Aku buleh tak perasan dia tulis WHITE. Aku nak beli coklat masak yang biasa yang koko tu.
Sudahnya berkepuk dalam peti ais tatau nak buat apa.
Dah alang-alang tak cukup bahan nak buat frosting kan,
Aku leburla white coklatni, campur butter 2 sudu... pastu selet kat keliling kek :))


























Lepastu taburla butiran penyelamatni... hehehe.
Bagusla sapa yang cipta coklat rice kalerful ni kan
Life saver untuk maknosia tangan kejung tak reti deco kek macam aku dengan zalia.



























































Zasssss... hantar kek pegi skolah!












Wednesday, August 29, 2012

Raya yang merah

Posted by makcikrehan KJB at 1:46 PM 1 comments
Assalamualaikum WBT


OK, baru ada kerajinan transfer gambar resolusi tinggi (lah sangattt).
Konon nak shoot gambo seperanakan 4 beranak. Hareeeem.





Ini bodak, raya ke tak raya... ragam tetap ragam. Geram kan?




























Selepas di edit 88 kali, terus wajah ku semulus testimoni Tabita kahkahkah!



























Sambal Telur Berdarah!
Saja tempek lagi sekali, perasan sedap sangat.
Ada yanng gatai mintak resepi, selagi aku tak bagi selagitu dok ungkit. Dasarr!

Cili kering, bawang merah, bawang putih - blend.
Tumis dalam minyak yang banyak - ingat, minyak kena banyak. Ini kata kunci dia.
Kalau sapa-sapa anti kolesterol, masakan ini bukan untuk anda.
Sila tanggalkan apron, pergi angkat dumbell.

Tumis lama-lama. Sangat lama. Sampai pecah minyak. Kalau perlu tambah minyak lagi.
Bila cili dah pecah minyak (dia jadi mcm berketul-ketul), masukkan air asam jawa.
Masak lagi lama-lama. Kemudian taruk garam dan gula.
Gula taruk banyak, baru sambal jadi gelap. Masak lagi.
Sambal yang dimasak sempurna (dan lama) adalah tahan lama.

Last sekali baru masuk telo, ikan, ayam ke gapo-gapo yang telah digoreng dahulu.
Kalau nak letak telo rebus macam akak buat kat atas nun, telo yang dah dikopek tu, digoreng sikit.
Agak-agak sampai menggerutu kulit luar dia.

Buat la banyak sikit sambalni. Simpan dalam peti.
Bila nak makan, colec semangkuk kecil... reheat dalam microwave. Senang idop.
Aktiviti menyambal ni sangat merenyahkan. Sebab tu kalau sekali akak menyambal,
Akak bikin satu kuali terus. Frozenkan. Kowserla nak menyambal 2-3 kali seminggu.
Memercik sato dapo kau! Tak suka, dah lah aku rajinnnn sangat nak kemas-kemas romah.

Resepi Rendang Ayam Terpaling Sedap Di Donia aku hutang dulu.
Tunggu turn. Kang habis modal :))




Monday, August 27, 2012

Berdarah lagi...

Posted by Raihan at 1:40 PM 1 comments
Assalamualaikum WBT


Sudah beberapa kali tertumus muka ke meja
Sudah beberapa kali krosi ni macam nak melayah ke belakang
Sesungguhnya Akak mengantuk yang bukan-bukan!



 


Uols dah follow Akak kat Instagram ke belum?
Akak skang dah kureng berfesbuk tawww...
Ikut peredaran zaman retis semasa la katakannn... ayuh polo Ahkak :))

#sambaltelurberdarah #nasiklemak #mengantuk #tido








Thursday, August 2, 2012

Shah Alam Dan Nasik Goreng Pasrah

Posted by MR at 8:55 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Semalam al-kisahnya, akak dan hanak-hanak menempek ikut PS bukak posa kat Shah Alam
Bandaraya kegemaran akak tu kannss...
Anak-anak akak kan kaya dengan sifat kedesaan dan explorasi peringkat kebangsaan
paham-pahamla dengan depa punya peel masa kat sana
Tengah-tengah bukak posa Mencah boleh pulak buat announcement kat meja makan,

Mama, saya nak berak!

Biru muka mak nak.
Memang dasar bontot tak skolah tau.
Abah kau lagikan tengah solat.
Adik kau lagikan tengah tawaf kat meja buffet dengan tak pakai kasut,
sekali-sekala dok celup tangan dalam kolam kecik berlampu warna-warni
Mak takut kena karan, tak pon terjungkalaq masuk dalam kolam lagumana?
Stress mak nak!

Time akak pulak pi solat,
Adik dia Si Asrap melalak dan memekik satu dewan,
Melalak mencari Mak dia, kemudian dia pulak buat announcement kat meja makan,

Abahhhhh... yak!

Ungu la muka bapak kau nak.
Stop makan, bawak anak pegi istinjak pulak.
Akak balik dari surau, ambik teh tarik 2 cawan... hirup sambil bertenang.
Abah dia, akak ingatkan mati selera cam akak jugak lepas istinjakkan anak-anak kan
Tapi daya imunisasi dia tinggi rupanya...

Sakan punggah kambing,
Kueyteow, sup, pudding etc etc etc
Hebatttt...

Menu perangkaan akak semalam memang menjadi kenyataan,
tapi sayangnya semuanya tak mampu akak nak jamah sepuas hati
akak takat tumpang kuis-kuis pinggan PS saja
nama kata nak ulang-alik ke meja buffet..., haghaaammm....
Baiklah akak kepung anak kat meja makan daripada kepung depa kat tengah medan
silap-selap berlanggar dengan gelas dan pinggan, berderaiii...
Lagi bikin malu orang desa kan?

Hujung-hujung sebelum balik
Mencah merengek nak 'duduk hotel' pulak
Apa kau ingat bapak kau tuan besau di syarikat konglomerat ternama?
Banyak duhet sangat suka-suka hati nak check-in hotel?
Nak beli susu korang 2 kampit pon gigil tangan nak membayo tau
lagikan nak suka-suki check-in hotel di tengah-tengann bandor!

Balik tu kami singgah Plaza Alam Sentral sekejap nak jumpa kulaan separitan
Masuk je dalam PAS, sekali lagi akak nyaris nak pitam
Dah pukul 9.30 malam pon ummat manusia punyalah ramaiii
Tengah-tengah hall tu penuh dengan booth jual baju raya
Kami split dengan PS masani. Akak bawak kanak-kanak pegi kedai cousin,
dan PS pegi masuk The Store nak beli susu anak
Menyiksa akak nak heret kekanak kiri-kanan sambil mencelah kat celah-celah baju
sekali-sekala Asrap buat perangai nak mainan,
bila tak dilayan dia berenti meniarap atas lantai... haru tak?
Mesti orang belakang akak mengutuk 3 bakul bila tengok akak heret anak atas lantai
Kau gila aku nak melayan cranky dia kat tengah tempat orang lalu lalang?
Nak kena pijak ke apa kan...  Mahu tak mahu, terpaksa ku seret jua :((

Tengok pada prestasi hanak-hanak tadi,
rasanya pasni PS tak hingin dah kot nak bawak anak bini join dia bukak posa kat luor
yang besor dengan perangai besor, yang kecik dengan perangai kecik
Menitik peluh jantan nak menjaga depani sambil manahan sabo
mujurla kat tempat orang kan, kalau kat rumah sendiri aku dah bagi penampor sorang sedas
Akak kalau semangat srikandi dah meresap kan, ringannnnnn je tapak tangan akuni tau...

Balik rumah akak dah penat dan pasrah (tetiba pasrah hahaha)
Akak pujuk PS suh beli nasik gorem kat kedai je habuan sahur
Laki akak enggan lah pulakkk... kot enggan beli, enggan makan nasik takper la jugak kan,
Tapi balik rumah masih gak request nak sahur nasikkkk
Stress aku bang.... mata srupa ada gam, gigil-gigil jugak tanak nasik
Pukul 4.30 pagi kena mangkit nak gorem nasik pulak...

Nahhhh... nasik gorem pasrah untuk sahur!













  


Sunday, July 29, 2012

Terpaksa masak. Restoren Rosnah cuti rehat ini hari.

Posted by MR at 9:51 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT





































Berkecah dapo aku!
Kalau sedap takpala jugak. Nan hado... :((
Makan le jugak... abih tak makan kalu, sapa nak makan?
Syaitonnnn.... (korang jawab ramai-ramai kan)




Saturday, July 28, 2012

Dapo tidak berkecah. Saya suka :)

Posted by MR at 8:19 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT





































Sardin tu kena buat tayangan solo.
Rupa dia merah menyala konon membakar selera, tapi rasa so-so aje.
Aku bukanlah penggemar sardin sangat, sardin is sardin jela.
So tataula sardin yang sedap is sardin yang lagumana.
Janji tak kalah rupa hahaha!







Sabtu dan Ahad.... hehehe...  dah tentu-tentu dapo aku tak berasap.
Makan tanggung, berak cangkung seperti selalu hehehe...





Friday, June 29, 2012

Zebra montel

Posted by MR at 8:33 AM 3 comments
Assalamualaikum WBT


Aura nak balik kampung uols... beginilah!
Lama tak jumpak satu-satunya abang aku yang hensem lagi beriman ittew... muehehehe...



























By the way, ini kek pisang tau.
Buat pakai resepi sama macam yang selalu buat dulu
Tapi kalini mengada buat belang-belang pulak.

2 hari lepas PS bawak balik pisang montel dari Batu 16, Nenek Onah bagi.
Macam paham-paham je jiwa kek pisang menantu dia skangni
Asal nampak pisang, terbayang muka Rehan hehehe

Kalini akak letak pisang banyak betul, dekat 10 bijik rasanya
dah la pisang dia montel-montel... sudahnya adunan dia cam melembik sikit
biasa bakar suhu 160 darjah dalam 50-60 minit jah,
kalini terpaksa lajak sampai 80 minit, baru dia masak betui






























Macam biasa, akak pemalas nak basuh-basuh loyang
so alas dengan grease paper, bila kek dah masak terus simpan balik loyang dalam lemari
Nyaman idop ko Rehannn ;)





























Sedap ke, tanya korang kan?
Sedap macam makan kek pisang ler wei
Dahla pisang banyak, kalo makan sambil pejam mata macam rasa cekodok pon ada!




Resepi kat sini.

































Thursday, June 21, 2012

Ayam Bako PD - sila mencuba

Posted by MR at 11:42 AM 4 comments
Assalamualaikum WBT

Resepi utk approx. 2kg ayam
(resepi credit to my biras)

‎2 inci halia
2 btg serai
1 biji bwg besar
5 biji bwg kecil
2 sudu besor jintan manis
2 sudu besor serbuk ketumbar
serbuk kunyit (iols pakai kunyit idup)
Garam
Secukup rasa Knorr/Maggie -takde takpe
3 sudu besor gula
Madu sikit
Daun rosemary

Kasi blend semua (kasi air sikit) & perap dgn ayam semalaman. Lagi lama perap lagi sedap




Rempah ratus import dari rumah Nenek Onah. Rumah iols tak peronah ada mender-mender gini.
Ada sup bunjut dengan kiub ikan bilis jerrr





 Lepas blend, gaul molek-molek dengan ayam.





 iols tengok dalam AFC depa masukkan dalam plastik, simpan dalam fridge 1-2 malam.
iols cari pelestik putih tu takde plak. Ada supik ghok-ghak kedai runcit Murugayah je.
Pelastik tu nipis bebenor, kang koyak dah satu hal menjejes. 
So, iols tutup besen dengan grease paper. Ikat dengan getah belacan.
Very the pusat internet desa kannns.






 iols perap kejap je sebab nak makan untuk bukak posa. Bako atas kuali je. 
Koser nak bako-bako atas arang aih. Kalau BBQ ramai-ramai memang bestla pakai arang.
Kalau bako dengan arang, pastikan uols lantik tukang bako yang bertauliah, takut ayam jadi arang!






  Bako separuh masak. Pastu pi ambik kanak-kanak balik skolah. Mentaman seround.
Balik rumah pukul 7 bako lagi sekali kasi hangit-hangit sikit.




iols buat ayam ni masa tengah Atkins.
So serbuk perasa sumer tak taruk (sebab takde, kalau ada aku humban jugak)
Gula iols bubuh sikit saja. Madu langsung tak taruk.
Daun rosemary pon tak taruk, pasal tak ada. Ada daun kari kering je dalam peti.

Kesimpulannya, kalau iols ikut format sebenar... harus lagi sedap!
Senang lagi buat ayam bako ni dari buat rendang tawww....




Tuesday, June 12, 2012

Letting go

Posted by MR at 1:05 PM 0 comments
Assalamualaikum WBT


Rebus agar-agar secekak. Banyak tau. Satu puyuk besor.
Satu bekas buat perisa milo. Satu bekas lagi buat perisa bandung.
Dua-dua perisa orang dalam rumah ni tak suka!




























Pergi sekolah.
































Pergi Kg Melayu Batu 16.






























Belum pergi mana-mana.
Cukup haul, pergi tong hitam.








ShareThis