Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Gambar sejuk je hadek-hadek...

Posted by makcikrehan KJB at 8:57 AM 8 comments
Assalamualaikum WBT

Kronologi tak betul nih, patutnya balik kampung dulu baru pi Cameron. Bantailah.
Nah gamba kanak-kanak kat kampung.
Akak bizi harini. Nak pi pos barang, nak beli barang, nak buat kek pisang. Eh!























Aisyah dengan kucing memang tak dapat dipisahkan.
Jangan mimpi nak bawak balik bela ya. Kau gomol puas-puas kat kampung sudah.
Cebuk berak sendiri pon tak lepas, ada hati nak menternak kucing pulak.
























Lepas main kat luar okay le dia.
Cuba kau kurung dalam rumah, membenyek jerlah kejenya.



 



















Gigi sudah mula mereput.
Better la dari Adik dia, dah hancur!























Mau pulang suda (heading to Cameron)
Kau tengok muka Asrap. Ha begitulah dia.
Monyok je kejenya. Belain benar dengan Kakak dia yang menyerongeh semedang.








Selebetnya anak hakoo.
Baju diani bukan aku up 1 tahun tau. Memang baju untuk umur dia.
Badan dia yang terlebih langsing, terus nampak macam baju pinjam!























Ada rupa Obama pulak aku tengok. Haha..


Ada orang tanya,
Gambo mcm cun je nih. Kak Rehan dah tangkap DSLR ke?
Haiyyoooo.... dana akak belum kecukupan la hadek-hadek...
kamera gamba sejuk akak tu kekadang menjadi la jugak.
Tambah kalau tangkap gambo outdoor, bulehla tahan.

Nanti akak rembat Canon 700D yang berat sepikul tu, akak gebang kat sini tau
Akak mana buleh mengkalah Dikkk... orang di hemisfera selatan ada 600D,
Akak ni komann-koman kena up satu siri ler... 700D terus
(jangan tanya aku, ada ke Canon 700D? Aku mana tau, aku tibai saja!)


















Wednesday, January 4, 2012

Video

Posted by MR at 2:05 PM 0 comments
Anak bujang Abah potom wambut...





Anak dara Mama membebel kat belakam :))




Sunday, January 1, 2012

Year end momentos

Posted by MR at 1:17 PM 1 comments
Ceritera cuti kerismas di kampung baru-baruni.

Perjalanan balik kampung sangat mencabar
bertolak pukul 1 ptg, sampai kampung pukul 6.45 ptg
almost 6 jam hokay! Kalah Diva Sepang nak balik Kelantan kanns
Highway adalah sangat jem, semua terkemut-kemut... naik beskal lagi laju tau
lagi pulak aku terpaksa bawak selow sebab travel dengan kanak-kanak buas 2 org ni kan
ikat kat carseat dia melalak nak menempek kat kakak
time nak tido siap nak berpeluk, dah macam mak m**y*t dokom anak
sebelah kontrol stereng, sebelah peluk anak!

Wahai suami, silalah terkagum dengan bini awak
Hati kental sungguh travel Rawang-Parit Buntaq dengan 2 orang toddlers yang buas!

Masa nak balik Rawang, adik aku ikut balik sekali
dia la jadi mangsa mengawal selia kanak-kanak Manhattan berdua ni
itu pon tak byk sgt membantu, Asyraf bukan mau dengan sapa
nak kelepet dengan aku jugak, especially bila dah ngantuk
once depa dah dozed-off, dah ikat kat carseat... barulah aku buleh speed merempit kat highway
konon-konon cover balik masa yang terbazir masa bawak selow tadi! Wakakakaka...

Some random pics masa kat kampung :-)
Cherish our year end moments with families - priceless!

























Ikut maktok pi kenduri. Baju kurung dia aku tak teringat nak bawak balik.
Mula-mula ayah aku tak gamak nak bawak dia dengan pesen pakaian beragam laguni.
dengan hair band, hair clips, subang, cincin dan rantai manik,
and not forgetting bunga penanggah kat dada!
Macam anak nyonya nak pi konset tadika akhir tahun!
Adik-adik aku punya kerja la ni, bagi pakai aksesori tah hapa2 kat budakni.

Aku bagi pesanan kat dia : Kalau Orang tanya anak sapa? Dia jawab, anak Mama.
Kalau orang tanya Mama nama apa? Dia jawab, Makcik Rehan!
Bagus, orang kampung memang meratib baca blog mak ko pagi-petang!




Instantly clicked within seconds. With Kakak Asmaa' at Rozaimi Optometrist, Parit Buntaq.
Sampai takmau balik, siap lari nak masuk dalam keta Makcik Pija!
Hahaha... anak aku kalau jumpa kawan baik memang mudah kena sawan.
Sampai 2-3 hari dok sebut-sebut kakak kat kedai spek.
Asmaa' pulak memang pandai berkawan (read : melayan) anak aku yang poyo princess itu
Asyraf membuas macam biasa, aku takut dia ghengau bingkai spek atas meja display tu jaaa :))






























Balik dari Bgn Serai, aku mengagau nak makan char kuey tiaw.
Ayah ajak beli kat sini. Taktau dah kat mana lagi nak cari.
Hari pon dah nak Maghrib. Bantai beli sampai 4 bungkus. Ayah sorang je kuar pi tapau.
Aku tunggu dalam keta, tak sanggup bawak budak-budak masuk kedai.
Sekali bukan dia buat char kuey tiaw, kuey tiaw goreng biasa je (style mamak plak tu)
3 bungkus terbang masuk tong sampah.
Ayah kata - mana la aku tau hang nak ketiaw pesen apa.
Ayah kata kat dia, hang masak ketiaw sedap-sedap, anak aku balik dari Kolumpo nak makan ketiaw!
Ai lebyu very-very strong Ayah :))




























Emak yang camera shy. Dah siap-siap nak pi kenduri, snap secara spontan.
Tengok tibi kecik kat belakang Mak tu. Siap ada aerial yang macam radar kapal laut.
Tibi kecikni memang feveret depa kat kampung.
Tibi besaq sapa pon tak hingin nak bukak tengok :))
























Aku tatau masa bila depa snap pic ni.
Sementara budak ni tido (rambut dia baru shave - nanti aku cerita next entry),
aku pi mandi. Dia bukan buleh mak besar dia hilang dari pandangan.
Dia terjaga, muka blur-blur cari mak dia takdak. Tok Ayah dia kat sebelah menten lena.
Mula-mula OK lagi, tak nangis....



























Tak lama kendian dia pon pasang loud speaker.
Siap garuk-garuk kepala cari Mama.
Yang lawaknya, Tok Ayah kat sebelah menten stone hahaha...
Sikit pon tak terjejas dengar cucu kat sebelah melalak.
Ai lebyu very-very-very strong Ayah :))


Writing and reading this, suddenly make me kampung-sick! *lap ayaq mata*
Looking forward to meet my parents again in 3 weeks time, InsyaAllah :-)

Happy new year peeps,
semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah.






Wednesday, November 9, 2011

Back to our routine

Posted by makcikrehan KJB at 9:27 AM 1 comments
Semalam pukul 10.30 malam sampai dari kampung
Kanak-kanak berbintat seluruh tubuh - kenduri nyamukla musim-musim hujan ni kan
Dan aku lenguh dan sengal satu badan - sebelum balik Rawang aku (gatai) berurut


Anak menakan paling bongsu setakatni. Mak dia tatau kami pelekoh bagi budakni pakai tudung Aisyah :))
































Aku malas nak wat kluaq camera masa kat kampung
masa pakaikan tudung kat baby kecikni, Aisyah request suh tangkap gambar dia dengan baby
lepastu aku pass camera kat dia, suruh snap apa-apa gambaq
adala bahan nak buat update blog hehe...

Diva Rawang nak suap anak makan bersama ustajah pilihan :))





































Tok Ayah dengan anak-anak menantu.




























Raya kami sejuk dingin. Hujannnn semedang. Syukurlah, sejuk je rasa.
Cuma, bila dah musim hujan laguni, tak dapatlah nak pi kemana. Nyamuk pun punyalah banyak.


Petang semalam, on the way balik Rawang.



Harini Aisyah dah start sekolah
PS masih cuti sampai hujung mingguni.
Seminggu opis dia cuti, tapi tak sudi nak bawak aku pi makan angin.
Sebabnya beliau demam. Sian aku, ingat dapatla pi Cameron Highland kannsss...


Sila siapkan keja skolah. Tahun depan kena usaha gigih bagi dapat nombor 1 dari 15 tau. Hehehehe....






























Thursday, September 8, 2011

Sebelum kena delete

Posted by MR at 9:11 AM 3 comments
Gambaq kat kampung punyalah banyakkk...
Aku pilih mana yang berkualiti ala-ala DSLR simpan sini
Mana yang gegar, gigil dan berkualiti ala-ala henpon SE cabuk... nanti kasi padam :))
Gambaq semua besaq gedabak, senang aku laki-bini nak tatap gambaq hanak-hanak...
takyah klik-klik kasi besor (^_^)

Syok gak buat entry tempek gambo jer
takyah aku susah-susah buat karangan temberang hihihi...
ehem.. macam biasa la kannn... captions hangpa karang sendiri no...
























.





Last but not least.... makcik kau nak jugekkkk
rupa-rupanya selamani tangan aku yang parkinson!
kehkohkehkohkeh...


















































Tuesday, September 6, 2011

Buat captions sendiri

Posted by MR at 1:30 PM 0 comments
Explorasi desa oleh kanak-kanak berdua.



















Tunggu Maktok dan Tok Ayah mai Rawang pulak pasni (^_^)








Tuesday, April 12, 2011

Octapus!

Posted by makcikrehan KJB at 8:58 AM 0 comments
Malas nak taip panjang-panjang buleh?

Ni gambaq kat Ban Pecah itu hari
akuni, walopon romah dekat giler dgn Ban ni,
dari kecik sampai besor... teramat jarang aku datang merendek ke sini
time skolah dulu kalo abang aku dapat tau aku pi pantai
balik romah kompom makan penampor
yerr.. abang aku sangat garang!
sebab kat Ban tu dedolu sangat sunyi dan banyak 'belangkas' beromen
so, ayah dan abang aku sangat pantang kalo aku pi sana
takut dipengapa-ngapakannnn...
maklumlah, aku kan lawa macam Juliana Evans... hakkktuih!



Kipas itu berharga 1 hengget 20 sen cuma. ai like!


























Mau turunkah?

























Tudia tong itam tengah laut yang Mencah kata octapus!

























Mencah request nak swim
aku kata tak buleh sebab tak bawak swimming suit
OK, esok kita datam bawak swimming suit yer mama...
aku angguk jerr...

Esok kita balik Rawang dah nak oiii....



Monday, April 11, 2011

Cuti Mengejut

Posted by makcikrehan KJB at 10:31 AM 0 comments
Semedangnya mengejut kann
alah, macam tak biasa dengan makcik kauuuu...

Khamis malam bertolak ke Utara
mengendeng PS yang kena pi visit kilang apa ntah kat Tepeng
dia pi visit, kami anak-beranak pi lenggang perut kat romah Maktok lerr...

Durian punya nalla punya banyak kau!
sampai pagini perut aku dok mulas-mulas berangin - kata org Melben gastro nama saintifiknya
entah, aku dok UK... tatau istilah tu... kah kah kah... tanak kalah you...

Durian Bukit Gantang, Batu Kurau, Sungkai segala celah bedah semua sumbat masuk keta
Keta PS punya berkepam bau durian... buleh pitam wooo...


Beli incik beli... sumbat selagi buleh
























Kat kampung kami tak pi mana-mana pon,
lepak di romah jer pasalnya aku tak kuaser nak melayan cranky si Imam Muda
3 hari kat kampung, 3 hari aku tahan sabo dengan peel kanak-kanak sorangni
cuma petang Sabtu tu jer kami bawak kanak-kanak ni pi Ban Pecah
entah apa yang seronoknya Ban Pecah tu ntah
orang lain dari mana-mana celah datang ke pantai
kamini duduk setengah jam nak ngabihkan Char Koey Teow pon dah panas montot
Aisyah jerla yang happy kemain dapat main kipas pusing-pusing
lepastu bila nampak tong itam terapung kat tengah laut dia jerit
Mamaaaa, saya nampak octapus!

Gambor kat Ban Pecah lain tahunlah aku taruk eh
ni ada 4-5 keping gambo tangkap muat di hari Jumaat

                 
Menan teropong yang Tok Ayah beli masa pi Mekah 2 tahun lepas.
































Tok Ayah dia belikan layam-layam
PS kata kat Mencah sambil sengih-sengih cari gado dengan aku :
Kamu pegang benangni, pastu suruh mama lari laju-laju pegam layam-layam ni sampai terbang
Pastu Maktok dia aka Mak aku tulong simbah minyak plak :
Lepas 2 hari kot-kot Mama kamu susut barang 10 kilo!


Kuwaser haku! Aku ikat kat kayu alang romah jerr... kih kih kih






























Anak gembira, Mak dia laaagi soka!




































Ehhh... mana Imam Muda?

























































Sesungguhnya, sangat nikmat melihat kanak-kanak tido kannn...
sebab kita pon buleh tarik bantal join depa mengkeroh!




Tuesday, December 14, 2010

CEMPEDAK DAN AYAM KAMPUNG

Posted by Raihan at 9:02 AM 3 comments
Aku jumpa lagi 3 keping gambaq kat kampung yang belom dibelogkan.
Mai aku nak merapu semberono lagi :))




























Adik aku kata buah nangka/ cempedak ni tak sedap, buah dia tak manis.
bukan benih terpilih kotni... campak bijik ja kot, tu pasai tak manis [teori aku jah!]

                                                   






























Tapak lawatan sambil belajar si Mencah.
Kat sinilah ayam Tok Ayah tido tau Mamaaa...
Awak nak tido sini tak Mama? <--- Kak Ed tolong jawabkan pulak!









Dalam banyak-banyak gambaq kat kampung,
sekepiang ni ja gambaq pipi tembun aku rupanya.

Oleh sebab aku tak pakai cream sapik raniak,
maka permokaan muka haku adalah sangat horror huhu...
sangat tak sesuai untuk tontonan umum dalam skala dekat
lalu kita olah sopaya nampak ala-ala mulus domestikus! kekekekeke...

Tima kaseh kepada kepada tukang tangkap gambaq
di atas gambar-gambar yang berkualiti parkinson.



.





Monday, December 13, 2010

FEELING-FEELING NIKON D90

Posted by MR at 1:40 PM 10 comments
Sambungla sikit lagi naa
aku perabih ceghita kat kampung

Kampung aku biasa-biasa saja
takdak pemandangan lawa-lawa macam kampung hangpa
takat lawa dimata kami ja la...
ditambah pulak dengan kamera Casio aku yang bercapuk-capuk nih
laaaagila tak berapa lawa jadinya hihihi...



Hat ni gambaq pemandangan depan taman menan depan PID Kola Korau
masani dalam pukui 6 petang ja baru
tapi nampak gelap sebab coca mendung dan camera aku yang dah sangap
takat tu ja dia buleh pi... jadila feeling-feeling sunset di Pantai Bali kununnya... :))


































Hatni pulak hadik haku tulong snap,
sambil aku bawak keta selow-selow ala-ala berarak kat dataran merdeka
dia tangkapla gambaq sawah bendang sepanjang jalan
lani tengah musim padi masak... kiri-kanan nampak pokok padi menguning

Sekalitu nampakla mesin padi yang tengah dok tuai padi kat tengah bendang,
aku pon cakapla kat Mencah... Tu nama dia mesin menuai pagi
dengan bijaksana dan lurus bendul, anak aku menjawab :
Ooooo... itu mesin padi Cap Rambutannnnn!

Bergegaqla keta kontot aku pasai kami dok pakat gelak kat dia
hangpa tau pasei apa dia kata mesin padi rambutan?
Sapa ada tengok iklan kat tibi... Beras Cap Rambutan?
Haaa... malamni sila tunggu depan tibi.. tunggu iklan tu kluaq..
barula hangpa paham kottt...
Mencahhhhh... Mencahhh.... :))

























Ini pulak lari topik sikit.. tapi inilah topik kegemaran aku yang sebenaqnya ;-)
macam-malam lagi mak aku masak masa 2 hari haku dan hadek-hadek ada kat kampung
tapi tak teringat nak tangkap gambaq langsung,
ingat nak melantak teruih saja... hihihi

Kuih Cara ni mak aku buat masa last day hari kami nak balik KL
sedapnya weeiiii.... tak tau nak habaq lagumana
siap bawak bekal balik Rawang tu!
tapi tak dan masuk Highway Kamunting pon lagi,
kuih tu dah selamat masuk dalam mulut! hihihihi...

Habih dah cita kampung Makcik Rehan,
mai cita pasal kampung hangpa pulak mai...


.




ShareThis