Busy button is ON!
Laundry sebeban, lepastu packing baju
Esok kamiorang nak balik kampung setelah berapa punya lama tak balik
Harap-harap tak sesat cari lorong masuk kampung :))
I miss my Emak's ayam masak korma
Abam Aril kau tak suka masak korma, feduliklahhh.
Di romah Emak saya, saya adalah puteri tahu? Ecehwah... :)
Semalam Akak recharge bateri dengan sohabat segendut
Leganya dapat bersembang sampai kebas pipi :))
Dari pukul 11pg sampai 3.30ptg melepak kat foodcourt Tesco BB
beli ayaq sampai 2 round, tapi makan buleh 1 round sajala
pasai kami kan DIET (walhal duit belanja laki bagi sorang seploh hengget saja)
Balik dari recharge bateri, terus singgah kedai buah, beli pisang sesisir
Lantas mengekek di petang hari...
Mentang-mentang kek haritu kembung elok, sakan dok marathon buat kek pisang la pulak
Yang kat atas ni semalam punya
Aku tengok orang tabur choc chipsla, badamla, hirisan pisangla... lalu aku pon tanak mengkalah
aku pon tabur choc chips duo, dah macam jerawat whitehead dengan blackhead pulak jadinya
bantaila....
Yang kat atasni macam apam pulak aku tengok
yang ni yang mula-mula Akak try buat dulu
pakai pisang 3 bijik jer (pasei itu jer yang ada!)
Kesimpulannya, yang banyak pisang lagi sedap, tapi rupa sikit huduh
yang sikit pisang cantik ropa fizikal, tapi kurang rasa pisang
tak kisahla mana-manapon.... janji buleh isi tapawe pink budak ni kannns
Jom wei buat kek pisang sama-sama.
Akak menyeru para ibuk-ibuk seantero donia untuk turut serta memeriahkan minggu pisang sedunia!
Wahhhh.... baru buat kek pisang ada hati nak buat program bake along!
Mehla weeiiii.... syokla buat kek ni. Tak yah pakai timbang kati,
sukat pakai cawan dengan sudu jer.
Akak yang ratu premix ni pon buleh buat kek ni dengan jayanya,
inikan pulak korang yang ada loyang besi, tembaga, timah,
OK nah resepi air tangan Akak (khellesss... air tangannnn, kau ada?)
Bahan-bahan:
1 ketul butter (250g) - dicairkan dan dibiarkan dalam suhu bilik.
5-6 bijik pisang berangan sederhana size - dilecek
3 bijik telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 tsp garam halus
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
sedikit coklat chips
Cara melaksanakan:
Preheat oven.
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat - ketepikan.
Sediakan blender - masukkan telur, gula, garam, esen vanilla.
Blend sampai kembang dalam 5-10 minit gitu. Lepastu masukkan butter yang dah dicairkan tadi.
Blend lagi dalam 5-10 minit.
In a mixing bowl, kaup-balikkan (perghh skrip aku) adunan yang di blend tadi bersama tepung dan pisang yang telah dilenyek. Agak-agak dah mesra, masukkan coklat cip, gaul sekejap dan tuang adunan kedalam loyang yang telah di sapu fondesen dan bedak (di gris). Atau sila dapatkan grease paper di pasaraya berdekatan supaya senang tak payah nak mekap loyang dan tak payah basuh. Huahuahua.
Sebelum dibakar, kalau ada belen coklat cips, sila taburkan di atas adunan tadi.
Kanak-kanak akan keriangan bila nampak coklat cips bertaburan kat atas kek (kanak-kanak aku ler tu).
Bakar pada suhu 160 darjah selama 50-60 minit.
Cucuk dengan lidi untuk mempastikan kek dah masak (ini pon nak bagitau. Puiiii....)
Sapa ada buat kek pisang, sila tag akak kat pesbuk tau :))
Lepasni akak buat program sew along plak nak? nak? nak?
Libas remos *fefeeling Martha Stewart*
14 comments:
pisam lebam yg BS aku bg las week tak menjadi kek nok.. jadi cekodok pisang hangus hahahaha!!
sampai harini adief ungkit kuih pisang mummy itam.
pasai tak tunjuk step 1 by 1 secara bergambar? adik kan baru nak belajar ke dapur, nak petik belender pon mentakot........
eeeeiii... aku kutil jugak budak nughul nni karanggggg. kasi chance la wei. martha steward hokay!
ngah, buat kek jerla weii... cincai2 tetiba dah siap! hahahaha
aan.. eden ada 2 sikat pisang abu.. bulehkah buat kek??? tapi kalau buleh pun.. eden tak bernafsu nak mengekek n MEMASAK skang nihhh hahahhahaha kejisss kan
mentang2 mlm jomaat... terus takde napsu mengekek. napsu kau pegi mana kerul? ha jawab jawab jawabbb :))
Nnt nko...aku nk upkak gambo2 kek pise sepanjang thn aku buat...jagaaaa nkooo
Nnt nko...aku nk upkak gambo2 kek pise sepanjang thn aku buat...jagaaaa nkooo
pnya marah bini ajai tu. sampai 2 kali post ha. haha. ratu kek pisang dh ngamuk :))
halooo... napsu eden bukan hontok malam jemahat ye... napsu eden tgh tak sabo nunggu hasil kain perca cotton maheiii ekau.. hahahahha
MR
uwaaaaaaaaaa....nak beli oven!!nak beli oven!!nak beli oven!!
lohkong ,sila alert !!
dah 2 bulan aku meratib nak oven tau :((
menarik .. kene try buat nie .. makasih share resipi :)
asal baca blog ni mesti gelak sampai nak terkencing..adoi larrrr
Aza, silakan cuba. best dan sedap :)
Cik Gebu, kencing2 jgn sebut. akak trauma! hahaha
Post a Comment