Friday, July 15, 2011

RUMITNYA MEMAHAMI HATI NURANI SEORANG WANITA - Republish.

Posted by makcik rehan KJB at 3:45 PM

Entryni aku tulis dan publish buat pertama kali pada 28 July 2010. Lepastu bila aku Google, kemain banyak entry akuni terbit kat blog dan forum. Jugak di forward secara berleluasa dalam emel, whatsapp dan FB Group. I tak marah uols nak copy and paste, asalkan jangan mengaku hasil karangan sendiri sudeh lerr. Penat makcik kau carik idea nak temberang tawww... Muahahaha!



RUMITNYA MEMAHAMI HATI NURANI SEORANG WANITA.

Setuju tak, kalau aku katakan...
jiwa orang pompuan ni sgt kompleks utk difahami?

Masa anak dara, gedik-gedik nak kawin.... takut jadi andartu...
nak dapat anak.... takut nanti bila tua takde sapa nak jaga kunun
Sekali bila dah kawin, dah beranak... asyik plak meroyan
badan kembung mcm kena pam... sakanla dok diet sana, diet sini
baru separuh jalan... tetiba, tuppp.. bunting lagik... kantoi...
then pas banak restart balik diet-diet, minum Jusmate bagai...
baru nk loose sesikit, pangggg.... nah kau... peknen lagik!
Eh, kau ni nak kurus ke tanak nih??


Sama jugak dengan isu sakit beranak,
dalam dok kata serik-serik-serik...sakit-sakit-sakit...
tengok-tengok, anak dok melompat kuar jugak tetiap tahun
sedar-sedar dah jadi gerabak ketapi ha...
padehal beranakkan budak ni punyalah sakit wa cakap lu..
tu blom cover isu morning sickness lagi tu...
Eh, sebenarnya kau ni serik ker tak nih??


Mari kita kaji isu yang seterusnya...



Laki talipon,
Yang oii... abang kat kedai mamak ni... awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang te*o tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
siap majuk-majuk... lari tido bilik sebelah....


Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....


Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
tapi belikan jerla apa-apa.... 
kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....


-----------------------------------------------------------------


Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?


Bini jawab,
Alaaahhh.... hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah


Laki pon, balik keje.. singgah kedai mamak
tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... bini jerit panggil suh makan!


Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... tido bilik sebelah lagi...

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... pi main bola ke...
Pegilah! pegilah! saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik...
tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...


Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....


Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
pastu abang balik la KL balik


Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
esoknya, laki pon start keta... nak balik KL.


Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... bini dia talipon.


Abang bila nak balik ambik kitorang bang?


----------------------------------------------------------------


Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
abang tak kesian bini abang ker... 
dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. asik basuh kain jer
abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... masuk bilik rahsia... lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya

Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

----------------------------------------------------------
Aku tak tuduh orang lain,
aku tuduh diri sendiri.... muahahahaha
tapi... makcik nko sorang jer ker yang jiwa kacau mcm nih?
perempuan lain tak ker? ha? ha? ha?




35 comments:

mama_iris on July 28, 2010 at 11:51 AM said...

humaaakk aiii.....complicated sungguh.......tu blom lg suami marah anak.....tapi yang dok touching ngongoi2 dalam bilik ayaq ialah si mama nya.....blom lg si suami makan senyap2...tak ckp sedap...bila tanya sedap ke tak...dia kata sedap.....sedap je ke??markah dari 1 sampai 10?A ke A- ke A++????hahahhaha....laki spa la yg fitam melayan....nak layan ke nak hempuk??

IMAN'S UMI on July 28, 2010 at 11:55 AM said...

Klu sy mmg x ngam org lain lipat baju sy...dlu2 dok ngan kakak, time sy bsh baju, dia lipat dan begitu sblknya tp sy akn lipat balik baju yg dia lipat tu, x kena ngan jiwa betul.

azrin on July 28, 2010 at 12:02 PM said...

hahah..geli hati tahap gaban la baca entry akak ni...serius sampai kur air mata...hahha...betul la..jiwa wanita sukar tuk difahami...kuang2..

makcikrehan on July 28, 2010 at 12:37 PM said...

Renung-renungkan.. selamat beramal.....

Me on July 28, 2010 at 1:04 PM said...

perhhhh tu dia statement MR >>> Renung-renungkan.. selamat beramal..... situasi nie rasanya time2 MR nak bulan mengambang jadi mcm nie...

isteri said...

hahaha

sangat betul, ok.

Sama sangat.

Kalau tanya sedap tak? Jujur ok. Jangan tipu2 *konon nak baiki diri*


Suami jawab: sedap..

Betul ke sedap?

Masin sikit

Huhu. Muncung.

Hok yang pasal beli makan, lipat kain muahahah seriously sangat sama ok. satu lagi tolonglah kemaskan tempat tidur ni. Suami pun buat. Pastu membebel, kenapa tak sama itu ini. Suami pun jawap. Susahnya nak faham kehendak perempuan....Aduis..dibuat salah tak buat pun salah. So, kena (I) belajar jd isteri qanaah dn tk complicated.

TopsyTurvyMum on July 28, 2010 at 1:31 PM said...

sebelum aku komen n3 hang..
pekata pasni kalau nak cter panjang2 ko siap2 ler kopi kacip chloe ker..gianduja marjolaine kerr..
sedap sikit nak membacanya..

aku dedulu mula2 kawin ada la kot kacau camni..skang takde la sgtt kott..
'kot' je la ye punn hahaha

makcikrehan on July 28, 2010 at 1:31 PM said...

Puan Isteri, at lassstttt... ada pon org yang sama mcm aku! hahaha.... see.. seeee.... kan dah cakap... tak byk sikit, mesti ada sifat snegal mcm tu kat pompuan kan? hehehe

Isra said...

hahahah ..agree..ada la jugak part jiwa kacau mcm ko cakap tu terutama bab order makan ..pasal bab minta pakaikan baju anak.. aku nak kongsi citer mlm tadi-
aku nak tukarkan baju tidur si Dafiq. boleh en suami tanya aku baju camne?? ko rasa aku yg sengal ker laki aku yg sengal?

makcikrehan on July 28, 2010 at 1:44 PM said...

whahahaha.. isra! pernah jadi jugak kes ni kat aku. laki aku pakaikan mencah gown habis lawa, dgn suar tracksuit... pastu bagi masuk buai, tido sampai esok pagi. nak marah pon tak guna... gelak jerla ! kahkahkahkha

makcikrehan on July 28, 2010 at 1:47 PM said...

TTM, sekali-sekala layan aku merapu...hahaha. kopi pi bancuh senirik. aku punya 6 in 1, mahai.. tak leh kongsi! wahahahaa

joyahsport on July 28, 2010 at 1:48 PM said...

ahahahaha...terase joyah...

makcikrehan on July 28, 2010 at 1:58 PM said...

perlukah kita tutup perbincangan kita... hahahaha...

bini sappalah nih!

ana on July 28, 2010 at 2:02 PM said...

lebih kurang la makcik...sama je kita ni sbg isteri....eheh

KV on July 28, 2010 at 2:14 PM said...

sungguh kelesss kupasan ko makcik. Aku sujudddd. Giler aku gelak sorang2 mcm org giler. hahahahahahahahhahahahahha

makcikrehan on July 28, 2010 at 2:15 PM said...

ko sujud sahwi ke sujud syukur mek? ahahahah

noor on July 28, 2010 at 2:50 PM said...

bila dah kawin ni..jgn harap laki akan faham benda2 yg terselindung nih...so kalo nak suh tapau, cakap jer...kang kita gak yg kebulur....hahaha....mmg la penat jadi isteri nih....tp ni yg kita pilih kan, so live with it....jgn harap ler nak balik rumah landing2 kat katil dulu, coz ader bersusun kerja rumah yg kita kena wat...hahaha....n dgn laki cakap jer terus terang, so tak der la sakit jiwa kita bila dia tak buat aper yg harap kita harap dia buat...hehe

makcikrehan on July 28, 2010 at 2:53 PM said...

Baik Noor... nanti balik aku kasi ceramah sama pakcik kau. eh noor, parkson kat selayang mall start sale harini tau. ko tak pi ker?

noor on July 28, 2010 at 3:42 PM said...

muahaha..tak der buget ler MR...eh esok FELLA start warehouse sale kat HQ dia....pergi jgn tak pergi....heheheh

fabulous.farah on July 28, 2010 at 4:39 PM said...

hahaha..xcukup pengalaman la mr..kalo dah lama2 kawen cerita sama jer kut=p

oli on July 28, 2010 at 4:52 PM said...

baik punya entry!!!
terbaik punya terbaik!!!

Nurul Aznil on July 28, 2010 at 4:52 PM said...

Salam,

HALAMAK! MR jumpa diari me dan publish kat sini ke?
hhahhahahaha... betul la.
me heran, naper dah berkurun kawin, suami masih tak paham-paham lagi perangai kita...

Sarid Derus on July 28, 2010 at 5:01 PM said...

MR..
tergelak aku sengsorang baca entry nih..
len kali..ko cakap direct jer..jgn kona2...lagi senang..
kalau tak sama mcm yg kita harapkan, buat donno jer..aku, kalo ok, aku buat kerja umah..kalo letih..kem salam..jgn stress..

wehh..ko peknen pulak ker??hihihi

Kak Mah on July 28, 2010 at 5:54 PM said...

errrk....... tang lipat kain tue aku tak kisah langsung janji terlipat.... ahakss...

tang order makan tue....nak makan ku order jek tak ada kona kona dah....

tapi jiwa kacau tetap jiwa kacau...ehehehehhehe....

Nadiah Sidek on July 28, 2010 at 6:51 PM said...

hahaha...lebih kurang je la kak! especially yg 1st tu. pelik ek? mulut kita kata tak nak tp sbnrnya nak. kata nak je terus kan senang! suami pulak 'lurus' je..dah bini kata tak nak, takde la dibelinya :p

tini on July 29, 2010 at 9:41 AM said...

huwaaa.. ko letak cctv kat umah aku ke?

makcikrehan on July 29, 2010 at 9:57 AM said...

Wahahaahha... Tini, gimme five! aku sendiri tak mampu nk merungkai emosi diri sendiri :-p

Elyn on July 29, 2010 at 3:49 PM said...

wakakakak no komen la!! sat aku nk pi sambung gelak!!

.::CeK LaLa::. on July 30, 2010 at 3:50 PM said...

Hari aku baca entry ni, aku tibai gelak kaw2!!!
memang jiwa kacau yang sama mcm aku!!!!
tapi aku maleh nak komeng..
Arini aku masuk blog hg, tgk sikit punya byk komen para isteri yang jiwa kacau mcm kita!!!
hahahahhahaahha!!!

isteri said...

Senang cerita.

Terus terang. Kesian juga kat suami sendiri. Dia selalu cakap. Susah nak faham hati isteri. Bila dah buat apa yang disuruh i.e beli makan. Kang kita cakap, awat tak beli yg lain. Sy suka lg satu.

Mudah2kan.*Untuk diri sendiri*. Teringat kat suami sendiri. Kesian dia. Tp dah lama kahwin ni,dia pun dah faham sikit.Hehe. Cuma idaklah sampai tidur katil lain.

makcikrehan on July 30, 2010 at 4:54 PM said...

Sarid, aku tak peknen lah! hahahaha

makcikrehan on July 30, 2010 at 4:56 PM said...

Isteri, ajak la somi sama-sama pindah katil lain kat bilik lain. keh keh keh

wardah @ fie shah on July 15, 2011 at 10:38 PM said...

hahahaha ahkak oi, saya baca 14 kali pun boleh gelak lagi..terima kasih lah kakak..

gebu's fairy tales on July 18, 2011 at 7:53 AM said...

gilerr lawak

ejaescobart on July 18, 2011 at 8:52 PM said...

lawak... dan sungguh real..


makcik ni orang parit buntaq ka?

ShareThis