Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts

Friday, September 10, 2010

AMALAN SUNAT DI PAGI SYAWAL

Posted by MR at 9:49 AM 6 comments
*Pacak lama sikit, entry baru kat bawah*


Lama makcik tak jadik Ostajah kan?

Sedikit perkongsian ilmu,
dikutip dari pembacaan dan tazkirah dari ayah makcik dulu-dulu.
Sekadar berpesan-pesan dan mengimbas kembali bagi yang memang dah tahu.
Kalau ada kekhilafan, jangan segan-segan buat pembetulan.
Makcik kau cool hokeh! :-p



   1. Mandi sunat hari raya di pagi hari, walaupun tak pergi solat sunat hari raya.
       Mandikan diri dan anak-anak sebelum jemaah di masjid atau surau
       memulakan solat sunat hari raya.
       Niat kan dalam hati : Sahaja aku mandi sunat hari raya aidilfitri, kerana Allah Taala.
       Jiruslah air bermula dari kepala dan ratakan ke seluruh tubuh.

   2. Berpakaian cantik dan baru (jika mampu), menutup aurat pastinya.

   3. Memakai wangian, memperkemas diri (gunting rambut dan potong kuku).
       Biar nampak hensem dan kemas.

   4. Makan sedikit sebelum solat sunat Hari Raya (Aidilfitri).

   5. Mendirikan solat sunat Hari Raya di tempat yang luas.

   6. Solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit waktunya
       bagi memberi ruang kepada sesiapa yang belum bayar zakat.

   7. Pergi dan pulang dari masjid/ surau melaui jalan yang berbeza,
       supaya lebih ramai orang yang kita jumpa dan bersalaman semasa pergi dan pulang.
       Dapat mengeratkan silaturrahim dan berjumpa dengan orang-orang yang jarang kita jumpa.

   8. Mendoakan dan mengucapkan yang baik-baik sesama insan.
       Jangan dikenang perkara-perkara buruk dan memalukan.
       Hari Raya adalah untuk meraikan kemenangan dan kegembiraan.



Salam Aidulfitri dari Makcik sekeluarga.

Dengan setulus hati dan sepenuh kasih sayang,
makcik mintak ampun dan maaf andai ada tersalah kata
sepanjang perkenalan di dunia maya dan dunia nyata.

Yang baik, jadikan pengajaran.
Yang lucu, jadikan kenangan.
Yang buruk, jadikan sempadan.

Sebagai insan yang lemah dan selalu alpa,
Maafkan segala salah-silap saya ya...























i lap u olls sangat manyak!




Thursday, September 9, 2010

NAK BERTOLAK DAH KEJAP LAGI

Posted by MR at 2:00 AM 1 comments
*scheduled entry*

Kami nak bertolak ke Utara awal pagi ni
PS pon dah recharge tenaga nampaknya
semoga perjalanan kami lancar dan mudah, Amiiin.
Kalau esok tak raya, kami bersahur kat RnR mana-mana nanti

Kamu orang semua nak gerak pukul berapa?
Kerr... kamu orang dah sampai kampung halaman?
Semoga semuanya selamat sejahtera ehh...
Bertimbangrasa di jalan raya taww... makcik sayam korang!

Jangan lupa baca doa naik kenderaan tawww...



















Tuesday, September 7, 2010

PUKUL 3 PAGI....

Posted by MR at 3:24 AM 4 comments
Nilah salah satu punca haku bawak keta melelong pepagi
kol 3 pagi ko tak tido lagi rehan?

Makcik baru bangun kol 1 tadi,
masak nasik, masak air, basuh botol hanak-hanak
balik dari PTGC tadi, haku check-in terus dgn hanak-hanak
si Mencah bukan buleh tido kalau tak bau ketiak masam mak dia nih
si Asrap lak kena menempek kat tiak bapak dia
bila depa dah lena, aku bantai gak lena sekali sampai kol 1 pagi
terpaksa bangun weii.... rumah aku tunggang langgang tu!

Dah siap2 sumer kat dapo, makcik ON selim tibi hazab yang dipitnah kata nak nunjuk tu :-p
pastu haku lambak kain baju bergunung yang belum dilipat depan tibi
ehehehe.. aku lipat ala kadar jer weii.... maaaalas tau!
tu pon aku lipat separuh jer... hahaha.. ada lagi beberapa paruh tak siap! :-p

Pagi semalam PS ko keji aku, masatu dia tgh punggah banjaran kain nak carik seluar kecik,
Jaga-jagaaaa... ada ular besor!
Hampeh ko bang :))


Tertekan aku tau, masuk belog orang sumer dah mood raya
rumah dah santek-santek katanya....
umah haku? hoihhh.... pingsan!


PTGC = Perangsang Templer Golf Club
Haku takmau pi... laki aku pujuk ajak ikut jugak :((
kejap jer... dekat jerr.... kol 8 kita balikla... 


Kunun tau! si Asrap, kol 7.25 dah meragam
nak makan kamben pon tak senang :(
Dah korang ramai cakap laki aku makin selim dan stylo skang kan,
haku escort gakla beliau pi buker posa kat luar :-p
dengan berat hati, hangkut jugak hanak-hanak istimewa haku nih
dan macam biasa.... kami-laki bini berperang dgn budak-budakni kat sana
ngalahkan akak opismate laki aku yang dok semeja dengan kami,
anak depa 4 orang, tapi depa makan-minum dengan aman damai
Tak puas hati betui aku taw!

Harini ada lagi acara buker posa kat luar,
Aku takmau pegi dah bang oiii...
kita buker kat rumah dah lah bang,
ko cakapla kat vendor ko.... tak payahla nak belanja-belanja dah...
bini ko tak tahan tekanan sebab hanak-hanak ko suka bikin kejutan!


P/S : Makan kat sana sedapla pulak weiii...., tahun-tahun sudah tak sendap pon





Monday, September 6, 2010

ANTARA JUJUR DAN MENJAGA HATI....

Posted by MR at 3:38 PM 8 comments
Orang kata,
kanak-kanak tak pandai menipu, kan?
dan memory depa sangat mantap, kan?

..................................................................................................................


Semalam kami berbuka sendirian berhad kat Tmn Bayu
memandangkan beras basmathi dulu-kala masih berbelen
dan peha ayam ada 4 ketui dalam ice box...

Makcik decide nak buat nasik berperisa untuk berbuka
so, tungging-terbalikla haku buat nasi-hayam-sukati-haku
ayam tu, seketul buat sup utk hanak-hanak
3 ketul lagi diperap ala2 nak buat ayam kepada nasik hayam
ah lantaklah korang paham ke idak!

Pukul 3 ptg, umah haku dah berbau harum.. cewah!
harumla... bau tumis-tumisan sup, nasik bagai kan
si Mencah kejap-kejap datang tanya...
Mama, nasik awak dah siap ke?

Berlumba-lumbala depa 2 beradik makan nasik hayam bikinan mak depa
aku suspect nasik hayam akuni sedap kemain dah ni
Mencah dok asek cakap,
Mama, nasikni memang sangat sedaplah mama!
aku jeling-jeling tengok PS kat sebelah pon dah baper kali telan air liur tu
hahaha... gila perasan sedap!

Lepas asar, kami berangkut pegi PARAM
beli kuih, beli lauk tambahan, beli air dan beli segala beli...

Nak balik dari PARAM tu,
kami lalu kat tepi kedai tayar...
time tu keta banyak, so PS korang bawak selow jelah...

Tetiba, Mencah cakap....
Babah, itu kawan Mama...


Haku pon sepantas kilat menoleh ke kiri..
terkial-kial mencari... kawan mana pulak ni...
masatu laki aku dah vibrate satu badan gelakkan aku!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



















Gambo Michelin Man ni terpacak depan kedai tu.
Inilah yang Mencah dakwa sebagai kawan aku tu!
Huwaaaaaaaaaaaaaa...........

Ooooo... benda-benda cenggini kemain lagi ko simpan dalam memory ekk..
cuba kalau mama suruh ko hapal sifir doblas, hagak-hagak ko lepas tak ha?
dia ingat lagi gambor Michelin Man yang aku taruk kat blog tak kurus-kurus tu dulu
padehal blog tu aku sendiri pon jarang bukak tau
sadis betul la weii.... dah laki aku dapat modal nak kutuk aku taww...

Kisah sadis aku tak berakhir di situ,
balik rumah.. siap-siap hidang makanan... tunggu azan nak buker posa
dengan tak sabo-sabo nak melahap nasik hayam yang aku perasan sedap tu kan
sekali aku suap masuk mulut.... umang aiii....
nasik aku keras macam kayu!

Ni anak-anak aku ni apa kes sebenaqnya hangpa ni ha?
petang tadi hangpa makan kemain sedap... bertambah-tambah
aku ingatkan sedap sangat... sekali ... alahai...
Laki aku pon naik konpius ha... budak-budak ni kemain tibai petang tadi :))

Aku syak, nasik tu memang keras
tapi sebab bila makan dengan ayam tu.. jadik cam sedap kot di tekak budak-budak ni
Tapi, hakikatnya... ayam kepada nasik hayam aku tu pon bukannya sedap!
kunun2 aku nk bakar dalam oven, aku wraplah dgn aluminium foil,
tuang sos perapan dengan minyak masak sikit,
bungkus elok2... aku bakar.... konon takmau bagi kering sgtla kan
sekali tak jadi ayam bakar pon weii... jadi macam masak stew!


Sian depa kan... demi nak menjaga hati mak depa...
nasik keras cam kayu pon depa lahap jugak...
takpalah nakkk..... nanti Bread Maker mama sampai
mama masak donut paling lembut dalam Malaysia ekk....
Kekekekeke.... tetiba kuar citer BM :))







Friday, September 3, 2010

ONAR VERSI RAWANG

Posted by MR at 1:05 PM 27 comments
Ambik napas dalam-dalam,
sendutttt... hembusss... sendut... hembus....

Semalam, PS ajak makcik dan hanak-hanak bukak posa kat kedai sup menggelegak
sebelum apa-apa, meh nak bagitau siap-siap... bukan laki aku yang belanja yer
kang kata laki aku kaya sgt pullek khennn... asek nak buker posa kat luor
kami mengendut tadah perut vendor opis laki aku belanja,
so, satu seng pon tak payah kuar duhet......
ha, inilah gaya hidup golongan marhaen yang sebenar yer...
hangkut hanak-bini, mak-bapak, ipar-duai makan free bila orang nak belanja

Baik.
Makcik sampai Rawang agak awal,
pusing-pusing area roundabout nak locate restoran
tapi aku tak nampak pon restoran tu tau!

So, haku melencong masuk Parkson Rawang kejap
Ha.. jgn hengat aku kaya sgt soping kat Parkson yer
laki haku dapat voucher 100 hengget... pon opis bagi...
ha, lagi sekali... ginilah cara orang marhaen berbelanja tau
kelepet jer apa-apa yang free yang orang nak kasi...

Sesedap rasa aku pilih-pilih suar jeans takde brand untuk mencah
tetiba lampu padam!
gelap ya hamat... blackout pulak...
so, aku campak balik suar tu... tak jadik belik
sebab letrik takde, camana aku nk bayo?
nak jalan pegi cashier pon aku tak nampak jalan tau

So, hegeh-hegehla aku turun tangga eskalator tu
sakit buah lutut aku tau!
dah la anak tangga dia besau-besau...
terhoyong-hayang tau aku hayun tubuh montel aku menuruni anak tangga ittew...

Masuk keta, sms pengganti diri dihantar kepada PS
Mana kedai tu? tanampak pon!


Laki aku pon sepantas ERL, talipon aku balik
Ada la... betul-betul depan Old Town tu haaa...

Aku jawab balik,
Mana ada..... dah pusing area tu.. tak jumpa!


Laki aku dah rebel melayan bini sengal,
Ha tunggu situlah!

Eh, sekali aku dongak kepala... nampak plak signboard dia tercongok atas tu...
Hehehehe... hantar sms lagi kat laki...
Ha ha.. nampak dah! Hehehehe...


Ha, hakupon lepak dulu kat meja depan tu... tunggu laki sampai
bila dia sampai dengan hanak-hanak,
berdoah-doahla kami masuk ke dalam.
meja kami depan kaunter pulak dah...
sakanlah aisyah tawaf satu restoren tu... penin kepala aku nengoknya!
asrap pon, lepas 10 minit, dah mula tunjuk perasaan
so, makcik dokom dia nk bawak jalan2 area dekat-dekat...

Sekali aku perasan Mencah dgn geng kampung dusun dia dah takde dlm kedai
kalut ribut aku menghala ke luar kedai nak cari dia
kedai ni tepi jalan besor tau, tepi roundabout plak tu
mak bapak geng kg dusun dia yang lagi satu pon sama-sama dah panic cari anak depa

Terkocoh-kocoh punya pasai,
aku tak perasan depan kedai tu ada bendul yang kebawah sikit
tgn kanan aku tgh dokom asrap kan... perut lak boncit...
so tanampak lantai....

Sekali... aku tersadung, jatuh berdebup macam buah nangka busuk!
lutut kanan akuni macam meletup tau!
sebab aku tahan dgn lutut kanan sebab tanak bagi asrap terhempas ke lantai
sakit dia tuhan ajer yang tau!
kawan akuni dtg sambut asrap dari aku,
while aku... takes a few minutes untuk kembali ke dunia nyata [tak pingsan pon]
tapi macam terkedu dan terkejut dan TERMALU :((
makcik rasa, dunia macam berhenti berputar
dan semua mata memandang ke arah aku
ha, silalah imejin sendiri.. kedai tgh penuh...
sekali ada badak jatuh tersungkur... mcm free show kan?

Aku bangun selow-selow... mujur buleh bangun!
pastu, tak fikir dah lutut tgh sakit ni...
terus aku jadik tarzan laung nama mencah
tapi tak berjawab... dia biasanya kalau dengar kita panggil nama.. dia jawab tau
aku lagi panic!

Dengan terhencot-hencot, aku pi cari dia
laki-bini kawan aku tadi pon sama.. sampai ke hujung deret kedai pi cari depa

Tiba-tiba ada sorang mamat cina dtg cakap kat aku,
anak u ada kat sebelah sana...


Aku pegi tengok kat sana... nyaris nak luruh jantung aku!
Mencah panjat besi tembok tepi kedai...sambil lepas-lepas tangan!


Aku jeritla panggil nama dia...
Aisyahhhh... turunnnn!

Dia dengar aku jerit, dia ingat aku nak main-main dgn dia...
dia lompat turun, lari pegi jalan besor pulak!
Huwaaaaa.... aku nk menangis tau!
kalaula ada keta tiba-tiba belok masuk....

Mamat cina tadi tolong aku tarik mencah ke tepi jalan,
terus aku genggam tangan dia tak lepas-lepas dah!

Terus aku ajak laki aku balik... kaki aku dah denyut-denyut tau

Balik umah, kelam kelibut mandi... nak solat
sekali aku takleh nak bend lutut...
solat berlunjur lah aku.. mcm org lumpuh! huwaaa :((

PS ko tulung sapu ointment kat lutut balak akuni...
ada la lega sikit... buleh la pi basuh botol susu depa yang bersusun atas sinki tu
tapi mlm tadi punyala berdenyut-denyut weiii
nak bangun sahur, nak panaskan nasik pon... sakit giler lutut aku :((

Pas sahur, sapu ubat lagi... PS kata kalau leh drive
hantar budak2 pi umah maklom, pastu pi kinik
mujur lepas sapu ointment, ada lega sikit... bulehla aku drive...

Sebelum PS hangkut budak-budak masuk keter,
aku cakap kat PS suh tukarkan diapers budak2 dulu
dia tukarkan Asrap jer.. mencah tak tukar... tak basah kata dia...

Ha, sekali... bila sampai umah maklom...
seat belakam keta aku banjir kilat wei!
huwaaaa... lencun!
Mencah oh mencahhhhh....
ko kawanlah dengan mamat kuku singapore tuh!
membanjiri kete mak bapak memasing tak hagak-hagak :((

Lepas hantar depa,
makcik pi klinik jumpa Doc Prakash...
Jangan banyak citer.. sila baring sini.. mau cucuk bon*ot!
makan ini ubat... harini sampai esok u kena MC,
Ahad, kalau sakit jugak.. dtg balik.. kita X-Ray!


Balik umah... niat di hati nak mempertahankan posa hari ini
takmau makan ubat... harap2 injection tadi buleh ease the pain...
oh tidakkk... denyut-denyut weiii....
selongkar carik biskut lemau... buat alas perut
pastu terus telan ubat... barulah lega sikit... huhuhu...

Pastu, aku pon menerap dan meng'update' entry ini,
dan tulis entry panjang lebor yang kamu orang tengah baca ni...

Ha tu jelah.
Moralnya... kalau badan besor badak,
elakkan terjatuh di depan khalayak :((

Lagi satu, kalau hanak-hanak perangai jakun mcm baru kuar hutan
toksah gatai2 pi makan kat kedai! dok umah dendiam!

Sekian. Wassalam.









Wednesday, September 1, 2010

APABILA SUAMI TAK ADA...

Posted by MR at 12:09 PM 2 comments
Sob... sob... sob...
*pura-pura sedih*

Hahahaha... sebenarnya aku agak soka bila PS korang tak ada time sahur
aku tak yah masak! sukanyerrr...




















Makcik goreng ini jer semalam utk berbuka.
Buat lebih sikit, bawak pegi umah Nenek Onah
[macam biasa... asal cuti jer, ke sanalah kami :))]





















Akhirnya puding marble ni dah sadaqollah
ingat tak haritu makcik buat sampai 2 bekas kan?

Satu bekas dah kasi nenek onah awal-awal dulu
sebekas lagi dok simpan dlm peti... makan sikit-sikit
surprisingly, bila dah makin lama simpan dlm peti sejuk
bau tengit vanilla essence tu dah tak ada
bau hanyir telur pon tak ada...
sangat sedap rupanya! kah kah kah... sendiri puji!


Malam tadi PS tak balik umah
makcik jer balik dgn hanak-hanak pas maghrib
PS ada kelas ngaji, dah tu terus bermalam kt umah nenek onah

Macam biasa, kalau laki tak ada...
kompom aku tak bangun sahur! ekekekeke...



TEMPAHAN TAK PERNAH DIBUKA!

Posted by MR at 10:20 AM 9 comments
Ni dia projek 'cerdik' makcik korang sepanjang cuti lama baruni
credit to TTM dan website ini <---- sangat-sangat membantu!




















Mencah punya.
Masani makcik belum sembat bawah, leher dan hujung lengan.
Terbesor sikit. bahu tu terlebih 1 cm aku rasa.
PS kata dah OK dah ni...
Ha memanglah ko kata OK bang, sebab ko kuar modal 16 hengget je utk kain nih!
upah tailor ko buat-buat lupa ekk... hahahha...

Terpeleot jejari gebu aku nk buat french seam untuk baju Mencah ni tau!
so, moralnya disini... next time sila hantar pegi jahit tepi dulu
demi kenyamanan dan ketenteraman minda semasa menjahit! hahahaha...






















Baju aku besor la weii...
jenuh aku bentang bagi kembang nak snap gambo...
berkali-kali aku snap, asek blur jer tau
last-last aku dah menyampah,
aku bentang gitu2 jer, snap gambo... elokla sikit hasilnya
wahhh... nampaknya aku sangat memerlukan kamera baru nih!

Aku punyalah malas wei, lengan baju tu aku tibai jahit mesin jer tau!
ni kalau mak aku tengok nih, memang kena pelangkung 18 kali
dasar pemalas punya anak! hahahaha
alah mak, bukan ada sapa nak kelebek lengan baju sayer mak...
mak jer yang kepohchi nak belek-belek tau! :))

PS korang sukahati tawww.... jimat banyak ini tahun :))
rela ambik shift jaga anak di siang hari [aku qada' tido baekk punya!]
sebab malam-malam aku tak tido nak nyiapkan baju-baju tak semenggah ni

Apalah sangat jaga budak-budak kan bang,
bentang tilam, buat susu siap-siap 2 botol sorang
haaaa.. hadaplah tibi tu sampai lebam!

Jangan sapa-sapa berani tinggal komen yang berbunyi seperti berikut :

Wahhh... MR pandai menjahitlah, nak tempah buleh?
MR, upah baju dewasa sepasang berapa?
MR, kalau hantar kain esok, agak-agak bila buleh siap?
MR, baju kurung riau ambik upah tak?

Haaa.. tu semua soklan-soklan nak cari gaduh tu

Tu... haku dah tulis siap-siap kat tajuk atas tu...
pi baca balik kuat-kuat :))



Monday, August 30, 2010

DI RESTORAN DE CHIANGMAI HARITU...

Posted by MR at 3:11 PM 2 comments
OK, dah jumpa camera
dengan seribu kepayahan,
akhirnya berjaya dimuat naik ke belog


























Si Botak Gonjeng. 5 minit yang pertama.
Lepas 5 minit apa jadi? History!
Pagi tu Paklom BB bawak pi gunting rambut.
Barulah nampak jantan sikit...
























Dan ini kakak beliau.
Tengah nak mula membikin onar. Haihhh....
























Ni dia geng 3-serangkai.
Mencah sampai berpeluh-peluh. Busuk masam!
Berapa kali bukak posa dok jumpa Nasrullah dan Soleha
sekelip mata depa jadi geng kampung dusun.
Burung bangau tu, kalau lambat sikit aku seret budak-budakni ajak balik
ada yang putus kepala gamaknya!























Soleha is 6 +
Nasrullah is 2 +
And Mencah is 3 +


MANA PEGI CAMERA-SKRIN-BERTAMPUK-HITAM MAKCIK?

Posted by MR at 11:31 AM 10 comments
Down la skang wei.
Segala menda aku rasa malas.

Hal-ehwal umahtangga toksah tanya la...
Bilik Rahsia dah macam bilik dobi tak siap
gunung-gunung kain yang tak berlipat dah boleh transform jadi Banjaran Himalaya
kain baju yang aku basuh 2 hari lepas, sat tadi baru sidai
tu pon jenuh haku menguatkan keazaman,
kalau azam tak kuat, aku tarik bantal... join Asrap tido dlm bilik!

Pegi dapo semata-mata nak buat susu budak-budakni
jerang air.. masuk termos. Done.
Takde makna nak kemas2, lawa2, susun2, lap2
Hood haku tuh, minyak dah bertakung sikit lagi nak penuh, sapa nak cuci kan?
dulu senang, aku sound baekk punya kat Kiptiyah
tak sampai 5 minit, semua clean and clear! <--- satgi ada la yang fitnah, kata aku rindu kat Kiptiyah!

Day curtain dah bukak 2 hari lepas,
baru sat tadi aku buh dalam washer,
kalau ikut situasi semasa,
hagak-hagak kamu orang, bila tahun aku nak sidai tu kan?

Tu baru citer day curtain, night curtain belum plan lagi nk buat camana
nak basuh ker tak payah? rasa macam tak payah jer
kaler pon dah memang kepam mcm taik hanjin, basuh pon takde beza
Bulan posani, kemain menjadi-jadi malas haku!

OK, ni aku nak bagi alasan,
kunun-kunun penyebab kemalasan yang bermaharajalela skang
sapa setuju, tekan butam hijau
kalau tak setuju, tekan butam merah!
[jangan tanya mana butam tu, aku pon tatau!]

Cuaca sangat panas dan kering, haku dehydrate.
Asyraf sangat memerap, pegang tak kena, letak pon tak kena.
Jerawat sangat banyak keluar, sampai Mencah tegur - muka mama ada bintik-bintik!
Hanak-hanak masih dgn hobi muntah, aku sangat menyampah!
Haku takde mood nak balik kampung, tak ada aircond - Asyraf sure memekak 24 jam!

OK, cukup dulu.
aku nak buat entry bergambar, tapi malas nak korek timbunan kain
sebab camera tu dikhuatiri [spelling aku betoi tak?] tertimbus dalam timbunan kain dlm bilik rahsia

Petangni takdak mood nak masak-masak apa
kalau laki aku takmoh pi PARAM,
nanti aku yang start keta pegi beli sendiri

Aku nak beli siap-siap untuk sahur sekali!

Bini sappalah ni!


Sunday, August 29, 2010

KEPUTUSAN NEKAD

Posted by MR at 1:52 PM 1 comments
Petangni PS buker luar dgn budak2 opis dia
tak hingin aku nak ikut... huhuhu
elok-elok aku buleh melantak dengan nyaman kat umah kan
buat apa la nak carik penyakit nak berkuntau dengan budak-budak ni kat kedai


Anyway, makcik NEKAD nak makan ni masa buker nanti.




















Pic googled.







Dannnn.....




















Pic googled.
Nak guna voucher kehepsi yang PS dapat minggu lepas.




Me likey!!






Thursday, August 26, 2010

WALAUPON TAK DAPAT PEGI BETNAM....

Posted by MR at 4:45 PM 2 comments
Petangni, InsyaAllah kami berbuker di sini




















Pic, credit to the owner.

The rest of the pic and stories, sila ke belog beliau...


Babai.. nak balik dah
selamat berbuker, selamat bersahur
selamat bercuti panjang :)

i lap u olls. muah muah muah.

SIMPAN UNTUK ESOK

Posted by MR at 1:58 PM 4 comments
Sengal tau...
aku tatau dah nak membebel apa kat belog
takde bahan, takde idea dah!

Masak-masak takde dah
2,3 harini asek beli semedang.
tak pon makan luar.

Hari Selasa lepas, PS beli nasik tomato kat area umah Along BB
Amboiii... sedap bukan main!
Demi kerana malas nk masak lauk sahur,
aku catu lauk ayam masak merah tu tau
2 ketul ayam, patutnya sorang seketul la tibai masa berbuka
aku pujuk-pujuk PS,

Bang, kita share seketui ni ekk...
yang seketui ni kita simpan sahur ekk...

Hoh.. terkemut-kemutla laki-bini makan nasik tomato tak cukup lauk
nasib baik nasik sedap, dan kuah masak merah tu banyak!

PS balik kelas ngaji malam tu,
bawak balik lagi dua lauk,
dititipkan oleh ibuk mertua ku yang tershayang [dan-dan sayang!]
ikan-ape-tah masak sambal
dan ikan-ape-tah masak asam pedas

So sahur pagi tu...

Tengah makcik kau ready nak membaham sumer lauk sedap-sedap tu,
Tetiba PS buat drama balasan kat haku...

Makan ikan sambal dgn ayam masak merah tu jerlah
masak asam pedas ni kita simpan untuk SAHUR ESOK pulak!

Korang hagak-hagak la kan..
Itu perli ker, nasehat ker, cari pasal ker?




Tuesday, August 24, 2010

ENTRY TAK PUAS HATI

Posted by MR at 12:04 AM 9 comments
Aku tak puas hati sebab ada yang kata PS makin slim dan hensem
Hohohohohoo... ini buleh mendatangkan marah ni!

Pakai susuk ker hapa ni Bang?


Anyway, petang tadi balik keja mengantuk giler
huyung hayang bawak keta, tah baper kali terpejam-celik
sampai jer umah, parked depan gate, nonong-nonong bukak pagar
masuk umah, terus masuk bilik, terus terjun tiruk katil
terus kebabom sampai dekat pukul 7 ptg!

PS balik dgn budak2 baru makcik terkulat-kulat nak solat asar dan masak
bila azan maghrib, baru hidang kembung masak lemak cili padi dgn sayur campur
nasik pon ngam-ngam baru masak, semua tengah panas-panas melenit
cedok kuah atas nasik.. baru nak rasa... ceh, tawaq!
hambik bekas garam, letak atas meja
sambil cedok kuah, sambil adjust rasa
mujurlah depan laki sendiri jahhhh... kalau depan mak mentua? huhuhu...
drop my water face lah hohohoho...

Takde makna nak hambek2 gambaq dah
khusyuk balun makanan!



Sunday, August 22, 2010

AGAR-AGAR MARBLE YANG....

Posted by MR at 10:48 AM 2 comments
Tengit!

Sebab aku pandai-pandai pegi letak Vanilla essence
huahuahuahuahua.... nak menderhaka resepi tak hagak-hagak!





















Pagi semalam, tanya kat PS
nak masak apa ekk petangni?
Tak yah masak kata dia... buker umah mak
Ohh... girangnya hati aku weiii... hehehehe
so kununnya, nak kasi impress ibuk mertua la kan
haku nak lah membikin kuih canggih sikit
kekekekeke... canggihla kunun agar-agar marble ni

Dengan gigil-gigil, terus makcik ko rebus agar-agar
terus kuarkan butter dari peti sejuk, terus pukul sama telur
jahil tak jahil... butter sejuk beku pukul dgn telur yg jugak sejuk beku
berketul-berketul butter haku... sudah agak panik disitu!

Dengan tak semena-mena, datang idea baekk punya
aku reheat bancuhan tu dalam microwave sekejap, nak kai butter tu melt
mujur tak masak jadi telur dadar semangkuk! hahahaha....

Lepastu, memandai pulak letak esen vanilla dalam portion yang kaler kuning tu
konon-konon tanakla puding ni bau telur sangat kan
hampehhhh! tengit jadinya... padehal sikit jer pon aku taruk
boleh bayangkan tak, bau hanyir telur bergabung dengan bau vanilla tengit?
aku speku vanilla essence yang beli kat kedai bakeri ni memang tak best
lain kali haku nak beli vanilla cap star brand jerla... kompom sedap bau [agaknya lah!]

Gambo keratan rentas aku malas dah nak snap
sebab dah terkocoh-kocoh nak pegi umah nenek onah dah

Tu ada lagi sebekas tu wei... sapa nak tulong perabih tu?

Pakcik korang, sejemput pon dia tak sentuh!







Saturday, August 21, 2010

NASIK GORENG KAMPUNG TAK KAMPUNG

Posted by MR at 1:27 PM 3 comments
Memang dasar tolak batu dan kayu...
pagi-pagi buta pon lalu makan kekekeke...




















Tinggalkan semangkuk kecik untuk Mencah dengan harapan dia mau makan
Haremmm.... kalau aku tau, aku perabih semua...




DIEGO LOPEZ DE SEQUEIRA

Posted by MR at 1:14 AM 0 comments

























Tu muka wanted tahun 1511, pic googled.

Apa motip tiba-tiba haku tepek muka penjajah nih?
Muahahahhaha... saja ja weii.... kan nak Merdeka tak lama lagi
oleh itu marilah kita mengenang sejarah sikit.. kekkekeke




















Ni ha motip sebenar.
Mentang-mentang aku cakap aku soka kuih lopez ni
asek kuih ni jerla yang dibeli Pakcik korang






















4 ketui dari karipap tu Nenek Onah bagi, makcik tinggal goreng jer
mana tau, Pakcik korang beli karipap jugak kat PARAM tadi
popiah tu pon PARAM mari - feveret Pakcik korang, makcik tak sempat rasa pon taw

























Oleh sebab bini dia dah serik nak masak kari
maka Pakcik korang beli kari kat kedai jer :-p
sedap tau... murah plak tu... 2 ketul isi ikan..rega 3 hinggit saja.























Ayam kurus-kurus ni makcik goreng bodow saja
makan panas-panas, tak sedap pon buat-buatla sedap yer bang!
























Cencaru belah belakang belen semalam, hitam melegam hehehe.
hitam tu bukan hangit pon... sambal sumbat tu kan letak air asam jawa
tu yang hitam jadiknya tu <--- beria bagi explaination, macamlah org kisah pon :-p
saja letak minyak sikit dalam pinggan tu, sebab dulu-dulu mak makcik suka buat lagutu
berebut woo hadik-beradik sumer dok kaut minyak tu gaul dengan nasik kekekeke
itulah rahsia kami hadik-beradik membesar macam tayar Michelin :))

Masa kat asrama, cukup anti ikan nih.
Kami panggil ikan jaket, bila goreng kunyit.. nak-nak bila dah sejuk
punyalah keras kedengkiang!
kalau tau ada ikan nih, tengah beratur kat dewan makan pon aku sanggup patah balik
patah balik kalau time ada duit jerlah... hahaha.. aku pi makan kat kantin berbayo
but most of the time.... haku telan jerk la... duit nan hado kikikiki


Last but not least.... banana milkshake!




















Resepi milkshake ni ambik kat sini... sangat senang dan cepat dan sedap.


Sahur pagi nanti is nasik goreng kampung tak kampung
Gambar nasik goreng kampung tak kampung makcik tu
esok subuhlah pulak aku tayang!
Hahahahaha... kemaruk nak hapdet belog betui!

Happy weekend olls :)


Friday, August 20, 2010

MANGGO LASSI

Posted by MR at 5:16 PM 2 comments
Lorrrr..... ramai jugak yang baca catatan merapu makcik pasai abam makcik tu
tu semua catatan syok sendiri je weii... down memory lane gitu kan... hehehe
Abam haku tu nobody ponnn...
sekadar tukang masak picisan yang hensem sikit jer dari Jamie Oliver
aku puji hang hensem ni weii... bakla voucher bukak posa 5-6 keping! wahahahahahaha...

Korang poyo-poyo terharu baca catatan aku,
entah abam aku baca ke tak baca ntah....
silap-silap dia scroll laju-laju jerrr.. [macam aku! hahaha]

Cukuplah citer pasal abam makcik tuh
meh citer pasal makcik and my bala tentera pulak ekekekeke...

Ni gambo semalam, lepas kuar sepital
kami pegi Tesco Shah Alam beli barang dapo
dah lepas bayo, PS melabur 50 sen kat mesin henjut nih
tapi malangnya mesin ni tak mengenjut macam selalu
kuar muzik jer nenong-nenong
marah si Mencah tau... jenuh dihonggaknya keta nih hahahha





















Sampai umah dah pukul 4 petang
berluma-lumbalah laki-bini nak solat zohor
sekali hanak-hanak bikin onar baek punya
Mencah muntah selambak [mujur dalam bilik air]
dan Asrap berak selambak busuk giler!
Muahahahahaha... hanak-hanak aku memang pandai berlaku adil kat mak bapak

Dah setel semua, lempor jerlah budak-budakni depan tibi
barulah aman aku nak turun dapo,
menu semalam sangat simple
bak kata Zalia, Bangla sebelah umah dia masak lagi best hehehe...





















Mee goreng basah tak basah yang tiba-tiba jadik sedap.
Sedapla kan... sebab lapo seharian tak makan.
Ada rupa mee goreng basah Sri Melur tak Zel? :))


























Air manggo lassi yang lazat berkrim.
Mesti cuba kawan-kawan, sangat easy peasy....
isi mangga + plain yogurt + susu + gula = blend sampai smooth
sapa yang ada blender mahai, buleh gak blend sekali dgn air batu
makcik tak blend air batu... masa nak minum baru taruk ais
kepekatan dia pandai2 la kamu orang hagak-hagak sendirik
*resepi manggo lassi ni Fas yang bagi, TQ Fas*


Sahur pagi tadi, cencaru sumbat sambal
dengan ikan masak lemak cili api [tatau ikan apa] nenek onah kasi
cencaru tu ada belen sekor lagi... esokla pulak aku tunjuk ikan tu
kang habih modal aku nak hapdet belog pulak... kekeke


Thursday, August 19, 2010

BERBUKA 1ST DAY PUASA

Posted by MR at 8:50 AM 10 comments
Yer hanak-hanak... makcik korang baru 1st day puasa semalam
Demi meraikan 1st day puasa, makcik pon gigih memasak
walaupon laki makcik dah pesan, tak yah masak-masak
nanti beli jer lauk kat PARAM depan SMC tuh...

Tapi... demi menghargai pengorbanan Pakcik korang
yang willing to overnight lagi semalam dgn Asyraf [malam tadi] kat sepital
maka makcik pon gigihla defrost ayam kurus-kurus yang dibeli minggu lepas
jugak sutung belen minggu lepas, jugak kubis entah bila zaman punya hihihi....

Dan, dapatlah hasil tak semenggah berikut...
Jadilah kannn..... bak kata Pakcik, takat makan kita laki-bini buleh dah ni...






















Sutung guring kunyit. Takde hiasan cili hijau ker..daun bawang ke hapa... takde stok!
Aku ikut style Zalia, sutung tu guring asing dulu sampai empuk dan buang air dia...
kentang tu guring asing sampai empuk, lepastu baru tumis dgn bawang sama-sama
aku tak buh cili pon, saja takmau buat pedas-pedas,
dengan harapan Mencah mau makan.
Huh... haremmm.....
























Sayur lemak kubis + tauhu lembut + bawang besor + fish stick
Ini Pakcik korang tak suker, tapi bini dgn anak dara dia suker
tapi anak dara dia haremmm nak dimakannya....
membotol tak sudah-sudah! haihh...
























Mula-mula ingat nak goreng bodow gini jer ayam kurus-kurus tu
tapi kang Pakcik korang tak selera plak,
diani mesti nak bersambal... dan aku plak takde la mithali sangat macam zalia
gigih menumbuk cili bagai... oh sama sekali tidak! :))
makanya, makcik blend jer cili kering sama bawang
pastu tumis buat sambal simple2... tambah garam sama gula ajer

























Comot pon comotla... masa mula-mula masak kemain terliur aku tengok
padehal kalau tengah tak posa, mesti aku pandang sebelah mata jer lauk comot ni :-p



























Belen-belen fish stick [ker fishball? tapi tak bulat macam ball pon] digoreng bodow ajer
habuan Pakcik korang kunyah-kunyah sambil layan ESPN kat wad malam tadi...





Dah siap-siap masak, lebih kurang kol 4 ptg, makcik pon bertolak dari Rawang ke Shah Alam
dengan ditemani oleh anak dara tembam tersyayang...


























Elok jer masuk Guthrie,
terus dia belayar... mengantuk sangat seharian tak tido,
dah la bangun awal pagi tadi





Sampai jer SMC, ngam-ngam nurse datang bawak gas nebu
muahahahaha.... kedip-kedip mata jer Asyraf pandang nurse tu isi ubat dalam topeng




















Nahhhh.... ko tengok ni dikkk...
ko dah beso nanti ko tengok la balik gambo ko kena cekup dengan gas!




Lepas kena gas, terus bagi budak-budakni melepas rindu
Muahahahaha... rindulah sangatttt!




















Kakak kata adik pakai jam macam BEN 10!



























Kakak tu, mata kejap-kejap mendongak tengok tibi
adik dok sibuk nak tarik rambut serugum kakak!





Lepas depa dah puas main, mengukik gelak... upah susu sorang sebotol
sorang dok kat katil beso, sorang dok dalam baby cot....
maka emak bapak mereka dapat berbuka puasa dengan aman dan damai...




















2 lauk tambahan ditaja oleh pihak sepital... yakni kari ikan + sayur togeh
air mangga, air teh bunga, karipap sama popia... makcik beli kat PARAM depan SMC





Alhamdulillah.... syukur nikmat Allah...
segalanya berjalan lancar [walaupon makcik korang sesat nak pegi SMC semalam :))]
Ramadan 2010 benar-benar menguji kesabaran dan kasih sayang kami sekeluarga
kami mampu handle budak-budak dua orang ni hasil tolak ansur laki-bini
walaupon atuk nenek dan maklom ibu suruh hantar mencah kat depa
tak apa... anak bujang dengan bapak, dan anak dara dengan emak
buat peneman sunyi dan kawan bergaduh! Muahahahaha....










Friday, August 13, 2010

TAHUN LEPAS, RAMADHAN YANG SUNGGUH BERERTI

Posted by MR at 11:27 AM 8 comments
OK, nak feeling-feeling sikit..
Jumaat kan... hari untuk muhasabah diri :-)

Ramadhan tahun lepas pertama kali berpuasa di rumah sendiri
dalam keadaan yang sungguh sarat... heavily buntingkan Asyraf
takde chance nak main masak-masak sebab sibuk berkejar kesana-sini
balik rumah betul-betul untuk tidur dan rehat

Malam-malam sebelum tidur, masak nasik satu pot
tak lebih tak kurang - ngam2 untuk laki-bini
lauk-lauk semua ditaja sepenuhnya oleh Restoran Rosnah [i lap u Nenek Onah]
abih koman pon, makcik goreng telur dadar jerlah pagi-pagi buta...

Lepas sahur, berlumba-lumba mandi, solat dan siapkan barang-barang Mencah
masatu Mencah dah tak hantar nursery, hantar rumah Nenek Onah
Nenek Onah tak bagi hantar nursery sebab asyik demam, muntah, menangis...

Biarlah mak jaga... sampai ko dah beranak nanti barulah korang pikir nak cari Bibik ke hapa


Sebetulnya memang dari awal Nenek Onah tak bagi hantar nursery
aku yang berkeras, sebab aku kesian tau nak menyusahkan orang tua lagi dan lagi
Mencah dia yang jaga dari baby... tu yang sampai jadi favourite atuk dan nenek tu
Dah tua-tua, tak patut kan humban cucu-cucu kat depa.. dah la dulu penat jaga anak sendiri...
ingatkan bila dah pindah umah sendiri, semua benda aku nak setel sendiri...
haha.. makcik kau memang ego tak hengat... terus sign up nursery

3 bulan kat nursery, demam, batuk, muntah, selsema silih berganti
pagi-pagi masa nak hantar dia menangis... dah dia menangis, aku pon menangis...
petang masa balik, dia nampak keta makcik depan pagar dan-dan dia start menangis
hancur luluh hati aku tau tengok anak menangis pagi petang
sampai pakcik korang pon dah menyampah tengok anak-bini dia tak abih2 buat drama air mata.. hahaha

A few weeks before puasa, Aisyah demam teruk
pakcik korang suruh hantar rumah nenek.. at least sampai dia sembuh
lepastu nenek dgn atuk tak bagi dah hantar nursery...
makcik redho sajala.... aku pon dah tak daya nak melayan sakit demam anak tiap-tiap minggu....

So pagi-pagi... lepas jer solat subuh,
kami 3 beranak naik satu keter pegi Kg Melayu Batu 16
keta kontot makcik kau memang tinggal kat sana...
dari sana, baru kami laki-bini naik keta asing-asing pegi opis

Syahdu tau subuh-subuh naik keta dgn laki... hahaha..
sambil-sambil dengar alunan mengaji atau tazkirah kat radio IKIM
Mencah masatu blom bgn tido pon lagi... tukar diaper terus angkat masuk keter

Masa balik keje plak, kalau ada laundry nak buat kat Taman Bayu
makcik balik sana dulu setelkan apa yang patut... dh siap mandi semua baru gerak pegi Batu 16
singgah PARAM beli kuih serba sikit, pastu baru balik umah Nenek Onah
kadang-kadang, kami laki-bini plan jumpa kat PARAM sebelum balik umah nenek
Sweet kannnn... pompuan boyot holding hands dgn laki kat PARAM... muahahahaha...

Bukak posa kat rumah mertua... again sangat syahdu...
terbayang bila makcik dah tua nanti... sapalah nak teman kami berbuka agaknya...
Atuk Asan dan Nenek Onah sgt beruntung sebab anak-anak semua duduk dekat-dekat
semua buleh gilir-gilir balik teman orang tua berbuka dan bersahur
Macam mak dan ayah aku kat kampung tu... kesian tau... mana nak selera makan...
anak-anak semua jauh huk huk huk... sian ayah... selalu tak selera makan... kurus jer...

Lepas berbuka, pakcik korang pegi solat teraweh kat masjid
makcik teringin nak ikut, tapi tak sampai hati nak tinggal Mencah kat Nenek lagi
kasi chance nenek nak beramal-ibadat di malam hari...
nenek tak pi masjid sebab sakit lutut... dia kena solat duduk,
so dia solat teraweh kat rumah jer...

Lebih kurang pukul 10 mlm, PS balik solat teraweh
barulah kami 3 beranak balik Taman Bayu...
balik bukan dgn tgn kosong... nenek akan bekalkan lauk-pauk untuk bersahur
tiap-tiap hari hokay... huhuhu... [again, i lap u mak!]
kadang-kadang, nasik pon dia bekalkan siap-siap...

Senang balik kang ko tak yah masak...
mak makan dengan abah ko pon bukannya habih


Ramadhan tahun lepas dah berlalu...
Namun kenangan indah tu tetap terpahat dalam memori...
Tambah-tambah bila makcik pandang muka Asyraf
budak bertuah yang sungguh sporting masa dlm perut di bulan Ramadhan
kerana Asyraf, makcik berjaya puasa penuh tahun lepas...
walaupon tengah sarat dan mengah hahahahaha.... satu hari pon makcik tak tinggal posa tau

Masatu, makcik selalu cakap kat dia [dalam perut]

Bagi chance Mama posa penuh tau...
Pastu bagi chance Mama beraya puas-puas dulu tau!

Sebab, EDD Asyraf kalau ikutkan adalah pada 1 Syawal [20 September 2009]
Alhamdulillah.... makcik berjaya beraya dan makan ketupat dan rendang puas-puas
walaupon tanpa baju raya... hahahahaha
[baju raya takdak size lah!]

Nah aku ulang tayang gambo raya tahun lepas!
Hahahahaha... sungguh takdak motif!




















Aku syahdu terlebih sikit harini
sebab Asyraf demam tak kebah-kebah lagi
Pakcik korang ambik EL nak jaga anak
aku tak leh nak EL lagi...
Selasa baruni kan dah EL sebab tayar pancit

Asyraf cepat sembuh ya!
kita karang memori baru untuk Ramadhan tahun ini...




Thursday, August 12, 2010

AKU EMOSI NIH....

Posted by MR at 9:59 AM 17 comments
First and foremost...














Makcik kau ngantuk sangat-sangat-sangat-sangat
bawak keter melelong-lelong dari semalam.

Asyraf demam, memerap sepanjang malam, ada adegan muntah-muntah lagi :-(
Kakak dia pon takmo kalah, selsema pulak.
pulak tu banjir di tengah malam... habis basah selimut, cadar, tilam
lagi mintak susu tah baper kali... penat wei penattt....
dok bangun tgh malam tah baper kali, sudahnya.... kami kesiangan!
sedar-sedar dah pukul enam! hohoho.... tak sahurla kami...

Malam tadi bawak hanak-hanak gi klinik, Asyraf suhu 39 terus doc bagi obat mon*ot
berat 6.8 kilo jer baru, doc suggest bagi mkn nestum beras merah
eh beras merah ke perang eh? tak pernah try... harus kena try
gigi makin banyak nak tumbuh, mulut pon makin rancak nak bercakap
sedapkan hati... maybe sebab tu demam.
Demam nak tumbuh gigi dan dapat skill baru.

Semalam,
kari ayam aku macam biasa.... TAK SEDAP
dan roti jala aku pulak luar biasa... TAK SEDAP jugak!
dan sikit pon aku tak hingin nak ambik gambo.
dan Pakcik korang, sempena bulan puasani ada lapik-lapik sikit komen dia
tak la menyentap macam selalu.. hahhahaha...
Sedaplah ni... buleh makan jadila... bukan nak jamu kat orang pon... kita2 jer...

Hah... dah gitu punya semanis kurma punya bicara kan...
haruslah kulafazkan, i lap u bang!

Tetapi.... tetap jugak tobat takmau masak dah lepasni.
Kita layan PARAM jerla bang oit... terkejar-kejar ai memasak samalam tau
sampai bengkak betis dok tebor roti jala  <--- OK, tipu...
yu makan tak sampai pon 2 jala tau bang....

Harini, apa laki aku beli... aku bedal!
balik umah aku bancuh air sunkist saja.


Nota komplen : 
1) Sampai skang aku tak puas hati, apsal rempah kari ADABI tak merah macam kari hah?
2) Apsal santan kotak cap ayam jalak lenteng asik ada serpihan memutih dalam kari aku?
3) Apsal kari aku jadi macam masak kurma hah? ker masak stew hah? hey, tak sedap tau!!


Sapa nak jawab nih???




ShareThis