Friday, April 27, 2012

Mandom

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Assalamualaikum WBT


Gambar hiasan. Mandom macam pokok bonsai yang dah kejung.

























Siang semalam Asrap tak tido langsung
Dia mengantuk sampai tahap lalok, tapi tahan mata takmau tido sebab mak dia tak tido sama
Cemana Akak nak kepit dia ajak tido, Akak kena menjahit nak cari Dana D kannns...
Sudahnya semalam dia melingkor bawah meja menjahit sampai tersepit jari kat kaki meja
Lepastu dia menebeng tepi katil nak dekat-dekat dengan Akak,
Last-last jatuh tergolek sampai tertomoih bibir kat bucu meja jahit sampai berdarah
Meraung toksah katala...

Sudahnya, sampai ke petang dia tak tido.
Oleh sebab terlampau banyak sangat menangis, hidung dia asyik beringus.
Pukul 7 malam, bukan dia saja yang barai... Akak laaaagi barai!
Nak tunggu Maghrib, sampai tersengguk-sengguk atas sofa

Pastukan, semalam Akak sajala menggatai cari pasai
Akak pi pakaikan CD kat Asyraf masa dia balik skolah
Ingat sajala nak test balik, dah lama tak pakai... kot-kotla skang dah okay kan
Konon nak save bajetla, pakai CD kejap... kang 2-3 jam lagi dah nak mandi petang dah
Sekali dia kencing, akak nampak dia mengengkang berjalan depan tibi
Aku pegi dekat tengok, kencing dia berjejes sampai berlopak lantai!
Kegilaan apakah ini woiiii.... rasa nak hantuk kepala ke dinding
Bongek sangat aku... duduk tak duduk pi cari pasal menCDkan anak kan
Dah satu hazab mengemop lantai! Grrrrrrr....

Ko tunggu aku balik dari kampungni,
Sebeban CD Coolababy aku nak lelong!

Akakni badan penat, mata penat, otak pon penat (padehal menjahit selai skirt kecik cotek ajer!)
Asyrap malam tadi punyala buat perangai benyek kau tahu
Aku dah tahap bertempik-tempik tau kat dia, membenyek serba tak kena
Tah mana datang, tetiba dia batuk, selsema, hidung sumbat... siap muntah selambak
Sepanjang malam dia menyanyi kat tepi telinga ni tau
Kuasa dah aku nak layan, lantak situlah kau nak melalak ke apa
Abah kau buleh buat keras macam batu bersurat kanns,
Mama kau laaaagi buleh buat kejung macam batu bertangkup tahu!

Pagini bangun pagi terus stresss... stresss... stressss!
Benyek malam tadi sambung pulak ke pagini :((
Ada orang senang hidup, bangun mandi, pakai baju, start motokar pegi keja
Lantak pilah yang kat romah ni nak terkangkang ke, terpeleot ke apa kan
Mikirkan yang ini yang buat aku nak tendang mesin basuh sampai kemek nih
Tapi kang kalau kemek rosak, cemana aku nak basuh baju menimbun nih
Dengan kain kencing kain muntah berselepek dalam bilik air nun huwaaaaa....
Patahkan hanger jelah nampaknya :((

Korang yang dok meratib bentang tikar baca blog Akak pagi petang tu kan
Silalah jangan mencontohi keberangan Akak yang melampau-lampau ni tau
Anggaplah ianya sebagai asam garam kunyit idop sebuah kehidupan beromahtangga
Ada masa fefeeling bahagia aman sejahtera serta bertaqwa macam kelorga wardina,
ada masa terbalik kongkang, sekupang pon tak guna...

Kawan-kawan akak ramai dok pegi kursus motibasi Dr Azizan Osman akak tengok
Akak rasa, Akak pon kena pegi jugakla kursus seumpamanya
Tapi akak tak mahula kusus motibasi...
motibasi pejadahnya akak dah tua-tua ni kan... dah basi dah akuni

Akak nak pegi kursus ANGRY BIRDS.
Hiarghhhhhhh!! Bedebommm... pecah tembok!
Legaaaaaaaaaa.







8 comments:

kakngah on April 27, 2012 at 9:06 AM said...

kroniknya kebocoran cd si asrap... dulu masa adief, kalo bocor takde la sampai menjejes. cuma basah kt tepi tu je la..

sila lelong cd2 mu itu. kalau harga utk golongan marhaen, aku borong.. :P

mama iris on April 27, 2012 at 10:32 AM said...

tang keluarga wardina tu aku tak menahan nak gelak tu.....
ku paham stress mu tu kak.....sbb nya jgn kan ayaq kencin menjejes lagu tu, yg dok tercicir setitik sbb tak dan dah nak bukak seluaq pon aku dah membising.bersabaq la naaa.......

Hanis on April 27, 2012 at 11:26 AM said...

bersabar ajelah mr ya..

Fatimah anak kesayangan nabi..yang byk beribadat..yg dijamin masuk syurga tu..yang ada 4 org anak tu pun mengadu kat nabi pasai penat buat keje umah...jaga anak...

ini kan pulak kita ni kan..(akulaaa) isteri biasa-biasa aja...

back to basic mr ya.....nabi pesan suh Fatimah zikir subhanallah,alhamdulillah,
allahhuakhbar..semua 33 kali..

nmpak simple..tp semoga stressmu berkurang :)

littlehumblelynn on April 27, 2012 at 1:04 PM said...

Rehan.

Aku rasa apa ko rasa,tp stress takat merempan dlm blog,fb.mmg kena release jgk baru rasa lega!

smg stress ko berkurang hdknya.

Me on April 27, 2012 at 2:45 PM said...

kepada Imam muda aserap..

mohon jangan benyek2. diharap imam muda dapat memberikan kerjasama kepada mama sopaya mama boleh menjarum perca2 kainnya yg 8 guni beso itu.

sekian terima kasih.

ikhlas

akak :)

mamawafiy on April 27, 2012 at 4:21 PM said...

salam kenal...
hahahahahahaaaaaaa best la entry ni.nak nak part yang ada org senang gi kerja semata tu..tidak terjadi pada diriku tau..keje lagi, anak lagi kena bagi mandi pagi2..kerenah depa lagi..lagi tension tauuuuuu...keje lagi rasa mcm hari2 nak tendang meja

makcik rehan KJB on April 27, 2012 at 5:03 PM said...

Salam kenal mamawafiy, begitulah hakikat kehidopan rumahtagga kans. masa jaman anak dara gedik nak berlaki, dah belaki nak beranak pinak. nahhh rasakan kannns... hehehe

mamawafiy on April 27, 2012 at 5:16 PM said...

hahaha setuju jugak tu...sekarang..rasakan lah nak menendang ke nak mengaruk ke kan..sendiri buat sendiri tanggung, tak gitu..takpe kalau kita meroyan sekali sekala (saya link kan blog awak ye kat blogroll saya)

ShareThis